Thursday, November 5, 2015

Training MS Visio 2010

Assalamualaikum... 

Back to office lepas 3 hari training kat TMTC Jalan Gurney. Aritu admin emel tanya sapa nak g training MS Visio, so aku pun apply nak joint. Timba ilmu baru kan. Banyak lagi tak tahu, so banyak lagi perlu belajar. Untuk tahun ni, last g training masa April lalu. Masa tu aku g training MS Excel. Bunyi macam Excel jer pun. Tapi ni yang the latest. Masa g baru tahu banyak function @ ribbon tu tak tahu apa guna. 

So kali ni pasal Visio. Baru aku tahu rupanyer orang yang buat maps, organization chart, diagram yang super canggih tu guna Visio. Lebih memudahkan kerja. Kalau aku yang tak tahu ni, guna manual jer la. Patut la kadang-kadang eh macam mana die boleh camtu, nampak canggih sangat. Rupanyer memang ada application khas yang digunakan. 

3 hari training, 2 Nov until 4 Nov. 2 Nov tu besday aku. 32 tahun dah aku tahun ni. Alhamdulillah. Birthday girl g timba ilmu. Hehhehee. 

Haaaaa.... best tau g training sebab parking tak gaduh, free lagi, makan pun murah tapi sedap. Hahahhaa. Kalau g training kat situ, merasalah makan sedap tapi murah. Kikiki. 

Okeylah itu ajer nak story. 

Tuesday, October 27, 2015

Boleh makan apa dalam pantang eh???

Assalamualaikum...

Aku pun tak cukup ilmu lagi pasal tempoh berpantang, jadi ibu. Banyak lagi yang perlu dibaca, dipelajari, dikuasai. Gitu. Hehehehe. Banyak lagi tak tahu kan. 

So kali ni agak lebih bersedia sket. So tadi baca-baca la balik apa yang boleh di makan semasa berpantang. Bukan apa, orang kata masa lepas bersalin dalam pantang la kena jaga badan elok-elok. Sebabnyer taknak la sakit di masa akan datang. Tak kira bersalin normal @ secara czer. Yalah kita bersalin bukan kuarkan guli, keluarkan baby. 

Dalam tempoh berpantang, banyak yang perlu jaga terutama pasal makan & minum. Belajar dari yang pertama so kali ni ada option sket nak makan apa. Plus nanti nak susukan baby lagi & jaga anak yang lagi sorang. Macam mana la nanti kan. Tunggu jer la masanyer. Harung & laluinyer dengan tabah dan sabar. Sekarang ni tak tahu nak cakap macam mana kan. 

So oleh sebab nanti senang aku nak refer balik, so aku sumbat masuk dalam blog. Mana la tahu kot busy ker terlupa ker? Boleh tahan pelupa jugak aku ni. Hehehe. 

Oh ya, korang kalau ada apa-apa lagi makanan yang boleh or tak boleh amik semasa berpantang, meh la share-share dengan aku. Hihihi... 










Okeylah. Byeee.. 


Monday, October 26, 2015

Hari ni 7 bulan dah..... Fuhhh..

Assalamualaikum....

Fuhh... arini genap 7 bulan adik Zaheen dalam tummy Mama. Kejap jer rasa. Perut dah makin membesar. Rabu ni aku checkup & minum air gula yang sangat sedap tu. Aduhai... Setiap kali nak minum air gula, aduhai... Harap-harap tak muntah la gamaknyer. Hehehe. 

Last month berat aku dah 69kg.. Yeah... membesar bagai johan. hehehehe. Adik Zaheen pun sangat aktif sekarang. Kadang-kadang tersepit. Maaf yer nak. Hehehe. 

Pagi tadi dapat news kawan blogger kite aka kawan ofis, Puan Yana dah bersalin baby boy kat hospital Kuala Pilah. Alhamdulillah. Her 2nd baby. Tetiba rasa cuak. hehehehe. 

Aku due 18 January 2016. Nampak macam jauh lagi kan. Tapi tinggal beberapa bulan jer lagi. Hukhuk. 

Okeylah tu jer update arini. 

Blogger sendu.

Thursday, October 22, 2015

My Breastfeeding Journey

Assalamualaikum...

Bersempena October ni kan sempena Pink October, aku pun nak citer perjalanan penyusuan Zaheen. Wahhh gitu. Apa pun aku support 100% for breastfeeding. Bagus sebenarnyer bila kite menyusukan anak dengan susu ibu. Sebab susu ibu banyak kebaikannyer. Aku masih lagi baru, masih lagi menimba ilmu dalam penyusuan ini. 

Masa aku baru bersalinkan Zaheen kat hospital memang nurse suruh bagi susu badan, pada awalnyer memang kekok sangat. Yalah, bila baca buku & baca kat blog macam senang, bila baby nangis, maknanyer die lapar, bila lapar so bagi susu. Suakan jer kat mulut. That the theory. 

