Tuesday, July 14, 2015

Kisah Baju Raya

Assalamualaikum...

Alhamdulillah tahun ni beraya berempat, eh dah raya bertiga. Raya tahun lepas Zaheen dalam perut lagi. Tahun ni alhamdulillah, raya nanti Zaheen dah 9bulan. Bulan 3 lagi aku dah carikan baju dia. Alaaa baju melayu rompers tu. Aku pilih kaler kuning/mustard/gold. Sebab aku & hubby dah ada kain kaler kuning. Hubby beli kain pasang kat Vietnam masa 2013 lagi. Hahhahaa....

Tahun ni baru tempah. Aku aritu ntah nape sibuk nak buat dress/jubah. Sebab fikir kalau nak beli siap biasanya akan labuh la. Sebab aku ni tak berapa nak tinggi & tak kurus sangat. So kalau amik size kecik tak muat. Amik size besar meleret2 plak kan. So decide tempah. Pastu kononnyer buat ala-ala friendly breastfeed. Hihihi. 

Hubby pun siap lah tempah baju Melayu. Okey deal kaler kuning tahun ni. Tup-tup bila baju melayu Hubby siap & test pakai, tu dia kain dia jarang la plak. Aduhai.... Tak sanggup lak tengok die nak pakai baju camtu kan..... 

So apa lagi bermula la pencarian baju raya sebab nak cari kain & tempah tak sempat dah. Dah puasa ni kan. Harus baju raya siap kan. So pergi la Tesco, Kamdar, Gene Martino, KiP Mart. Balik JB aritu pun g tengok jugak. Pergi Angsana, Kamdar, TJ Mart. Jumpa baju melayu hubby kaler purple + harga pun okey, kain pun cantik & sedap. RM69. So beli & tinggal nak cari baju aku plak. 

Cari punya cari jumpa kaler yang hampir sedondon tapi kan size tak kena. Aduhai. Pastu macam takde mood dah nak cari. Hahahahaha. 

Last week balik, adik aku, Zul, gtau kat Telok Mas pun ada bazaar jugak. So gigih la gtau Hubby & ajak die malam tu jugak. Hehehe. 
Jalan punya jalan, tengok punya tengok. Jumpa jugak size & harga yang okey, hampir sedondon dengan baju Zaheen. Alhamdulillah mission done. Hubby dapat baju size S dengan harga RM40. Aku plak dapat baju size M dengan harga RM80. 

Ni lah baju raya kami sekeluarga.



Okeylah itu aja nak citer. Hikhik. 



Iftar bersama Geng BFF... Menu Warung Bunian

Assalamualaikum... 

Lama blog ni tak update. Mood lari-lari sekarang. Hihihi. Sampai hubby pesan update la blog. 
Okey baiklah. Arini pun tak ramai dah kat ofis, ramai dah start cuti. 

Aku dengan geng BFF alhamdulillah every memang plan buka puasa sesama. Tahun lepas buka kat Aroma Ikan Bakar Kuala Selangor. 

Tahun ni kat umah baru kawan aku kat Putrajaya Presint 11. Menu makanan order delivery dari Warung Bunian Desa Pinggiran. 

Date yang semua okey pada 1 Julai, Rabu. Sebab yalah weekend aku takde kat KL. 
Menu hari Rabu kat Warung Bunian sambal udang, ayam gulai, ikan masin, sambal terung & sambal belacan. 

Mula-mula decide nak makan kat kedai tapi sure macam terbatas kan, so tukar plan makan kat umah. So beli kuih sket & roti jala. 





Aku, ain & anim sampai lagi 10 minit nak azan. Bukan apa jam sket la kat NPE kan. 





Haruslah bergambar as kenangan. Yalah bukan leh jumpa selalu sejak aku dah kawen. Hikhik 

Friday, July 10, 2015

Kenangan Raya Bersama Arwah Nenek & Atok

Assalamualaikum....

Bila bulan Ramadhan teringat kembali kenangan bersama arwah atok nenek dulu. 
Yalah masa start form 1 lagi aku memang stay dengan diorang. Banyak la kenangan pahit manis bersama. Tapi satu la aku rasa meriah saat berpuasa & nak beraya masa diorang ada lagi. 

Suara kejut bangun sahur, kang nak berbuka. Pastu ajak g surau, terawih. Pastu nanti lagi 2 minggu nak raya sibuk la arwah nenek g cari bahan-bahan nak buat kuih raya. Masa dia sihat, kuih raya semua dia buat sendiri. Kuih tradisional. So cucu yang ada akan kena kerahan tenaga bagi membantu. Syok jugak.

