Monday, June 30, 2014

Bertemu Ramadhan 1435 & Still PJJ

Assalamualaikum

Selamat berpuasa buat semua yang muslimin & muslimat. 
Alhamdulillah bertemu lagi Ramadhan tahun ini. 
Alhamdulillah arini hari ke 2 Ramadhan. 
Aku in shaa Allah masih lagi berpuasa. 
Azam nak puasa penuh kali ini. 
Ramadhan kali ni berbeza dengan yang lepas-lepas. Kenapa? Ngeh ngeh. 
Tahun ni berpuasa sebagai seorang isteri, menantu & mummy to be. hehehe. 
Bagi aku berbeza la & aku baru merasainya kehidupan berumahtangga. 
Apa pun kami masih berPJJ. Belum rezeki lagi tinggal bersama. 
Yalah kisah kita semua tak sama kan. Setiap orang punya kisah & rezeki masing-masing. 
Apa pun hargailah tika bersama kelak rindu tika berjauhan. Ahakkkssss.... 

Haaaa time puasa ni ofis aku start keje 8am & tamat 4:30pm. In shaa Allah, nak masak yang simple-simple buat berbuka & kalau beli pun kat Param yang memang meniaga & tengok keadaan kedai bersih & cara diorang sediakan makanan. Bukan apa kena hati-hati gak kan. 

Alhamdulillah kandungan aku dah masuk 25weeks @ 6 Bulan 2 minggu. hehehee. 
Weekend baru ini aku & hubby dah shopping barang baby sket-sket. Beli yang basic & perlu dulu. Geram tengok baju baby. Oleh sebab aku tak tahu lagi baby ku boy or gurl so aku beli jer yang dua-dua leh pakai. Seyes aku tak reti sangat nak pilih yang terbaik or bagus tapi yalah 1st pengalaman nak jadi Mummy Daddy. Semua pun cam aku kan. hahahaha. Aku cuba yang terbaik, setelah search, tanya & baca review pengalaman mak, kawan-kawan, adik ipar, sepupu serta blogger yang dah jadi mummy. 

Haaaa kan aku dah 6 bulan kan, kalau jumpa kawan-kawan, tanya eh bila due? Sebab tengok perut besar. Yalah saya tahu perut saya besar sebab kulit perut tebal. Tapi tu kan rezeki masing-masing jugak kan. Aku pun tak tahu. Semuanya kuasa Allah. Tapi cara tegur tu macam pelik jer. eeehh... Tapi alhamdulillah ada kawan-kawan yang memahami. Maklum la kadang-kadang tu tersentuh kadang tu tak kisah. Yalah kita kan punya perasaan. Tapi takpe la Allah ada sentiasa. Senyum jer la..... 

Lagi satu aku kena monitor HB aku sebab masih tak normal or tahap yang stabil. Patut 12 ni baru 10.5. huhuhu. Kena jaga makan sebab berat aku naik lebih 1kg la. Hehehee. Aku macam suka minum air berperisa ni. Isk Isk. 

Si comel dalam tummy ni aktif. Alhamdulillah. Kang kejap rasa macam kaki die tolak perut ni. Tendang-tendang. Kadang tu rasa die bergerak kiri kanan. Berenang yer. Kita puasa yer baby dari 29 June sampai 27 July ni. In Shaa Allah. Kite kena sama-sama kuat tau baby. Daddy jauh. huhu. Sob sob.

Semalam 1st sahur & berbuka dengan hubby. Berdua jer. 
Rindu nak sahur & buka ramai-ramai kat kg dengan family. 


Okeylah.... babaiiii. 


Tuesday, June 24, 2014

Warehouse Sale & Aktiviti Baby

Assalamualaikum

Hai
Pekaba semua? Korang dah makan? Aku baru lepas makan. Arini 2nd day potluck kat ofis aku. Kenyang sangat. Alhamdulillah. Menu arini Pizza & Fruit Cocktail. Semalam macam-macam menu. Pengsann makan. hehehee. 




Arini kat ofis aku ada jualan gudang. Start arini sampai Sabtu. Aku dah jenguk tadi tapi takde shopping apa-apa. Cuci mata bak kata kawan aku. heheheh. 


