Thursday, July 30, 2015

Aku suka makan ulam-ulaman

Aku antara peminat ulam. Dulu memang tak pandai pun makan ulam. Start aku belajar kat Politeknik Penang aku belajar ulam. Kisahnyer sebab kat sana, sayur pun diorang masak kari. Tekak aku tak leh terima tapi aku nak makan sayur. Option yang ada ulam. So mula-mula telan jer la. Lama-lama makan eh macam sedap jugak. So lepas start kenal jenis ulam. 

1st ulam aku makan daun selom. Lepas tu ulam raja, pegaga, daun tenggek burung & kacang botol. Orang kata makan ulam ni awet muda. Tak kisah la janji sihat yer dak. 

Daun Selom

Kacang botol

Tenggek burung

Pegaga

Ulam Raja 

Tu jer citer pasal ulam. hikhik. Ulam raja, kacang botol ada lah tanam kat umah. 

Sekian. 

Thanks for reading 

Pre Raya Geng Hoya-hoya

Assalamualaikum. 

Ni kira entry #throwback jugak ni. 
Kitaorang kat opis ada group whatsapp yang di namakan Geng Hoya-hoya. Yang ada dalam tu all ladies yang sporting. So one the member bagi cadangan untuk pakai baju raya mengikut tema kaler. So proceed 1 week before masing-masing cuti raya. Date 6 July sampai 10 July. 

Isnin - Warna Pelangi. So aku dari kampung masa tu ada la baju raya masa 2012 tak silap. Tapi tak semua Geng Hoya-hoya dalam joint masa sessi bergambar. 





Selasa - Pink/purple. Tapi aku tak berapa pink or purple sebab tudung pakai hijau. hahahaha. 







Rabu - Biru. Nasib baik aku ada baju biru. Heheheh. Kalau tak memang tudung jer la biru. 






Khamis - Kuning/Oren/Coklat. Aku pakai baju kuning jer. Hikhik





.

Jumaat - Hijau. Bos aku pun joint sekali. Heheheh. 










Sekian la 5 hari mengikut tema kaler yang dicadangkan. Terima kasih atas kerjasama. Hahahaha. Nanti Raya buat lagi ek. 





Wednesday, July 29, 2015

Dah kumpulkan semua

Assalamualaikum... 

Tahun ni beraya dengan anak. Alhamdulillah. Rezeki Zaheen jugak dapat duit raya. 
Aku baru lepas kumpul semua dalam 2 sampul. 1 sampul semua duit RM1. Sampul lagi satu semua duit RM5, RM10 & RM50. Bila total semua banyak jugak. Alhamdulillah Zaheen la tu. Nanti Mama simpankan dalam Tabung Haji yer. 

Sampul-sampul orang bagi tu aku dah kumpulkan, yang mana elok simpan & husband simpan. Yang mana Zaheen dah makan, aku buang la. Orang bagi kat tangan dia, dia memang la amik. Pastu masuk mulut. Suka nau la tu. Hehehhe. 

So boleh la recycle sampul yang dah guna tu. Macam aku & husband bagi jugak duit raya. Bagi mak abah aku, Mak ayah husband, adik-adik & anak-anak buah. Juga anak-anak buah sedara, tak la banyak sangat tapi niat sedekah jer kan. Kat anak-anak kawan mana yang sempat, In shaa Allah bagi jugak. Nak bagi kat semua tak mampu, so ikut kemampuan kan. 



Aku amik bau duit baru. Hehehehe. Suka plak bau. Hahhahaha. 

Okeylah sekian...

Back to Work After Long Break

Assalamualaikum...

Tajuk bukan main speaking London plak. Baru nak tulis kat blog. Aduhai, tak tahu tahap kemalasan tahap apa tak tahu nak update kat blog. Kadang tu rasa macam-macam nak tulis, nak catat as memory, nak luah perasaan la, nak share citer yang best la. Ker skill menulis aku dah takde. Bila nak menaip tu konon amik mood g blogwalking. Bestnyer citer diorang. Pastu masuk blog sendiri jammmm. Alaa apa ek nak tulis tadi. Ker ingatan makin berkurangan. Allahuakbar.

