Friday, April 29, 2011

Exercise, exercise & exercise...

Bermula 25 April adalah aku sudah memulakan misi untuk penjagaan tubuh badan yang sihat dengan menaiki & menuruni anak tangga ke rumah aku yang berada tingkat 8 okey... Ini adalah exercise yang free of change yang sempat dilakukan pada waktu berkerja... penat aka berpeluh jugak okey.. senaman baik untuk jantung, kaki ea..

Cer kira... anak tangga ada 8 x 2 x 8 tingkat bersamaan 128 okey.... sekali turun.. kalau naik lak pun sama 128 anak tangga... so sehari adalah 256 anak tangga yang harus ku hadapi...huhuhu... janji exercise jugak kan... if nak g jogging, cycling, dancing need time to do that...  

Rezeki Pemberian Allah...

Alhamdulillah bermula bulan April ni ada kenaikan gaji pokok untuk semua staff tetap diploma holder... alhamdulillah.... rezeki untuk mak abah ku jugak.... mak da cakap nak pasu 2... huhuhu... insya-allah mak, nanti balik kite g carik ea....
adalah hari ni selepas kerja akan pulang ke kampung... berjumpa mak abah & adik2... rindu dah ni pada kampung halaman..... da plan nak belikan barang2 untuk mak abah.... 

Selesai Sudah.... Alhamdulillah...

Alhamdulillah... selesai sudah final exam tahun kedua di USM PJJ.... selama 3 minggu aku ulang alik dari kuala lumpur ke shah alam... menghadapi 8 paper.... 2 paper pada minggu pertama.. 4 paper pada minggu kedua.. sangat2 la penat & letih pada minggu kedua sebab paper adalah berderet2..... tak pernah kot rasa penat camtu.... tapi dengan semangat & sokongan kawan2 alhamdulillah aku dapat menghadapinyer dengan cemerlang... semoga alhamdulillah dapat result yang cemerlang & lulus semua subjek yang aku amik tahun ni.... maka selesai 20 paper dalam masa 2 tahun ni.. alhamdulillah... alhamdulillah.. alhamdulillah.. amin amin amin...

Friday, April 22, 2011

kawan, sahabat

apa erti sayang? sayang ni bukan hanya kepada mak abah, adik  beradik, keluarga kite, kekasih, suami & isteri juga kepada kawan2... bagaimana kite tunjukkan rasa sayang kepada orang2 yang kita sayang? contoh mak abah & adik beradik kite.... tu masing2 tahu kan... kite amik berat, tanya kaba, sediakan apa yang termampu, jaga diri & peribadi, balik jengok mereka jika berada diperantauan cam aku & jika terbaik la ingin dibuat utk mereka kan.... huhuhu
 
pastu macam mana cara kalau kite sayang kawan2 & sahabat2 kite? adakah cukup dengan kata2? "aku sayang ko" rasanya kalau kite sayangkan seseorang tak perlu diluahkan dengan hanya kata2 tapi dalam hati kite tak pernah sayang pada seseorang tu.... kalau perlu diungkapkan pada masa ketika yang sesuai & benar2 kamu maksudkan... orang yang mendengar kata2 tersebut akan dapat rasakan bahawa kite memang sayangkan die... kira luahan kata2 hasil dari dalam hati.... yes the person can know... 
 
tempoh kite kenal & menyayangi seseorang pun takde satu limit... mungkin memerlukan masa yang lama.... @ hanya masa yang singkat.... tapi kalau kite betol2 ikhlas untuk menjadi kawan & sahabat kepada seseorang kerna Allah bukan kerna sesuatu insya-ALLAH perhubungan itu akan kekal lama... percayalah....
 
kadang2 kite tak perlu ungkapkan pun.. "wei kite kawan kan" masing2 akan tahu.. memahami... kite perlu selami hati kawan2 kite.. oh ya.... apa beza antara kenalan, kawan & sahabat?
 