Alhamdulillah aku dah masuk 6 bulan @ 25weeks. Semalam aku muntah teruk, muntah ubat. Seyes fobia. Arini memang tak makan ubat. Ubat obimin, zink, B compleks & vitamin C. Supplement. Semalam worst sangat. Muntah pahit giler. Nangesssss..... 

Semalam potluck aku makan sket-sket jer. Aku tak leh nak rasa semua sebab nanti aku muntah bila terlalu banyak jenis makanan yang bercampur dalam perut. Seyes memang berbeza la dari masa tak pregnant. Tapi memang kurang elok kan makan campur-campur sangat. Sebab pernah kena aritu makan lepas semua muntah balik so kali memang berjaga-jaga bab nak makan. Penat nanti nak berkejar-kejar ke toilet. hehehe. 


Sekarang dah rasa baby gerak-gerak. Pastu jumpa la pic tu. Oooh camtu eh baby buat dalam perut Mummy. hehehe. Patut la rasa gerak-gerak tu. Semalam jugak aku ada g klinik sebab ada stain coklat kuar, risau jugak. Doktor scan tengok kedudukan uri ok, alhamdulillah. Baby sangat aktif. Perkembangan dia seiring dengan usianyer. Alhamdulillah. Doktor cakap maybe aku aktif & banyak sangat bergerak or buat keje. Ooohh baiklah saya akan kurangkan keje berat dalam satu masa. 

Sekarang aku masih lagi survey nama boy & gurl untuk baby. Sebab tak pasti lagi baby boy & gurl so aku & Hubby standby dua-dua nama. Tapi tak decide nama lagi masih lagi tengok-tengok yang mana sesuai & mempunyai makna yang baik. 

Allahuakbar, tegang perutku. Kenyang nau. hehehehe. 

Okey jom solat dulu. 


Wednesday, June 18, 2014

Advice Preggy & Present Shaklee

Assalamualaikum. 

Hehehehe. Tak tahu nak letak tajuk apa. 
Tadi pagi lepak makan kat pantry. Pastu ada kawan tetiba cakap, Jen lepas pantang 100hari terus proceed for 2nd baby. Sebab dia cakap kesian tengok keadaan aku time preggy ni. Dia cakap alang-alang tu biar harung jer. Lepas tu leh relax. Huhuhu. Maybe faktor umur sekali kan. Aku tak tahu nak cakap apa, tapi aku terima advice dari senior. hehehee. 

Baby dah start rasa gerak-gerak. Aku rasa baby tendang-tendang dah. hihihi.... Happy & rasa sebak. Kuasa Allah kan. Baby sihat kan. hehehe. Mummy & Daddy masih lagi teka teki baby gurl ker baby boy. So cari nama untuk kedua-dua jantina. 

Haaaa pastu tadi BFF, Yana datang bagi Meal Shakes from Shaklee. Terkejut kita. Thanks awak. Saya doakan agar awak dimurahkan rezeki, happy & cepat-cepat proceed untuk adik Faiq. Opsss.. 

Okeylah itu aja. 

Monday, June 16, 2014

Check Up & HB rendah

Assalamualaikum

Last week, Khamis pagi aku g check up kat Klinik Kesihatan Pantai Dalam. 
Alhamdulillah semuanya okey kecuali HB aku turun lagi. Last month 11.2, aritu 10.2. 
Apa lagi kena datang lagi 2 minggu untuk monitor. Aku sedang usaha nak naikkan HB. 
At least nak kena naik 12. Ya-Allah permudahkanlah. 

Sekarang aku dah 5 bulan lebih @ 23 minggu. Cuma selera makan tak la semua nak dimakan. 
Still muntah-muntah lagi bila makanan tak kena. Tapi better la dari 1st trimester. Lagi aku aku still pening-pening. Kadang badan tak sedap. Cam tu lah. 

Tapi In Shaa Allah, aku kena kuat. Aku kena sihat. Haa baby kat dalam dah rasa gerak-gerak. hehehe. 
Tak tahu nak cakap macam mana tapi inilah kuasa Allah kan. Istimewanyer perempuan & istimewanya perasaan nak jadi seorang. Memang bukan mudah. 


