Friday, August 26, 2011
Setahun Sudah Berlalu... Alhamdulillah
Diam tak diam... Ramadhan ini setahun jugak aku mengharungi kisah kecewa dulu, kisah sedey dulu, kisah aku down dulu... Alhamdulillah aku masih berdiri lagi, diberi peluang melihat dunia ini.. Terima kasih Ya-Allah...
<<<< Ya-Allah terima kasih berikan aku ketabahan & kekuatan dalam mengharungi hidup yang sangat banyak pancaroba yang harus di tempuh... Sesungguhnya aku bersyukur ditemukan dengan insan yang sangat baik & membantu aku berdiri semula... memberikan aku kekuatan untuk bangun semula dari kecewa... tak terbalas jasamu... hanya Allah saja yang mampu membalas >>>>>
kepada insan yang beri aku kekuatan :
sesungguhnya aku tak sangka ada insan yang sudi mengambil berat padaku.. mendengar segala luahan ku.. mengesat airmata yang mengalir, menghulurkan bantuan di kala aku saat aku memerlukan seseorang... berikan aku kekuatan...
sekian dulu...
Jumaat Terakhir Ramadhan 1432H
Masya-allah arini 26 Ramadhan... Ramadhan hampir ke penghujungnyer...
Alhamdulillah Ramadhan adalah lebih baik bagi aku berbanding Ramadhan yang lalu... Ramadhan kali ni dapat berpuasa bersama-sama dengan keluarga, rakan2 & mr izan...
Dapat bersama-sama bertadarus & majlis khatam Al-Quran, buat solat sunat tasbih, berbuka pose bersama family d melaka, atok & wan, mak long, pak ngah & pak teh, bersama maksu juga bersama mr izan... kawan2 opis... Alhamdulillah apa yang dihajatkan tercapai...
Biarlah hanya biasa & simple tapi menggembirakan... menenangkan...
Sesungguhnya aku sangat2 bersyukur bila mana kebahagiaan tu bakal menjadi milik aku... bila mana kegembiraan dari lubuk hati bakal aku perolehi... syahdu sangat rasa hati ini.. Allah masih sayangkan aku, selamatkan aku dengan menyedarkan aku dari lena yang panjang serta dari perkara2 yang kurang baik... Syukur aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas segala rezeki yang diberikan....
Aku mengharapkan perubahan yang kecil ni akan berlanjutan & berkekalan sampai bila2.. biarlah aku berubah secara slowly & kekalkan momentum tersebut...
Sekian dulu...
Thursday, August 25, 2011
Alhamdulillah Selesai Majlis Khatam Al-Quran
Hari ni sudah 25 Ramadhan.. terlalu pantas masa berlalu kite sudah menghampiri penghujung Ramadhan...Masya-Allah...
Alhamdulillah semalam selesai Majlis Khatam Al-Quran yang dianjurkan oleh Kak Farah dari level 12 same level dengan cik Yana...tapi semalam Yana tak dapat joint sebab berada di kampung MC dari last week.. kenapa ngan die? demam ciken pop... aku doakan agar liyana cepat sembuh seperti sediakala.. aku tahu die sure pantang abis.. rindu kamu cik yana...
ni goodies sempena majlis semalam....
selepas tu sessi bergambar bersama geng2 tadarus...
sekian...
Wednesday, August 24, 2011
Fadilat Bersedekah..
kita biasanyer lebih suke kalu org memberi atau belanja kita mkn tetapi sebenarnyer tangan yg memberi lebih baik dr menerima.....lg bnyk bnyk kita memberi lg bnyk yg akn kita terima.....trust it....kalu kite memberi semasa kita susah insya'allah lg melimpah ruah Allah bg pd kita asalkan kita ikhlas...kerana rezeki yg kita dpt tu semuanya dtg drpd Allah...so x salah pun kite nk bersedekah pd org lain....kalu kite terlalu berkira or kedekut semakin kurang rezeki n kurang keberkatan yg kita dpt....kalu kite takut harta habis kalu kite share or bg pd org lain....kita silap sbb pepatah pun ader mengatakan what u gives u get back....so renungkan bersama....sekadar berkongsi....
Renungan Bersama.....Petua Murah Rezeki
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.
”
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11 . Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah
15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Berbaloikah puasa kita???jom renungkan sebentar.....
