Sunday, February 24, 2019

PENJAGAAN CIK BUNGA

10 CARA PENJAGAAN #MISSV YANG BETUL

Wanita seharusnya sedar,produk sekadar membantu tetapi amalan harian lebih penting untuk memastikan vagina 'sihat dan cantik' . Disini admin kongsikan tips penjagaan asas agar aset intim tersebut terpelihara.

1. Setiap kali membuang air kecil atau besar bersihkan bahgian luar dengan menggunakan air.  Penggunaan tisu basah tidak digalakkan keran dikhuatiri bahagian tersebut tidak benar-benar bersih dan boleh menyebabkan jangkitan kuman.

2.  Ketika haid, tukar tuala wanita sekerap mungkin.  Amalan ini bukan sahaja membuatkan anda merasa selesa malah ia juga dapat mencegah pembiakan kuman yang mudah tersebar menerusi darah. Pada hari-hari yang darah keluar dengan banyak anda juga digalakan menukar seluar dalam mengikut keperluan.

3. Begitu juga dengan wanita yang gemar memakai pelapik seluar dalam (panty liner) ia harus ditukar denag lebih kerap bagi udara yang bersih untuk vagina.

4.  Jangan mengamalkan douching iaitu memasukkan pancutan air kedalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj.  perbuatan ini kan menyingkirkan sejenis bakteria loctobacili dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh menyebabkan intasi kulit.

5.  Elakkan mengunakan sabun atau mandian untk membersihkan alat sulit. Ia di khuatiri akan menyebabkan kekeringan dan iritasi pada kulit.  Selain itu, perbuatan tersebut kan menyebabkan rasa kurang selesa pada vagina seperti gatal.

6.  Bersihkan vagina dengan air bersih tanpa pencuci bahagian intim kerana bahagian ini sangat sensitif.  Kita harus ketahui ada wanita yang alah pada pewangi dalam buku sabun.

7.  Tukar seluar dalam pada setiap kali mandi .  Bagi wanita yang mengalami keputihan, anda disarankan memakai pelapik seluar dalam agar keputihan tidak melekat pada seluar dalam dan menyebabkan anda tidak selesa.

8.  Khusus untuk anda yang sudah berkahwin bersihkan alat sulit anda sebelum dan selepas bersama pasangan.  Amalkan buang air kecil selepas lebih kurang setengah jam anda bersama untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kecil.

9.  Jangan berkongsi alat pencukur kerana ia boleh menyebabkan penyakit berjangkit seperti Hipetitis B . Jaga kebersihan alat cukur kerana bisul sering terjadi kepada wanita yang gemar mencukur bahagian intim.

10.  Peka dengan perubahan  bahagian intim . Jika berlaku bengkak nanah,segera berjumpa doktor .  Begitu juga dengan lelehan bahagian faraj , jika berwarna kuning , hijau atau berdarah ia adalah petanda bahagian intim anda dijangkiti kuman.

Semoga Bermanfaat! 🍃

Silakan #SHARE 🕊

#SuzyHoneyHerbs
#TipsKesihatanSuzyHoney
#ChentaOilSuzyHoney
#JenMokCun

Friday, February 22, 2019

Wanita Bertudung Tapi Rambut Wangi

WANITA BERTUDUNG  YANG MASIH MENCARI SYAMPU YANG MAMPU MENGEKALKAN KESEGARAN DAN KEHARUMAN  RAMBUT WPUN BERLITUP SEHARIAN ?
.
.
Cik adik / kakak manis yang sentiasa aktif sepanjang hari dari pagi sampai malam.
Menghantar anak sekolah, berkerja dan berzumba tidak perlu risau  lagi kerana dengan Syampu dan Perapi ROSE SuzyHoney anda mampu wangi2 setiap masa.
.
.
Sudah mencuba banyak syampu? Dan masih belum dapat yang boleh  segarkan rambut kekal
Wangi sepanjang masa ? Oooh..tak perlu risau lagi.  Syampu dan Perapi SuzyHoney memang yg terbaik .
.
.
Antara kebaikannyer
.
.
1. Berkesan untuk memberi kelembutan dan kelembapan rambut.

