Monday, May 30, 2011

[ ole-ole @ cenderahati dari Universal Studio]

mug utk family kat kg SGD11.90
paper bag SGD5.90
kipas.. plg murah kot SGD2.90
special gift from Universal Studio Singapore
fridge magnet SGD4.90
plastik beg.. bkn senang....

[ makan-makan @ Universal Studio ]

lunch @ Oasis
soto ayam SGD5.90
makan petang 1 set SGD14.80
nachos.. SGD5.50

Jalan2 Universal Studio Singapore

bumi besau..
pintu gerbang universal studio
sekitar universal studio.. baru masuk .. excited seh
betty boop..
jom2 kite masuk
mumia
far far away
dance is singing
tree of candy
comei2

Kota Singapore....

matahari pagi otw masuk singapore

bandaraya singapore

bangunan di Singapore
kapal atas bangunan... kagum seh
antara bangunan di bandar
atas bridge.. tak lepaskan peluang

Monday, May 23, 2011

Catatan perjalananku ke...

Alhamdulillah aku Selamat sampai kat KL kol 3:00am dan sampai umah kol 3:30am 18 May… mandi solat dulu baru leh babam… 2 jam jer tido.. 6:30am da kena bangun.. maklumla kena keje.. cuti aku kan da abis… aku nak share story perjalanan aku kat Singapore selama 1 hari tu….

Isnin after balik keje haruslah membasuh pakaian kotor yang ado… selepas tu kemas mengemas keperluan yang perlu dibawak antaranya : telekung, tuala, baju sepersalinan, shawl, sweater, stoking, air mineral & roti… malam tu ujan sangat lebat.. tapi Alhamdulillah masa 10:30pm gerak kuar umah da reda ujan… kitaorang kena berkumpul di Pintu 7 UTM Jalan Semarak, Kuala Lumpur.. sangat sejuk okey malam tu sebab ujan…. Bus persiaran yang disewa iaitu Pearl Holiday WRU 5678 tiba pada jam 11:45pm… so dalam kol 12:00pm kitaorang pun gerak…. Dalam perjalanan dari KL ke Singapore adalah sangat sejuk dengan bising enjin, lagu yang dipasang oleh driver [yalah driver tu  nak ilangkan ngantok kan] mata aku ikutkan sangat berat, ngantok tapi tak dapat tido sepanjang perjalanan…. Perjalanan ke Singapore melalui link ke 2… So kami tiba di R&R before ke Singapore pada jam 3:30am… so apalagi terus la ke surau sebab kami akan stay sampai subuh… tapi dapat baring2 jer… sebab bunyi motor lalu lalang… masuk waktu subuh 5:36am bersiap2 untuk solat & mandi bilik mandi R&R… breakfast ala kadar roti & Nescafe O… berposing2 sebelum menaiki bus… 6:45am sambung perjalanan melalui Kastam Malaysia untuk check passport & Imigresen Singapore untuk passport, barang2 yang dibawak haruslah dicheck.. dikuatiri mengandungi barang2 berbahaya… botol air mineral pun masa scan tak leh bawak… chewing tidak dibenarkan di bawa masuk ke Singapore… kalau ditangkap memang kena saman okey.. memang straight giler kan… apapun tu peraturan Negara Singapore… apapun kite haruslah mengikuti peraturan Negara yang bakal kita lawati untuk mengelakkan sebarang masalah…

2 tempat jer aku g iaitu Merlion Park & Universal Studio Singapore… masa lalu di Bandar diorang sangat bersih.. lengang sebab cuti Wesak Day kan… bangunan tinggi design bangunan juga lawa2… ada jugak nama sama cam Malaysia like PriceWaterCooper(PWC), Maybank, ada kilang Flextronics okey… nama jalan diorang in English… Arab Street, Marina Road….
Mula2 tiba di Merlion haruslah mencari kepala singa kuar air.. tu kira mercu tanda Singapore la… tapi ada yang kecik jer.. yang besar understruction untuk bilik hotel… so kat situ posing2 bagai la.. ada 1 bangunan yang ada kapal kat atas… dalam sejam la kat situ…. Lepas gerak ke Sentosa Island tempat di mana Universal Studio berada….  Tempat tu open kol 10:00am….