Diam x diam kita dh sampai ke penghujung bulan ramadhan,namun adakah kita benar-benar mengisi bulan ini dengan amalan-amalan yang sepatutnya atau sekadar menghadapi bulan yang penuh dengan barakah ini dengan amalan-amalan yg sama seperti bulan-bulan sebelumnya.....alangkah ruginya kita,kalu bulan ini lebih teruk pengisiannya drpd bulan sebelumnya.....Seolah-olah menjadi satu budaya,bulan ramadhan hanya sekadar bulan untuk menambah pendapatan bukan bulan menambah saham di akhirat yg lebih utama......terawih pun cuma pergi di awal2 puasa sahaja,kalu pergi pun kalu boleh hendak pulang ke rumah secepat yg mungkin...yg lebih teruk lg langsung x menunaikan terawih atas alasan penat,sibuk nk buat kuih,sibuk nak cantikkan rumah,sibuk dengan hal-hal keduniaan yg bersifat semenatra.....Ya Allah ampunkan kami,bukalah pintu hati kami,jauhkan kami dr kesesatan dan terlalu mencintai dunia......tapi makin banyak Allah bg rezeki makin kita lupa padanya...kita semakin sibuk dengan hal-hal dunia sahaja.....kita sanggup bangaun pagi seawal 2,3 pagi tp bukan untuk bertahajjud padanya,tapi nak siapkan kerjalah,nak siapakn tempahan bajulah,nak siapkan tempahan kuih raya...tu semua keduniaaan kan...alangkah ruginya kita.....Baca Qur'an pun kadang-kadang baca kadang x...yg paling teruk x baca langsung...kalu berdoa lepas solat kalu boleh nk cepat je..kalu nk g shopping moping amboi dr pagi samapi mlm pun sanggup tu,sampai terawih pun culas....yang penting keperluan untuk beraya kena beli dulu.....betapa lemahnya kita sebagai manusia.....Bila dapat rezeki melimpah ruah berapa ramai yg nak bersedekah atau menginfakkan harta pada keluarga pun payah apatah lg pada orang lain sedangkan rezeki dr siapa...semua datang dr Allah....kalu boleh nk simpan je bawak mati....Nauzubillah betapa jahilnya kita.....mati tu x penah bgtau kita bile dier akn datang,tapi apakah persiapan kita untuk menghadapi mati ?jawapannya wallahualam......sepatutnya dalam bulan nilah kita merebut peluang yg datang cuma sekali setahun ni...tahun depan pun belum tentu kita akn menemui bulan yg sangat mulia dan penuh dengan keberkatan ini.....pada bulan inilah doa kita akan diangkat ke langit....tapi berapa ramai antara kita yg memohon pada Allah untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat......sekadar renungan semata,kerana bila kita bersendirian sepatutnya kita perlu bermuhasabah diri agar hidup kita diberkati dan sentiasa selamat dunia dan akhirat....wallahualam....
Jom Mulakan Solat Sunat Dhuha
Assalam..kali ni saya nak berkongsi sedikit panduan untuk mengerjakan solat sunat duha yg sgt2 bnyk kelebihan dan fadilatnyer ini...dalam masyarakat sekarang mmg x ramai yg melakukan solat sunat duha ini walaupun sebenarnyer solat ini sgt mudah n ringkas n x perlu amik masa yg lama untuk melakukannya...tp masih ramai yg x mampu melakukannyer...apa kata mulai hari ini kite cube budayakan solat sunat ini moga2 Allah akn mengangkat darjat kita di sisinya,menguatkan keimanan kita di samping mengurniakan rezeki dan nikmat yg lebih melimpah ruah.....amin
Ruang waktu dan waktu afdal
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.
Cara melaksanakannya
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
Doa yang disarankan selepas solat sunat duha
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
Selamat beramal pd semua...
Monday, August 15, 2011
Berbuka Pose Wif Family Part 2-Labu Hilir, Negeri Sembilan
Cak Cak.... Tanjat boboi.... Hahahahaha
Entry kali ni lah.. kisah aku balik kg mak yang berada di batu 13, kg labu hilir, negeri sembilan.... selesai kemas mengemas lalu gerak kuar umah kol 12:30pm tapi tak direct balik labu terus.. aku ke klang dulu amik adik aku, ifah.. then ke balakong hantar air vitagen kak ina....pastu baru gtg ke labu.... sampai labu dekat kol 4:00pm jugak...
ngatkan sampai awal sket nak tolong menolong la wan masak2 juadah berbuka.. tu die sudahnyer siap okey.... tinggal nak masak nasi & sayur jerk... apa menu die??? sangat hebat okey....
