Thursday, July 24, 2014

Balik Kampung... Raya Mana Korang???

Assalamualaikum

Sekarang ni takde mood sangat kan semua. hahahaha. Hati semua dah sampai kampung kan walau jasad masih di KL. Ahaksss. Bukan main yer. Hehehe.

Haaa macam mana persiapan raya korang tahun ni? Bagi aku biasa & sederhana lagi. Tambah-tambah lagi mengenangkan nasib rakyat Palestine & dengan mangsa-mangsa nahas MH17. Teruskan berdoa untul mereka di Palestine & boikot la apa yang perlu seperti McD. 

Tahun ni @2014, 1st year aku beraya as husband & wife, ditambah lagi mummy daddy to be. Allahuakbar. Tahun 2013 single & as tunangan orang jer. Tahun ni bertukar habis status. Alhamdulillah kuasa Allah. Siapa yang boleh menidakkannyer kan. Alhamdulillah. 

Bermula tahun ni beza la raya berbanding yang lepas. Yalah dah ada 2 family. Makin bertambah besar ahli keluarga yang ada. Macam family aku sendiri, aku, adik no 2, adik no 3 & adik no 4 dah kawen. So this year 1st raya tu tak dapat nak kumpul semua. Tahun ni lak semua turn belah mertua masing-masing. So tinggallah adik-adik yang bujang dengan mak abah. 

Hari ni last day keje. Esok nak gerak balik kampung dah. huhuhu.. 

Okeylah sambung nanti. 


Wednesday, July 23, 2014

Minggu Last-last Nih....

Assalamualaikum... 

Hari ini dah 25 Ramadhan. Jap sangat masa berlalu. Rasa macam baru awal-awal puasa, tengok-tengok dah penghujung Ramadhan. Awal-awal puasa aku berlawan masak dengan Cik Ain. Hehhee.. Lepas aku dia. Ni dah masuk ujung-ujung macam malas jer nak masak. Maka beli lah yer. Hehehe. 

Last weekend Hubby datang KL. Khamis lagi dah sampai itu pun surprise aku. Yang aku ngat flight dia petang, rupanya tengahari. Tau-tau ada kat lobi ofis aku dah. Sayang sayang. Memang suka tau. Yang aku dok msg tanya kat mana? Bukan apa nak g menjemput dia la. Senyap jer. Suka tau surprise kita kan baby. Hehehe. Jumaat pagi aku ada checkup kat HKL, so 1st time la Hubby teman. Alhamdulillah. 

Hubby aku bukan taknak teman aku tapi dia takde kat sini. Bukan apa, sebab ada lah sorang dua tanya soalan kat aku setiap kali aku nak g checkup. Rasanya diorang tahu kot aku memang PJJ dengan Hubby aku kan. Biarlah. Hanya yang melalui jer faham. 

So Khamis tu dapat buka sama dengan Hubby, kitaorang beli kat Param Pantai Dalam dekat dengan umah aku. Malam tu lepas terawih g Kg Baru, nak minum Jus Mangga faveret dia. Isk Isk. Setiap kali datang KL mesti nak g situ minum Jus Mangga. HR Steak House Kg Baru. Jus Mangga gelas besar RM2.50 jer. Tapi memang puas hati lah. 



Alhamdulillah minggu kedua puasa 11-12 July aku dah balik Melaka. Ziarah abah yang tak berapa sihat & sambut Ramadhan dengan family. Meriah la balik kampung kan. Pastu patutnyer 12hb Hubby dah balik JB sebab Ahad keje kan. Tengok die cam malas jer nak balik. Punyalah remind dia. Petang tu dia ajak g Param kat Duyung, otw tu die cakap fikir-fikir macam tak sampai hati nak bagi aku balik KL drive sensorang. 

So die decide nak cuti Ahad so balik KL sama2 baru dia balik JB. Allahuakbar. Start aku preggy ni dia memang tak bagi aku drive jauh-jauh. Risau. Thanks yang berkorban masa & tenaga. 

In Shaa Allah minggu ni, balik Kulai. Hubby aku akan datang KL dulu then baru kitaorang sama-sama balik Kampung. Puasa ni memang tak balik Kulai lagi. Last balik Kulai masa awal June aritu. Lama seh. Rindu kat MIL, adik2 ipar & anak buah bambam 2 orang tu. Cira & Irish. Tadi jalan-jalan kat MPH nampak baju frozen tapi takde lak size untuk Cira. Untuk Irish ada. Lawa & kain pun best. Aduhh... Sepasang baru RM28. 