Monday, May 16, 2011

Out Of Malaysia Tonite

Bunyi cam nak g jauh sangat kan.. padahal negara jiran jer.... hukhukhuk.... Insya-allah malam ni aku akan bertolak dari KL ke Singapore... da kol mak gtau nak gerak malam ni... tak kemas lagi... da decide baju apa nak pakai... pakai sandal biasa jer @ sport shoes... bawak telekung, tuala kecik... air mineral, roti butterscoth... aku tukar duit tak banyak mana pun... aku tukar RM130 so dapat dalam SGD54 jer.. insya-allah cukup la untuk duit makan kan... takde plan nak shopping sangat @ membeli.. nak jalan2 jek tengok tempat orang.. nak masuk Universal Studio...... Semoga perjalanan aku selamat pergi & pulang... Semoga dipermudahkan segalanya... amin amin amin

Thursday, May 12, 2011

Percutianku Di...

Tinggal 4 hari jerk lagi aku akan g bercuti... kira ni pertama aku ke luar negara.. dekat jer negara jiran... so excited.. lantak ler orang nak cakap apa.... pengalaman aku.... kisah aku kan... usia aku 28 tahun ni... ke mana yer.. jom layan.....

DAY TRIP UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE
UTM, KL - UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE
12.00 am ~ you will be picked up at UTM, Jalan Semarak (shuttle transfer). The journey will take about 5 hours to arrive at Johor Bahru. We will take a break about 2 hours for rest, Subuh prayer & breakfast.
7.00 am ~ after an immigration check, you’ll be taken to a short tour to The Merlion Park. Merlion Park would be the first park we visited and is located next to Marina Bay on the city's edge. It is named for Singapore's tourism symbol the Merlion, half fish, half lion, and contains a statue of the Merlion overlooking Marina Bay. Leaving Chinatown we proceeded a short distance along the edge of Marina Bay to Merlion Park. On our way we again enjoyed the marvels of Singapore's cityscape.
9.30 am ~ Leaving Merlion Park, we will head toward The Universal Studio Singapore. After check in, free at own leisure for the rest of the day. Enter the thrilling world of movie magic as you "ride the movies" on the roller coasters and other movie - theme attractions. Be dazzled and delighted by an immersive entertainment experience that brings the silver screen to life.
In the evening, the spectacular show live Flaming dragons, water cannons, and laser special effects, all in a spectacular show is the free entertainment spectacle, located close to the Casino at the heart of Festive Walk. Take as much photo as you can for a memorable
8.00 pm ~ proceed to pick up point and transfers back to KL. We going to take a short break afterwards for dinner & Isya’ prayer at nearest R&R.
The Merlion Park

