Thursday, May 29, 2014

Open Order Cookies Raya 2014

Assalamualaikum

Open order Cookies Raya from Homestyle Delight 2014.
Mungkin masih awal lagi akan tetapi pihak Homestyle Delight nak plan amik order sebelum puasa. So nanti boleh dah nak buat & siapkan order dalam masa berapa lama kan. Bukan apa at least bulan Ramadhan nanti ada la masa nak g terawih. 

Jom cuci mata tengok-tengok. 






















Order di buka sehingga 23 June 2014
Sebarang tempahan boleh lah msg/whatsap saya - 0136133658

Thanks



Wednesday, May 28, 2014

Tips : Khatam Quran 2 Kali Raya Tahun Ini

Assalamualaikum.... 

Tips menarik utk kita semua Umat Islam... 
Mari sama-sama amalkan. 


Dalam quran, ada 30 juzuk.
1 juzuk, kalau Quran standard kat masjid/surau, ada 20 muka surat
1 hari kita solat 5 waktu
1 waktu baca 4 muka surat
1 hari 5 waktu solat
1 hari setel 1 juzuk
30 hari setel 30 juzuk, khatam
--
tok sah poyo... tengok tahun lepas, khatam ke tak?
Kalau khatam, bagus. Tahun ni maintain atau try target 2 kali khatam.
Syaaban 1 kali khatam. Ramadhan 1 kali khatam.

Kalau tak khatam, buat macam ni.
Syaaban, target setengah juzuk
Ramadhan, target setengah juzuk

Mulai sekarang, selepas subuh dengan selepas maghrib, baca 5 muka surat setiap waktu solat. So, dah 10 muka surat.

Setiap 2 hari, setel 1 juzuk.
Masuk Ramadhan, dan setengah quran.
Habis Ramadhan dah khatam quran.

Bila nak mula?
Hari ni.

Sekian.... 
Moga bermanfaat 

Tuesday, May 27, 2014

Kisah Hidup KL & Jem

Assalamualaikum

Lama aku tak celoteh, merepek, story kat sini. hehehe. 
2014 ni alhamdulillah tahun ke 6 aku berada di Ibukota sibuk, KL. 
Hampir 6 tahun jugak aku keje kat Menara TM ni. 
Aku mula keje kat KL 2008, now dah 2014. 
Dari single ada pakwe, clash. Ada pakwe balik. Pastu kena tinggal. 
Sambung belajar di USM. Macam-macam kisah suka duka.
Sampai la aku jumpa bakal suami. Bertunang. Berkahwin.
In Shaa Allah, October nanti bakal menimang cahaya mata. 



Itu lah bangunan ofis aku. Aku kat tingkat 7 jer. Semuanya ada 55 tingkat. hehehe. 
Mula-mula aku datang KL, keje, balik kampung & jalan-jalan naik public transpot jer.
Yalah mula rasa macam penat sket la. Sebab nak tunggu kan. Maklum la kat kg g mana-mana start motor vrommm. hehehe. 

Lepas tu 6 bulan keje aku sambung belajar kat USM, tapi kelas cawangan KL ada kat Cheras. Macam susah jer nak g kelas naik public transpot. Aku memang fobia nak naik teksi sorang-sorang. No no no.

So request la abah hantar motor aku dari kampung. Hehehehe. Dengan alasan nak g kelas & g keje pun senang nak gerak. Tapi kan 1st time bawak motor kat KL ni gigil kaki aku, maklum la bawak motor kat Melaka & KL. Seyes beza suasana. Tapi lama-lama alhamdulillah tere dah. hihihi. Dari g keje & kelas, aku start explore KL sket2. 
Mula-mula g dekat jer, Taman Jaya, Amcorp Mall, Taman Tasik Titiwangsa, Midvaley, Ampang umah pakcik makcik aku, OU la yang jauh sket. hehehhee. 
Tambah plak ada geng, Cik Yana. 



Model ni lah motor aku. Banyak jasa kat aku. Thanks Abang Hon. 

Tahun 201, alhamdulillah rezeki nak pakai kete. Survey-survey kete second jer mula-mula tu. Aku minat Kelisa.  Memang dah dapat Kelisa Kelabu. Merasa pakai dalam 3 bulan jer kot. Lepas tu atas sebab-sebab tertentu aku terpaksa lepaskan kete itu. huhuhu.


Gambar aku google jer. hehehe. 


Sebab taknak gaduh panjang so aku usaha la cari kete lain. Sudahnyer beli kete baru. 
Model apa? Viva elite. Ikut kemampuan kan. hehehe. BMW kecik aku. Alhamdulillah. 
Nak masuk tahun ke 4 jugak pakai Cik Bibah tu. 


Macam ni la rupa kete aku. Tapi ni aku google jugak. heheheh. Mana ntah pic kete aku. Malas nak selongkar. Tapi mula-mula bawak kete kat KL ni, seyes stress. Stress sebab perjalanan yang hanya 3km amik masa 1 jam. Korang rasa? 

