Monday, May 18, 2015

Nak beli car seat baru @ tak?

Assalamualaikum...

Aku tengah fikir-fikir nak beli car seat baru @ tak? 
Sekarang memang dah ada car seat, yang jenis boleh carry tu. 
Sekarang Zaheen dah 7 bulan +++. (berapa banyak sekarang daaaa) 

Time ni kan die sedang mengexplore. Bukan apa kalau aku nak drive berdua jer dengan dia. 
Memang dia boleh duduk dalam car seat tu. Tapi kejap jer. Ada mainan or benda die leka, okey. Bila die bosan kan... 

Ada sekali tu die nak bangun kuar, pegang aku. Terpaksa aku stop tepi & bagi susu. Alhamdulillah die nak menyusu & aku leh continue drive balik, nasib baik tak jauh sangat kan. Cuak jugak. 


Yang ada sekarang jenis carries camtu la. Alhamdulillah rezeki Zaheen dapat present baru kecik-kecik aritu. Macam baru-baru ini aku nak hantar Hubby balik, pergi hantar oklah, balik dari tu. Risau la jugak kan. Jarak umah ke Melaka Sentral dalam 20-25 minit bergantung pada keadaan trafik. Memang tak jauh sangat tapi dengan si hero tu pergh... kalau die nangis + diam2 dalam car seat aku boleh tahan lagi. Takpe lagi aku gagahkan drive. Tapi sangat risau kalau die melangkah keluar sambil pegang @ peluk aku. Acaner... 
Aku more risau keselamatan dia. Hubby pun sure tak bagi dah. Concern for his safety. 


So aku fikir-fikir, macam nak kena cari lagi satu car seat. Jenama tak kisah sangat. Harga biarlah yang berbaloi. Bukan lah kedekut sangat tapi 1 jer aku risau, beli tu Zaheen nak tak duduk dalam tu? Nak kena ajar lah kan. 

Aku dah survey macam ada 2 pilihan. 
Pilihan 1 tu berat + memang stabil la. Tak bergerak. Gedabak la sket. 
Pilihan 2 ringan + boleh di alih-alih. 
Nak ajar die pakai seat belt tu satu hal jugak. Boleh ker dia duduk elok diam. 
Kalau korang kan, beli mana satu ekk??? 

Pilihan 1

Pilihan 2 

Meh la share pengalaman & tips. Which one better? 

Thanks for reading

Tanaman di tepi rumah

Assalamualaikum...

Last 2 week berkesempatan jalan-jalan tengok apa ada kat tepi rumah. Pastu teringat kata-kata Ahmad Maslan, suh student Uitm masak sendiri, bercucuk tanam. Macam mano? 

Masa ni sambil tunggu kain siap di basuh oleh robot, so sempat la aku snap pokok-pokok yang mak aku tanam, siap pokok jiran sebelah. hehehehe. 

Masa ni, Zaheen pun dah bangun, atok die bawak lepak kat gazebo. Zaheen kalau bangun pagi, nanti die tido balik. 

So meh la tengok pokok-pokok yang ada. Untuk buat makan sendiri, so boleh jimat sket kan. 

Haaa dulu masa zaman aku sekolah, arwah nenek aku ada tanam cili api kaler purple tau. Tapi tak tahu mana nak benih tu sekarang ni. 



Sawi & sawi kerinting 

Pemandangan dari depan



Pemandangan dari sisi belakang

Cili padi 

Kunyit

Ubi kayu

Limau purut

Daun Kari

Betik

Serai 

Kacang botol

Pisang

Daun Pandan

Lengkuas

Daun kari, pokok lama

Lupa pokok apa ni. hehehe

Misai kucing

Belimbing buluh Cik Ida

Pisang nangka

Delima Cik Ida



Zaheen & Atok

Zaheen dah lena
**Daun kesum subur tapi  lupa snap. hehehe. 



Sekian pokok-pokok kat umah mak kita. heheheh. 

Thanks for reading

Zaheen naik beskal & pijak rumput

Assalamualaikum....

Apa khabar? Alhamdulillah kita sihat. Harap semua sihat yea. 
Weekend buat apa? Weekend lah quality time untuk bersama family tersayang.... Yea dak.
Zaheen pun dah makin besar. So petang-petang hari nak tengok keadaan luar. Alaaa bukan jauh mana pun bawak keliling umah. Amik angin petang, tengok-tengok pokok, tengok. 

Sabtu petang sebelum Incik Suami pulang balik JB, sempat bawak Zaheen main2 kat luar. 
Selalu kalau weekdays memang atoknyer yang bawak jalan petang2. 

Happy dia bila dapat dok atas beskal tu. Basikal tu kepunyaan arwah atok

1st time letak dia atas rumput berjengket-jengket kaki dia, mesti pelik. eh aku pijak apa ni.
Muka terkejut time ayah snap pic tu. 