Biasanya kuih raya yang wajib arwah buat baulu cermai, rempeyek, tumpi, maruku, kadang ada baulu gulung or lapis. Baulu tu ada tempayan & pemukul besar tu. Yalah  nak pukul telur sampai kembang kan. Seronok. Pastu bakar pakai arang. Yang lain pakai kayu. Memang bau asap la.....

Pastu masa aku habis sekolah, arwah nenek aku jatuh & patah kaki kiri. Lepas dari itu pergerakan agak terbatas. So bila time nak raya mesti arwah nenek mintak tolong mak buatkan kuih raya. Macam rempeyek. Riuh rendah suasana. 

Tapi sejak arwah atok nenek takde, takde dah orang yang risau-risau kuih raya tak buat lagi. Kain pelikat tak cari lagi. Tapi bila kenang balik, arwah nenek sibuk buat kuih raya bukan untuk sapa-sapa, untuk anak cucu dia nak makan jugak. Nak hidang tetamu yang datang. Tu jer pun. Arwah nenek raya kedua dah start puasa sunat Syawal. 

Gambar ihsan dari Google. Dulu mana ada kamera nak ambil gambar masa arwah nenek buat baulu atau kuih-kuih lain kan... 




Tu arwah atok nenek belah abah aku. Belah mak aku tinggal Wan aku. Atok dah pergi tahun 2013 sebelum aku kawen, 15 hari sebelum puasa. Kalau arwah atok labu plak, dia terror bakar lemang. Serius aku bukan peminat lemang, tapi lemang arwah atok memang sedap. Biasanyer arwah atok akan buat lemang sebelum puasa & nak raya. Gigih cari buluh, daun pisang. 

Wan pulak buat rendang. Yalah kalau beli 1 batang dah berapa kan. 
Ada beberapa gambar kenangan bakar lemang & masak rendang, tahun 2012 kot. 





okeylah..... 

Al-fatihah buat arwah nenek, atok & atok labu. 

Wednesday, June 24, 2015

Kisah Sakit Kepala & Gastrik

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan.

Dugaan puasa kali ini, aku kena gastrik. 4 hari before puasa aku kena sakit kepala yang berlarutan. Allahuakbar. Memang tak larat apa pun. Tergolek sana sini. Zaheen sampai tergolek ajak main. Alhamdulillah aku jarang kena sakit kepala yang kuat. Bila kena hari tu apa pun tak larat nak buat. Tapi laratkan jugak. Masa weekend lak tu, Hubby ada. Tapi cian jugak dia. Tak dapat nak masak untuk dia.

Zaheen yalah umur dia sekarang ni tengah banyak explore. Banyak nak main-main. Gagahkan jugak diri bangun. Layan dia. Selebihnyer aku memang terbaring sana, terbaring sini.

Esoknyer aku pedih-pedih perut. Tergolek lagi. Lepas dah tak tahan sangat kan sebab esoknyer nak keje. So pergi lah klinik. Yer aku memang kena gastrik.

Allahuakbar setelah sekian lama aku tak kena gastrik. Last aku ingat masa zaman sekolah & belajar dulu. 2003 kot. Sekarang dah 2015.

Memang rasa weak sangat. So bila Ramadhan kali ni, agak mencabar jugaklah. Ada yang skip puasa sebab tak larat sangat. Kawan-kawan aku tegur, eh nampak pucat sangatlah..

Aku dah beli gavicson. Makan jugak walau kadang tak lalu pun. Kurangkan makanan pedas, angin semua dulu. Kena harung jugak la kan. In shaa Allah slowly recover.

Aku baca-baca diorang share, kalau gastrik sebab asid dah keluar so kena elak makanan yang menambahkan asid. Kena banyak amik sumber yang alkali sebab nak neutralkan balik asid yang ada.

Mula-mula aku renung-renung balik, mana silap aku sampai boleh gastrik. Maybe aku ada terlewat time makan ker apa? Maybe ada tapi aku fikir-fikir sakit ni Allah bagi nak bagi peringatan juga salah satu kifarah dosa mungkin jugak. Yalah mungkin ada yang kita buat salah kita tak perasan @ ujian untuk lihat bagaimana cara kita atasi & hadapi.

Yalah kadang tu dok jauh dari suami & keluarga, bila sakit ni manja sket. Dah dok sorang-sorang ni kena lah kuatkan semangat kan.... Selalu cakap pada diri. Allah ada. Banyak-banyak mengadu pada Allah dulu baru pada manusia.

