Saturday, August 13, 2011

Geng Mengaji & Bertadarus>>>>>>>>


Assalamualaikum semua... 


kali ni nak citer aktiviti Ramadhan aku 2011 ini... aku berharap semoga ia menjadi lebih baik dari Ramadhan yang lepas... memang nak banyakkan membaca kitab suci Al-Quran..... macam tahu-tahu jer niat di hati bila dapat emel yang yana forwardkan dan mengajak aku joint dari kak farhana yang akan menjalankan program tadarus Al-Quran secara berkumpulan... bukan apa di samping bersemangat dapat juga membaiki bacaan... maklum la sebelum ni salu mengaji sorang-sorang jer...  maka aku pun memanjangkan emel kepada rakan-rakan opis yang lain seperti ika, ira, murni, cikin, kak yati.... mana tahu diorang pun berminat jugak kan... 


Alhamdulillah tak sangka juga rakan2 seperti ira, ika, murni nak joint bersama... so aku, yana, ika, ira & murni satu kumpulan.... bak kata kak farhana sambutan sangat mengalakkan ramai yang nak joint... total semua 6 kumpulan... so kira 1 kumpulan akan membaca 5 juzuk.... so group aku dapat juzuk yang ke 21 hingga juzuk yang ke 25....

program ni bermula 1 Ramadhan hingga 23 Ramadhan.... 24 Ramadhan adalah majlis khatam Al-Quran beramai-ramai.... mula-mula tu segan jugak nak baca depan kawan-kawan.... tapi masa ni lah nak baiki bacaan..... ada yang tolong tengokkan... kira masih peringkat belajar lagik.... 


kumpulan aku tak mula lagik masa 1 Ramadhan sebab tak tahu macam mana nak mula.... so jumpa kak farah kat atas tanya die dulu.... so kami mulakan misi semasa Ramadhan kedua.... alhamdulillah kami berkumpul semasa time rehat & menghabiskan masa bertadarus... Alhamdulillah rasa lain sangat..... 


Alhamdulillah misi kumpulan kami telah selesai semalam dengan menghabiskan 5 juzuk yang telah diberikan..... semalam pun kami semua bersama-sama berbuka pose di Alicafe Tomyam Seafood... kedai tu dekat dengan area ofis jek... 


1 comment:

Liyana said...

best kan... gmbr nt sy emel kemudian ek :)

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...