Tuesday, March 31, 2015

Allah itu ada

Tadi aku baca kat FB.... share kat sini. Panduan untuk kite semua.... 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dia isteri yang cantik, muda lagi.. Namun begitu berat ujian menimpa dirinya, tentang suaminya.. 
Bukan buka aib sendiri,sebab baginya, tindakan yang dia ambil perlu untuk semua isteri contohi. 
AMBIL SEBAGAI PENGAJARAN! Ini kisahnya.Kisah ini diambil daripada isteri tersebut yang di emel kepada Pakar Hati Wanita.

Assalamualaikum.. Tolong hide nama saya. saya hanya ingin meluah dan berkongsi. saya ingin isteri-isteri diluar sana beringat. dan amik pengajaran..

DIA LUPA, ALLAH ITU ADA....

Saya dan suami kenal dr zaman persekolahan lagi. kami bercinta hampir 8 tahun. Kemudian kami bernikah.Siapa yang tak bahagiakan jika jodoh kekal hingga ke jinjang pelamin.

Dikurniakan rezeki awal, saya bunting pelamin.. makin bertambahlah seri bahagia kami. Pada usia kandungan 5 bln, Allah turunkan dugaan. saya menghidapi appendicitis dan perlu jalani pembedahan.suami menemani saya selepas pembedahan. Semasa cuti sakit, saya sedar perubahan sedikit demi sedikit pada suami saya. Cepat marah, kurang sabar, ambil tak endah tentang saya.suami saya seorg yang baik sebenarnya.solat tak tinggal.. imamkan saya, beri tazkirah selepas solat, alhamdulillah.. tapi dia lupa, Allah itu ada..

Tak disangka2, Allah tunjuk petanda. Di FB suami , ada wanita yang tidak saya kenali. saya stalk FB wanita tersebut.terkejutnya saya, status nya semua mengenai rindu dendam pada suami saya,hati isteri mana yang tak hancur luluh. Suami menafikan semua dan kata ada org ingin hancurkan kebahagiaan rumahtangga kami.dia kata mungkin salah seorg bekas kekasihnya.. sbg isteri, saya percaya kata2nya.. tapi dia lupa, Allah itu ada.. Ketika itu kndungan saya 7bulan. lebih mengharukan suami saya sampai bersumpah itu ini.. Dan secara tiba2 dia kembali romantik.

Tapi dia lupa, Allah itu ada..pada satu malam, saya terbuka hati untuk check hp suami. Inbox-clear. Sent item-clear. Draft – satu msg untuk seseorang.. yang membuktikan mereka ada hubungan.. lagi sekali, hancur luluh hati saya.. saat itu jugak saya tanya suami. Dia diam dan ingin mula solat. saya paksa dia mengaku.. pada mulanya dia katakan wanita itu bekas kekasihnya.dan pernah keluar bersama.

Ya Allah.. terduduk saya semasa mendengar pengakuan. Menangis, mengongoi…macam org gila.ya, macam org gila.. tapi dia lupa, Allah itu ada. Dia ingat saya keluar untuk pergi kerja pada malam itu.tapi tidak. saya terus ke rumah rakan.tanpa ditahan hati saya meluah segalanya.. saya rancang untuk tumpang di rumah rakan sehari dua.dan kami kembali ke rumah saya untuk ambil pakaian.sampai disana, kereta suami tiada.tahulah saya dia keluar berjumpa perempuan tersebut.malam itu juga saya bilik ke rumah mertua. saya cerita kn semuanya.(suami belum pulang ketika itu tapi tahu saya di rumah mertua). Suami call saya dan ckp dia jumpa perempuan tu sebab nk settlekan hal mereka. saya dah tak ambil pusing.mertua pula pujuk saya supaya tak cerita pada ibu bapa saya. saya akur..

Suami pulang pada hampir jam 11mlm. saya dan rakan tunggu di dalam kereta.suami sampai terus masuk kereta saya dan terangkan bhw perempuan tu yang gilakan dia.dia mengaku berkawan dengan perempuan tu, keluar karaoke, dan mula mengaku bahawa perempuan tu bukanlah bekas kekasihnya.tapi janda anak 4!