Kita ni pun manusia biasa, kadang terlepas pandang, kadang terlupa. Kita kan tak perfect. Try to improve diri, iman juga amalan. In Shaa Allah.....


Okeylah itu ajer..... 

Friday, June 19, 2015

Workshop di Afamosa Melaka

Assalamualaikum.

Ni kisah minggu 9-11 June yang lalu. Tak kiralah nak abadikan dalam blog jugak. Hehehehe. 
Team aku kena organize 1 workshop yang berkolaborasi dengan pihak SKMM & KKMM. 1st cadangan nak buat kat Langkawi akan tetapi dengan kekangan masa so decide buat kat Melaka. 

Tujuannyer untuk Negotiation Contract antara TM dengan SKMM & KKMM. 
Melaka menjadi pilihan sebab ada slot site visit di mana pihak SKMM & KKMM nak tengok dengan lebih jelas lagi berkenaan kabel TM. Lagi satu kat Melaka ada Submarine Kabel Dasar Laut. 
Ada 4 negeri di semenanjung Malaysia yang ada SKDL iaitu Kuala Muda, Melaka, Cherating & Mersing. SKDL ni menghubungkan talian antarabangsa. Kagum tengok masa g sana. 

So marilah layan gambar yang ada yer. Aku ke sana as urusetia. Aritu aku gerak dari umah mak aku jer la. Hihihi. 






Bilik superior untuk bosses


Bilik untuk aku. hehehehe. 


Agenda workshop 




Site visit 













Makan 6 kali okeh kat Afamosa. Tak sempat snap pic makanan. Hahhahaa. So khamis itu selesai terus shoot balik KL & hantar barang-barang ke ofis. 

Lepas balik la umah. Sekali baru perasan kunci umah sewa tak bawak. Oohhh.. nangis..... 

Okeylah... sekian... 

Thanks for reading


Kisah Ramadhan 2015 & Zaheen

Assalamualaikum...

Aduhai... bersawang lagi blog ni.... Last update 4 June. Arini dah 19 June. Isk isk.... 
Hari 2nd day Ramadhan... Alhamdulillah bertemu lagi Ramadhan. 

Last year masa Ramadhan aku pregnant Zaheen 6bulan. Alhamdulillah tahun lepas puasa aku sihat & boleh main masak-masak. Padahal sebelum itu bau minyak pun loya.

Tahun ni lain plak kisahnyer, 9-11 June team aku ada workshop di Afamosa Melaka. Balik dari sana, weekend tu aku sakit kepala, esoknyer Ahad aku kena gastrik. So tak larat sangat. Bergolek sana, berbaring sini. Lama giler kot tak kena gastrik. Last masa zaman belajar. 2003 kot. 

So semalam dah masuk kol 5pm dah mula angin-angin. Ingat nak beli jer tapi sebabkan pening tengok orang ramai bersesak maka aku decide untuk masak. Masak simple jer. Nasi goreng udang carrot. 



Lepas berbuka aku terus sakit kepala. Kawan-kawan umah ajak g terawih tak larat sangat. Arini nak cari gavicson la... 

Petang semalam adik hantar pic Zaheen, pi masuk dalam dulang. 


Malam hari sibuk & dapat memanjat. Sebab stokis Tamar Cocoa so ada la barang-barang kat umah, dia sibuk mengerjakan. Zaheen zaheen. 




Petang ni balik Melaka... Nak jumpa budak duduk dalam dulang tu. 

Okeylah.... sampai sini dulu... 



Thursday, June 4, 2015

Berapa liter air sehari perlu minum?


Assalamualaikum.
Pekaba semua?
Korang dah breakfast? Makan apa tu?

Dalam sehari bape banyak korang minum air putih?
Cukupkah jumlah air yang diminum dalam sehari.
Pastu macam mana nak tahu jumlah air yang diperlukan oleh badan kita?
Kalau tak sihat kan, doctor pesan minum air masak banyak-banyak....
Tapi bape banyak eh....

2 gelas? 8 gelas? Or 1 liter?
Doctor ada cakap 8 gelas sehari. Cuma kadang-kadang dok terpikir jugak size gelas tu size yang macam mana? hahahhahaha....

So baru-baru dapat info yang mengatakan jumlah air yang kita minum mengikut berat masing-masing. Kira lagi berat orang tu lagi banyak la air die kena minum. Gitu kaedahnyer... 

Macam mana nak kira? Setiap 25kg bersamaan 1 liter air untuk sehari. 
Maknanyer jika berat 50kg kena minum 2 liter air. 


Okeylah tu jer.... 


BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...