Monday, May 11, 2015

Kisah cuti2 dengan Hubby & Zaheen

Assalamualaikum...

Kejap jer dah nak masuk pertengahan tahun 2015 kan. Dah 11 May arini. 
Bulan depan umat Islam nak sambut Ramadhan dah. Korang semua dah ganti puasa ker belum? 
Aku pun tak habis lagi ganti puasa. Haus benar rasanya tambah-tambah lagi bila lepas mengepam. 

Kisah ujung April yang lalu, 30 April 1Menara TM cuti disebabkan mesyuarat pemegang-pemegang saham. Jadi untuk tidak menambahkan kesesakan yang sedia sesak makanyer kami as staff diminta cuti. Cuti tu cuti ganti sempena Agong. Ikutkan aku memang plan nak amik cuti pun pada 30 April sebab nak bawak Zaheen check up. 

Hubby pun memang dah apply cuti siap-siap. So plan nak balik Kulai date tu. Lama la sket masa lepak dengan family in law kan... hehehehe. Maklum la jarang balik sana. Last balik masa bulan 2 aritu. Lama kann...

Nak balik weekend tu macam tak dapat sebab cuti aku & hubby dah la tak sama. Pastu lak kan nak drive ke sana, hubby tak bagi aku drive berdua dengan Zaheen. Zaheen pun dah makin lasak, bukan nak dok diam-diam dalam car seat. Jalan area Melaka boleh la lagi sebab dekat. Kalau nak highway buatnyer die nak kuar dari car seat, aduhhh mau hilang fokus dibuatnya..... Hehehehe....

1st day - Khamis 
Khamis tu Magrib la kami sampai Kulai. Kol 4 jugak baru gerak. Hehehe. Bawa buah tangan apam polkadot + roti canai frozen. 2 heroin tu dah memang menunggu jer ketibaan Zaheen. Iris & Cra. Happy sungguh diorang masa Zaheen sampai. Zaheen pun macam tahu-tahu jer cousin tunggu die. 

Lepas Magrib hubby kena kerja sebab malam tu ada selawat perdana kat Hutan Bandar. 





2nd Day - Jumaat 
Bangun pagi-pagi Iris dah masuk bilik panggil Zaheen. Zaheen plak bila orang panggil nama dia senang jer tersedar. Bangun senyum2 lagi. Aktiviti biasa jer. Main-main dalam umah. Petang after Jumaat hubby keje sebab ada Hari Belia Johor 2015. Kena jadi cameraman woooo..  Sebelum g sempat posing dengan anak. 

Full day kat umah jer. Layan gelagat Zaheen, Iris & Cra. Ada saja ragamnyer. 


3rd Day - Sabtu 
Biasa lepas Subuh tersambung tido balik lepas susukan Zaheen. Time cuti la lajak sket cuti. Hahhahha. Opsss. Tapi tak lama pun. Tetiba ada jari jemari kecik panjat padat, rupanya ada budak beyak. Hehehehe. Comel jer gaya die. 

Patut petang Sabtu nak kuar tapi sebab hujan so lepak jer umah. Masak? Aku tak masak pun. Hehheheeh. Mak mertua jer yang masak. Tolong sket-sket jer. 

4rd Day - Ahad
Baru ngat duit kete tak bayar lagi. So pagi-pagi dah remind hubby mesti nak g bank jugak arini. hahahhaha. So kuar tengahari sket sebab tunggu hero bangun tido. Masa nak g bank tu tetiba hubby menghala ke JPO. Alaaaa nak g bank. Nape g sini? 

Hahahahhaa... Rupanya ada bank kat situ. Lepas g bank, sempat la g cuci mata. Banyak orang maklum la hari cuti. Ada beberapa butik like Coach, Nike, MK, Guess kena beratur panjang nak masuk. Memang tak la nak menunggu walau nak sangat masuk Coach. 

Dapat la sambar sepasangan baju Zaheen kat Anakku. Hahhaha. Sindorm mak-mak sangat kan. Tak leh baju comel sket. Hahahhaa. 

Balik dari JPO terus shoot ke Sentosa g umah Mak Long. Visit sebab Mak Long tak berapa sihat. Balik dari sana singgah ke Taman Hiburan. Raikan 2 heroin tu. Zaheen tercengang tengok tempat camtu. 1st time. Hehehhee. 

5th Day - Isnin 
Arini cuti ganti Wesak Day. Plan nak balik Melaka petang ni. Tapi tak jadi sebab kami dua memang cuti Selasa. Tengahari tu saja pi jalan ke Aeon Tebrau. Besar kan situ. Tido bangun Zaheen. Hehehe. 

Balik tu singgah pi beli Murtabak Singapore. Tapi still tak dapat beli tempat yang femes tu. Dah habis lagi. Malam jugak la sampai umah. 

Malam ramai la yang datang sebab esok pagi nak balik Melaka dah. 

6th Day - Selasa
Lepas subuh tak tido dah kemas-kemas barang sementara tunggu si Hero bangun. Awal dia bangun beyak. So mandikan terus. Ingat kalau tido nak angkat jer. Hahhahaha. 

Sekian kisah cuti panjang aku. Lama spend time dengan suami & anak. Hihihi..

Amik lama tak menaip kan. Macam skema ayat aku. hahahhaa...

Okey babaiiiii.. 



2 comments:

Mimy Hamid said...

zaheen syok la mama ayah dia ada ....kemain dak kecik comel tu

Kira Sakura said...

syok kan cuti lama dapat spend time dgn family lelama. tak pegi memana pun takpe asalkan tido malam ada hubby hihihihi

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...