Nak kena asah minda ni. Isk isk. Hari ni hari Rabu. Dah 3 hari aku masuk opis balik lepas cuti panjang. Lebih seminggu panjang la kan. Yalah 15 July sampai 26 July. Cer kira berapa hari tu? 12 hari okey. Patut start 16hb tapi 15 tu aku dah tak sihat, MC. So cuti terus. Alhamdulillah, lama la sket masa spend dengan Suami & Anak tercinta. Bagi yang PJJ time cuti lah ni best. Pastu nak masuk kerja mula malas la, berat la. Apa laaaaaaaaaaaa. Hahhahahha. 

Haaaa.... pasal blog aku ni. Bila tengok entry-entry tahun-tahun lepas, banyak gak aku menaip aka menulis. Start tahun lepas, makin sket. Tapi tahun lepas pembawakan, bole tak? Sebab pregnant mode ke laut mana ntah. Tapi lepas tu sama jugak. Apa pun tak boleh. 

Mula-mula konon nak tulis hari-hari, pastu nak tulis pengalaman pregnant dan seterusnyer. Tapi realiti hanya verangan. Hahhahaha. Nak jadikan diary & kisah perjalanan hidup sendiri la. hikhik..

Takpe, nanti aku share kisah baru aku. Hikhik. Doakan aku rajin yer. 

Okeylah... Babaiiii.




Friday, July 24, 2015

Raya bertiga... Alhamdulillah

Assalamualaikum.
Rasanyer belum terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin buat semua. Arini dah 8 Syawal.
2 hari sebelum raya aku demam & selsema. Si Zaheen pun selsema gak. So tak berapa nak larat sangat la. Tahun ni giliran beraya kat Melaka dulu. Hubby aku sampai petang sebelum raya sebab dia keje dulu.
Aku tolong apa yang patut tolong sedia bahan masak2. Kemas umah memang adik2 yang kemas. Seyes tak larat. Tapi malam raya aku memasak. Sebab cian tengok mak baring. Mungkin tak larat.
Takpe la. Kena kuatkan semangat jugak kan. Taknak la nak masak semua esok. Mau haru biru. Aku plan nak masak sambal udang ja. Ayam masak merah & daging kicap mak yang masak. Bahan2 semua aku dah readykan. Ayam & daging pun dah goreng.
So start kol 10 lebih aku masak dapur. Hubby & anak dah lena. So aku bersilat kat dapur. So tinggal sambal goreng jer mak masak esok pagi.
Pagi2 lepas solat raya, sessi bermaafan & bergambar kami terus gerak balik raya umah Wan kat Labu. Gerak 3 kereta.
Okeylah jom layan gambar...






Tuesday, July 14, 2015

Pengalaman bawak Zaheen G Baby Spa

Assalamualaikum.

Sebenarnya lama dah aku nak bawak Zaheen g baby spa. Rasanya masa umur Zaheen 3 bulan, pastu masa Zaheen 5 bulan. Tapi ada kekangan. Kedai tu tutup la. 

So akhirnya masa Zaheen 8 bulan, 6 June aritu. Tak la plan tapi kebetulan balik Kulai. Husband pun ajak sambil tengok pameran hartanah kat Sutera Mall. Sebab baby spa ada kat situ. 

Masa kitaorang sampai sana dah kol 12 sebab g makan dulu. Bila pergi, orang tu cakap kena ada salin lengan panjang semua, stokin, bukan apa nanti kan berendam dalam air. Massage + Baby Spa RM76. Aku lupa harga kalau buat asing-asing. 

Kitaorang g beli baju untuk Zaheen. Sebab fikir-fikir bila lagi nak datang situ kan. Sementara ada masa free tu. Lagi pun aku bukan amik pakej 10 visit. Just one time visit. Impian & niat aku nak sangat walau sekali bawak Zaheen g baby spa. 

Kat situ banyak la dia terangkan kebaikan baby Spa ni. Tapi maklum la sekarang dah 14 July baru aku nak update kat sini. Aduhai.... Busy nau mengalahkan Menteri. Opssss. 

Sebelum dia masukkan Zaheen nak dalam kolam kecik tu, dah buka baju semua, diorang akan bagi diapers khas. Lepas die macam buat warm up la supaya tak terkejut. Oh ya, sebelum g buat baby spa, baby kena cukup rest & makan tau. Jangan kenyang sangat. 

Reaksi Zaheen masa 1st time pakai pelampung tu die pelik, masukkan dalam air mula-mula die nangis, aku pegang tangan die dua-dua, slow-slow aku lepaskan. Nampak la die enjoy. Dalam 20 minit jugak dalam kolam tu.