kali ni berbuka bersama atok, wan, mak abah... sekali ramai gak yang joint... mak long, pak long, arul... mak teh pak teh... zira anak pak ngah... meriah la kan ramai2.... bukan salu pung kan kan...
so menu aritu sangat la hebat.... antaranya
menu : wan masak : gulai rusa, hati masak nenas, sayur campur kubis + buncis, bubur kacang, bubur lambok [wan dapat dari masjid sebab wat tadarus al-quran]
mak : apam tepung beras, apam polka dot dot, sambal udang
mak teh : popiah, karipap, pulut panggang
mak long : kari daging, bubur kacang, sayur campur, ikan masak taucu, satay ayam
hebat tak??? bila da berkumpul tu die banyak gilesssss da macam bazaar ramadhan.. panjang jerk susun... so untuk puaskan hati semua makan la semua tapi dalam kuantiti yang sedikit tapi alhamdulillah sangat kenyang.......
end dulu
Berbuka Pose Wif Family-Part 1-Paya Dalam, Melaka
Alhamdulillah... arini hari ke lima belas kite semu berpuasa... alhamdulillah aku masih lagi berpuasa...
entry ni saja nak story program & aktiviti aku.... alhamdulillah misi berbuka pose bersama family tercinta selesai.. pada minggu pertama pose -5 ogos hingga 7 ogos pulang ke paya dalam melaka....abis keje 5 ogos bergegas pulang.. bajet nak terbang jer, tapi apakan daya bibah ku tak leh terbang kan kan... hahahhaaha.... setelah mengharungi lebuhraya utara selatan sampai jugak ke destinasi... sampai-sampai jer da kol 7pm... menu berbuka dah terhidang.. seronok sangat rasa hati melihat mak abah & adik2ku... hanya zaid & ifah jer yang takde....
menu : roti jala kuah kari ayam, sosej salut roti, bubur lambok.. sempoi jek.. tapi makan ramai2 suma nyer sedap... masak sendiri kan... lagi la sodap... hehehehehe... pic lupa kot nak snap dok kecoh2 aritu..... sampai pengsan la aku dibuatnyer... hongeh... hahahaha.... miss terawih.... lepas sedar dari terpengsan bangun mandi solat... layan tb.....minum nes lak... adik buka citer ops pocot... sudahnyer aku tak leh tido lak.... kol 3pagi kot baru leh nak lolap... kol 5 bangun bersahur... tunggu subuh lepas tu apalagi...... tidoooooo.........zzzzzzzzzzzzzzzz.....ngeh ngeh ngeh.....
sabtu lak g amik zuhdi kat matrik londang... lepas tu teringin nak makan bubur lambok mak masak... so lepas zohor dah jerang bubur.. fira lak nak buatkan apam dot dot.... huhuhu....kecoh la bila masing-masing rajin nak tolong.... nak tunjuk terror...hahahhaa... gamat dibuatnyer...
so menu : bubur lambok edisi aku diupgrade oleh mak, apam polka dot dot, murtabak oleh cik am.. alhamdulillah... seronok buka ramai2 kan...
alhamdulillah aku tak pengsan malam tu so dapat la g terawih kat surau kg... syahdu lak bila solat kat situ tengok ramai yang takde.... teringat arwah nenek.. kalau g solat mesti dok depan sekali...
end dulu...
Saturday, August 13, 2011
Geng Mengaji & Bertadarus>>>>>>>>
Assalamualaikum semua...
kali ni nak citer aktiviti Ramadhan aku 2011 ini... aku berharap semoga ia menjadi lebih baik dari Ramadhan yang lepas... memang nak banyakkan membaca kitab suci Al-Quran..... macam tahu-tahu jer niat di hati bila dapat emel yang yana forwardkan dan mengajak aku joint dari kak farhana yang akan menjalankan program tadarus Al-Quran secara berkumpulan... bukan apa di samping bersemangat dapat juga membaiki bacaan... maklum la sebelum ni salu mengaji sorang-sorang jer... maka aku pun memanjangkan emel kepada rakan-rakan opis yang lain seperti ika, ira, murni, cikin, kak yati.... mana tahu diorang pun berminat jugak kan...
