Thursday, March 31, 2022

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga segar dalam sabun. Eh bukan 1 jenis tapi 7 jenis rupanya. 

 
Patutlah Kak Suzy cakap nak mandi bunga tak payah susah payah cari bunga. Aura dari gabungan bunga. Best sungguh ni. Tampil yakin diri.
 
 
JenMokCun
Jom la berAURA
 
No photo description available. 
 
 
Jen sharekan bersamaa2 testimoni customer
 
May be an image of text

Sunday, April 7, 2019

KENA PANTANG KEGUGURAN. PENTING!!!!

Assalamualaikum buat semua.

Hari ini saya mahu menulis mengenai penjagaan pantang Keguguran. 
Ramai yang bertanya saya bagaimanakah cara berpantang keguguran ini ?
Pernahkan anda semua dengar berpantang keguguran ini lebih kena jaga dari berpantang bersalin / melahirkan baby.

Memang benar ! 
Jika berpantang keguguran ini tidak di jaga betul menyebabkan pelbagai akibat / penyakit lain yang bakal timbul kemudian hari.
Seperti contoh rahim yang tidak sihat menyebabkan payah mengandung / juga pelbagai hal penyakit2 dalaman bakal datang seperti contoh rahim lemah / bisa2 otot /masalah ketidak seimbangan hormon / lemah tenaga batin / demam yang tak kebah / mudah seram sejuk .

Perkara yang sangat penting bila berpantang keguguran ialah angin !

Jangan pandang ringan bab2 angin ni...
Silap2 sakit satu badan. Berdenyut2 bisa di ari ari/ sakit pinggang / sakit lutut dan boleh menyebabkan bentan jugak. Sakit bisa2 berdenyut2 sampai ke tulang .

Antara faktor angin terjadi ialah jika terdapat cebisan atau saki baki fetus (bayi ) / atau janin yang belum habis keluar / masih dalam rahim lagi.
Jika cebisan2 ini tidak di keluarkan dengan sempurna boleh menyebabkan jangkitan kuman terjadi. Ini sangat bahaya !

Bagaimana proses keguguran terjadi ?
Kebiasaanya terjadi dengan turun darah yang berketul2 dan keluar janin dengan sendirinya. Ada yang tiada pendarahan tetapi secara tiba2 janin keluar . Dan biasanya doktor akan beri ubat turun darah bagi membersihkan rahim.

Dan yang paling mengerunkan ialah bila doktor terpaksa buat D&C iaitu proses mengeluarkan / membersihkan janin dalam rahim. Di masukkan alat kedalam saluran faraj/ laluan ibu. Ini memang menyakitkan dan biasa di bius dan diberi ubat tahan sakit. Sudah tak sedar apa2..sedar sedar..siap.
Kebanyakan keguguran boleh terjadi tanpa mengira usia kandungan. 

Ada yang berlaku di awal kehamilan , dan bila2 masa boleh terjadi keguguran ini sehinggalah ke 5 , 6 bulan juga.
Kebiasaan tempoh berpantang ini jika awal kehamilan ialah dalam seminggu ke dua minggu sahaja.
Jika tempoh 4bulan seeloknya dalam 30 hari pantang . 

Dan jika 5/ 6 bulan ke atas bagus berpantang sehingga ke 44 hari.
* berpantang makan / cara kegiatan & aktiviti harian / berpantang berjimak .

Biasa aktiviti berjimak terutama selepas buat D&C seeloknya lepas 2minggu .
atau 30hari.

Kebiasaanya berpantang makanan ialah :
Elakkan makanan2 sejuk seperti pucuk ubi /sayur keladi / terung / rebung . Jugak sayuran jenis sejuk / menjalar seperti timun / kacang / kangkung / labu. Buah2an bersifat sejuk tembikai / nangka / duku / machang.
Begitu jugak jenis ikan berbisa seperti ikan tamban / cencaru / sardin makanan lauk seperti sotong / kerang / udang / budu belacan. Kalau boleh elakkan dahulu semua ini.