Penat, letih, stress tapi dah namanyer dok KL, lagi tempat kawasan tumpuan. Apa lagi layan jer la. Slow-slow belajar nak avoid jammed tu. Ikutkan jarak umah aku ke ofis hanya 3km jer. Masa naik motor dulu heaven. bape minit dah sampai. Tapi sebab motor dah pos ke kampung bagi adik. So cara nak avoid jam kena la korban masa. Macam aku kuar awal, dapat parking free. Lagi satu kalau lambat dengan jem satu hal, nak bayar parking satu hal. Sekarang parking RM9, RM15 okeh pagi-pagi tu. hukhukhuk. 

Time balik aku balik awal sket, 10minit awal pun jadilah. KL ni kalau time hujan lagi nanges. hehehe. Apa pun taknak terperangkap dalam jem naik lah transport awam, macam bus, LRT, Komuter, ERL & Star. Umah aku ke ofis ada bus jer. Bagi mereka yang dekat ngan LRT ker baik naik LRT. Tak payah fikir parking semua kan. Aku lagi-lagi sekarang tak larat nak berhimpit dalam bus. Kang pening nak muntah aku jugak yang susah. hehehee. 



Haaa Federal Highway tu rasanya hari-hari jem kot. Terutama pagi, tengahari, petang. Bila tak jem rasanya pagi-pagi buat & tengah malam kot. huhuhu. Maklum la laluan utama kan. 

Haaa tak payah jauh-jauh, kadang nak kuar parking ofis balik keje pun jem okeh kat area Menara TM ni. hehehe. Kete banyak nau kan. 

Okeylah sekian bebelan saya. heheheh

Babaiiiii. 

Senaman untuk yang hamil

Assalamualaikum.... 

Tajuk entry tak leh blah kan. Entry untuk diri sendiri. kui kui.... Kepada yang seangkatan dengan aku, marilah kita sama-sama bersenam. Aku tanya pakcik google tadi. So jumpalah senaman ringkas buat wanita yang preggy. hehehe. 


Are you ready? hehehe. Mari kita tengok dulu camner nak buat. 

Senaman Taylor tu yang duduk itu in shaa Allah aku boleh. Tapi bab mencangkung tu camner ek. Aku ngilu nak buat camtu. Sebab sekarang pun g toilet pun yang duduk jer lepas operate. huhuhu... 

Senaman untuk payudara, in shaa Allah bole.



Haaa untuk 2 jenis senaman ni in shaa Allah boleh buat. Senaman Tulang Belakang kena tahan dengan satu tangan eh. 

Senaman Perut baring jer. ngeh ngeh. Nampak cam senang kan sebab baru tengok tak buat lagi. 


Last senaman untuk kaki. hehehehe. Jom sama-sama buat. 

Selamat mencuba.

Babaiiiiii.... 








Thursday, May 22, 2014

Ali Zahirulhaq - 1st Anak Buah & Cucu Sulung

Assalamualaikum...

Harap semuanya sihat & ceria jerk. 
Kite pun alhamdulillah sihat. Cuma kadang-kadang tu sakit kepala sket-sket. Bila batuk-batuk tu kan. 
Alhamdulillah semalam cukup 5 bulan babyku. Semalam akak senior cakap macam gurl jer. hehehe. Aku pun tak tahu lagi jantina baby lagi. Aku tak kisah la boy ker gurl yang penting baby sihat, cukup sifat, comel. kan kan. Tapi semalam Hubby cakap nanti scan la untuk tahu jantina, bukan apa nak buat preparation dari segi nama & nak cakap-cakap dengan dia masa dalam perut lagi ni. Sekarang panggil baby jer. hihihi. Lepas tu kan aku ikut suka biasa diri Mummy la, Ibu la. hehehehe. 

Haaaa Jumaat lepas 16 May, Hari Guru. Selamat Hari Guru kepada semua Cikgu-cikgu aku dari tadika sehinggalah Universiti & cikgu yang mengajar tidak formal. Mungkin aku takde contact no semua cikgu-cikgu akan tetapi aku hanya mampu doakan yang terbaik buat semua cikgu-cikgu. Terima kasih banyak2. 

Sempena Hari Guru tahun ni lahir seorang lagi umat Muhammad yang diberi nama Ali Zahirulhaq. Anak sulung adik boy aku no 2 tu, yang nikah dulu. 1st anak buah & 1st cucu sulung mak abah aku. Walau aku yang sulung dalam family & 1st cucu sulung dalam dalam family mak aku, aku lum dapat berikan berikan cucu sulung buat mak abah aku, 1st anak buah buat adik-adik & 1st cicit buat Wan aku. eeh tetiba. Perancangan Allah lebih baik lagi. Kita dah usaha yang terbaik. Aku pun alhamdulillah dah pregnant. Dah selamat operate remove cyst. Alhamdulillah aku & baby dalam kandungan selamat. Semuanya dengan izin & kuasa Allah. Alhamdulillah. 