Lepas tu dudukkan die. Muka pelik yang comel. Zaheen Zaheen

pose jelir lidah yang macam trademark die sekarang ni. Comel la kan budak2 kecik ni buat

si ayah bawak si anak berjalan2. relax jer dia tu

sempat la snap kenangan pic family. gigih aku tau.... 

ni lah jadinyer kalau bg selfie camera nak zaheen, die nak pegang

lepak kat gazebo atok mujab.

budak kepenatan lalu lena.. opsss abaikan katil yang bersepah tu yea.
Tapi selepas jalan-jalan petang tu, bila time nak send Incik Suami ke Melaka Sentral, sedey muka Zaheen bila lambai kat ayah die. 

Macam mana pun kena spend quality time bersama yang tersayangkan. Tak kira bagaimana pun caranyer. Kena lah berkorban sket. Masing-masing tak sama perjalanan hidup. Apa pun kita buat yang terbaik untuk diri juga keluarga. 

Rasanya kalau korang semua kat tempat aku, mesti korang pun akan buat benda yang sama. In shaa Allah, satu masa nanti kami semua akan duduk bersama. 

Thanks for reading.


Wednesday, May 13, 2015

Secretaries Day 2015, Menara KL

Assalamualaikum...

Cerita bulan 4. Kejadian 23 April yang lalu. Baru sibuk nak update. Hahhahaha. 

Alhamdulillah tahun ni aku dapat joint event Luncheon Secretaries Week. Yalah last year aku terbaring di hospital masa preggy 14w. Date tu aku baru lepas operate buang cyst. 

Tahun ni seperti biasa division aku pilih Menara KL. TM subsidiaries kan. 
Tak kisah iolsss redha. Kali ni siapa artis jemputan. Jeng jeng. 
Afgan & emcee Didie Alias. 

So far okey lah gabungan 2 orang tu. Didie tu memang klaka. Si Afgan tu comel jer. Lagu-lagu die sedap gak. 

Ni jer pic yang kat pc. Hahhahaa. Yang lain mana ontah. hehehehe. 






Dgn anak Didie Alias




Okeylah... babaiii. 

Tuesday, May 12, 2015

Nak berat ideal

Assalamualaikum....

Yuhuuuu... Apa khabar arini? 
Aku masih lagi selsema. Sejuk-sejuk kat opis ni kan... Alhamdulillah 2 hero ku dah sihat & baik dari selsema. 

Haaaa apa kes kan tajuk entry gitu. Hahhahaha. 
Kisahnyer lepas habis pantang & cuti 3 bulan berat aku turun banyak gak. Muat la balik pakai baju-baju sebelum preggy dulu. 

1st & 2nd month naik keje okey lagi. Masuk bulan ke 3, rasa macam ermm pipi kembung. Hahahhah. Yer aku tahu aku bukan pipi slim, even masa dalam pantang pipi tu still bambam cuma tak la kembang sangat kan.. Hahahhaa... 

Tu baru pipi lum nengok perut, peha, hahahhaha. 

Tudung merah & krim  dalam cuti maternity.
Tudung biru dah naik keje. 



Maybe hormon jugak, sebab selera makin aku aduhaiiiiii selera & lapar ajer. Kikikiki. 
Orang cakap breastfeed baby nanti slim sendiri, tapi aku naik after 3 bulan naik keje. Salah sendiri okey. hahahhahaha...

Bukan apa aku ni dah la tak tinggi sangat, itu pertama.
Yang kedua, baju-baju aku tu nanti tak muat macam mana? Sapa nak pakai? Nak beli lain, budget lagi. 
Ketiga, maklum la tahun ni umur dah nak masuk 32 kan. Kesihatan kena lah jaga. Nak jadi isteri, ibu, pekerja & hamba yang cergas. 
Keempat, bila berat aku ni kang jadi malas. Ooohhh tidak. Jangan tak mau malas-malas. 
Kelima, kecerdasan & keyakinan diri sendiri. 

Macam banyak lak reason kunun. Bole tak lupa sebelum aku macam mana eh? 
Tapi kenangan masa pregnant Allah tarik nikmat makan minum aku. Banyak aku tak boleh makan, muntah ajer sampai hari nak bersalin. Allahuakabar. Alhamdulillah Zaheen sihat & perkembangan dia bagus. Terima kasih Ya-Allah. 

Zaheen dah 7 bulan sekarang. Dah laju meniarap, dah mula next step merangkak. Lagi satu galak nak memanjat. Panjat badan mama, panjat badan ayah, panjat walker sendiri. Kakkakaka... Anak ooohh anak. 




Aku masih lagi belajar & tengok sedara mara & kawan-kawan yang terlebih dahulu jadi ibu macam mana diorang handle & didik anak masing-masing. 

In shaa Allah, usaha sama-sama untuk didik anak yang terbaik.... 



Thanks for reading, 
JenJen




Monday, May 11, 2015

Kisah cuti2 dengan Hubby & Zaheen

Assalamualaikum...

Kejap jer dah nak masuk pertengahan tahun 2015 kan. Dah 11 May arini. 
Bulan depan umat Islam nak sambut Ramadhan dah. Korang semua dah ganti puasa ker belum? 
Aku pun tak habis lagi ganti puasa. Haus benar rasanya tambah-tambah lagi bila lepas mengepam. 

