Thursday, July 3, 2014

Teringinnn Roti Baghdad

Assalamualaikum..... 

Hai semua. Korang macam mana arini? Aku ngantok sket. hehehe. 
Sedar-sedar pagi tadi kaki kejang. Sob Sob. 

Haaa aku tetiba teingin Roti Baghdad dari Selasa lagi so tanya la housemate sebab kawan ofis dia memang ada jual kat Bazaar Ramadhan Pantai Dalam. Tahun lepas la aku try makan, sedap. So tahun ni teringin lak, tanya lokasi kedai die so petang Selasa balik keje terus singgah. Masa tu dalam 4:30-4:45pm so tak bape sibuk lagi. Sebab housemate aku g dalam kol 6 ke atas memang sangat sesak. Tak sanggup aku nak redah lagi-lagi dengan keadaan sekarang. huhuhu. Tapi aritu kan cari kedai dia tak jumpa. So aku pun malas nak jalan ke hujung dengan panas cuaca. Takpe la nanti tanya balik la. 

Semalam Ain msg gtau die dah belikan Roti Baghdad tapi lum goreng lagi. huhuhu. Alhamdulillah. Ain belikan 2 ketul ayam & daging. Thanks Ain. Balik semalam aku masak bihun goreng sebab semalam nyer bihun yang dah siap celur ada lagi. So tak mau tak mau membazir kan. Nampak macam sket, dah celur cam banyak. semalam pun masa goreng eh banyak jugak rupanya. huhuhu. 

Roti Baghdad tu 1 untuk berbuka, lagi satu masa sahur. Alhamdulillah kenyang. 
Sekarang masa buka makan kurma, kuih, minum air then solat dulu. Lepas tu baru makan heavy. Bukan kalau makan sekali harung mau tersandar aku. hehehehe. Sapa nak jawab. 
Tu pun semalam terkenyang sangat. Jenuh habiskan bihun tu. Kalau simpan memang tak sentuh dah jawabnyer. hihihi. 






Kalau ada daya & tenaga, bole jer nak buat Roti Baghdad tu tapi yang best bila ramai-ramai nak makan la kan. Kalau setakat aku sorang cam tak berbaloi la. hehehehe. 

Okeylah... sambung lagi nanti. 


1 comment:

Puan Eka said...

ooo roti goreng hehe.

eka suka sardin punya sedappp

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...