2. Mengelakkan keguguran rambut.

3. Sesuai untuk masalah kelemumur.

4. Mengatasi masalah kegatalan kulit kepala.

5. Memberi haruman bauan Bunga Rose yang menyegarkan dan sekaligus mengelakkan bau hapak.

6. Sesuai untuk rambut nipis dan kering.
.
.
Kandungan Syampu dan Perapi Rambut Bunga Rose ini mengandungi Virgin Coconut Oil, Roseship Oil, Peppermint Oil, Kaffirlime EO, Rosemary EO.

.
Formula gabungan Minyak Pati Bunga Rose Bulgarian yang terbaik keharumanan dan bahan semulajadi Minyak Kelapa Dara mampu menjadikan rambut kekal lembut beralun.
.
.
Jangan terkejut jika anda menggunakan Set Syampu ini akan terpesona dan risau jika kehabisan Penjagaan rambut ini.!




#SuzyHoneyHerbs
#JenMokCun
#ShampooRoseOrganik

Wednesday, February 20, 2019

7 Tips menjaga rambut bagi wanita bertudung :

7 Tips menjaga rambut bagi wanita bertudung :
 
  1. Pastikan anda memakai tudung yang bersesuaian dan elakkan memakai anak tudung yang terlalu ketat menekup kepala dan seeloknya pilih yang diperbuat daripada kapas. 
     
  2. Jangan gunakan anak tudung yang sudah dipakai berulang kali tanpa dibasuh. Kemungkinan peluh / bakteria berkumpul menjadikan rambut tidak sihat berbau hapak.
     
  3. Tak perlu nak cuci rambut setiap hari. Selang sehari adalah yang disarankan atau sebaiknya jika anda terasa kulit kepala berminyak atau gatal. Sambil cuci, gosok dan urut kulit kepala secara perlahan-lahan.
     
  4. Elakkan mencuci rambut dengan menggunakan air suam kerana ia akan menjadikan rambut kasar, kering dan susah untuk diurus. Membilas rambut dengan air sejuk adalah lebih baik untuk melembutkan kutikel rambut.
     
  5. Apabila anda pulang kerumah setelah seharian bertudung  , dibuka tudung hijab, berehat seketika  bagi memberi ruang udara  kepada rambut dan mengeringkan peluh . Barulah sesudah itu mandi basahkan rambut.
     
  6. Pastikan guna syampu yang bersesuaian dengan rambut yang bebas dari chemical tinggi. Dan jika menggunakan perapi tidak mengena pada kulit kepala kerana ianya boleh menyebabkan kulit kepala menjadi berminyak.
     
  7. Untuk perawatan secara tradisional, boleh digunakan petua amalan ini :
     
    • Ambil  perahan air limau nipis 1 atau 2biji.
    • Sebelum itu dibasahkan rambut terlebih dahulu dan perahan air limau nipis tadi di gosok gosok kebahagian kulit kepala sehingga habis sekepala.
    • Dan biarkan seketika selama 15 ke 20 minit.
    • Selepas itu bilaskan.

      Limau nipis berkuasa merawat masalah rambut kerana kaya dengan sumber vitamin A dan C.  Ianya membersihkan kulit kepala dan menghilangkan kelemumur.  Juga melebatkan dan menyegarkan rambut secara semula jadi. 

      Boleh di amalkan seminggu 2 kali.
 
#suzyhoney
#suzyhoneyherbs
#JenMokCun

Tuesday, February 19, 2019

Macam mana nak dapat kesihatan dalaman dgn bagus?

MACAM MANA NAK DAPAT KESIHATAN DALAMAN YANG BAGUS?

Ada banyak petua orang dulu-dulu yang boleh di amalkan. 

Jom baca tips-tips di bawah. .