Lepas tu dia tukar pelampung yang besar sket. Setel mandi manda, masa untuk massage. Masa massage ni kejap jer dia okey. Lepas tu dia dah nangis. Rasanyer sebab die dah penat plus haus. 










So massage yang boleh, lekakan dengan mainan pun die taknak. Selaju mungkin siapkan die & bagi susu terus diam, masuk dalam stroller terus lena. 

Lepas 3 jam tido bangun dengan happy & senyum-senyum. Alhamdulillah tertunai sudah hajat Mama & Ayah 








Kisah Baju Raya

Assalamualaikum...

Alhamdulillah tahun ni beraya berempat, eh dah raya bertiga. Raya tahun lepas Zaheen dalam perut lagi. Tahun ni alhamdulillah, raya nanti Zaheen dah 9bulan. Bulan 3 lagi aku dah carikan baju dia. Alaaa baju melayu rompers tu. Aku pilih kaler kuning/mustard/gold. Sebab aku & hubby dah ada kain kaler kuning. Hubby beli kain pasang kat Vietnam masa 2013 lagi. Hahhahaa....

Tahun ni baru tempah. Aku aritu ntah nape sibuk nak buat dress/jubah. Sebab fikir kalau nak beli siap biasanya akan labuh la. Sebab aku ni tak berapa nak tinggi & tak kurus sangat. So kalau amik size kecik tak muat. Amik size besar meleret2 plak kan. So decide tempah. Pastu kononnyer buat ala-ala friendly breastfeed. Hihihi. 

Hubby pun siap lah tempah baju Melayu. Okey deal kaler kuning tahun ni. Tup-tup bila baju melayu Hubby siap & test pakai, tu dia kain dia jarang la plak. Aduhai.... Tak sanggup lak tengok die nak pakai baju camtu kan..... 

So apa lagi bermula la pencarian baju raya sebab nak cari kain & tempah tak sempat dah. Dah puasa ni kan. Harus baju raya siap kan. So pergi la Tesco, Kamdar, Gene Martino, KiP Mart. Balik JB aritu pun g tengok jugak. Pergi Angsana, Kamdar, TJ Mart. Jumpa baju melayu hubby kaler purple + harga pun okey, kain pun cantik & sedap. RM69. So beli & tinggal nak cari baju aku plak. 

Cari punya cari jumpa kaler yang hampir sedondon tapi kan size tak kena. Aduhai. Pastu macam takde mood dah nak cari. Hahahahaha. 

Last week balik, adik aku, Zul, gtau kat Telok Mas pun ada bazaar jugak. So gigih la gtau Hubby & ajak die malam tu jugak. Hehehe. 
Jalan punya jalan, tengok punya tengok. Jumpa jugak size & harga yang okey, hampir sedondon dengan baju Zaheen. Alhamdulillah mission done. Hubby dapat baju size S dengan harga RM40. Aku plak dapat baju size M dengan harga RM80. 

Ni lah baju raya kami sekeluarga.



Okeylah itu aja nak citer. Hikhik. 



Iftar bersama Geng BFF... Menu Warung Bunian

Assalamualaikum... 

Lama blog ni tak update. Mood lari-lari sekarang. Hihihi. Sampai hubby pesan update la blog. 
Okey baiklah. Arini pun tak ramai dah kat ofis, ramai dah start cuti. 

Aku dengan geng BFF alhamdulillah every memang plan buka puasa sesama. Tahun lepas buka kat Aroma Ikan Bakar Kuala Selangor. 

Tahun ni kat umah baru kawan aku kat Putrajaya Presint 11. Menu makanan order delivery dari Warung Bunian Desa Pinggiran. 

Date yang semua okey pada 1 Julai, Rabu. Sebab yalah weekend aku takde kat KL. 
Menu hari Rabu kat Warung Bunian sambal udang, ayam gulai, ikan masin, sambal terung & sambal belacan. 

Mula-mula decide nak makan kat kedai tapi sure macam terbatas kan, so tukar plan makan kat umah. So beli kuih sket & roti jala. 





Aku, ain & anim sampai lagi 10 minit nak azan. Bukan apa jam sket la kat NPE kan. 





Haruslah bergambar as kenangan. Yalah bukan leh jumpa selalu sejak aku dah kawen. Hikhik 

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...