Friday, March 30, 2012

Bawak Balik DELL



Alhamdulillah asimen paling lama selesai sudah.... next year ada paper project.... tajuk dah dapat tapi nak kena details lagik terutama dari segi sampelnyer... so nanti la fikir.... semalam sangat awal tido kol 9:30pm kot dengan harapan nak bangun 5:00am untuk kemas & packing barang almaklum la nak balik kg kan.... alarm memang bunyi tapi aku la terbabas lalu siap mimpi nak g naik flight... pelik2 makna aku dah lambat... haaaaaaaaaaa amik kau sedar tengok jam dah 6:15am okeh.... aarghhhhhhhhhhhh... bukan apa today naik cik bibah so haruslah awal kang takdak parking lak... so apa lagi bangun siap2, kemas... sumbat2 jer... ujan lak pagi ni lagi lah kalau lambat lagi la.... redah2 ujan alhamdullillah sampai opis.... 

Petang after opis nak balik kampung dengan membawa desktop DELL ni.... actually desktop opis aku eh eh dah cukup haul so aku pun beli.... nak tahu bape RM50 jerk.... desktop opis supplier by SAPURA .. desktop akan diletak atas nama kite so after 5 years diorang akan offer untuk beli atau tak???? 

So memang akan beli la kan.... RM50 beb mana nak dapat kat kuar.. PC elok lagi... so bagi kat abah.... huhuhu... abah pun memang perlu sebab die suka baca paper online kan... 

sekian... daaaaaaaaaaaa

Thursday, March 29, 2012

Siap Sudah

lama tk update blog... puncanyer tk leh buka lak guna IE... guna google chrome baru leh... alhamdulillah selesai sudah buat asignment Kaedah penyelidikan perniagaan dengan setelkan 30 journal & 30 template.... legaaaaa leh tidoq lena.... 

Thursday, March 22, 2012

Its A Sweet Memory....DOA


Actually aku ngah update & kemaskini folder emel aku semua.... sebelum delete terbaca balik semua emel so teringat suatu ketika akan kenangan bersama seseorang yang banyak memberi kata-kata semangat di saat aku kecewa di saat aku bersedih.... ada ketika aku jatuh..... die seorang yang berada di balik tabir... bagai angin yang bertiup hanya dapat dirasai tanpa dapat dilihat... selain family & sahabat2 aku die antara insan yang sering bagi aku kata2 perangsang untuk bangun dari jatuh... sentiasa mendoakan aku... tidak putus2 bagi kata2 semangat.... selain emel, msg & kol.... aku simpan semuanya as kenangan maka aku coretkan di sini.... antaranya doa yang di emelkan... kalau dalam sms beribu2 doa hampir setiap hari ditujukan buat untuk aku suatu ketika... kini die hanya pemerhati dari jauh.... mengapa Allah temukan kami??? ada hikmahnyer yang tersembunyi di mana semuanya pasti ada sebabnyer kan.... kini walau tiada doa, emel, sms selalu dari die... tapi die masih ada walau dari jauh.... sebelum ini dan sehingga kini... seorang insan yang tidak pernah putus asa & sentiasa menolong insan lain... tidak pernah jemu mendoakan orang lain.... ya... itu aku sangat kagum.... aku sangat respek.... seorang kawan yang baik... semoga Allah membalas segala kebaikannyer terhadap aku.... aminnn..... 

Ya ALLAH aku bermohon agar Siti Zainab Amir dikurniakan jodohnya dengan seorang lelaki yang sebaiknya..jangan Engkau biarkan dia dipermainkan lagi dengan lelaki..ikhlaskan aku bersahabat dengannya...walaupun apa pun aturan yang engkau aturkan dalam kehidupannya, biarlah doa-doaku sentiasa mengiringi kehidupannya...aminnn

Moga Siti Zainab Amin sentiasa diberikan kemudahan dalam perjalanan kehidupan...aminnnn

Ya ALLAH berikanlah pilihan dan tindakan yang dibuat Siti Zainab Amir pilihan yang Engkau redai...aminnn


YA ALLAH pertingkatkanlah keyakinan dan kekuatan dalam diri Siti Zainab Amir...aminnn



Ya ALLAH, izinkanlah kehidupan Siti Zainab Amir dipenuhi dengan ketenangan jiwa, limpahan rezeki yang halal, keselamatan, nikmat kesihatan yang berpanjangan dan segala kebaikan yang sebaiknya..aminnn...