Ya Allah, kami baru saja 25thn!! Dan katanya, hubungan mereka hanya sekadar kwn. Katanya, dia cuba tinggalkan perempuan tu, tapi tak boleh sbb perempuan tu akan ugut dia untuk beritahu saya rahsia mereka.Bila saya tanya knp tak terus terang, dia bagi alasan sebab takut saya marah.. ya Allah, macamla saya tak marah ketika ini.. saya tak puas ati, saya suruh dia bersumpah smbil pegang perut saya atas nama anak.suami pada mulanya tak setuju.tapi tetap buat dalam keadaan terpaksa.kemudian, kami pulang dan saya mendiamkan diri.. saya masih terasa ada sesuatu yang suami sembunyikan.. betul, suami saya lupa.. Allah itu ada..

Pada subuh hari, saya kejut suami. saya tanya elok2.. saya suruh dia terus terang dan ceritakan segala2nya pada saya supaya perempuan itu tak tambah cerita, tak buat fitnah, tak ugut dia lagi. Suami diam. Dia akhirnya mengaku hubungan mereka sudah jauh. Mereka sudah terlanjur. Bila ditanya berapa kali, sudah 3 kali.. Allah….berat sungguh dugaanMu.. bayangkanlah, saya sedang mengandungkan anaknya 7bulan!!

Ketika itu, saya diam.setitik air mata pon tiada.. saya pandang kosong suami saya. saya rasa cinta saya yang 8thn itu telah terkubur. saya diam sejenak.suami pula menanti jawapan.dia menangis. saya biarkan.. baru menyesal mungkin? saya peluk suami saya, saya bisik di telinganya.. ’abg bertaubatlah, solat taubat byk2. saya maafkan abg.. dan saya tiada dendam dalam hati’ suami pandang saya sambil menangis teresak2 dan bertanya adakah saya masih terima dia lagi.dan saya hanya mengangguk.

Dia menangis sambil memeluk saya, cium saya.. saya terus bin dan berwuduk.ketika solat lah br air mata saya jatuh.. pada Allah saya mengadu betapa hancur berkecainya hati saya ketika mendengar pengakuan itu.. hati saya tak tenang. saya baca surah ar rahman. Tersedu2, sebak yang tak tahu nk dicakapkan. Suami yang melihat turut menangis.dia tak sanggup tgk keadaan saya.. dia call ibunya dan berterus terang tentang dosanya dan ibunya turut menangis dan meminta untuk bercakap dan saya. saya tak mampu untuk berkata2 ketika itu. saya hanya menangis dan menangis.. suami cerita, dia tak tahu knp dia boleh berubah sebegitu sekali. saya tanya apa yang kurang pada saya, dia kata tiada apa yang kurang. saya ada rupa, 1000tak cantik pada janda tersebut. saya solat, saya taat pada suami. saya bekerja, saya dah bg dia anak.. saya tutup aurat.ape lagi??

suami kata dia macam lupa diri.. dia taktahu knp dia bodoh macam tu.dia menyesal dan ingin lari di perempuan itu tapi perempuan itu ugut untuk beritahu dosa mereka pada saya.. sebab tu dia terpaksa stay berhubung untuk tutup mulut perempuan tersebut.

Mmg, sakitnya ya Allahhh…. Dia saja yang tahu. saya hanya bertahan untuk sekejap.kemudian saya tak boleh lupa dan mula rasa ingin mrh. saya minta cerai pada suami dan suruh suami kahwini perempuan tersebut.tapi suami tak nk. dia kata mati hidup balik pun dia tetap tak kan ceraikan saya. pada saat itu saya kerap menangis.. tambahan pula perempuan tu mengamuk2 pada suami dan saya.. habis dia cerita semua yang saya tak tahu.. yang amat menyakitkan. Perempuan tu hantar msg pada saya dan menyuruh suami saya hubungi dia.(suami dah patahkan simcard). saya bls msg ya dan nyatakan tiada apa yang belum selesai. saya dan suami saya baik2 saja. Pastu, dia balas dan kata tahniah kpada saya kerana bersuamikan ya. perempuan tu kata lagi, pastikan suami saya tak cari dia seperti mana suami saya mencari dia ketika saya melakukan operation dulu..

