Sunday, April 7, 2019

KENA PANTANG KEGUGURAN. PENTING!!!!

Assalamualaikum buat semua.

Hari ini saya mahu menulis mengenai penjagaan pantang Keguguran. 
Ramai yang bertanya saya bagaimanakah cara berpantang keguguran ini ?
Pernahkan anda semua dengar berpantang keguguran ini lebih kena jaga dari berpantang bersalin / melahirkan baby.

Memang benar ! 
Jika berpantang keguguran ini tidak di jaga betul menyebabkan pelbagai akibat / penyakit lain yang bakal timbul kemudian hari.
Seperti contoh rahim yang tidak sihat menyebabkan payah mengandung / juga pelbagai hal penyakit2 dalaman bakal datang seperti contoh rahim lemah / bisa2 otot /masalah ketidak seimbangan hormon / lemah tenaga batin / demam yang tak kebah / mudah seram sejuk .

Perkara yang sangat penting bila berpantang keguguran ialah angin !

Jangan pandang ringan bab2 angin ni...
Silap2 sakit satu badan. Berdenyut2 bisa di ari ari/ sakit pinggang / sakit lutut dan boleh menyebabkan bentan jugak. Sakit bisa2 berdenyut2 sampai ke tulang .

Antara faktor angin terjadi ialah jika terdapat cebisan atau saki baki fetus (bayi ) / atau janin yang belum habis keluar / masih dalam rahim lagi.
Jika cebisan2 ini tidak di keluarkan dengan sempurna boleh menyebabkan jangkitan kuman terjadi. Ini sangat bahaya !

Bagaimana proses keguguran terjadi ?
Kebiasaanya terjadi dengan turun darah yang berketul2 dan keluar janin dengan sendirinya. Ada yang tiada pendarahan tetapi secara tiba2 janin keluar . Dan biasanya doktor akan beri ubat turun darah bagi membersihkan rahim.

Dan yang paling mengerunkan ialah bila doktor terpaksa buat D&C iaitu proses mengeluarkan / membersihkan janin dalam rahim. Di masukkan alat kedalam saluran faraj/ laluan ibu. Ini memang menyakitkan dan biasa di bius dan diberi ubat tahan sakit. Sudah tak sedar apa2..sedar sedar..siap.
Kebanyakan keguguran boleh terjadi tanpa mengira usia kandungan. 

Ada yang berlaku di awal kehamilan , dan bila2 masa boleh terjadi keguguran ini sehinggalah ke 5 , 6 bulan juga.
Kebiasaan tempoh berpantang ini jika awal kehamilan ialah dalam seminggu ke dua minggu sahaja.
Jika tempoh 4bulan seeloknya dalam 30 hari pantang . 

Dan jika 5/ 6 bulan ke atas bagus berpantang sehingga ke 44 hari.
* berpantang makan / cara kegiatan & aktiviti harian / berpantang berjimak .

Biasa aktiviti berjimak terutama selepas buat D&C seeloknya lepas 2minggu .
atau 30hari.

Kebiasaanya berpantang makanan ialah :
Elakkan makanan2 sejuk seperti pucuk ubi /sayur keladi / terung / rebung . Jugak sayuran jenis sejuk / menjalar seperti timun / kacang / kangkung / labu. Buah2an bersifat sejuk tembikai / nangka / duku / machang.
Begitu jugak jenis ikan berbisa seperti ikan tamban / cencaru / sardin makanan lauk seperti sotong / kerang / udang / budu belacan. Kalau boleh elakkan dahulu semua ini.

Bagaimana cara2 berpantang keguguran ini ? Antara yang perlu di lakukan jika berpantang keguguran ialah :
1. Pakai pakaian tebal2 mengelakkan angin masuk. Jangan duduk sebelah atau bawah kipas angin ya. Langsung angin mudah masuk boleh menyebabkan bisa2 badan dan lemah.
2. Boleh menggunakan param dan pilis bagi menggelakkan masuk angin ke urat saraf/ pening2
3. Pakai stokin ya ! Jangan lupa paling mudah angin2 jahat masuk dari ibu jari kaki.
4. Sapukan minyak herba atau minyak serai wangi SuzyHoney seluruh badan .Bagi memberikan kelegaan / kehangatan dan mengelakkan angin badan terutama di kawasan perut / rahim.
5. Seeloknya urut dan Bertungku seluruh
badan bagi melancarkan perjalanan darah / elakkan angin berkumpul .
6.Boleh mandi serum di permulaan keguguran bagi segarkan urat saraf. Dan selepas habis pantang lagi bagus mandi bunga untuk memberi aura dan seri !

Untuk perawatan Jamu SuzyHoney saya syorkan seeloknya boleh ambil Rebusan akar kayu / set pemulihan / mandian serum / param pilis / sabun herba sgt bagus ! Minyak serai wangi jangan lupa ya.
Dan elok di ambil jamu jus Kunyit

Okay rasanya itu sahaja sedikit sebanyak yang sy boleh kongsikan.
Semoga memberi manfaat dan ilmu kepada para wanita . 
Maaf jika ada terkurang ya
#catatansuzyhoney
#JamuSuzyHoneyHerbs

No comments:

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...