💠Kurangkan makan sayur-sayuran bersifat sejuk. Tahu tak sayur apa? Kangkung, timun, labu air tu antara sayur yang sejuk.
Kalau makan buah pula kurangkan pengambilan buah-buahan yang menghasilkan banyak air macam tembikai.
Jus lobak merah yang dicampur dengan madu elok untuk kesihatan dalaman. Lobak pun bagus untuk kesihatan mata.
.
.
💠Jangan buang air kecil dan besar serentak, cuba lakukan satu per satu.
Dan jangan buang air kecil masa berada dalam air (kolam renang, tab mandi, sungai, laut) kerana boleh melemahkan kemantapan Cik Miss V.
.
.
💠Bersihkan Cik Miss V selepas hubungan intim. Cik Miss V yang bersih amat penting bagi semua wanita kerana sifat Cik Miss V yang senang dijangkiti kuman.
.
.
💠Amalkan jamu. Ramai wanita yang salah faham, ingatkan jamu diambil selepas melahirkan. 
Sebenarnya elok amalkan makan jamu selepas kedatangan haid yang pertama, maknanya elok amalkan sejak usia remaja lagi.
Jaga dari muda lagi bagus, bantu hindarkan dari penyakit di kemudian hari
.
.
💠Berpantang dengan baik. Ni masa lepas bersalin yer.
Ikut semua rutin ketika berpantang seperti berurut,  bertungku, berpilis, pakai bengkung, jaga pemakanan dan rehat secukupnya. 
.
.
Ini bukan saja elok untuk kesihatan dalaman, tetapi juga untuk mengelakkan mendapat masalah meroyan & tombong.
Sangat penting tau, yalah baru melahirkan anak. 9 bulan semuanyer kembang. Masa dalam pantang time badan rest & nak kembali kepada keadaan asal.
.
.
💠Minum air rebusan herba. Sudah diketahui sejak zaman berzaman herba mengandungi khasiat untuk tubuh badan kita.

Antaranya, air kunyit untuk kecutkan rahim. 
Air rebusan halia untuk buang angin dalam badan.
Jus kurma untuk tenaga.
Jus herba campuran untuk pulihkan & wangikan Cik Miss V
.
.
Boleh amik Rebusan Akar Kayu SuzyHoney. Bagus untuk rawat Rahim & hormon wanita.
Ada hari kena minum, bukanlah minum hari2.
Tu yang kena dapatkan consultation & guide dari pakar.
Cik Jen bole bantu
.
.
#suzyhoneyherbs
#JenMokCun

Wanita kena jaga

WANITA PENTING JAGA KESIHATAN!!!!
.
.
Kesihatan dalaman sangat penting bagi seseorang wanita. Kita tentu tak mahu wajah cantik tapi badan tak sihat. Kalau boleh kita nak dua-dua, kan?  Setuju x dengan Cik Jen?
.
.
Wajah yang cantik dan tubuh yang sihat.
Sihat luar dan sihat dalam. Sebab bila kedua-dua kesihatan luaran dan dalaman terjaga, dengan sendirinya akan terserlah kecantikan seseorang wanita.
.
.
Nantikan lepas ni Cik Jen akan sharekan tips & petua untuk jaga kesihatan & kecantikan
.
.
#suzyhoneyherbs
#JenMokCun

Monday, February 18, 2019

Penting Untuk Tulis Apa Yang Kite Target


Assalamualaikum & salam Sejahtera

hidup mesti kena ada planning
Kenapa?

Sebab baru kite tahu ke mana hala tuju kite
Penting sebenarnyer Cuma kite ni selalu lupa benda tu

Lagi satu kite kena tulis apa yang kite nak buat
Penting jugak sebab nanti kite akan cek balik sebab kenapa kite tak capai apa kite nak

Jangan takut untuk tulis

Bila kite dah tulis, kite kena tengok hari2
Selama 40 hari secara konsisten

Supaya minda & otak kite  terprogram dengan apa yang kite inginkan

Mari ubah bersama2

#JenMokCun

Saturday, February 16, 2019

Weekend With Little Family

Assalamualaikum.

Hai hai.
Semalam Jumaat & arini Sabtu.
This week decide to stay Kat umah.
Husband cakap nak tengok movie & lepak umah jer. Ok yunk. Hihihi.

Malam tadi die ajak lipat Kain baju yang gunung tu. Alhamdulillah. Yeah! Of coz I like.

Tahu x nak lipat Kain baju Ni kena Ada mood. Hehehe. Lagi² sblm dah tertunggak. Ayoo. Banyak seh.

Apa pun dah setel.

Semalam Jen masak nasi ayam tapi versi lain sket. Sebab sup tu add on lobak, jagung & bunga kobis. My anak Dara suka lobak .

Ayam panggang, salad & tomato 🍅 still Ada. Selesai lunch Tu jugak.

Minum petang husband request cucur udang. Beli udang Kat aeon Ada less 50% .
Apa lagi



Tu la anak2 Jen. Zaheen & Nuha 

Tak sabar nak makan. 
Cucur udang xsempat nak snap. Hehehe. 