Ya tuhan, ketika aku bertarung nyawa melawan penyakit, suamiku curang… sedih dan pilu hati ni taktau macammana nak khabarkan..

Tapi Allah sentiasa ada.. siapa la yang tak marah.. memang saya mrh.tapi saya belajar untuk memaafkan dan melupakan.. saya minta suami untuk menghargai pengorbanan saya. saya minta untuk dia tak lupa Allah tu ada.. mcm2 suami tipu, tapi Allah bantu saya beri petunjuk..

Alhamdulillah, kami kekal sampai sekarang.. anak saya pun telah selamat lahir.. kami cuba untuk lupakan segalanya. kami buka buku baru.. suami pun dah berubah. sebab dia tahu, tiada lagi peluang jika sejarah berulang. jika berulang lagi, sememangnya tiada maaf bagimu. saya ada gaji sendiri, saya ada rupa, saya ada anak dah dan saya ada Allah. apa ade hal?

Mungkin ramai yang kata saya bodoh sbb saya bg peluang.tapi bagi saya, lagi bodoh jika saya meruntuhkan masjid sendiri.. saya yakin, Allah itu ada. Pasti ada hikmah kenapa saya diduga sebegitu rupa, mungkin isteri2 di luar sana akan ambil jalan cerai.. mungkin, balas dendam..

Sabar sahabat2ku, Allah itu ada.. kita kena percaya qada dan qadar. Kuat lah, bangkitlah, tunjuk pada dunia tangan lembut kita mampu menggoncang dunia.. yakinlah ALLAH ITU ADA~

Allah.. Allah.. Allah.. :’(

Kisah di atas juga terpakai untuk kes di sebaliknya iaitu jika isteri berlaku curang terhadap suami...


Yang utama, ingatlah sentiasa bahawa Allah itu sentiasa ada dengan kita...

Thursday, March 26, 2015

#temanlelakiupahan

Assalamualaikum... 

Hai korang. Eh korang layan tak citer kol 7pm di TV3 tu... Alaaaa citer #temanlelakiupahan. 
Mula-mula citer ni kuar aku tak layan la sangat. Tapi sebab budak-budak umah layan so tertengok la jugak. Hihihi. Tambah-tambah lagi "cuti" solat. Memang tengok la kan... Pastu lak geng BFF aku semua layan. 

Hari ini last day tau. Jom tengok apa jadi dengan Ezwan Lutfi & Kyra Lydia. Hehehe... 



Okeylah... Babaiiiii

Monday, March 23, 2015

Apam Beras & Apam Polkadot Yang Gebu Gebas

Assalamualaikum... 

Minggu ni 2nd last week in March 2015. Fuhh bercinta tunggu gaji masuk minggu ni. Hahhaha. Maklum la February aritu gaji awal kan, 17hb okey dah gaji. 

Last week kawan opis aku ada order. Sorang nak 50pcs apam beras. Sorang lagi nak 50pcs apam polkadot. 

So malam tadi baru nak buat sebab pagi-pagi Isnin aku gerak balik KL dari Melaka kan. 
Apam beras tu request nak kaler putih + pink. Memang niaga apam beras ni dari zaman sekolah. Atas permintaan baru buat. Apam beras ni aku boleh buat dari A to Z. Hehehehe. 




Apam polkadot tu siap ada filling blueberry tau. Tu adik aku no 6 yang buat. Aku tolong-tolong jer. Hehehehe. 



Kawan-kawan area Menara TM, Menara Annexe (KL) & sekitar Melaka, kalau nak order 2 jenis apam ni, boleh roger aku. Minimum order 50pcs. 
Apam beras                                       - 50pcs - RM15
Apam polkadot (filling blueberry)  - 50pcs - RM22

Okeylah tu jer nak update. Hahhahaa... Okey babaiiii.. 