Ya ALLAH aku bermohon agar Siti Zainab Amir dikurniakan jodohnya dengan seorang lelaki yang sebaiknya..jangan Engkau biarkan dia dipermainkan lagi dengan lelaki..ikhlaskan aku bersahabat dengannya...walaupun apa pun aturan yang engkau aturkan dalam kehidupannya, biarlah doa-doaku sentiasa mengiringi kehidupannya...aminnn
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir- sisiran sepanjang perjalanannya. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama- sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati... 

Ya ALLAH bukakanlah jalan kemudahan..jalan kesempurnaan dalam apa jua segala rencana terbaik kepada Siti Zainab Amir..aminnn 

Ya Allah ya Tuhanku..kekalkanlah persahabatanku dengan insan yang bernama Siti Zainab Amir..himpunkanlah rasa kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidupnya. iringilah setiap langkahnya dengan keselamatan, tenangkanlah hatinya..serta tabahkanlah semangatnya dalam menghadapi segala dugaan...aminnn..aminnnn...aminnnnn

Tuhan cuba menjadikan kita lebih tabah dan kuat. kita dilatih utk mengenali ranjau-ranjau dalam kehidupan. tentunya ada hikmah yang tersirat di dalamnya. sayangi diri sendiri sebaiknya..sedut dan lepaskan nafas dengan tenang. perjalanan masih berbaki lagi..selagi nafas kita berfungsi. anggaplah sebagai kemanisan dalam kehidupan juga..kemanisan dalam perjalanan menimba ilmu...
I tahu u boleh..kuat..tabah...nak u terus bahagia walau i dapat memandangnya dari jauh..



Aku telah mengenali seorang wanita yang bernama Siti Zainab Amir..aku makin mengenali dirinya. Aku makin mengenali siapa dia..kemahuannya..kegembiraannya..kisah silamnya. Aku pernah dan ingin terus bersama menggembirakan hatinya..ya Allah janganlah pisahkan apa yang Engkau telah berikan ini...aminnn



Moga dipermudahkan menjawab dan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir USM...aminnn
Ya ALLAH, aturkanlah perjalanan hidup Siti Zainab Amir dengan sebaiknya..aminnn 

Ya ALLAH, limpahruahkanlah rezeki Siti Zainab Amir dan penuhilah keperluannya...aminnn
Ya ALLAH, limpahruahkanlah rezeki Siti Zainab Amir dan penuhilah keperluannya...aminnn
Ya ALLAH, limpahruahkanlah rezeki Siti Zainab Amir dan penuhilah keperluannya...aminnn
Ya ALLAH, limpahruahkanlah rezeki Siti Zainab Amir dan penuhilah keperluannya...aminnn
Ya ALLAH, limpahruahkanlah rezeki Siti Zainab Amir dan penuhilah keperluannya...aminnn
Ya ALLAH, limpahruahkanlah rezeki Siti Zainab Amir dan penuhilah keperluannya...aminnn
Ya ALLAH, limpahruahkanlah rezeki Siti Zainab Amir dan penuhilah keperluannya...aminnn
Ya ALLAH, limpahruahkanlah rezeki Siti Zainab Amir dan penuhilah keperluannya...aminnn
Ya ALLAH, limpahruahkanlah rezeki Siti Zainab Amir dan penuhilah keperluannya...aminnn
Ya ALLAH, limpahruahkanlah rezeki Siti Zainab Amir dan penuhilah keperluannya...aminnn