Kisah ujung April yang lalu, 30 April 1Menara TM cuti disebabkan mesyuarat pemegang-pemegang saham. Jadi untuk tidak menambahkan kesesakan yang sedia sesak makanyer kami as staff diminta cuti. Cuti tu cuti ganti sempena Agong. Ikutkan aku memang plan nak amik cuti pun pada 30 April sebab nak bawak Zaheen check up. 

Hubby pun memang dah apply cuti siap-siap. So plan nak balik Kulai date tu. Lama la sket masa lepak dengan family in law kan... hehehehe. Maklum la jarang balik sana. Last balik masa bulan 2 aritu. Lama kann...

Nak balik weekend tu macam tak dapat sebab cuti aku & hubby dah la tak sama. Pastu lak kan nak drive ke sana, hubby tak bagi aku drive berdua dengan Zaheen. Zaheen pun dah makin lasak, bukan nak dok diam-diam dalam car seat. Jalan area Melaka boleh la lagi sebab dekat. Kalau nak highway buatnyer die nak kuar dari car seat, aduhhh mau hilang fokus dibuatnya..... Hehehehe....

1st day - Khamis 
Khamis tu Magrib la kami sampai Kulai. Kol 4 jugak baru gerak. Hehehe. Bawa buah tangan apam polkadot + roti canai frozen. 2 heroin tu dah memang menunggu jer ketibaan Zaheen. Iris & Cra. Happy sungguh diorang masa Zaheen sampai. Zaheen pun macam tahu-tahu jer cousin tunggu die. 

Lepas Magrib hubby kena kerja sebab malam tu ada selawat perdana kat Hutan Bandar. 





2nd Day - Jumaat 
Bangun pagi-pagi Iris dah masuk bilik panggil Zaheen. Zaheen plak bila orang panggil nama dia senang jer tersedar. Bangun senyum2 lagi. Aktiviti biasa jer. Main-main dalam umah. Petang after Jumaat hubby keje sebab ada Hari Belia Johor 2015. Kena jadi cameraman woooo..  Sebelum g sempat posing dengan anak. 

Full day kat umah jer. Layan gelagat Zaheen, Iris & Cra. Ada saja ragamnyer. 


3rd Day - Sabtu 
Biasa lepas Subuh tersambung tido balik lepas susukan Zaheen. Time cuti la lajak sket cuti. Hahhahha. Opsss. Tapi tak lama pun. Tetiba ada jari jemari kecik panjat padat, rupanya ada budak beyak. Hehehehe. Comel jer gaya die. 

Patut petang Sabtu nak kuar tapi sebab hujan so lepak jer umah. Masak? Aku tak masak pun. Hehheheeh. Mak mertua jer yang masak. Tolong sket-sket jer. 

4rd Day - Ahad
Baru ngat duit kete tak bayar lagi. So pagi-pagi dah remind hubby mesti nak g bank jugak arini. hahahhaha. So kuar tengahari sket sebab tunggu hero bangun tido. Masa nak g bank tu tetiba hubby menghala ke JPO. Alaaaa nak g bank. Nape g sini? 

Hahahahhaa... Rupanya ada bank kat situ. Lepas g bank, sempat la g cuci mata. Banyak orang maklum la hari cuti. Ada beberapa butik like Coach, Nike, MK, Guess kena beratur panjang nak masuk. Memang tak la nak menunggu walau nak sangat masuk Coach. 

Dapat la sambar sepasangan baju Zaheen kat Anakku. Hahhaha. Sindorm mak-mak sangat kan. Tak leh baju comel sket. Hahahhaa. 

Balik dari JPO terus shoot ke Sentosa g umah Mak Long. Visit sebab Mak Long tak berapa sihat. Balik dari sana singgah ke Taman Hiburan. Raikan 2 heroin tu. Zaheen tercengang tengok tempat camtu. 1st time. Hehehhee. 

5th Day - Isnin 
Arini cuti ganti Wesak Day. Plan nak balik Melaka petang ni. Tapi tak jadi sebab kami dua memang cuti Selasa. Tengahari tu saja pi jalan ke Aeon Tebrau. Besar kan situ. Tido bangun Zaheen. Hehehe. 

Balik tu singgah pi beli Murtabak Singapore. Tapi still tak dapat beli tempat yang femes tu. Dah habis lagi. Malam jugak la sampai umah. 

Malam ramai la yang datang sebab esok pagi nak balik Melaka dah. 

6th Day - Selasa
Lepas subuh tak tido dah kemas-kemas barang sementara tunggu si Hero bangun. Awal dia bangun beyak. So mandikan terus. Ingat kalau tido nak angkat jer. Hahhahaha. 

Sekian kisah cuti panjang aku. Lama spend time dengan suami & anak. Hihihi..

Amik lama tak menaip kan. Macam skema ayat aku. hahahhaa...

Okey babaiiiii.. 



BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...