Thursday, March 19, 2015

Diapers Zaheen

Assalamualaikum

Tajuk entry tipikal mak-mak sangat kan. hahahhaa. Yalah sejak bergelar Mama ni, diapers Zaheen menjadi satu keutamaan. Gituww. Dah masuk senarai list barang shopping. Kekekeke. 

Macam aku pentingkan keselesaan Zaheen la bila pakai. Bukan la nak cerewet sangat cuma nak pastikan tak la mudah bocor & jadi ruam bila pakai. Tu jer. Jenama tak kisah sangat asalkan harga berbaloi & berpatutan. Gituwww... 

So far masa Zaheen baru lahir aku beli Pet Pet. Sebab tanya adik aku guna apa untuk Ali. Hahahaha. Aku ada google jugak. Tanya ibu yang senior. 

Sumber Google : masa beli aku beli 32pcs jer kot. 

Aku beli sebelum deliver, so masa beli 1st aku beli Pet Pet aku amik Newborn size. 
Ada sekali masa saja-saja jengah Baby Mall kat Bandar Baru Bangi aku tengok ada promo Drypers. Beli 2 pek dapat 1 pek free drypants. Tapi S-XL. Newborn tak dapat free pek tu. So aku beli size S 2 pek, 1 pek 88pcs. Harga Rm31. Murah kan. Hehehe. 



Lama jugak aku pakai drypers tu. Lpas tu beli Pet Pet sebab ada promo & tukar size M dah Zaheen. hehehe. Yang the latest aku belikan Huggies RM31 sebab ada promo. Drypers & Pet Pet mahal sket RM34 & RM36. 



Huggies guna pun ok gak. Ada dapat sampel aritu. 


So itulah citer kali ni. Hehehe. Meh la share korang guna diapers apa. Hehehe

Okey Babaiii. 


Tuesday, March 17, 2015

Theme Color...Lawa

Assalamualaikum... 

Korang pilih kaler apa untuk Raya tahun ni. hehehe.. Tipikal mak-mak sangat kan. Hahahhha. Tapi tadi Hubby aku yang tanya, tahun ni "nak buat baju raya tak?"... Aku macam ehh... Tepuk dahi. Macam mana aku leh lambat fikir ini,. Kikikiki. Tu la sibuk benda lain. Thanks sayangku. 

Ikutkan Hubby ada belikan kain dari Vietnam. Kaler Kuning uolss. Tapi tu kain untuk kami berdua. tahun ni beraya bertiga. Zaheen kan ada. So nak kaler apa eh? Aku pun g google. So jumpa kaler purple siap ada ton dalam kaler purple lagi. "Lawa" kata Hubbyku. So aku gigih klik jumpa la blog yang citer pasal kaler. Takde image so aku print screen, lalu copy masuk power point, edit jadikan jpeg. Aku fikir-fikir baik aku simpan kat blog ni, lain kali leh refer terus kan. Dah alang-alang gigih tadi. Kikikiki. 

Sebenarnya ada kot tapi aku tak sempat nak godek lama2. hehehe. Macam-macam kaler kan. Cantik. Tapi paling cantik di mata aku pink, purple, green, blue. Sebab tu kaler aku suka. Kaler lain like brown, orange pun cantik jugak. Banyak tone sebenarnyer kan dalam satu kaler. Like black tu. 

Bayangkan jap, pakai sedondon bertiga. Ohh mesti cantik kan... Kikiki... Maklum la kita baru nak rasai. heheheh. 

Okey jom ganti puasa dulu. huhuhu.. 