Aku kan verangan nak buat cookies yang simple tapi kan tak larat. Ngeh ngeh. Start lama tak ke dapur. Puasa ni la dapat la masak simple-simple. Tahun kuih raya beli jer la. 

Okeylah... 

Babai... 





Thursday, July 17, 2014

Pantas Masa Berlalu & Checkup Baby

Assalamualaikum

Allahuakbar... Arini 17hb July bersamaan 19 Ramadhan dah. Fasa 2 Ramadhan dah sampai penghujungnyer. Sekejap sangat masa berlalu kan. Semalam aku 7 bulan. Diam tak diam. Mabuk-mabuk nak masuk 3rd trimester dah. Alhamdulillah. 
Alhamdulillah aku rasa sihat puasa ni. Badan ringan sket. Boleh la nak masak-masak. Alaa tapi simple-simple jer la. Tak leh nak kerja berat sangat pun. Boleh berpuasa. 2 hari tinggal sebab aritu ceri beri dah lembik melayang baru lah buka puasa. Semalam sebab buat MGTT, minum air gula 2nd time. In Shaa Allah harap result cantik macam 1st time minum air gula. 

Esok pagi lak aku ada Appointment kat HKL. Tapi esok tak g sorang sebab Hubby ada kat sini. Yeay. Esok ada teman. Haaa last week 10 July ada check up, berat turun 3kg, HB drop lagi 9.8. Huhuhu. Dah kena cop anemia. Huwaaa. Seyes aku takde la diet pun. Aku pun terkejut berat turun banyak sangat. Yalah time lum kawen, tak pregnant nak turun 1kg pun susah. hehehee. 

Muntah-muntah dah takde sangat tapi akan muntah jugak jika food yang diambil tak kena, tak sesuai. Lagi aku syak baby tak suka Epal Merah. Kalau makan macam mana sedap aku rasa, lepas tu mesti akan muntah balik semua. Okey baby. Mummy tak makan dah. hehehe. 
Orange, mangga, tembikai, jambu batu okey. 

Haaa semalam dah scan si kecik dalam tummy ni. Alhamdulillah tengok baby gerak aktif, patut la rasa ditendang dicuit sana sini. hehehe. Doktor cakap sekarang kepala die kat bawah. Tapi still leh berpusing-pusing sebab baby still kecik lagi. Berat baby 1.2kg. Pastu saja tanya doktor leh ker nak tahu jantina dia. hehehe. Kiranya tak kisah pun boy or girl. Cuma kalau ada rezeki nampak, maka tahu gerangannya. Geng Daddy or Geng Mummy. hahaha. Jeng jeng. Rahsia dulu la.

Ramai kawan-kawan teka baby girl sebab tengok perut aku bulat & penuh. Ada 2,3 orang teka boy sebab aku suka makan masam-masam. Apa pun tunggu. 

Sekarang aku & hubby tengah pilih nama yang sesuai untuk si baby ni. Lum finale lagi. Just prepare 2 nama. 1 untuk baby boy. 1 untuk baby girl. So jika salah satu, nama dah ready.

Semalam hubby tag pic ni kat FB. Comel jer kan tapak kaki tu. Subhanallah. 
Kalau sendiri sempat ker aku snap pic camtu. hehehehe. 


Okeylah nak start keje dah. Byee.... 



Wednesday, July 9, 2014

Seronok Bila Kumpul Ramai2

Assalamualaikum

Arini dah 11 Ramadhan. Alhamdulillah aku masih berpuasa. 
Konon nak tulis semalam busy lupa dah. Hihihi. 
Kisah Sabtu lepas buka puasa sesama kat umah Wan kat Labu Hilir. 
Mak Long & Family. Maksu & Family. Pak Teh berdua jer.
Mak aku & adik2. 
Tak dapat semua ada, Pak Ngah & Cik Adir aku takde. 
Abah aku pun takde sebab abah tak bape sihat sangat. 

Pagi tu Maksu ajak aku g Mydin Mall yang baru buka kat Seremban 2 tu. 
Maksu nak survey baju raya dia & family. 