Bila praktikal, harus ada tunjuk ajar & teknik yang betol. Yalah kalau tak betol cara lekapan baby tak betol isap susu pun tak kuar. Masalah aku masa mula-mula sebab nipple aku tenggelam, so berhempas pulas jugak, eh macam mana eh nak bagi anak susu. Awal tu susu tak banyak jugak. So memang Zaheen nangis la. Bila nangis kuat-kuat aku panik. Hahhahaha. Nasib baik la akak sebelah katil tu ada ajar. 

Balik rumah bila dah berurut, baru la susu mula kuar. Tapi awal-awal tu aku memang pump every 2 hours sediakan stock untuk Zaheen. Lepas 2 minggu baru bagi direct feed. Bukan apa, sebab nipple tu la. Lepas dah selalu pump, baru nipple tu kuar. Aku pernah kena bengkak susu, woooo sakit. Nak demam okeh. 

Cuti panjang 3 bulan, memang bagi direct, pastu buat stock. Cuma tak berapa banyak sangat. Paling banyak aku pump 7oz. Lepas tu dapat la 3-4oz jer. Tapi gigih pump jugak. Sebab aku baca nak kan naik keje tak dapat bagi direct so kena la pump. 

Sebolehnyer nak menyusukan Zaheen selama 2 tahun, akan tetapi tak berjaya. Aku ada amik milkbooster tapi tak sesuai. Sekarang Zaheen dah 1 tahun, now susu aku pun dah takde. Aku perasan susu aku drop masa bulan 4, 5 aritu. Pelik jugak. Nak dapat 1oz pun susah. Rupanyer aku dah pregnant. Hehehehe. Masa awal pregnant bila bagi direct susu kuar jugak walau sket. Tapi sekarang takde dah. Kadang Zaheen nak mengempeng jugak tapi mengempeng kosong la. 

Sangat jeles dengan ibu yang dapat menyusukan anak sampai 2 tahun. Tahniah. Jeles bukan dengki. Tapi untung anak-anak diorang kan. In shaa Allah, for my 2nd baby aku nak menyusukan die sampai 2 tahun. Alhamdulillah husband pun breastfeed cumanyer takde rezeki nak menyusukan Zaheen 2 tahun, Zaheen nak jadi Abang dah. huhuhu. 

Okeylah, babaiii. 



Tuesday, October 20, 2015

Fuhhh nak masuk 3rd Trimester dah

Assalamualaikum....

Diam tak diam, sedar tak sedar. Aku preggy nak masuk 7 bulan dah. Maknanyer nak masuk fasa last trimester. Oohh... Tapi kan kalau aku kira patut minggu ni dah 7 bulan, kalau ikut app pregnant, baru 6 bln +++. Minggu depan baru 7 bulan. Tak kisah lah. Yang pasti tak lama dah nak bersalin. Macam tak percaya. 

Kali ni pregnant, agak strong sket berbanding masa Zaheen. Tapi masih lagi berjauhan dengan Hubby & anak. Ermmm... Macam-macam fikir tapi takpe la biarlah ia tersimpan di benak sanubariku. Hehehehe. 

Kali ni mabuk muntah still ada lagi sampai sekarang. Dugaan masa pregnant setiap orang kan tak sama. Macam mana kena harung, kena lawan, kena kuat jugak walau kadang-kadang tak kuat. Huhuhu..

Bila perut dah besar selalu cakap kat Zaheen, Zaheen ni adik Zaheen. Nanti jaga adik elok2 tau. Main sama2 dengan adik tau. Hehehehe. Walau Zaheen tak faham tak kira nak cakap jugak. Biar die tahu tak lama lagi die nak ada adik. 

Alhamdulillah Zaheen dah jalan. Aku kan tak sabar nak jalan pimpin tangan dia. Ohhh....

Preparation barang adik Zaheen takde la kelam kabut sangat. Ada yang tak perlu beli. Sebab jarak Zaheen & adik Zaheen tak jauh sangat. So ada benda boleh share & guna pakai bersama. Ada beberapa barang memang kena beli. Bukan tak excited, cuma taknak membazir. Barang Zaheen masih baru & elok lagi kan. 

Oh ya, gender baby aku tak tahu lagi. Minggu depan baru nak scan. Tak kisah la kalau dapat baby girl, alhamdulillah. Kalau dapat baby boy pun alhamdulillah, as long as baby sihat, sempurna sifat semua kan. Baby pun aktif. Hehehe. Kadang tersepit die. Sorry baby. 

Preparation nama pun masih dalam proses, sama macam masa Zaheen. Standby 2 nama. Hihihi. Tapi banyak cari nama gurl. ehhh. 