kalau sekiranya kite sayangkan kawan2 & sahabat2 kite seharusnyer kite mengenal sapa dirinya, memahami dirinyer.. supaya kite leh tahu die on mood @ okey.... sikap manusia pun berbeza.. ada yang tak kisah... ada yang sensitive.. ada soft.. ada yang happy go luckly... macam2 adoooooooo.....apa pun kite tetap kena hormati kawan2 kite walau siapa pun die... sumanyer anugerah ALLAH.. kite tak boleh pertikaikan...kawan yang baik seharusnya memahami keadaan kawan2 nyer... seharusnyer menerima kelebihan & kekurangan diri kawannyer itu... Allah da jadikan manusia tu unik kan... sekiranya timbul rasa tak puas hati segeralah berbincang & selesaikan secara baik... bukan aku tak pernah terasa hati ngan kawan2 aku... bukan tak pernah bergaduh... tapi jumpa & luahkan...maafkan & mohon maaf.. ikhlas dari dalam hati.... alhamdulillah ... aku makin mengenali diri die.... sampai sekarang kami masih bersahabat.. sanggup susah senang bersama... menghulurkan bantuan tanpa meminta balasan.... boleh berkongsi citer ... ketawa menangis bersama2.... itulah kawan.... kalau tak berhubung pun tetap ingat.... dunia makin canggih sekarang kan ada facebook... huhuhu....
 
kawan yang baik juga tidak akan melupakan kawan2 sekiranya die berjaya.. tak perlu berlagak @ lupa kawan2... tanpa kawan2 kite ni sapa jer.. hidup sorang diri.. boleh ker???? aku memang tak la... kawan2 yang baik akan bagi sokongan pada kawan2 die... bukannyer nak dengki pun... tapi kadang kala ianyer da disalah anggap.... terpulang la... makna die tak faham diri kite....
 
oh ya... lagi satu apa perasaan korang... ada yang putar belit citer, yang tak nak mengaku salah walau kesalahan da terang2 salah die... apa kalau mengaku ko loser ker?? tak kan.... "ko ganggu aku  nak tido" hal kecik pun da pusing citer kenapa nak tunjuk ko hebat ker??? apa ko dapat ek ko buat camtu... nk suh orang bersujud pada ko...opsss tarik nafas dalam2.... depan cakap manis belakang masih mengutuk2.... paksa kite maafkan die.. paksa kite kuar ngan die... "aku sayang ko lebey" tapi ko still nak kutuk & sebarkan citer yang tak betol... "ko janji jangan marah aku ek" apa tu.. kite da besar ok.. matang & boleh berfikir.... "wei jomlah aku belanja ko" bukan itu caranya nak amik hati kawan2... boleh nak belanja... alhamdulillah tu rezeki kan.. heheheh...
cuma macam mana yer... ko cakap maaf.. sayang tapi di belakang masih kutuk2.. putar belit citer dan kite dapat tahu.... kecewa... sedey.... tak tahu nak cakapa apa dah... cuma leh cakap apa masalah die ek....
we cannot control the people to be with you.... tu paksa namanyer.. aku sangat tak suka paksaan.... biarlah kite lakukan dengan rela hati sendiri tu lebih baik & bermakna kan....
 
suma orang ada hak masing2... ada masa untuk dirinyer jugak... so sebagai kawan kite mesti la faham & hormatkan... tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini... begitu juga aku.... tapi seboleh2nyer.. insya-allah aku ingin menjadi kawan & sahabat yang terbaik kepada kawan2 & sahabat2 aku.... aku cuba baiki diri jugak.. hormatilah diri sendiri & orang lain.....
 
kawan & sahabat yang baik boleh duduk lama bersama2 dengan kite tanpa sepatah kata2 pun kerna die selesa.....
 
bagi aku.. aku memang sayang kawan2 aku.. sahabat2 aku... biarlah perkenalan & perhubungan yang terjalin ini kekal buat selama2nya.....thanks to be my frens... ampun & maaf ku pohon sekiranya kekasaran bahasa & terlebih gurau...  
 