Black

Blue

Brown

Green

Grey

Orange

Pink

Purple

Red

Tan

White

Yellow

Okeylah babaiiiii

Thanks

#Tips Kewangan : Pembelian & pembayaran ansuran kereta

Assalamualaikum.... 
Morningg semuaaa...
Just nak share dengan korang pasal pembayaran ansurans kereta. Aku dah tersilap dulu. Tak cukup ilmu. Pada yang belum beli kereta boleh guna pakai tips ini yer. 
Pembayaran ansuran bulanan kereta sebaiknya jangan lebih 15% daripada gaji kita tau. Kalau dapat beli kereta cash, kereta 2nd tak salah, itu lebih baik, lebih selamat. Tak banyak hutang. 
..................................................................................................................................
Peraturan 20/4/10 untuk Mengawal Perbelanjaan Kereta
Bagaimana kita hendak mengetahui jika anda mampu kereta baru atau tidak? Gunalah peraturan 20/4/10.
Secara ringkasnya, kaedah itu berkata pembeli perlu:
  • Meletakkan sekurang-kurangnya 20% duit muka (downpayment)
  • Membiayai kenderaan untuk tidak lebih daripada empat tahun
  • Pastikan jumlah perbelanjaan bulanan kenderaan – termasuk prinsipal, faedah, dan insurans – di bawah 10% daripada pendapatan kasar
Mari kita lihat hukum ini satu persatu.
20% Duit Muka
Meletakkan 20% duit muka (atau lebih) memastikan anda tidak membuat pinjaman yang terlalu besar. Bayaran muka yang besar akan mengurangkan jumlah faedah yang anda akan membayar dengan mengurangkan saiz pinjaman anda. Jika anda kurang 20% daripada harga kereta itu (tunai), ia adalah petanda kenderaan tersebut terlalu mahal untuk anda.
Membiayai Tiada Lebih Empat Tahun
Pemberi pinjaman boleh menawarkan lebih lama jangka masa pinjaman, tetapi ia tidak akan memberi manfaat kepada anda. Semakin lama tempoh bayaran balik, semakin tinggilah pinjaman (kerana faedah) dan semakin lama anda menunggu sebelum kereta itu betul-betul menjadi milik anda.
Jumlah Perbelanjaan bawah 10% daripada Pendapatan Kasar
Anda tidak perlu meletakkan lebih daripada 10% daripada pendapatan bulanan anda ke dalam kenderaan. Kurang daripada 10% adalah lebih baik. Malah, kurang daripada kira-kira 30% daripada pendapatan anda perlu pergi ke arah membayar balik semua pinjaman anda. Iya, apa yang dimaksudkan di sini ialah semua pinjaman anda termasuk rumah, pinjaman peribadi, hutang PTPTN dan sebagainya.
Sudah tentu, peraturan 20/4/10 hanyalah garis panduan, bukan satu peraturan yang diwajibkan. Garis panduan lain mengatakan perbelanjaan kereta, termasuk bayaran kereta, insurans, dan pembaikan, tidak boleh melebihi 20% daripada gaji bersih bulanan.
Daripada menggunakan formula sebagai kaedah pengukuran untuk semua benda, ada baiknya anda menggunakannya sebagai panduan dan juga untuk memahami perbelanjaan anda, bercakap dengan bank yang berbeza tentang pilihan pinjaman, dan apa yang paling penting sekali ialah jujur ​​tentang apa yang anda mampu.
......................................................................................................................
Okeylah... Babaiiii
Thanks.. 

Monday, March 16, 2015

Masih lagi belajar jadi.... Mama

Assalamualaikum.... 

Dah petang hari baru nak update. Ngantok wei. Belek-belek nota nak lelap lak. hehehehe. 
Pagi aku sampai kl awal sket dari biasa. Alhamdulillah tak jem kat tol sg besi tu. Selalu tu 6:45 dah sampai KL tapi stuck kat tol Sg Besi. Yalah mana tak jem, sebanyak-banyak lorong kat tol tu, pastu nak jadi 3 lane. Rasanya 10-11 lane kot. nak kena transform jadi 3 lane kan... Lum masuk kalau excident or kete break down. hahahha. Memang nangis woooo. Terus amik phone, "bos saya lambat sket, sangkut kat tol sg besi". Bila dah lepas Sg Besi, sambung kat NPE plak. hahahha. apa nak buat, redah, sabar & tabah serta redha jer. Dah memang camtu kan. 

Haaa pagi aku gerak lewat sket 5:25am. Aku sedar kol 4am dah, awal sket bangun sebab nak kemas barang, Malam tadi melayan & bergolek-golek dengan dia, tak kemas lagi. Hehehe. Macam ofis kat Melaka. Bila la masa tu akan tiba yer. Krik... Krik.... 