Alhamdulillah tak sangka juga rakan2 seperti ira, ika, murni nak joint bersama... so aku, yana, ika, ira & murni satu kumpulan.... bak kata kak farhana sambutan sangat mengalakkan ramai yang nak joint... total semua 6 kumpulan... so kira 1 kumpulan akan membaca 5 juzuk.... so group aku dapat juzuk yang ke 21 hingga juzuk yang ke 25....
program ni bermula 1 Ramadhan hingga 23 Ramadhan.... 24 Ramadhan adalah majlis khatam Al-Quran beramai-ramai.... mula-mula tu segan jugak nak baca depan kawan-kawan.... tapi masa ni lah nak baiki bacaan..... ada yang tolong tengokkan... kira masih peringkat belajar lagik....
kumpulan aku tak mula lagik masa 1 Ramadhan sebab tak tahu macam mana nak mula.... so jumpa kak farah kat atas tanya die dulu.... so kami mulakan misi semasa Ramadhan kedua.... alhamdulillah kami berkumpul semasa time rehat & menghabiskan masa bertadarus... Alhamdulillah rasa lain sangat.....
Alhamdulillah misi kumpulan kami telah selesai semalam dengan menghabiskan 5 juzuk yang telah diberikan..... semalam pun kami semua bersama-sama berbuka pose di Alicafe Tomyam Seafood... kedai tu dekat dengan area ofis jek...
Friday, August 12, 2011
Nak Catat Jer]]]]
June 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
April 2009
December 2009
April 2010
May 2011
June 2011
August 2011
[Fasa-Fasa]
Masya-Allah sangat mengantoknyer.... aduhai baru kol 9:32am... so meh la merepek kat sini jap..
Fasa apa tuh ek? kira alam kehidupan aku la yang akan berubah mengikut hukum alam...macam ni aku mensasarkan apa yang ingin aku capai dalam sesuatu jangkamasa maka terciptalah fasa-fasa ini... untuk lebih membuatkan hubungan itu lebih bermakna lebih baik dari yang lepas....
apa die fasa-fasa nyer ek? ni fasa edisi izaicun.. ngeh ngeh ngeh... sila redha...
FASA 1- PROSES PERKENALAN
FASA 2- PROSES PERCINTAAN
FASA 3- PROSES PERTUNANGAN
FASA 4- PROSES PERKAHWINAN
FASA 5- PROSES KEKELUARGAAN
FASA 1 - pada peringkat ini kira tempoh awal perkenalan....
untuk permulaan tidak mengharapkan apa-apa yang ajaib akan terjadi... tidak mengharap balasan dari pertolongan kerana diri tidak mahu dikecewa lagik, dikhianati kembali... takut dan fobia agak menghantui... tapi why not beri peluang dan sambut perkenalan.... keikhlasan yang diinginkan... di mana keserasian dicari, kejujuran diperlukan, kesetiaan didambakan....kasih sayang ingin dimiliki... mengenali antara satu sama lain, mengenali siapa die yang sebenarnya... [aku dah lalui fasa 1 ni... tapi sehingga kini ia masih berlaku dan terus berlaku kerna tak cukup mengenali seseorang dalam masa yang singkat kan kan, even dah bercinta more than 3 years still tak kenal siapa pasangan kita] kira dalam fasa ni takde la extreme sangat tapi secara natural, slowy... kena ada give & take... cara berkomunikasi, bertoleransi... [masa jumpa die borak2 ngan die baru nampak & kenal die.. satu persatu kite tahu pasal die... baik buruk kena terima seadanya]
FASA 2 - bila perasaan sayang, suka & rindu mula terbit....
ntah bila timbulnya rasa suka, sayang pada die... eh eh... tak pasan pun bila ada perasaan ni.. dari rindu menjadi sayang.... [sekarang aku dah sampai ke tahap ini]
*** aku bermohon agar jodohku siti zainab amir dengan mohd shyahrizan mohd yazid akan berkekalan hingga ke alam perkahwinan dan sampai ke akhir hayat kami.. permudahkan urusan jodohku supaya aku jua dapat mengembirakan hati mak abahku...
Thursday, August 11, 2011
Masa Kecik2...
semuanya 9 orang... terdiri dari
siti zainab
mohd zubir
mohd zahid
siti zafirah
muhammad zaidan
siti zafirah
muhammad zuhdi
muhammad zulhusni
syafiqah
cukuplah semua kan... 9 orang.... alhamdulillah semuanya sihat... ada yang bekerja, masih belajar di IPTA & sekolah menengah... congrats to adik boy aku yang no 2 kerna berjaya melanjutkan pengajian di peringkat Master....
amacam comel-comel tak kami semua masa kecik-kecik dulu.. kikikiki... sangat lucu kan kan.. aku tengok balik pic ni nak gelak-gelak... masa ni aku berumur 13 tahun or 14 tahun kot so dalam 1996 or 1997...lokasi kejadian di melaka..
masa tahun 1996 kami sekeluarga berpindah ke melaka... yang lagi 2 orang tu sepupu aku belah abah aku...