Okey cukup dulu. hahhahaa. Okey babaiii. 


Monday, October 19, 2015

Majlis Aqiqah Zaheen

Assalamualaikum....

Tadi baca blog Puan Eka, die nak buat Majlis Aqiqah Adra. Pastu aku pun sibuk godek entry aku. Oooh aku tak masukkan entry pasal Majlis Aqiqah Zaheen. Alaa bukan apa, just for my kenangan. Tu nak masuk kat blog. Yalah aku kan bersalin bulan Oct, cuti pantang 3 bulan. So entry Oct - Dec 2014 memang takde la. Tengah haruk kat umah. Hahahaha. Masa dah lepas 2 bulan, ada la jugak nak buka blog tapi non ado.... Hehehe.

Oh ya, Majlis Aqiqah Zaheen aku dah buat masa dalam cuti pantang lagi. 29 November 2014. Buat sekali dengan adik boy aku no 2 tu. Sebab Zaheen lelaki, so kambing 2 ekor. Adik aku pun anak lelaki so 2 ekor kambing jugak. Total 4 ekor kambing.

Tengok tarikh yang dua-dua free. So kitaorang date 29 November tu. Lepas dah decide tarikh, bermulalah pencarian kambing. Kebetulan kat kampung ada orang bela kambing, so aku decide beli kat die. Pastu die masakkan kari. Add on RM100 jer lagi. So tak payah pening-pening kan. Adik aku nak buat kambing golek. So cari kat area pekan, roger sana sini. Bukan apa, kat kampung aku tak pernah buat lagi kambing golek, die pun taknak amik risiko kan. Tapi jumpa jugak la, kambing golek mahal sket la. 

Opsss.. aku rasa dah lupa sket. Maklum la tu citer November 2014. Sekarang dah October 2015. Isk isk. Punyalah lama. Hahahaha. Menu lain yang aku ingat, adik aku ada buat roti nan, ada buat pecal. Lain tak ngat. Pic pun mana-mana ntah. Hahhaha. 

Zaheen pun masa tu dalam 1 bulan lebih. Kecik jer lagi. heheheh. Aku ada belikan die jubah.
Masa ni Ali dalam 5 bulan tak silap aku. Kambing golek habis dulu, maklum la jarang-jarang jamu orang kambing golek. Aku ada jemput kawan poli aku. 















Geng sebaya. Bulan lain-lain. hehehhe. 






Okeylah, itu jer lah nak story. Sebab kelupaan melanda. Hahhaha. Ni kira entry #throwback 

Main sambil belajar untuk baby

Assalamualaikum.

Arini dah 18Oct. Kejap jer kan masa berjalan sekarang. Last week hubby aku tak balik sebab ada kerja.
Minggu ni hubby ada workshop kat PD & kelas menembak kat Sg Udang Melaka. Habis jer kelas hubby terus datang KL. So petang tu sempat la kitaorang dating. Hubby dapat tiket wayang free top gun from tgv. Kitaorang g tengok kat Sunway Putra Mall yang baru open tu. Tengok citer apa, Polis Evo la. Maklum dengar banyak giler kan kutipan. Lepas tengok puas hati la. Good job pengarah Ghaz.

Jumaat after keje macam biasa baru gerak balik Melaka. Happy sebab Zaheen sambut kat muka pintu. Alhamdulillah dah makin tegap die berjalan. Nampak ayah die punyalah happy. Yalah 2 minggu tak jumpa kan.

Esoknya, sabtu Hubby cakap nak kuar cari barang mainan Zaheen. Cari bola. Mula-mula g family store cari barang mandian & susu serta keperluan umah. Lepas tu cari tiket bus hubby.

Hubby google ajak g Cheng sebab ada kedai toys, sekali dah tutup kedai tu. Pastu nampak Cowboy, hubby singgah jap masa tu Zaheen tido. Die dapat beli bola besar. Pastu google lagi sampai lah kitaorang jumpa kedai Yippee Toys kat area Taman Merdeka.

Sebelum masuk nampak la ada browser event tapi last 16 Oct. Pastu tengok die ada buat kelas untuk baby sampailah budak umur 12 tahun. Bila masuk memang la banyak toys. Sembang dengan owner die yang sangat peramah. Menarik. Nanti nak hantar Zaheen for trial class.

Reaksi Zaheen masa masuk kedai tu die berdiri statik. After 5 minit baru die gerak & explore all the things yang ada kat kedai tu.

Pastu hubby minta suggest apa toys yang bagus untuk baby umur 1 tahun. So ada la 2,3 barang yang kitaorang beli. Toys tu boleh main untuk jangka masa panjang & bole sekali untuk adik Zaheen nanti. Hehehe.

Oh ya tu jer dulu update kali ni. Update guna mobile ni terbatas jugak. Nanti aku sambung story lagi.





BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...