Kisah Baby Ali, sampai saat ni aku & semua tak dapat lagi tengok & pegang dia. Hanya Mama & Ayah die jer sebab Baby Ali masih di ICU lagi. Adik cakap Baby Ali putih bersih & comel sangat, semalam adik cakap nampak lesung pipit dia. Ikutkan Mama & Ayah dia takde la putih sangat, tak kisah warna kulit yang penting Baby Ali sihat, kuat kan. Hari ni hari ke 7 Baby Ali kat ICU. Semalam alhamdulillah ada perkembangan positif. In Shaa Allah tak lama lagi Baby Ali leh kuar. Semangat Baby Ali 3.7kg tau. Mama die kecik jer. hehehe. 


Baby kat ICU dengan banyak gila wayar, tak dapat la nak snap pic. Ni adik aku share tapak kaki Baby Ali kat kitaorang, 1st tengok pic ni air mata aku yang bergenang. 

Aku lak setiap kali adik aku update pasal keadaan Baby Ali aku yang sebak, berkaca-kaca mata. Sayu. Yalah Baby kecik lagi kan, tapi kami semua redha dengan ujian yang Allah beri. Baby Ali kuatkan. Mama Ayah dia pun kuat. Semuanya kuasa Allah. Aku sebak bila adik boy aku nangis. Yalah lelaki menangis meruntun hati aku. Allahuakbar. Tapi selepas hari kedua adik aku makin tenang & redha. Aunty Zai tak sabar nak pegang baby Ali. Jumpa nanti yer. 

Okeylah... Babaiiii. 


Monday, May 19, 2014

Survey2 & Listkan Keperluan Baby

Assalamualaikum

Harap semua sihat. Mood nak menaip kadang-kadang ke laut. Hihihi.
Tak dapat nak konsisten lak. Tapi yalah lepas sebulan MC banyak benda nak kena setelkan plus nak biasakan diri dengan keadaan baru. 

Alhamdulillah alahan makin kurang cuma bab makanan tu takde la leh makan semua, ada certain yang boleh makan & ada yang tak boleh, kalau makan memang akan muntah balik. So saya is redha. In Shaa Allah, minggu nak masuk 20 minggu bersamaan 5 bulan dah. 

Haaa last Friday sempat la g jenguk Mom & Baby Expo kat Midvallley tapi takde shopping sebab list tak bawak, list pun tak bape lengkap, awal sangat lagi kan so just jenguk, survey-survey harga & tengok jualan barangan yang ada. hehehe. Hubby pun macam blur jer tak tahu apa yang perlu ker tak? So sangat tak bagus untuk membeli kan kan. 

Selalunyer dia akan survey dulu & siapkan list. Takpe, lepas kita siapkan list keperluan & wajib beli. Takde la kena beli semua kan. Kawan aku gtau murah lagi beli online or masa clearance stock. Tapi clearance Pureen dah lepas. Takpe lepas ni sure ada lagi kan. 




okeylah tu jer nak citer. hehehhee. 

Friday, May 9, 2014

Kembali Bekerja Semula....

Assalamualaikum....

Aku dah pulang ke KL. Dah kembali bekerja setelah hampir sebulan jugak MC.
Nak biasakan dengan keadaan baru ini. Cukup sebulan lepas aku operate. Aku tak leh lasak-lasak sangat. 
5 May start keje tapi kena bertugas di Hotel Pullman Bangsar sebab ada workshop. Hotel itu tak jauh dari ofis, 5 minit jalan kaki. 4 hari la berkampung di sana. huhuhu... 






Day 1 kat sana lepas setel keje maka sibuk la bergambo. Lama tak bergambo dengan kawan2. hehehehe.




Day 2 amik pic tak banyak sebab banyak keje sket. huhuhu... 






Day 3 tukar venue kat level 3, tempat tu ala-ala romantik. hehehee. Masa ni aku masuk lambat sket sebab g appointment klinik dulu sebab kena minum air gula aritu. Kat level 3 ni ada Chill Out Space. 







Day 4 or last day keje kat Pullman. Semalam la. hehehehe. Semalam ofis cuti sebab ada Meeting Tahunan AGM. Meeting Shareholder. Perghh nampak diorang bese jer. Bawak paper bag tapi jangan main-main. Duit manyak wooo. hehehe. 

Semalam sempoi la sket dressing. Alhamdulillah ada 2 jeans yang aku muat lagi, beli kat Scarlet Jusco. Sebelum ni pakai memang longgar & kena pakai belt. Sekarang ini tak payah kot. hehehee. 


Okeylah tu jer sekian.... 


BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...