Pak Teh la ajak balik buka puasa sama-sama. 
Masing-masing bawak juadah 1,2 jenis. 
Wan macam biasa lah masak gulai lemak cili api daging. 
Bila satu family sampai maka riuh la kat umah wan tu. hehehee. 

Menu dari Mak. Aritu cakap kat Mak teringin sangat Sambal Goreng & Jemput-jemput Durian. Thanks Mak. Adik aku ada Kek Cheese Leleh






Mak teh bawak gulai udang cendawan 


Mak Long bawak rendang ayam, pastu Dim Sum, ada kuih Samosa & Murtabak



Wan masak Gulai Daging 


Aku & Maksu buat Kerabu Mangga, Bihun goreng request anak maksu. 



Bila hidang kat meja, amik penuh meja. Allahuakbar. Rezeki. Amik sket-sket. Kenyang. 
Tak masuk makan rambutan, manggis. Air lak buat Sirap selasih cincau. 

Sekian... 





Monday, July 7, 2014

Best Buka Puasa kat Kampung

Assalamualaikum

Kalau masa lum kawen bila nak balik kampung terus shoot jer. Tak kiralah. Tapi sekarang yalah sebab ada suami, kena la discuss or mintak izin dulu kan. Tak leh la nak sembarangan. hehehe. Betol tak? 

Last weekend mula-mula ngat nak lepak KL jer. Hubby pun tak datang. 
Pastu mak kol ajak buka puasa ramai-ramai kat Labu hari Sabtu. Pak Teh ajak kumpul teman Wan buka puasa reramai sure la meriah kan. Yalah Wan pun sorang-sorang. 

Maksu dah balik dari Khamis lagi. Ikutkan aku plan nak balik Labu pagi Sabtu sebab nak g Metrojaya kat Midvaley dulu baru gerak lik Labu. Tapi petang Jumaat tu Maksu dah start dok Whatsap pic makanan tak tahan aku dibuat. Memang sengaja umpan aku. Hahaha... Kaedahnyer lah. Lagi pun kitaorang memang rapat dari kecik lagi sampai la sekarang. Sejak dah kawen masing-masing jarang la sket jumpa. Kalau sebelum pantang ada masa. hahahaha. 

So lepas Hubby izinkan so petang Jumaat jugak aku balik Labu. Balik umah sambar jer baju terus gerak lik Labu. Aku sampai Labu dalam 6 lebih. Dah siap masak semua. Maksu aku buat sendiri pes tomyam, so buat tomyam campur, Kerabu Sotong, Sambal Hitam Belimbing Buluh. 



Haaaa sebenarnya terhangit Maksu aku buat, guna ikan tamban. Seyes sedap walaupun rupanya begitu. Maklum la 1st trial dia. 


Haaa ni lah rupa Tomyam Campur, pes tomyam Maksu aku buat sendiri. Memang terangkat beb. Seyes sedap, pekat. Memang rasa cam tomyam Thai tu. hehehe. Tengoklah udang yang melingkar-lingkar tu. hahahahaha


Kerabu Sotong yang ni pun menarik tertarik kau memang debooomm.. hihihi... 
Alhamdulillah meriah & sedap tambah lagi makan ramai-ramai. Wan, Maksu & Family, Cik Adir & Family. Cuma lagi best kalau Hubby ku ada. Dalam pada seronok tu teringat kat dia. Rinduu. Opsss. 

Haaa Khamis tu nampak kawan ofis beli manggis, mula la kan teringin. Balik kampung tengok manggis Wan dah masak. Alhamdulillah. Dapat jugak makan manggis. 


Bye bye... 





Teringin Jemput2 Pisang

Assalamualaikum

Hai semua.
Jap jer masa berlalu kan. Arini dah masuk hari 9 kite semua berpuasa. 
Aku baru nak citer minggu lepas nyer kisah. 
Gara-gara 1st day tengok kawan update buat jemput-jemput atau dipanggil cekodok pisang, aku pun teringin plak nak makan. 

So aritu beli pisang, Hari 5 tu tengok dah elok sangat nak buat cekodok. Pisang tak banyak pun, 3 biji pisang berangan. Alaaa untuk makan sorang dua jer kan. hehehe. Maka gigihlah aku balik keje lenyek pisang & buat jemput-jemput..
Tadaaaaaaaaa... mempersembahkan... hihihi.. warna camtu baru sedap okeh. 