Zaheen dah 5 bulan 1 minggu lebih. Maka aku pun baru jer jadi seorang Mama selama 5 bulan. Serius aku still in learning process. Tengok cara & dengar pengalaman ibu-ibu yang terdahulu. Pastu baca lagi. Aku lum dapat lagi nak berikan yang terbaik untuk Zaheen dalam masa yang sama nak jadi seorang Isteri. Seyes sangat mencabar. So lalui saat-saat indah ini. Alhamdulilllah aku diberikan peluang ini, tak semua orang merasainya kan. 

Aku doakan family, sedara & kawan-kawan yang masih belum bertemu jodoh, agar dipermudahkan segala urusannya. 

Perkembangan Zaheen sekarang, dah kemaruk nak meniarap, masih lagi melompat-lompat bila kita pegang dia (angkat badan). Lenguh jugak tangan wooo. Mau ada muscle. Kikikiki. Pastu yang the latest sibuk nak duduk. Alaa cayang mama tu. 

Aku pun try usaha yang terbaik. Kena sentiasa bertenaga ni. Huhuhu. 


Okeylah... babaiiii.

Thanks

Friday, March 13, 2015

Ayah Mama Zaheen Ni...

Assalamualaikum

Haaaa lama pulak tak citer kisah diri sendiri. ahaksss.. 
Sejak bergelar ibu ni, kisah anak jer. hahahhaa. tipikal mak-mak sangat kan. 

Masa tengah preggy lagi aku dok fikir-fikir panggilan apa nak guna bila anak dah lahir nanti. 
Panggilan apa nak bahasakan bila cakap dengan anak. 
Discuss la dengan hubby. Mula-mula macam nak panggil "MAMA-PAPA". 
Pastu tukar "MUMMY-DADDY"... selalu cakap dengan baby dalam perut guna "MUMMY-DADDY" tu... 

So bila lahirnya Zaheen, maka panggil "MUMMY-DADDY" pastu hubby macam rasa tak sesuai. Macam moden nau katanyer. So tukar "BONDA-AYAHANDA" ... So klasik la pulak. Susah plak "AYAHANDA" tu panjang nau... "IBU" hubby aku taknak. 

So lastly, macam selesa dengan MAMA-AYAH... Hahaha... 

Sekarang kan kat handphone banyak pic Zaheen. hahahha. semua mak-mak memang gitu ker? hehehehe. 

Lama jugak tak snap pic berdua. Hubby sekarang lagi susah ajak bergambar. 
Cakkk... kami ni dah jadi parent to Zaheen. Alhamdulillah. 

Percaya tak percaya. Semuanya kuasa Allah kan.. Terima kasih Allah bagi aku peluang yang sangat indah ini menjadi seorang isteri, seorang ibu. 





Okeylah babaii... 

Thanks... 

Today is Friday.... Datingggg

Assalamualaikum

Hari ni Hari Jumaat.
Banyak-banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Hari ini hari yang dinantikan oleh aku & rakan-rakan PJJ yang lain.
Alhamdulillah. Bertemu lagi di hari Jumaat yang cukup indah ini.

Semalam masa nak naik umah, ada seorang makcik kat kedai runcit tegur aku. "apa khabar? anak mata?" ... zassssssss berlumba-lumba air mata aku turun. Sebak sket la bila orang tanya, so lepak la kejap, bercerita. Surprisingly, makcik tu dulu pun PJJ jugak. Allahuakbar. Dia pesan kena kuat & bersabar banyak-banyak. Kita ni kerja mencari rezeki. Niat kerana Allah. Niat juga kerna mencari rezeki untuk anak-anak jugak.

Lagi satu cakap dengan anak yang kita ni kerja untuk mereka jugak. Bukan suka-suka tinggal dia jauh. Kalau boleh memang nak bawak ke mana sahaja. Tapi yalah dengan persekitaran & aku sorang-sorang di sini, kesian jugak kat anak.

Makcik tu cakap jangan putus asa, Teruskan usaha, doa. Memang banyak yang kena korban sket sekarang ini. Masa. Duit. Tenaga.