Okeylah. 

Happy weekend semua. 

#JenMokCun

Friday, February 15, 2019

JENIS MAKANAN BANTU WANITA HAMIL!

[JENIS MAKANAN YANG MEMBANTU WANITA #HAMIL DENGAN #CEPAT]

Selain usaha melakukan rawatan perubatan membantu wanita yang sukar hamil, jenis makanan yang dimakan juga sebenarnya membantu meningkatkan kesuburan sehingga boleh mempengaruhi potensi untuk mengandung.


Jadi, kepada yang wanita yang masih belum berjaya mengandung selepas beberapa bulan atau tahun berkahwin apa kata amalkan makanan ini. Mana tahu lepas ini rezeki anda berjaya mengandung.


🍃 Banyakkan Makan #Buah-buahan dan #Sayur-sayuran Organik yang Segar

Kalau boleh elakkan makan makanan segera kerana ia mengandungi bahan yang tidak diperlukan badan. Sayur dan buah organik mengandungi vitamin, protein dan enzim sempurna yang mudah diserap badan.


🍃 Makanan Tinggi #Serat

Jenis makanan ini membantu pergerakan usus lebih aktif dan melancarkan pembuangan racun dari badan. Antara makanan tersebut adalah bijirin, tembikai, beras merah, roti gandum, kekacang.


🍃 #Sayuran Berdaun Hijau

Semua jenis sayuran berdaun hijau seperti bayam sangat membantu wanita yang ingin cepat hamil. Ini kerana sayuran ini mengandungi zat antioksidan, zat besi dan asid folik untuk mempertahankan dan menjaga fungsi organ reproduksi supaya tetap stabil.


🍃 Makanan yang Membantu Kitaran #Haid Lancar

Salah satu sebab wanita sukar hamil adalah kerana mempunyai kitaran haid yang tidak lancar. Jadi untuk mudah hamil, kitaran haid dan ovulasi mesti lancar setiap bulan. Lobak merah, keledek dan oren adalah jenis makanan yang membantu wanita mendapat kitaran haid yang tepat.

🍃 Makanan Tinggi #Asid #Folik

Asid folik meningkatkan pengeluaran sel telur dalam sistem reproduksi wanita sehingga memudahkan untuk mengandung. Produk kacang soya, kuning telur, kentang, tepung ubi, kobis, asparagus, ubi bit, pisang, brokoli antara yang tinggi asid folik.


🍃 Makanan Kaya #Vitamin C

Rajinlah makan jenis makanan ini untuk memudahkan anda cepat hamil. Antara makanan ini seperti oren, strawberi, brokoli, kobis Brussel dan lain-lain.

🍃 #Kekacang

Jenis kekacang sangat tinggi kandaunga asid lemak omega 3 dan sangat baik membantu menjaga sistem reproduksi wanita. Antara kekacang ini adalah almond, walnut dan aprikot.

🍃 Produk Tenusu

Susu bukan hanya kaya dengan kalsium tetapi juga mampu menghasilkan hormon kesuburan. Selain yogurt, susu dan telur, masukkan juga ikan dalam menu  anda kerana ikan mengandungi khasiat baik untuk kesuburan dan membantu meningkatkan peluang kehamilan dengan lebih cepat.

Jadi, jangan lupa ya masukkan jenis makanan tersebut dalam menu harian anda supaya cepat hamil!

Semoga Bermanfaat! 🍃

Silakan #LIKE & #SHARE 🕊

#SuzyHoneyHerbs
#TipsKesihatanSuzyHoney
#JenMokCun
#JenGeulisEmpire



Thursday, February 14, 2019

It's Me JenJen

Hai hai. Lama sungguh xupdate sini.

Jen sekarang. Hehehe. Dah Makin mengembang. Hihihi. 

Alhamdulillah now Jen as mummy kepada 2 orang. Zaheen & Nuha. Nanti Jen story pasal anak2 Jen yer. 

Stay tune. 

Hello 2019... JenJen is back

Assalamualaikum

Ya Allah lama sungguh tinggalkan blog ni
Gila banyak bersawang
adoiii

Arini dah 14 Feb 2019

Harap semua sihat & okey

Jen akan aktifkan balik blog ni


BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...