Apam Polka Dot Dot
apakah??? ini kisah masa aku balik kampung first week pose baru ni... hari sabtu my sis aka fira nak wat apam polka dot dot>>>> pic seperti di bawah....
ni adalah percubaan kali ketiga die.... yang kali pertama & kedua warnanyer agak menyeramkan.. ngeh ngeh.. komen dari mak & adik2 yer.... this time just nice kan.... request by den la... hikhikhik... kan comel-comel kan kan
hari aku masak bubur lambok ayam versi aku resipi dari mak... huhuhu... sedap wooo licin ... waaaa... waaaa.... aku sendiri pun tak dapat nak makan ulangkaji balik... ngeh ngeh... tapi takpa... alhamdulillah licinnnnnnn.... aku sukaaaaaaa..... sedap la agaknyer kan kan....
so aritu buka pose semua ada kecuali adik aku no 3 & no 4.... alhamdulillah rezeki jiran bagi murtabak 2 keping....
*** tak sabar tunggu nak ujung pose nak buka pose beramai bilamana suma adik-adik ada.....
Abang???
Siapakah Abang???
ni kisahnya aku dan dia [mr izan].. nak gelak pun ada...
ikutkan aku panggil dia-awak jek... aritu la masa aku kol die.. die cakap "tempat keje abang nih banyak incoming la so sangat bz" ... aku lak leh tanya dalam hati abang mana lak ni ek... esoknyer pun camtu gak dengar die cakap "abang tido lewat" ... rasa nak tanya jer sapa abang tu.. nasib baik aku tak tanya.. mesti die ngat aku ni tak sensitif takde perasaan.. tak romantik.. aku diamkan jer.. sambil berpikir... wat per lah die nak citer pasal orang lain kan... so means abang tu ganti diri dia la... hikhikhik... tetiba aku leh blur lak.. ngeh ngeh .. sebab tetiba jek die bahasakan diri die "abang"... aku pun cam nganga... tak senonoh kan... hikhikhik.....
die memang panggil aku sayang... aku pun kadang2 panggil dia sayang... ikut mood dan keadaan kalau tak panggil saya-awak jerk la...
Abang... lama sangat tak dengar dan panggil dengan gelaran tu....
now aku redha, terima.....aku ikut jer rentak dia.. try dan start panggil dia abang walau agak kaku dan keras jek bunyinyer.... i try yer bang... hikhikhik....
maybe bagi die tu panggilan manja kan kan.... semalam aku tanya die gak.. nak panggil die abang or sayang.... die tak kisah sangat tapi sebab die da mula cakap abang....so proceed...
kadang-kadang cam hepi sangat bila dia msg aku dulu.... yessssssssss
bukan apa sebab die bz kan.. aku lak keje ofis hour sabtu ahad cuti...
salu aku la msg die dulu... sesekali nak la die mulakan dulu...
die bukan tak ngat tapi die bz.....
saya faham bang!
kite kena saling faham memahami kan kan...
*** alhamdulillah mula sayang dia.... die pun caring aku.....sayang aku sangat2...
Pengalaman tengok bola kat Stadium
Dalam bulan pose ni tetiba lak entry pasal bola... hahahaha.. sebenarnya aku takde la tengok masa bulan pose.. tidak tidak... ni saja jer nak story pasal pengalaman pertama kali aku tengok bola di Stadium Bukit Jalil semasa Malaysia vs Singapore pada 28 July yang lalu... aritu tak sempat okey nak story sebab agak bz....