JADIKAN IMPIAN ANDA SATU KENYATAAN!! RM299/PAX 
TERHAD HANYA KEPADA
40 PAX SAHAJA!!
ALAMILAH DUNIA KERIANGAN HOLLYWOOD DI SINGAPURA!! PAKEJ PELAJAR HANYA
TARIKH: 17 May 2011 (Cuti Hari Wesak)
LAWATAN: UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE & MERLION PARK (1 Hari)
*SPECIAL GIFT dari USS*
PAKEJ TERMASUK:
BAS PERSIARAN KL-SING-KL INSURANS PERJALANAN PAS 1 HARI UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE
MINERAL WATER 2 BOTOL/PAX
PAKEJ TIDAK TERMASUK:
MAKAN PASSPORT PERJALANAN *Kami akan uruskan Passport Berkumpulan yang berharga RM200 utk dikongsi min 5 org & maksimum 20 org kepada sesiapa yang berminat sahaja.
sebenarnya aku ikut rombongan student dengan kawan umah... kira kawan die.... ni lah peluang nak berjalan.. bukan senang kan.. joint budak2 UTM... ada kosong 2 lagi... kira release untuk diri sendiri after exam... after so many things happen.... nak jalan2 tengok tempat orang... negara orang.... aku pun nanti tukar duit SGD pun sket jer.... just untuk makan maybe cenderahati kenang2an jer..... takde la nak shopping... tu kena bawak duit bawak2..... tadi tengok exchange rate..... 1SGD=RM2.42.....  ngah decide nak pakai baju apa nanti... tapi rasa sesimple mungkin sebab nak selesa jalan jauh...... maybe pakai tshirt & jeans jer.. pakai kasut... sebab lama akan berada di Universal Studio Singapore.....

p/s : cik Liyana mau pinjam kamera pink kamu leh ker? hehehhee
 
 

Monday, May 9, 2011

apa citer ek..

lama aku tak menulis kat blog ni... sebelum banyak2 post aku simpan lama dah & dari lecturer aku... masa tu takde mood nak taip menaip story mory..... now aku kat kampung... ahaks.. minggu ni balik kampung lagi... ikutkan tkde dalam plan awal aku.... mak aku kat labu jaga atok... sempena hari ibu... taknak susahkan abah & adik2.. aku bawak balik mak & amik adik dari penang yang turun kat nilai... adalah penuh okey bonet kete aritu..... tapi alhamdulillah aku puas dapat tolong mak & adik2.... sementara masih single ni.. suka2 aku la nak balik kg biler2.... insya-allah rezeki ada kan.... kalau dah bersuami kang nak kena fikir lain la... hahhaha... tak mau komen panjang la bab tu....

last week sekali ngan cuti hari buruh... isnin baru lik kl.... minggu ni adalah lama sket berada di kampung.... selasa baru lik kl.. maklum la... esok ofis aku ada EGM... mesyuarat untuk pemegang saham.... so takmau berlaku kesesakan seperti 2009.. jadi adalah harus diwajibkan cuti 1 bangunan... ahaks... best kan...

aku kat kampung takde la kemana sangat.. more kat umah jer.... kuar pun sebab nak uruskan hal adik2... mak & abah...... rest2 kat umah jer....

insya-allah next week selasa cuti lagi ... aku akan bercuti ke luar negara.. mana ek... hahahhaha... macam la jauh sangat ... padahal negara jiran jer.... lalalalalalala...ala pegi balik hari jer... aku da bagi kata putus setuju untuk ke sana.... untuk diri aku jugak nak tengok negara orang..... nak rest2 kan mind.... insya-allah rezeki untukku tetap adaa..... aku citer next entry ek....

Wednesday, May 4, 2011

Rahsia Kentut.. Buang Angin

1. Orang TIDAK JUJUR

Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BINGUNG
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.


3. Orang BERWAWASAN 2020
Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS
Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang

8. Orang SADIS
Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus dikibaskan baunya.

9. Orang PEMALU
Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.’


10. Orang yang STRATEGIK
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang b*d*h
Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

12. Orang PELIK
Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh


13. Orang SOMBONG
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14. Orang RAMAH
Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

15. Orang yang tidak senang BERGAUL
Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

16. Orang AKUATIK
Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air

17. Orang ATLETIK
Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18. Orang JUJUR
Orang yang mengaku kalau habis kentut

19. Orang PINTAR
Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

20. Orang KELAKAR
Orang yang bila ketawa sambil kentut

21. Orang yang ROMANTIK
Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating

22. Orang yang TIDAK SIHAT
Orang yang bila batuk dia akan terkentut

23. Orang yang PANAS BARAN
Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri

24. Orang yang PELUPA
Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut

Cerita Meminang

Majid, seorang pemuda yang masih bujang, pendiam dan amat pemalu. Pada hari raya yang lalu, Majid telah berkunjung ke rumah rakannya. Dalam perjalanan menuju ke rumah rakannya, Majid telah terpandang seorang gadis yang dikenalinya semenjak sekolah lagi. Hatinya telah terpikat, dan berhasrat untuk memperisterikannya.