Okeylah. bye... 

Friday, June 13, 2014

Lama tak update

Assalamualaikum.

Lama tak update kat sini. Mood ke laut saja. Nape la aku tak rajin sungguh ni. hehehehe. 
Verangan nak tulis hari-hari. hihihihi. Tapi mood aduhaiiii. Pastu macam story nak taip tu tak menarik. Tengok blog orang lain syok jer aku baca kisah menarik diorang kan. Aku? Konon nak story pasal kisah pregnant aku ni. Untuk kenangan sendiri pun takdak mood. Haishh... 


Monday, June 2, 2014

Mari Beli Kerepek

Assalamualaikum.

Haaa bagi kawan-kawan yang nak order kepek untuk makan sekarang & masa Raya nanti, boleh roger-roger saya. Adik aku, Zahid yang bisnes. Aku & adik-adik lain pun tolong-tolong. 

1st batch - Dia amik kepek ubi pedas basah & ubi masin. Alhamdulillah done jual semua. 
2nd batch - Ada perisa lain, kerepek ubi perisa Cheese, BlackPepper, Kari, Bawang & amik lagi stock kerepek ubi pedas.

Harga                                                     Berat 500gram
Kerepek Ubi Masin                              RM7.00
Kerepek Ubi Pedas Basah                   RM9.00
Kerepek Ubi Perisa Cheese                RM9.00
Kerepek Ubi Perisa BlackPepper      RM9.00
Kerepek Ubi Perisa Kari                     RM9.00



*** Ada lagi kerepek lain, tapi untuk sekarang yang tu dulu. hehehe. 
*** Kalau beli banyak leh bagi discount. 
*** Bagi yang berada di Menara TM & sekitar boleh msg/Whatsapp dulu kalau berminat nak order yer. 013-6133658



KEREPEK UBI MASIN & KEREPEK UBI PEDAS BASAH



KEREPEK UBI PERISA BLACKPEPPER


KEREPEK UBI PERISA CHEESE 



Sekian.... 

Trip Vietnam & Balik Kampung

Assalamualaikum....

Harap semuanya sihat. G Vietnam tapi bukan aku lah. Ofis Hubby buat trip ke Vietnam 22-24 May lalu. Ikutkan aku memang nak ikut tapi atas sebab-sebab tak mahu susahkan Hubby & kawan-kawan yang lain, so tak jadi la follow. hehehe. Bukan apa, aku tak larat nak redah berjalan banyak sangat. Takut pitam cam aritu. So week aritu aku balik umah Wan kat Labu, pastu g PD umah adik jemput Mak. Mak jaga adik ipar aku dalam pantang. 1st time aku drive jauh sejak pregnant ni. Sebelum ni memang jadi co-pilot kecuali drive g ofis & area KL jer. hehehehe. 

Haaa last week ada ekspo baby kat lobby ofis aku. So aku jengah-jengah la turun bawah. Geram jer tengok baju comel-comel. Nak beli untuk baby sendiri masih terlalu awal so aku beli untuk 1st anak buah aku, Ali. Tunggu Ali kuar hospital la baru leh pakai baju tu. 



Alhamdulillah selamat aku drive sampai Melaka. Batuk-batuk & sakit kepala aku tak hilang-hilang lagi. Mabuk & muntah masih ada lagi bila aku lewat makan, makan bercampur, makan yang kurang fresh. 
Malam tu ada kenduri kat kampung. Kat kampung kalau kenduri ada Nasi Ambeng, lama gak aku tak makan. hehhee.. Alhamdulillah 


Esok pagi lak Mak cakap nak sembelih ayam yang mak beli tu, nak buat masak lomak cili api. huhu... 



























Sambil-sambil lepak kampung tu Hubby hantar pic-pic kat sana. Dia belikan ole-ole untuk semua adik-adik dia & adik-adik aku jugak Mak Abah. Thanks sayang.
Kain-kain cotton, telekung, jubah murah-murah kat sana kan. 

















Okey dah habis idea nak citer. hehehhee. 


BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...