28 July 2011 bersamaan hari khamis so adalah hari bekerja.. maka gerak dari opis la...
gerak dari ofis kol 5pm naik lrt jer sampai masjid jamek then switch star to bukit jalil.. aku g ngan ira dari opis... tiket aku pesan kat mr cdma untuk belikan..
ni ira & incik tunang die, wan
masa aku turun dari station star bukit jalil tu die sangat ramai orang okey... aku rasa dah lama kot aku tak g kat tempat orang ramai camni... salu tengok bola kat tv jer... masa Singapore vs Malaysia kat Singapore aku g tengok dengan Izan kat kedai makan jek...
masa sampai stadium dalam kol 5:30pm.. terus cari Mr Cdma sekali kawan yang belikan tiket tu lambat datang.. yalah memang sesak okey.... kalau naik kete sure jam.. kalau nak datang kena mai awal-awal... memang la bosan time menunggu kan so amik gambar.. ramai kan kan
haaaaaaaa baru teringat my ex-bf pun ada g gak.. tapi kitaorang tak jumpa sebab line hp connection problem... die datang dari seremban... peminat bola...
so akhirnya dalam kol 6:30pm jugak aku dapat masuk kat stadium.... pertama kali nih.. perghhhhhhhhhhh tu die... keadaan dalam stadium.. bayangkan 90,000 orang datang....
ni lah keadaan stadium bukit jalil... aku duduk kat level 3 pastu kerusi paling atas sekali sebab masuk lewat so tempat yang cun da kena amik la kan.. tak kisah la janji leh masuk dan dapat duduk kan.. tengok semua adalah sangat2 bersemangat bukan saja dari pakaian dengan kain rentang, bunyi-bunyian.... lagu-lagu yang didendangkan.. dengan paluan gendang....
memang bising tapi suasana sangat happening.. masa dalam ni aku terpisah dengan ira & wan.. aku joint dengan mr cdma & the gang... kalau nak tahu pertama kali kot aku jumpa mr cdma tu... die TM gak....
tengok lah diorang yang sangat bersemangat & sporting...
memang emosi aku ni kalau tengok bola.. tapi saat paling best bila kite dapat gooollllllllllllll
bila abis game suma bergasak nak kuar.. masa ni masya-allah sangat penat sebab nak berasak-asak kan... masa ni rasanya bestnyer kalau berada di rumah kan kan...
*** pengalaman pertama & terakhir tengok kat stadium... best lagik kat umah leh makan & baring dengan selesa... tak perlu berasak.... lagi best bersama yang tersayang... tapi kalau nak g stadium bersama incik suami akan datang.. insya-allah....bole saja...
28 July 2011 bersamaan hari khamis so adalah hari bekerja.. maka gerak dari opis la...
gerak dari ofis kol 5pm naik lrt jer sampai masjid jamek then switch star to bukit jalil.. aku g ngan ira dari opis... tiket aku pesan kat mr cdma untuk belikan..
ni ira & incik tunang die, wan
masa aku turun dari station star bukit jalil tu die sangat ramai orang okey... aku rasa dah lama kot aku tak g kat tempat orang ramai camni... salu tengok bola kat tv jer... masa Singapore vs Malaysia kat Singapore aku g tengok dengan Izan kat kedai makan jek...
masa sampai stadium dalam kol 5:30pm.. terus cari Mr Cdma sekali kawan yang belikan tiket tu lambat datang.. yalah memang sesak okey.... kalau naik kete sure jam.. kalau nak datang kena mai awal-awal... memang la bosan time menunggu kan so amik gambar.. ramai kan kan
haaaaaaaa baru teringat my ex-bf pun ada g gak.. tapi kitaorang tak jumpa sebab line hp connection problem... die datang dari seremban... peminat bola...
so akhirnya dalam kol 6:30pm jugak aku dapat masuk kat stadium.... pertama kali nih.. perghhhhhhhhhhh tu die... keadaan dalam stadium.. bayangkan 90,000 orang datang....
ni lah keadaan stadium bukit jalil... aku duduk kat level 3 pastu kerusi paling atas sekali sebab masuk lewat so tempat yang cun da kena amik la kan.. tak kisah la janji leh masuk dan dapat duduk kan.. tengok semua adalah sangat2 bersemangat bukan saja dari pakaian dengan kain rentang, bunyi-bunyian.... lagu-lagu yang didendangkan.. dengan paluan gendang....
memang bising tapi suasana sangat happening.. masa dalam ni aku terpisah dengan ira & wan.. aku joint dengan mr cdma & the gang... kalau nak tahu pertama kali kot aku jumpa mr cdma tu... die TM gak....
tengok lah diorang yang sangat bersemangat & sporting...
memang emosi aku ni kalau tengok bola.. tapi saat paling best bila kite dapat gooollllllllllllll
bila abis game suma bergasak nak kuar.. masa ni masya-allah sangat penat sebab nak berasak-asak kan... masa ni rasanya bestnyer kalau berada di rumah kan kan...