Bagaimana cara2 berpantang keguguran ini ? Antara yang perlu di lakukan jika berpantang keguguran ialah :
1. Pakai pakaian tebal2 mengelakkan angin masuk. Jangan duduk sebelah atau bawah kipas angin ya. Langsung angin mudah masuk boleh menyebabkan bisa2 badan dan lemah.
2. Boleh menggunakan param dan pilis bagi menggelakkan masuk angin ke urat saraf/ pening2
3. Pakai stokin ya ! Jangan lupa paling mudah angin2 jahat masuk dari ibu jari kaki.
4. Sapukan minyak herba atau minyak serai wangi SuzyHoney seluruh badan .Bagi memberikan kelegaan / kehangatan dan mengelakkan angin badan terutama di kawasan perut / rahim.
5. Seeloknya urut dan Bertungku seluruh
badan bagi melancarkan perjalanan darah / elakkan angin berkumpul .
6.Boleh mandi serum di permulaan keguguran bagi segarkan urat saraf. Dan selepas habis pantang lagi bagus mandi bunga untuk memberi aura dan seri !

Untuk perawatan Jamu SuzyHoney saya syorkan seeloknya boleh ambil Rebusan akar kayu / set pemulihan / mandian serum / param pilis / sabun herba sgt bagus ! Minyak serai wangi jangan lupa ya.
Dan elok di ambil jamu jus Kunyit

Okay rasanya itu sahaja sedikit sebanyak yang sy boleh kongsikan.
Semoga memberi manfaat dan ilmu kepada para wanita . 
Maaf jika ada terkurang ya
#catatansuzyhoney
#JamuSuzyHoneyHerbs

Tuesday, April 2, 2019

Mandi songsang????

MANDI SONGSANG????
.
Apa benda tu?? Ni bukan LGBT tau..kan tak pasal CikJen kena kecam berjemaah..hihi..
.
Mandi songsang ni boleh bantu diri korang lebih cergas & positif sepanjang hari tau. korang tahu x mandi songsang macam mana?? Bukan main cebok jekk sampai kembung perut telan air..hihi.
.
Arwah nenek CikJen pernah pesan mandi siram kaki dulu siram badan pastu kepala tujuannyer taknak badan terkejut & psst rahsia awet muda okeyy..

Pastu baru2 ni mentor CikJen pun ada sharekan jugak pasal mandi songsang. Ada kajian mengatakan mandi dari kaki kemudian baru sampai ke kepala..

mula² siram air dari kaki dulu sebab badan kite kan panas, bila kena air takde lah badan terkejut, taknak saraf terkejut. Macam kereta tengah overheat..korang tak boleh letak air terus..nanti terpancut air kena muka.. ☹️
.
Mcm tu la jugak badan kita..Lepas siram kaki, siram badan baru siram kepala. Bila air sampai kepala, slowly kite pun akan rasa jadi fresh..masa tu keadaan diri kita dalam keadaan alpha..kite pun tenang, otak kite dah positif masa tu kite kena berangan-angan, berangan nak umah besar, nak g haji, nak g oversea, nak setel hutang (ikut la apa yang korang angankan) tapi jangan lama sangat tak elok dok dalam bilik air lama sangat.
.
Tapi serious best..sbb tu klau lepas mandi kita rasa fresh tau..sbb body kita tengah positive..tapi ikut la korang nak dengar ke tak yg CikJen amalkan..lain orang lain dia punya amalan okey..
.
Selamat beramal !

#JenMokCun


APRIL is COMING

assalamualaikum

hai semua

alhamdulillah dah masuk April

cepat nau masa berlalu


Tuesday, March 26, 2019

Bau badan hanyir selepas bersalin?

"#BAU BADAN HANYIR LEPAS BERSALIN?"

Bau darah yang berlumuran pada badan waktu bersalin memang tak selesa. Badan masih penat dan rasa tak larat kalau nak mandi lelama bila tinggal di hospital.