Hari ini 21/3/2011 seorang yang aku sayang tidak sihat..
Aku memang sayang pada seseorang yang bernama Siti Zainab Amir...ada satu perasaan yang aku tak tahu kenapa jadi begitu sayang padanya..mungkin Tuhan nak uji aku..nak tengok aku ikhlas tak mengenalinya...nak tahu sejauh mana keikhlasan itu.. Kadang-kadang sayang itu umpama sepasang kekasih..yang nak lihat dia bahagia..ceria..dari kisah-kisah silamnya. Kadang-kadang sayang aku umpama seorang abang kepada adiknya..yang perlu dipandu untuk terus menjalani hidup. Nak tengok adiknya dalam keadaan keselamatan dan kerahmatan. Dah terlalu banyak perasaannya dipermainkan..aku harap "sayangku" ini kuat dan tabah. Jika andainya aku tiada lagi nanti, harapnya kenangan yang pernah aku lalui bersamanya akan jadi panduan. Semoga nasihat dan ingatanku akan jadi semangat untuknya..aku selalu doakan dia sentiasa mendapat kemudahan, keberkatan, kebaikan dan apa saja yang baik untuknya. Biarpun aku hanya dapat melihat dari jauh saja..tapi doaku memang selalu dekat dengannya. Biar umpama angin yang bertiup..Saat dia tak sihat ni terasa ingin sangat memberi perhatian sepenuhnya. Moga cepat sembuh sayang..kuatkan semangat...doa i ada untuk u...
Dari hati 3:21pm


Kita mungkin tidak boleh membuat orang kaya raya serta merta tapi cukuplah memberikan rasa ketenangan dan kegembiraan..




YA ALLAH dengan rendah hati aku bermohon kepadaMu, jika ditakdirkan suatu masa nanti aku tiada lagi dalam kehidupan Siti Zainab Amir peliharakanlah dirinya sebagaimana doa-doaku selama ini..amiiinnnnn..
*simpan doa ini sayang..
  Bagai angin yang bertiup..Di Balik Tabir

PERCAYA menjadi semua perkara MUNGKIN, KASIH SAYANG menjadikan semua perkara MUDAH, HARAPAN memungkinkan semua perkara MENJADI KENYATAAN 

YA Allah jadikanlah persahabatan dan perhubunganku dengan Siti Zainab Amir kekal selamanya..moga ada kebaikan dan keselamatan dalam perkenalan ini..janganlah engkau pisahkan kami dengan kesedihan..berikanlah rasa bahagia antara kami...aminnn

-semoga die dimurahkan rezeki.... dikurniakan nikmat kesihatan yang baik.... dipermudahkan segala urusan.... amin.... 

nama gelaran 
m13
di balik tabir
bagai angin yang bertiup

FRUST dalam bercinta


Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.
Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai.  Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”
Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: “Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya.”Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.
(Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang ‘frust’ dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani ‘memperkosa’ kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.
Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?
Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).
Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.
Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah,  ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”
Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan.
Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of my prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah. Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, “mengapa aku terpaksa menanggung derita ini.”Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter… ter… segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, “ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?”
Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan). Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada… kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, “Tuhan ada!” Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!
Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.
Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.
Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.” Cubalah fikirkan… siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir…
Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir… barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, “Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!” Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!
Saya punya banyak cerita betapa ramai pasangan suami-isteri yang bahagia bersama ‘orang’ yang mereka tidak sangka apalagi harapkan sebelumnya. “Rugi, buang masa mengenang kekasih dulu.” “Allah ganti yang lebih baik.” “Tak sangka, kami akan serasi begini.” Begitulah suara-suara ‘testimonial’ daripada orang yang frust bercinta tetapi akhirnya berjaya melalui kehidupan berumah-tangga dengan orang yang lebih baik (untuk mereka).
Ya, pada waktu ‘terkena’ dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat. Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!
Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada. Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai ‘mata rantai’ yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.
Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah ‘sekolah’ yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.
Frust dalam cinta jika ditakdirkan berlaku kepada anda, adalah satu pelajaran juga. Kita perlu faham ‘pelajaran’ yang dibawa bersamanya. Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluhan untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia pada masa akan datang. Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu. Kemungkinan besar kita akan ‘frust’ berkali-kali.
Semasa kita di peringkat remaja ada ‘pelajaran-pelajaran’ tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar. Apakah ‘pelajaran-pelajaran’ itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya? Inilah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap remaja. Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya ‘selesai’ di alam remaja terpaksa dibawa ke peringkat tinggi. Kalau begitu rugilah, sama seperti siswa atau siswi yang terpaksa ‘refer’  atau ‘repeat’ akibat gagal dalam peperiksaan mereka.
Remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum mencapai alam dewasa sepenuhnya. (I’m not a girl but not yet a women)  Keadaan transisi ini tidak stabil. Umpama air yang hendak bertukar menjadi wap, maka molekul-molekulnya terlebih dahulu bergerak dengan cepat dan tidak menentu.
Samalah dengan remaja, jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen mereka sedang bergolak. Takah usia ini paling tidak stabil – tercari-cari identiti diri, krisis pemikiran, perubahan biologi dan macam-macam lagi.  Dan di tahap ini juga remaja akan menemui pelbagai situasi dan kondisi – suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Muncul pelbagai individu dengan pelbagai kelakuan dan sikap. Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan. Salah satunya frust dalam bercinta.
Semua ini tidak berlaku sia-sia melainkan ada ‘pelajaran’ yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Remaja mesti dapat membaca ‘mesej’ yang dibawa oleh setiap peristiwa, individu dan keadaan yang berlaku ke atas mereka. Jika tidak, mereka terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali. Sebab itu kita pernah temui orang tertentu yang sentiasa berdepan dengan masalah yang sama berulang-ulangkali.
Jadi langkah pertama supaya remaja‘lulus’ dalam pelajaran mereka ialah  mereka perlu akur bahawa setiap yang berlaku di alam remaja ada unsur pengajaran dan didikan buat mereka. Frust cinta hakikatnya adalah ‘guru’ yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.
Untuk itu, apabila putus cinta, hendaklah ditanyakan pada diri, “apakah pelajaran yang disebalik semua itu.” Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah ‘mehnah’ – maksudnya didikan terus dari Allah.
Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan. Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah (mehanah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sebarang manusia lain. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Attoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.
Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.
Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dengan izin Tuhan, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dengan baik.
Apakah sebenarnya yang menjadi ‘tujuan’ di sebalik pelajaran-perlajaran yang datang dalam hidup kita? Tujuan utamanya ialah untuk mengubah kita. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru   hidup adalah satu proses perubahan yang berterusan. Yang tidak berubah dalam hidup adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan kita. Kita tidak dapat mengawal hati ‘kekasih hati’ agar dia sentiasa setia.
Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jangan izinkan orang lain hatta kekasih kita mengawal hidup kita. Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata,“we cannot  direct the wind but we can adjust our sail.” Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir  yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.
Malangnya, ramai manusia yang ingin memegang takdirnya sendiri. Dia seolah-olah ingin jadi ‘Tuhan”. Dia ingin semua keinginannya tercapai. Mustahil, manusia hakikatnya lemah. Dia tidak boleh mengawal hati kekasihnya. Dia tidak boleh memastikan kesetiaan kekasihnya. Ingat, mencintai seseorang bukanlah bererti mengatur segala langkah dan perbuatannya demi cinta. Kita tak akan mampu!
Ringkasnya, ujian hidup datang dengan pelajaran, dan pelajaran itu datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna remaja gagal dalam ‘sekolah’ kehidupan mereka. Frust cinta, hakikatnya adalah ujian yang ingin merubah kita untuk mula mencintai Allah.
Ingat, setiap kali sesuatu menimpa anda, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi… maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan… Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula. Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.
Belajarlah dari sekolah kehidupan semasa remaja lagi, supaya anda tidak diburu penyesalan apabila mencapai usia tua. Kata pepatah, “belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air.” Teringat kata Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and start living, “jangan gergaji abuk kayu!” Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!
Kita perlu sedar, hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas. Pada ketika gelombang itu ganaslah, semuanya terasa serba tidak kena. Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja.
Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah. Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan. Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan.
Kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup. Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hati… ya, selepas ini akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar. Dan apabila datang kesenangan, kita tetap tidak alpa… ya, selepas ini akan datang kesusahan. Bersiap-sedialah. Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan…
Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan ‘cuaca’ kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu. Fahamilah hakikat ini. Apabila kita frust dalam bercinta terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!
Sematkan di hati kata pujangga ini:Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua…cinta sejati yang ditunggunya!”

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...