Okey sekian... 

Thursday, July 3, 2014

Teringinnn Roti Baghdad

Assalamualaikum..... 

Hai semua. Korang macam mana arini? Aku ngantok sket. hehehe. 
Sedar-sedar pagi tadi kaki kejang. Sob Sob. 

Haaa aku tetiba teingin Roti Baghdad dari Selasa lagi so tanya la housemate sebab kawan ofis dia memang ada jual kat Bazaar Ramadhan Pantai Dalam. Tahun lepas la aku try makan, sedap. So tahun ni teringin lak, tanya lokasi kedai die so petang Selasa balik keje terus singgah. Masa tu dalam 4:30-4:45pm so tak bape sibuk lagi. Sebab housemate aku g dalam kol 6 ke atas memang sangat sesak. Tak sanggup aku nak redah lagi-lagi dengan keadaan sekarang. huhuhu. Tapi aritu kan cari kedai dia tak jumpa. So aku pun malas nak jalan ke hujung dengan panas cuaca. Takpe la nanti tanya balik la. 

Semalam Ain msg gtau die dah belikan Roti Baghdad tapi lum goreng lagi. huhuhu. Alhamdulillah. Ain belikan 2 ketul ayam & daging. Thanks Ain. Balik semalam aku masak bihun goreng sebab semalam nyer bihun yang dah siap celur ada lagi. So tak mau tak mau membazir kan. Nampak macam sket, dah celur cam banyak. semalam pun masa goreng eh banyak jugak rupanya. huhuhu. 

Roti Baghdad tu 1 untuk berbuka, lagi satu masa sahur. Alhamdulillah kenyang. 
Sekarang masa buka makan kurma, kuih, minum air then solat dulu. Lepas tu baru makan heavy. Bukan kalau makan sekali harung mau tersandar aku. hehehehe. Sapa nak jawab. 
Tu pun semalam terkenyang sangat. Jenuh habiskan bihun tu. Kalau simpan memang tak sentuh dah jawabnyer. hihihi. 






Kalau ada daya & tenaga, bole jer nak buat Roti Baghdad tu tapi yang best bila ramai-ramai nak makan la kan. Kalau setakat aku sorang cam tak berbaloi la. hehehehe. 

Okeylah... sambung lagi nanti. 


Wednesday, July 2, 2014

Alhamdulillah dah 4 Ramadhan

Assalamualaikum

Alhamdulillah arini dah 4 hari kite berpuasa. Alhamdulillah aku masih berpuasa. Tak ponteng lagi. 
Kawan ofis tegur "nampak awak sihat & cergas sket puasa ini". Alhamdulillah. 
Hikmah berpuasa. Baby pun gerak aktif dalam tummy ni. Mula-mula tu pedih perut sket la. 
Petang kalau banyak sangat gerak rasa la letih sket tapi masih mampu bertahan. Karang dah pukul 5 ke atas rasa la lemah. hehehe. 

Alhamdulillah jugak 2nd day aku leh masak tapi masak simple-simple jer. Lauk sambal kerang jer aku beli kat ofis. Yalah bila lak nak kopek kerang kang. Masak nasi, kukus sawi. Done. Tapi tak dan nak snap pic. hehehee. 
Semalam lak aku masak bihun sup sayur. Sahur aku makan roti sapu kaya, kurma, susu. Alhamdulillah boleh bertahan. 

1st day berbuka dengan incik suami tapi kami buka kat airport Subang. Yalah lepas tu Hubby nak fly balik JB kan. hehehe. So buka kedai yang ada pun limited. Buka kat MCD la 1st day tu. Tapi order bubur jer pun. Yang penting buka bersama. Ahaks... 
Bila la dapat buka puasa sesama lagi kan. sob sob. 

Semalam terasa nak makan Roti Bagdad. Tapi cari kedai tak jumpa. Tadi housemate msg gtau die dah belikan Roti Bagdad yang mentah nanti tinggal goreng yer. Kedai kawan ofis dia yang jual. Thanks Cik Ain. 

Arini goreng bihun lebih semalam yang celur tu jer la. Jangan membazir kan. Arini pasar malam nak beli lauk mentah sket ayam, udang & daging. Untuk bahan-bahan memasak, ala buat perencah jer kan. hehehehe

Okey lah.. sambung lagi esok. 
Selamat berpuasa. 


BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...