*** pengalaman pertama & terakhir tengok kat stadium... best lagik kat umah leh makan & baring dengan selesa... tak perlu berasak.... lagi best bersama yang tersayang... tapi kalau nak g stadium bersama incik suami akan datang.. insya-allah....bole saja...
Aku suka bunga roses
lawa kan kan.. aku ni suka giler ngan roses.. tapi ni aku posing dengan bunga yang kak yati dapat.. best die pakwe die bagi... salu kot die dapat bunga.. takde apa occassion pun dapat jugak.. aku kalau dapat during besday aku pun da bersyukur.. apa pun rezeki masing-masing kan.. redha jer..
** awak nak roses camni leh tak??? hehehhe
Ramadhan Ke Sepuluh
Alhamdulillah... dah 10 hari umat Islam berpuasa....
4.30pm dah balik keje.. jom balik cik yana.. hehhehe...macam bese la geng rempit aku.. sampai jer lobby tengok ujan rupanya..... apa yer menu buka arini.. arini pun ada pasar malam... ada baca kisah budak yang meninggal beli kat bazaar Ramadhan.. semalam rasa cam takut lak.. so putuskan untuk masak saja.. beli bahan2 mentah like udang, brokoli [sayur brokoli mahal okey.. terpegun jap masa akak tu sebut harga].. agak2 u oll's apa menunyer.. jeng jeng jeng....
nilah hasilnyer.. bubur oats wif prawn & brokoli.. berkhasiat kan kan & menyihatkan... alhamdulillah rezeki arini.. aku siapkan bahan2 & cik yana yang memasak.. thanks ya....
lepas magrib adalah rasa tak larat.. so pengsan...... zzzzzzzzzzz
Sunday, August 7, 2011
Jauh Itu Rindu
entry cam bagus-bagus jek kan....
hari ni hari ketujuh umat Islam berpuasa.. Alhamdulillah kite masih diberi peluang untuk berpuasa serta menikmati kehidupan ini... minggu pertama puasa aku pulang ke kampung... niat nak bersahur & berbuka dengan family tercapai sudah... alhamdulillah... kira semua ada kecuali adik aku no 3 & no 4 jek yang takde.. maklum no 3 kat johor... no 4 kat klang.. kekangan keje so tak dapat la nak balik.... time cuti2 ni lepas subuh dapat la sambung tido sat... hahahahaha.. aku pun apa lagi amik la peluang.....
teringat la kat awak... beliau adalah jeles sebab tak dapat pulang ke kampung... OT sabtu ahad... pose ni pun keje sampai malam2 jugak.. dengar jer la luahan die... cian awak.. sabar yer sayang... biarlah bersusah2 dulu... apa pun saya akan sentiasa menyokong awak... jadi pendengar setia... insya-allah nanti kite buka pose sama2 ek...
hehehhe.. pic ni masa kitaorg g karok kat karok jamban jek.. beliau saja lepas gian nak karok... hahhahha... sorang 3 lagu.. lalu menyumbangkan lagu yang sumbang mambang.... hahhahahhaa... lagu "sufi" lagu faveret beliau... dan lagu tu jugak dah jadi lagu faveret aku gak... lagu tu kenangan perkenalan aku & die... kira mula aku kenal die since 2008...
tanjat boboi... masa ni jumpa jap jer.. aku otw lik melaka.. singgah jap jumpa die.. sebelum pose aritu.. wan aku masak lomang.. beliau pun nak jugak.. so aku pun singgah la sat hantar lemang kat die.. maklum la die dok hostel... jeles banyak ngan aku... hehhhee...
masa die turun tu ehhh.. sama lak baju... ngeh ngeh... tak plan pung... haruslah amik gambo... tapi maklum la flash sangat terang.... jadi inilah hasilnyer... hehhehehe....
hari ni hari ketujuh umat Islam berpuasa.. Alhamdulillah kite masih diberi peluang untuk berpuasa serta menikmati kehidupan ini... minggu pertama puasa aku pulang ke kampung... niat nak bersahur & berbuka dengan family tercapai sudah... alhamdulillah... kira semua ada kecuali adik aku no 3 & no 4 jek yang takde.. maklum no 3 kat johor... no 4 kat klang.. kekangan keje so tak dapat la nak balik.... time cuti2 ni lepas subuh dapat la sambung tido sat... hahahahaha.. aku pun apa lagi amik la peluang.....