Itulah yang memang aku lakukan & terima. In shaa Allah aku memang takkan putus asa. Memang berdoa agar aku, suami & anak bersatu. Duduk bersama-sama. In shaa Allah.

Thanks pada semua yang memberi kata-kata semangat. Tak kurang jugak, pada mereka-mereka yang hanya tahu berkata-kata & menyalahkan tanpa tahu kisah sebenar.

Thanks sebab anda semua menguatkan aku. Allah sentiasa ada kan.

Okeylah tak sabar tunggu petang hari.

Okey... Babaiiiiiiiiiiiii



***Tahniah kepada Blogger Puan Eka dapat baby gurl yang so comel. Alhamdulillah.



kenangan zaheen masa umur berapa hari ini. Rasanya seminggu. Baju yang sama tapi size berbeza. Aku kan beli baju die besar2. hehehehe. klaka la masa pakai dulu, semangat cantik-cantik die pakai. 

Thursday, March 12, 2015

Excel & Powerpoint

Assalamualaikum....

Hari tu after buat maps, bos cakap suruh aku g training excel & power point.
Bukan la aku tak tahu langsung, just a basic. Masa awal-awal joint TM aku banyak la jugak use excel. Masa tu HSBB Div baru form. Tak banyak lagi staff. So aku banyak la tolong-tolong kerja finance.

Yer sekarang aku mengaku jarang sangat guna excel & power point tu. hahhahaha. So mari kita belajar. Lalalallalalalala


Tuesday, March 10, 2015

Kisah Strawberry Pie Cheese

Assalamualaikum....

Lama sangat tak menjengah2 di sini kan...
Kejap lagi ada sessi jom bersama Ceo TM. Aku streaming jer.
Last week Friday kawan aku order Pie Strawberry.
Masa dengan tu biasa jer, sebab pertama tak penah makan, kedua tak tahu rupa parasnyer....

Jumaat lepas aku pun ada meeting dengan GCR berkenaan aktiviti untuk 2015. Setel ke pantry sebab aku dah lapar okey. Bila sampai pantry tengok.....


terliur tak??? dapat merasa sepotong..... Alhamdulillah... sedap. tak rasa manis sangat. tak rasa muak. tak rasa cheese sangat. aku ni tak hardcore cheese & manis. strawberry pun sedap & fresh.

Tup2 semalam, ada lagi. Ni kawan lak order & makan bersama2.. rebut2 memang la sedap kan... tambah lagi sedap. yang bestnyer bila potong taknak la terpotong buah2 tu. tu yang jadi eh nak yang ni la.. hehehehe..




seyes sedap okey. 1 box RM60


okeylah, babaiiiiii 

Thankssss... 

Thursday, March 5, 2015

Zaheen nak 5 bulan dah

Assalamualaikum.

Esok 6.3.2015 dah. 5 bulan dah si zaheen tu... Alaaa rindu kat die tu. 
Yeay esok Jumaat, Mama Ayah balik.... tak sabar nak peluk cium bambam tu. 


Muka cuak nak g cucuk.

Isnin lepas 2.3.2015 aku amik cuti sebab nak bawak Zaheen check up & cucuk 5 bulan. 
5 bulan ni untuk dos 3 Hep B. 

Boleh refer jadual di bawah. Aku bawak Zaheen kat klinik desa kat kampung tu jer. 


Aritu timbang berat Zaheen 6kg dah die. Alhamdulillah. 

0 bulan - 3.3kg
1 bulan - 4.1kg
2 bulan - 4.8kg
3 bulan - 5.3kg
4 bulan - 5.5kg
5 bulan - 6.0kg

Kenaikan berat die sket-sket, kalau plot okey jer alhamdulillah naik jer. tak kisah pun janji sihat kan cyg mama tu.

Masa lahir panjang die 50cm, sekarang dah 63cm dah. Makin meninggi. Kadang balik dukung rasa berat, kadang ringan sangat. Mana taknyer die sibuk melompat, ala bila kita pegang tu die angkat badan dia. Tu yang naik berat pastu turun balik. 

Okeylah.... 

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...