Tuesday, August 11, 2015

Kenduri Kawen Pak Abas & gelagat Zaheen

Assalamualaikum. 

Jumaat lepas aku cuti sebab nak balik JB. Sabtu 8/8/2015 ada kenduri kawen sepupu Hubby side kat Pulai, JB. Anak Pak Abas. Aku pun tak pernah jumpa semua anak-anak dia. Aku pun baru tahu rupanya anak-anak dia ada 15 orang. Patut aku tengok yang pakai baju sama ramai benor. Rezeki Pak Abas kan. Pak Abas ni adik beradik belah Ayah Mertua aku. Yalah aku kan baru lagi tak sampai 2 tahun so tak semua aku kenal lagi. 

So Jumaat pagi lepas mandi semua, kemas-kemas. Kitaorang gerak. Aku pakaikan Zaheen baju Bebet. Memang besar baju tu tapi saja test pakai. Kawan aku bagi. Comel. Tapi kitaorang tak terus balik JB. Hubby ajak singgah beraya umah kawan die kat Bakri, Muar. Umah kawan study die masa Diploma dulu. 





Separuh perjalanan Zaheen beyak. So tak sampai umah nenek KJ la dengan baju Bebet tu. Taaaaa dah baju lain. Hihihi. 
Sampai-sampai Kulai gelap. Rupanyer blackout. Main dalam gelap kejap la budak2 tu. 




Esoknyer kol 11am masing-masing dah siap. So gerak la 2 kete ke Pulai. Sepupu Zaheen pun 1 kete dengan kitaorang. Memang riuh la dalam tu kan. 

Meriah jugak la menu kat umah Pak Abas, Nasi Beriani lauk kambing, ayam goreng, daging, acar buah, Ice Cream, Air Jagung, Air Tembikai, Air Mata Kuching, Air Asam Boi berbalang-balang, Kacang Pool, kuih muih tepung pelita, apam polkadot, congo bars, kek marble, tart nenas, rojak buah, cup cakes. Tapi aku tak sempat nak snap pic makanan sebab busy dengan Zaheen yang geram dengan makanan. Hahahaha. 

Masuk dalam kejap sebab panas kat luar. Si Iris sibuk ajak Zaheen bergambar dekat pelamin. Cuba tengok gaya budak-budak itu. 







Tu jer kisahnya. Ada story nak story tau. Hihihihi.
Doakan kami sekeluarga dapat bersatu yea. 

Thanks. 



1 comment:

nini said...

Comelnyerrr zaheen

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...