teringat la kat awak... beliau adalah jeles sebab tak dapat pulang ke kampung... OT sabtu ahad... pose ni pun keje sampai malam2 jugak.. dengar jer la luahan die... cian awak.. sabar yer sayang... biarlah bersusah2 dulu... apa pun saya akan sentiasa menyokong awak... jadi pendengar setia... insya-allah nanti kite buka pose sama2 ek...
hehehhe.. pic ni masa kitaorg g karok kat karok jamban jek.. beliau saja lepas gian nak karok... hahhahha... sorang 3 lagu.. lalu menyumbangkan lagu yang sumbang mambang.... hahhahahhaa... lagu "sufi" lagu faveret beliau... dan lagu tu jugak dah jadi lagu faveret aku gak... lagu tu kenangan perkenalan aku & die... kira mula aku kenal die since 2008...
tanjat boboi... masa ni jumpa jap jer.. aku otw lik melaka.. singgah jap jumpa die.. sebelum pose aritu.. wan aku masak lomang.. beliau pun nak jugak.. so aku pun singgah la sat hantar lemang kat die.. maklum la die dok hostel... jeles banyak ngan aku... hehhhee...
masa die turun tu ehhh.. sama lak baju... ngeh ngeh... tak plan pung... haruslah amik gambo... tapi maklum la flash sangat terang.... jadi inilah hasilnyer... hehhehehe....
Friday, August 5, 2011
Yang Terbaikk...
Alhamdulillah... hari adalah 5 Ramadhan.. alhamdulillah kite semua dah berpuasa selama 5 hari.... Ramadhan kali ini dapat g solat berjemaah, g terawih dengan puan yana, pertama kali joint bertadarus bersama geng2 ofis... dengan puan yana, cik ika, cik ira & cik murni...
Alhamdulillah arini dapat bersama2 solat zohor berjemaah, dapat buat solat sunat tasbih di Seminar Hall tingkat 50.. ramai yang joint... kami & the gang pun alhamdulillah ramai yang joint... last aku joint masa blaja dulu kot... tadi sayu sangat hati ni... tahan2 tapi tak dapat bertahan jugak... masya-Allah betapa banyaknyer kesilapan yang pernah kita lakukan... tapi syukur alhamdulilah kite masih diberi rezeki, keberkatan, peluang untuk menikmati hidup ini.. menyambut Ramadhan tahun ni... alhamdulillah
Alhamdulillah arini dapat bersama2 solat zohor berjemaah, dapat buat solat sunat tasbih di Seminar Hall tingkat 50.. ramai yang joint... kami & the gang pun alhamdulillah ramai yang joint... last aku joint masa blaja dulu kot... tadi sayu sangat hati ni... tahan2 tapi tak dapat bertahan jugak... masya-Allah betapa banyaknyer kesilapan yang pernah kita lakukan... tapi syukur alhamdulilah kite masih diberi rezeki, keberkatan, peluang untuk menikmati hidup ini.. menyambut Ramadhan tahun ni... alhamdulillah
Monday, August 1, 2011
1 Ramadhan
Assalamualaikum...
arini merupakan hari pertama puasa untuk tahun 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432H... tahun kedua jauh dari keluarga... lain la suasana... kalau kat kampung, abah akan kejut aku & adik2 semua manakala mak akan sediakan makanan.... kali ni abah send sms jer kejut bangun sahur... huhuhu.. aku lak pagi hanya sahur air masak... malam tadi kepanasan tak leh tido.. so pepagi sangat ngantok la... apa pun aku akan teruskan dengan bersemangat...
arini merupakan hari pertama puasa untuk tahun 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432H... tahun kedua jauh dari keluarga... lain la suasana... kalau kat kampung, abah akan kejut aku & adik2 semua manakala mak akan sediakan makanan.... kali ni abah send sms jer kejut bangun sahur... huhuhu.. aku lak pagi hanya sahur air masak... malam tadi kepanasan tak leh tido.. so pepagi sangat ngantok la... apa pun aku akan teruskan dengan bersemangat...
Subscribe to:
Posts (Atom)
BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY
Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...
-
Assalamualaikum... Aku pun tak cukup ilmu lagi pasal tempoh berpantang, jadi ibu. Banyak lagi yang perlu dibaca, dipelajari, dikuasai. Gi...
-
Assalamualaikum. Alhamdulillah akhirnya aku tamat juga pengajian di USM. Lepas dapat surat konvo, alhamdulillah lega sket. Date 21 Septe...
-
Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini....