Tuesday, November 29, 2011

Lama Tak Update Blog

Salam... hye semua... dah sampai ke penghujung November dah ni.... masa sangat pantas berlalu kadang2 tanpa kita sedari dengan kita yang sangat sibuk menjalani rutin seharian....

Dah 29.11.2011 makna tak jauh dah aku nak g kursus intensif USM pada 29.1.2012.... 2 bulan jer lagik.. dengan assignment yang banyak tak siap lagik, tak study lagik.. oohhh nooo... wake up jen jen.... 

setting balik semua from now..... 

Good luck for me....

End dulu to be continue

Thursday, November 17, 2011

Love is


Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pada seseorang yang layak menerima.

Wednesday, November 16, 2011

Pagar Diri Dari Sihir Dan Ilmu Hitam

copy from blog Tok Wan.. untuk ingatan kite bersama....



Di bawah ini di nyatakan cara-cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda. Ia boleh menyerang anda. Ketahuilah cara memagari diri anda dari ancaman sihir dan gangguan syaitan.


Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah

Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.)


Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)


Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. telah bersabda:Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguh nya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya'.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).


Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir.

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"( Riwayat al Bukhari dan Muslim).


Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas.

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan bersabda: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".

Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.


Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah.

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).


Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi".

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil bersabda: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu." Riwayat al Bukhari).

Monday, November 14, 2011

Wednesday, November 9, 2011

Due Date Tugasan Yang Wajib Disiapkan


For this year for year 3 aku amik 9 subjek... so semua assignment dah kuar so apa lagi tinggal untuk disiapkan... progress bahan2 da mula carik... da mula taip2 sket.... 

JFW 364 - Analisis Penyata Kewangan - 30/10/2011 - Individu - Done

JFP466 - Opsyen dan Pasaran Hadapan (20%)   :  29/11/2011 - Group
JUE300 - English II                              (20%)          :  15/12/2011 - Individu
JUL401 - Bahasa Malaysia IV                (20%)      :  02/01/2012 - Individu
JTP380 - Kaedah Penyelidikan              (20%)      :  13/01/2012 - Individu
JRW348 - Peruncitan                           (20%)        :  15/01/2012 - Group
JKE214E - Labor Economy                    (10%)       :  01/02/2012 - Individu
JTP401 - Etika Perniagaan                   (20%)        :  10/02/2012 - Group
JFP363E - Security Investment
               & Portfolio Management       (20%)      :  05/03/2012 - Individu

p/s : this sem masya-Allah nape la sangat kurang bersemangat., penyakit M ni sangat besau beno.... aku kena fight...aku yakin boleh siapkan segalanya... 



Tuesday, November 8, 2011

Bersangka Baik, Memahami & Sabar


wahh tajuk entry cam gempaq & power kan kan.... sebenarnya sangat lemau + ngantok gaban + otomen suma ada ni....maklum la semalam gerak dari kg kol 11pm & sampai umah dalam kol 1:45am... nak elak jam la kunun, kuar dari ayer keroh clear lepas pedas linggi jam jugak, tapi balik lewat ni bukan sorang2 aku ngan yana geng rempit aku, da janji & amik die kat senawang...

memang nak menulis tapi adalah kurang best sebab pic tak sompek nak transfer lagi, adalah sangat bz semasa cuti minggu ni maklum la sempena hari raya aidiladha & tidak pulang ke kampung selama 60 hari... tu die bapak lama kan kan... ngeh  ngeh.. ni cipta rekod ni.. hahhhhaa.. paling lama aku tak balik before this sebulan lebih jer...

so kunun-kunun tak mau melayan mata maka aku pun menulis.. ewahhh... hahahha apa lak ea nak story ni..
oklah aku story sinopsis jer kejadian yang berlaku...hahhahaa.... poyos jer kan...

Al Al - actually takde apa2 pung pasal al al cuma this week kebizian gaban melanda die... start on my besday rabu lepas, yalah baru berkenalan kan so die tak pasan r besday aku biler, tak kisah pun... baru-baru ni lak BFF aku dok riso aku masih solo & single kan so die pun nak ajar aku la cara mengorat??? tetiba aku lak tanya diri aku.... aku tak pandai ker? hahhahaah memang la sebab aku pun spesis manja2, ayu... tu kan semulajadi kan.. kalu nak buat2 manja kang ramai lak kawan2 aku muntah hijau, jangan kata kawan2 aku... aku sendiri kot muntah darah dulu... hahahhaha.. auwwwwwwww

kisahnyer kawan aku suh la aku ni manja sket siap bagi teknik2 ngorat tu...pada aku biarlah aku jadi diri sendiri kan kan.. biarlah orang yang suka aku terima sapa aku... eehhh ehhh sebelum ni pun aku jadi diri jer... masih ada yang sayang... auwwwww.... hahahahahhaa

aku ngan al al okey jer... as fren but ada la sket2 ciri2 die aku suka.. auuww.... hahahhaa... as normal human kan... aku tahu aku tak leh lari tapi apa aku rasa tapi ianya aku kawal & berbatas.. suka as a fren..... aku tahu this time is so hard core busy for him as a good fren aku kena lah memahami kan.. leh msg tapi kena pada masanya... msg just simple & tidak mengharapkan apa2 balasan .... macam sabtu lepas msg die then 5 minute after die kol.. terkejut okey... but i feel happy.... for this time biarlah camni... taking care yer al al...
mak abah pun pesan : bersangka baik, positif thinking & patient, be understanding dalam jua yang kita lakukan insya-allah hasilnyer pasti terbaik.... apa jer yang dilakukan ikhlas kerna Allah....

hisam - guy yang kawan abah aku kenalkan... makcik aku, pakcik yang kenalkan tu sangat happy ya.. bersetuju.. abah aku lak kata jangan gelabah, kenal dulu... jumpa dulu.. mak aku lak tak kisah sangat yang penting aku leh nak serasi & aku setuju....the answer is kawan la dulu kan.... no promise....

hahahahha... sinopsis kunun... bapak panjang lak aii...

aku pulang ke kampung lepas keje jumaat lepas.... 4 jam okey baru sampai kg... sampai2 suma kuar termasuk family pakcik aku semua, adik2 aku suma da sampai.... nak masuk tengok2 ada macam2 kat meja.. taadaaaaaaaaaaa surprise besday aku & advance besday mak aku.. terkejut akuuuuuu... thanks to all adik2 aku... i'm so happyyyyyyyyyyyy ... sayang korang semuaaaaa......... muahhhhhhhhhh

kunun pendek kan kan.. to be continue in next entry... ahaksssssssss

Thursday, November 3, 2011

Calon From BFF Abah Aku...


apakah? tak sure nak citer camner.... tadik setelah 5 hari that guy yang diperkenalkan kepada yang bernama Hishamudin kol aku... kira memang first time la bercakap but around 2 minit jer kot....start ahad 30 Okt die msg jer aku.. takde la every day.. sesekali jer.. aku lak jawab apa die msg.... ntah la beb... aku tak tahu macam mana sebenarnya... maybe still terkejut dengan calon yang datang ni sebab abah gtau jangan terperanjat sah aku memang terperanjat okey... so aku tak tahu nak cakap apa... just kawan jer la dulu kot.... 


pasal die yang aku tahu la... nama hishamudin... umo 29... keje kat jabatan meterologi kat pj state , asal perak, still belajar lagi usm pjj tahun 2, kos match... 
orangnya tak tahu macam mana... 


BFF abah aku la banyak kol & msg aku tanya macam mana? bila plan nak jumpa? macam mana lelaki pilihan aku? 


tak tahu la... tak berani nak komen apa2 sangat sebab tak kenal... 


memang now aku takde declare ngan sesapa pun.. just kawan2 jer....
ni calon abang angkat aku kenalkan...
Mohd Alhafiz Asmuni aka Al Al tu just fren sebab baru jugak kenal since 20 September... first time jumpa 29 Oct ... tapi tak tahu la ... die ada cakap.. "Jen Jen kita kawan kan" yes we are fren.... sebab baru sangat kenal kan... 


kesimpulannya... aku memang usaha mencari tapi aku takde la desperate sangat... insya-allah sampai masa nanti aku akan jumpa seorang lelaki yang boleh terima aku seadanya.. sayangkan aku.... amin amin amin...


sekiannnnnn..... daaaaaaa

Site Visit & Reccee To Taman Botani Shah Alam....


Division aku nak wat satu event bagi menggantikan team building yang tak jadi2 since July extend to October then November but still cannot do coz disebabkan komitmen masa staff... so committee members plan to create satu event yang includekan semua staff ... maka terciptalah programmce dengan nama Get Together Activities.... tugas survey tempat adalah kerja aku, maka aku dengan mengguna hujung jari mensurvey la tempat2 yang telah dicadangkan semasa dalam meeting... antaranya... FRIM, Janda Baik, Kalumpang Resort & Bukit Cerakah aka Taman Botani... 


So the resultnyer setelah mendapatkan info maka Taman Botani telah dipilih disebabkan lokasi yang dekat, pihak mereka dapat menyediakan permintaan pihak kami untuk mencapai objektif... aku dok emel2 ngan En Saifful.. rupanya die merupakan presiden Kelab Rekreasi Shah Alam... so dielah akan menguruskan segala aktiviti yang ingin kami jalankan termasuk lah bas pengangkutan, makanan, t-shirt & sebagainya... 


So team aku yang seramai 5 orang g ke sana untuk melihat tempat2 yang bakal kami tempuhi pada 8 Disember nanti... naik apa? naik cik bibah aku la kan..... so dalam kol 10:30pagi bertolak ke sana.... so layan jer pic2 yang ada.. 


*kredit to cik yana sebab die dah edit.. awak pinjam ek... hehhehhe....


ni lah geng2 yang.. cik yana, ira, kak ika & kak yati

amacam best tak tempat kitaorang nak wat aktiviti nanti.. aktiviti apa? jeng jeng jeng... aktiviti yang bakal kami jalankan adalah senamrobik, explorace, telematch, stage persembahan... huhuhu.... stamina kena kuat ni... 


sekian... daaaaaaaa



My Besday 2 11 2011


Alhamdulillah semalam merupakan ulang tahun besday aku yang ke 28......
Alhamdulillah my family jugak wish.... tak sabar nak balik kampung jumpa semua... 
Alhamdulillah ramai kawan2 yang wish & bagi present... so surprise... terharu sebab tak expected langsung.... thanks korang...sayang korang semua.. muaahhhhhhhhhhh... 



Tuesday, November 1, 2011

Weekend with Full Surprise & Fun :):):)

patutnyer nak story semalam tapi semalam adalah sangat bz gaban, berlari ke depan belakang saja sebab cover tmpat exe secretary.... so today ada free sket.... so nak story jugak kisah weekend baru ini....


apa citer??? yeye nak story ni... 


29.10.2010 bersamaan sabtu merupakan hari konvo adik2 gurl jen jen iaitu adik no 4 & adik no 6.. nama diorang ini hampir serupa... no 4 SITI ZARIFAH no 6 SITI ZAFIRAH..... jangan tersilap okey... ala pic kat laptop umah lak.... later la upload kat sini.... oleh sebab konvo mereka adalah serentak tapi berlainan tempat sorang di PICC Putrajaya & sorang di DATC UiTM Shah Alam maka mak abah tak boleh pegi kedua2 tempat serentak.... adik no 4 mengalah so mak abah ke PICC manakala aku ke UiTM menemankan & meraikan majlis konvo adik aku.... sebenarnya first time aku masuk dewan konvo as tetamu... before this 2 kali konvo aku as graduan..... dah la sorang2 kan, bosan jugak sebab takde geng bercakap... ikutkan adik boy no 3 nak datang tapi sebab komitmen keje maka tak dapat hadir tapi takpe sekurang2nya adik aku tak berseorangan.... pepagi aku dah gerak k Shah Alam, majlis okey so aku pakai baju kurung... sweet gitu... ahaks.. nak jugak puji diri sendiri... hehehehe....aturcara majlis bermula dengan kisah tayangan video persenyawaan manusia dari seketul darah sehingga lahir seorang bayi, membesar dan seterusnya menjadi insan di muka bumi, kisah pengorbanan ibu bapa terhadap anak2..... so touching okey.... aku cover macho la... heheheheh.... Naib Caunselor pun nangis okey... memang la kan if melibatkan mak abah ni....


p/s : sayang mak abah, pengorbanan mereka memang tak terbalas doa ku mohon supaya mak abah sentiasa dalam keadaan sihat, bahagia, baik2 saja.... akak sayang mak abah.....


dalam kol 12:30 selesai majlis konvo, so kuar la dari dewan perghhh tu die session adik aku adalah paling ramai.... plan jumpa kat pintu utama untuk sessi bergambar... takde la banyak sangat pic amik sebab orang sangat ramai.. sangat sesak okey..... 


after that aku minta diri nak balik k KL.... kol Al Al sebab memang ada plan nak g tengok muvi aritu dengan Bro Mirez sekali, kira g bertiga sebab aku tak penah jumpa Al Al lagik... Bro Mirez lak tak jadi sebab ada keje so Al Al cakap kite proceed jumpa... die otw sekarang tunggu kat UiTM die datang amik.... aku lak masa tu haaaaaaaaaa.... dengan berbaju kurung ini.... tetiba jadi cam nervous... hahhaahhaa...... 


setelah hampir 40 minit menunggu nampak sebuah myvi putih dengan driver berbaju shirt kuning & pertama kali aku pandang hati aku berkata tu Al Al.... bila kol yes memang sah tu die.... kuat jugak instinct aku ni.... huhuhuhu.... bila cakap kat Al Al die cakap cmtu jugak... kuat instinct jen jen.... tengok Myvi putih die ohh same like my brader... huhuhu.. sebijik sebentuk tapi plat no lain la.. ngeh ngeh ngeh... 


first time jumpa segan, malu tapi control macho okey.... tapi rasa cam lama dah kenal... orangnya sangat tinggi, ceria... sebab dah pernah cakap so takde la janggal sangat... kitaorang proceed terus ke Sunway Pyramid sebab Al Al kata nak g sana... Jen Jen follow...


plan aritu adalah ingin tengok citer Real Steel.... lepas cari tiket kitaorang g solat dulu then makan kat Kenny Rogers.... sebab tiket kol 6:40pm okey.. kitaorang sampai 2:30pm cari parking suma sampai tempat tiket dah kol 2:40pm so dah terlepas tiket kol 2:30pm... lagipun tak mau la rushing2 kan kan.... jejalan pusing tawaf kat Sunway tu.. teman2 Al Al cari barang.... die ada komen nice, i like  when see i wearing baju kurung... Jen Jen senyum jer.... 


spend time together with Al Al 2:30pm until 10:00pm feel selesa, happy, safe... walau pertama kali jumpa tapi feel happy... borak2.. walau jejalan tanpa bercakap tapi takde rasa bosan.... apa pun as fren aku happy, selesa.... hope perkenalan ini akan berkekalan dengan baik.... kawan tanpa syarat... 


tu kisah sabtu 29.10.2011.. lain pulak kisah nyer pada 30.10.2011.. apa kes???


kisah Ahad tu lak sebab takde program apa aku kuar berdua ngan BFF aku anim, kitaorang g USJ Summit karok & jejalan round Summit.. pastu lepaking minum, story mory.... dalam pada tu dapat msg dari abah aku yang mengatakan "akan ada orang kol akak dalam masa terdekat ini, jangan terperanjat" aku apalagi memang terperanjat okeyyyyyyyyyy... ohhh noooooooooooo


petang tu lak pakcik tu ada kol, pakcik tu merupakan BFF abah aku... nak kenalkan aku ngan officemate die... pakcik tu cakap malam kang that guy akan kol aku.. aku memang sah2 terkejut & tak sangka plan ini semua.. apa pun aku kawan jer, tengok jer dulu... sebab memang tak kenal... tapi tak berani komen apa2... kenal & kawan jer... 


p/s : apapun aku taknak terburu2.. aku pun bukan desperate sangat nak kawen.. memang lah nak kawen bukan nak main belasah jer kan kan... nak mencari seseorang yang boleh serasi, memahami, yang buat kite happy, terima kite seadanya, terima jugak family kite, hormat kite, bukanlah yang kaya & handsome melangit tapi biar sedap mata memandang & boleh menyara kite, ada kerja yang baik & stabil.... lalui susah senang bersama.... 

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...