friendship forever & everylasting.... love forever..
 
hasil nukilan
Siti Zainab Amir a.k.a izaicun

Tuesday, April 12, 2011

Ia sudah bermula

agak lama aku tak post apa2 kat sini kan.. hukhuk.. bz katakan.. maklumla ngah berperang dengan final exam for this semester... haruslah membaca & study okey... alhamdulillah semalam selesai 1 paper iaitu international business aka perniagaan antarabangsa... adalah aku dengan memakai baju kurung semalam okey.. maklum la first day.. amik aura & semangat....



sweet tak aku semalam ni nak g exam.. harap maaf aku tak tahu nape pic jadi gini.. padahal die portrait tadi

semalam adalah 3 jam okey paper semalam.. sebelum masuk exam.. tak rasa lapau.. al-maklum la nerves.... hukhuk.. masa sedang menjawab.. adalah rasa lapau... dengan berfikir2 lagi.. ngat2 lagi... start exam 2:15pm.. aku setel jawab suma shingga 4:45pm.... so tak larat da nk tunggu sampai 5:15pm.. so apa lagi..chow la... bukan chowrasta...

jalan clear ni tapi sampai kat jambatan pulau pinang adalah jam okey... sehinggalah kerinci.. da r ujan... sejuk.. lapau... kol 7:00pm kot aku baru sampai umah.. harus cari makanan okey.. nak beli malas nak tunggu lagi.. so aku nampak nasi goreng ni.. so jadilah nasi goreng cina udang & lobak.. hasilnyer...

taadaaaaaaaaaaaaaaaaa

nasi goreng cina


Friday, April 1, 2011

Andainyer Lelaki Tahu

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan 'i love u', itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andainya lelaki tahu.Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andainya lelaki tahu.Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, "tolong tinggalkan saya!", dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andainya lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

 p/s: sayangilah seseorang yg menyayangi kita dari kita menyayangi orang..hargailah ia selagi ia masih ada..


Dugaan oohh Dugaan

Masya-Allah terkejut jugak dengar bila dapat tahu adik no 7 eksiden motor tadi... dugaan Allah.. semoga apa yang berlaku ada hikmah dan kebaikan yang tersembunyi.... dugaan yang datang nak menguatkan kita.. tabahkan hati hamba-hamba-NYA.... semoga aku diberi kekuatan dalam menghadapi segalanyer.. amin

minggu lepas adik aku no 6 eksiden kete sebab tayar pecah... alhamdulillah die tak apa2.. agak trauma jerk.. la sebab tak sangka kan.... kete la teruk sket... barang kete ada ganti kan...

walaupun kite diuji bukan bermakna kite ni tak bagus @ kite tak disayangi... tapi dugaan tu nak menguji sejauh mana tahap kesabaran kite.. sejauh mana usaha kite untuk menyelesaikan apa yang berlaku.. bagaimana keadaan kite dalam menghadapi semua tu.. bagaimana kite nak tolong membaiki keadaan.... adakah hanya tengok @ bagi semangat serta sokongan? mungkin Allah nak tengok sejauh mana hubungan antara kami adik beradik.. adakah saling amik berat... adakah saling sayang menyayang.... adakah jarak jadi penghalang.... juga ingin lihat sapa kawan sejati tika susah & senang.... juga boleh tahu sapa kawan sapa lawan... apa pun sumanya pasti ada hikmah yang tersembunyi.... atau mungkin ada kesalahan yang kite lakukan yang mungkin sengaja @ tidak disengajakan.. mungkin dugaan ni nak jadikan kite lebih baik lagi.. lebih dimurahkan rezeki lagi.. lebih bahagia lagi.... masya-Allah..... walau apa pun aku sangat2 bersyukur dengan segala apa yang dikurniakan kepada diriku & keluarga.... nikmat Allah yang tidak terhingga.... begitu cinta Allah kepada hamba-NYA.. adakah kite ada rasa cinta & sayang pada Allah....
[sebak rasa hati ni]


BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...