Majid telah menyuarakan hajatnya kepada kedua orang tuanya, dan menunjukkan lokasi rumah gadis tersebut supaya senang kedua ibubapanya hendak pergi meminang nanti. Selepas itu, Majid pun pulang ke bandar dan meninggalkan urusan tersebut kepada orang tuanya.

Selang beberapa hari, kedua orang tua Majid telah mengunjungi rumah gadis tersebut untuk tujuan merisik. Setelah beberapa lama bersembang, bapa gadis tersebut pun bertanya kepada ibu bapa Majid…

Bapa Gadis : Yang sebenornyer, amende ke hajat aokme berdua ni datang ke rumoh kome yak buruk ni?...
Bapa Majid : Ye la.. dari tadi beborok, tak nyer kabor mender hajat yer.. Ha, moknyer.. Ace kabo ke hajat si Majid te…
Emak Majid : Gini la.. yang sebenornyer, anok bujang kome te, dah terbekenan dengan anok dara aokme.. jadinyer kome ni nok la nanyer, dah ander ke orang yang punya? Kala belum ander, kome nok la merisik-risik…
Emak Gadis : Ooo.. kesohnyer, kome ni pun tok kenei lagi dengan anok deme te… Mende kerjanyer?....
Emak Majid : Ntoh.. keh ni tk berapa reti nok nyebut base omputih.. keknye base Melayunyer.. dia kabo keje drebo jer…
Emak Gadis : Oooo.. Drebo jer..(Mencebek selalu).. Gini la.. yak sebenornyer, anok kome te.. sebenornyer, dah ander orang meminang.. (Dah setat buat pedooh…) Budok jantan te keje opisboi kat Pejabat Tanoh te…
Bapa Gadis : Ha’ah.. (Menyokong..) Kome pon mintok maah la yer, mendenyer aokme ni pon tok tau yak anok kome te dah ander yak mintok… Kiranyer takde jodoh la.. Nok goner kan yer….
Bapa Majid : Ye la.. Mengkala dah gitu, kome pon tak buleh la nok buat mende.. Mende anok kome pon tok setarah dengan anok aokme.. Nanti la kome kabo ke anok bujang kome nanti…
Emak Gadis : Ye la.. memang tok setarah lalu... Anok kome kerani pejabat loyar.. anok deme drebo..

Lalu kedua ibu bapa Majid pun memohon untuk berundur. Selesai bersalaman, sedang mereka menuruni tangga, emak gadis tersebut pun bertanya…

Emak Gadis : Drebo mende anok aok te?.. Lori Balok ke Lori Bijih…?
Emak Majid : DREBO KAPEITEREBANG!!! (Sambil masuk ke dalam kereta..)..

SUJUD & 7 KALIMAH....

SUJUD & 7 KALIMAH..


Sujud lega sistem pernafasan . MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.


Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:


- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat


Sabda Rasulullah S.A.W


" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!


ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS? .. renungan bersama...

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?



Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.


“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.


“Mengapa?” balas saya.


“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”


Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?


Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”


Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.


“Oh ramai encik…”


“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”


Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.


“Kakak, boleh saya bertanya?”


“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.


“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”


Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”


Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”


Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.


“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.


“Maksud encik?”


“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”


“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”


“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”


“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”


“Maksud kakak?”


“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”


“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”


Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.


“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”


Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.


“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”


Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”


“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’


“Pasti ada! Insya-Allah.”


“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”


“Subhanallah!”


“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”


“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.


“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”


“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”


“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”


“Maksud encik?”


“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”


“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”


Giliran saya pula tersenyum.


“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.


“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”


“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”


“Maksud encik?”


“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”


“Kenapa?”


“Kita akan sakit jiwa!”


“Kenapa?”


“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.


“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.


“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”


“Ah, kita terlalu ego…”


Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Kekadang kita tak terfikir pun....Muhasabah Dirimu

Untuk renungan pagi , renungan bersama



R E N U N G-RENUNGK A N:


1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..
3) Badminton ----- Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....
5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...
6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..
8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan
glamour...
9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
laut dalam (sewa bot mewah)....... Kalong


..... T E T A P I...

KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH
PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan....
3) Bangi ---- madinah ---- mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ....
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU......
7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.


Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......
Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &
gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.
Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..
dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...


......infiniti. ......
Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.


1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin..
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..
3.. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik..
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassalam.

2 Tabiat Ke Neraka

Assalamu'alaikum wr wb ..

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk
kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun
Nisaa '. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah
SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:


" Assalamu'alaikum , wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".


Seorang wanita lalu bangun bertanya, "A! pakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah
ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1

Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat
geram dan marah kita mungkin berkata, " Driver bas ni dah mampus agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
hatta suami pun kena sumpah. !

Contoh 2

Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Mas a ni jugak nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang
kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan
suami'.
Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang
isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di
suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita! kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']


Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya
tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.'
Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah
menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat
menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:


a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan kita beri! stighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri
melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam
bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,
isteri Rasulul! lah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati
Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala
hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga,
Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah
SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya
perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam .

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair

Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."
Maka
setelah diberi peringatan oleh Rasulu! llah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat
buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

romantiknya RASULULLAH S.A.W

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami
yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya 'siapakah diantara mereka (isteri-isteri)  baginda
yang paling disayangi'.  Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, 'Saya akan beritahu kamu kemudian.'


Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama.

Rasulullah  SAW lalu menjawab 'Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya'.  Isteri-isteri baginda tersenyum  puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.


Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk  mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:   'Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka'.

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah.  Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.

Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

'Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...' Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin

Kerana Dia Manusia Biasa ...

Assalamualaikum. .. Semoga bermanfaat... baik utk yang melamar ataupun yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga......

Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga..Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa ......

Kerana Dia Manusia Biasa ...

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawapan duniawi.

Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.

Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya.

Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.. ..!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara.

Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.

Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin  berbual tentang banyak hal.

Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. .......

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas.  Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu.......

************ ********* ********* ********* ********* ********* *********

Kepada .........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ............ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha  mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya  menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb


************ ********* ********* ********* ********* ********* *********

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.

Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia......?"

"Kerana dia manusia biasa....... " Dia menjawab mantap.

"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu  memberikan kesenangan tersendiri buat aku."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.

"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"hik.....!"

"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.

Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.

Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.

Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.

Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.

Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).

Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam

4 perkara yang.....

4 perkara yang menguatkan badan
makan daging, memakai haruman,kerap mandi dan berpakaian kain kapas
 4 perkara melemahkan badan
 *banyak berkelamin, selalu cemas, banyak minum air ketika makan dan banyak makan bahan masam
 4 perkara menajamkan mata
*duduk mengadap kiblat, bercelak sebelum tidur,memandang yang hijau dan berpakaian bersih
 4 perkara merosakkan mata
 *memandang najis, melihat org dibunuh, melihat kemaluan dan membelakangi kiblat
 4 perkara menajamkan fikiran
 *tidak banyak berbual kosong, rajin bersugi (gosok gigi ), bercakap dengan orang soleh dan bergaul dgn para ulama
4 cara tidur
 1) tidur para nabi - tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi
 2) tidur para ulama & ahli ibadah - mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga solat malam
 3) tidur para raja yang haloba - mengiring ke sebelah kiri untuk mercernakan makanan yang banyak dimakan
4) tidur syaitan - meniarap seperti tidurnya ahli neraka

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...