Memperkenalkan SABUN HERBA SUZYHONEY yang berkesan untuk menghilangkan bau badan yang #hanyir selepas bersalin. Sabun ni mempunyai aroma yang sangat wangi dan memberikan kesegaran buat si ibu.

Campuran herba-herba dalam sabun ni mampu melancarkan perjalanan darah seluruh badan dan memberi kehangatan pada tubuh badan. Sabun ni juga sangat berkesan tau untuk menghilangkan rasa lenguh-lenguh badan dalam tempoh berpantang.

Kalau badan rasa menyucuk-nyucuk waktu berpantang memang bagus amalkan mandi dengan sabun herba sebab mudah nak keluarkan angin dari badan.

So, lepas ni ibu boleh berpantang dengan hati yang tenang dan sakit badan lagi. Mudah kan bila dah ada sabun herba ni?

Boleh dapatkan sabun ni dalam Set Pantang SuzyHoney. Kalau tak dalam pantang pon boleh guna sabun herba ni untuk buang #angin dalam badan.

Hah, berminat? Klik jer link bawah ⬇️

▶️ www.wasap.my/60136133658/sabun_herba
▶️ www.wasap.my/60136133658/sabun_herba

#SuzyHoneyHerbs
#SabunHerbaSuzyHoney
#SetPantangSuzyHoney
#JenMokCun


Sunday, March 24, 2019

Inilah kehidupan

Hidup ini..kekadang kita boleh bertolak ansur dengan orang tetapi ada masanya orang tak boleh nak bertolak ansur dengan kita.
.
.
Jika permudahkan urusan orang lain , Allah mudahkan urusan kita.  Jika merancang sebaiknya tetapi kekadang ada juga cacat celanya tak dapat kita elakkan.
.
.
Apa boleh buat ....takde hidup yang akan indah seindahnya. Ada masa perlu jugak merasa sakit.  Tetapi disitu perlu belajar erti redha dan jangan menyerah !

Itulah kehidupan. Tiada yang sempurna.


Wednesday, March 20, 2019

Jika Gugur! Wajib berpantang

KEGUGURAN PERLU BERURUT DAN BERJAMU

Dalam amalan berpantang orang Melayu mengikut cara tradisional tak kira berpantang bersalin mahu pun keguguran kedua-duanya perlu berpantang

Terutama mengurut badan bertujuan memulihkan semula urat saraf yang dimasuki angin serta lemah, melancarkan perjalanan darah agar wajah tidak kelihatan pucat.

CikJen pun pernah dapat nasihat dari makbidan. Beliau sangat mengalakkan selepas berurut minum air pati kunyit bagi membersih kembali rahim dinding rahim melancarkan darah juga otot rahim akan mengecut kembali wajah kelihatan berseri

Ramai yang tidak tahu ape itu pati kunyit dan khasiatnya. Ada juga yang tak pernah minum. Ada juga nengatakan jika minum akan kering darah. Ini adalah kuno belaka kerana kita bukannya minum setiap hari.

Tujuan minum ada sebab dan asbabnya perlu tahu bertanya kepada yang lebih arif bab-bab ini. Ada juga yang berkata keguguran tidak boleh berurut. Lebih baik bertanya kepada yang lebih tahu & pakar

Ada kes yang beliau dapat customer keguguran tapi langsung tak pantang, tak berurut. Badan nyer dah masuk angin. Datang mengadu.

Nasihat CikJen jika ada sesiapa yang mengalami keguguran lebih baik bertanya kepada yang lebih pakar/mak bidan.
Sama ada boleh @ tidak.

Ingat yer badan kite nak pakai lama perlu servis yang bagus cantik dalaman bonus buat suami anda.

Nak jaga anak², nak jaga suami, nak jaga diri sendiri. Banyak keje nak kena setelkan. Kang sakit sapa yang tanggung. Diri sendiri Kan!

#makbidanzie
#suzyhoneyherbs
#JenMokCun
#berpantang
#keguguran
#PerawatanWanita

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...