Assalamualaikum.
Aduh
sungguh tak konsisten lagi update entry. Ker skill penulisan makin berkurang,
ceh macam skill penulisan bagus sangat. Mood kot plus dengan kebizian.
Last
weekend cuti aku balik Kulai. Sebelum itu Husband ada mention nak ajak balik
Kulai masa besday die in Oct. Pastu aku cakap lah eh minggu nil ah balik.
Yalah
Raya Haji aritu dah 24hb kan.2 minggu berturut balik Kulai.
Aku
balik keje terus balik Melaka macam biasa, so plan gerak jugak malam tu. So
alang-alang travel sekali jalan penat. Masa aku sampai Zaheen tengah main-main.
Tengok die dah lain sebab adik aku dah gunting rambut tepi telinga. Dah
panjang, rimas jugak dia. Aku baru berkira-kira nak gunting masa balik nanti.
Adik aku memahami hasrat hati aku. Ewahhh.. So sampai terus gtau mak abah nak
balik Kulai malam tu jugak. Mak abah pesan hati-hati sebab jalan malam kan. Kemas
barang semua terus gerak.
Zaheen
masuk kereta memang tak diam, lagi bila malam kan cahaya lampu, die teruja
tengok kiri kanan. Kitaorang pun doa & mohon yang baik-baik dalam
perjalanan & selamat sampai ke Kulai. Tawakal Allah. Sesungguhnya segala
pertolongan dari Allah. Kita usaha yang terbaik. Takde la kami jenis berani
redah.
Masa ni stop sebab isi minyak tengok die bangun, cari ayah die.
Masa sampai umah Nenek Kulai, main dulu.
Sampai
Kulai terkejut la Ibu Mertuaku sebab tak cakap apa-apa kan. Heheheh. Surprise.
Masa otw tu Zaheen memang tido tapi bila sampai time aku nak angkat die, die
sedar. Bila dah sedar tengok eh kat mana plak ni. Tengok sekeliling terus nak
main. So layan la die main kejap. Alhamdulillah lagi beberapa hari nak setahun
Zaheen dah mula nak jalan setapak dua.
Perkembangan
Zaheen nak masuk setahun baru mula nak jalan, gigi pun baru tumbuh 2 batang, gigi
taring belah atas. Bagi aku, perkembangan setiap anak adalah tidak sama, jadi
rasanyer tak perlu lah nak bandingkan. Sebab itu semua rezeki & kuasa Allah
juga. As long anak itu sihat. Aku tahu semua orang nak jadi Ibu Ayah yang
terbaik, begitu juga aku. Ibu Ayah yang terbaik untuk anak sendiri. Macam aku
yalah 1st time mother kan. Kadang jumpa kawan-kawan or sedara mara,
anak dah pandai apa, bukan untuk apa, untuk knowledge aku. Sebab aku pun masih
belajar lagi jadi seorang Ibu. Masih banyak lagi ilmu aku kena belajar &
amik tahu.
Oh
ya berbalik pada percutian aku ke Kulai last weekend. Sabtu tu biasa la pagi
lepas Subuh sambung lagi tido plus golek-golek dengan Zaheen. Hahahaha. Zaheen
biasa kalau bangun pagi golek-golek sebab mamai lagi kan. Lepas bila die dah
mula turun katil makna die dah segar. Hahahaha. So aritu plan nak bawak Zaheen
main lagi kat Kidzooona kat Aeon Kulaijaya sebab masih free lagi.
Tapi
tak lama pun sebab masa kitaorang sampai ada majlis besday. Main dalam sejam
pastu balik amik Cira then terus ke Mydin sebab cari barang. Malamnyer ajak
semua family g makan. Husband belanja sempena Besday dia.
Esoknyer
Husband keje dah, yalah Johor kan keje Ahad. So aku lepak berdua la dengan
Zaheen. Spend time dengan die. Layan die main. Masih lagi explore apa yang die
suka. Husband aku banyak gak belikan die mainan. Yang kami perasan die suka
ball. Lego lum nampak lagi. Dok sepah & baling. Buku kejap jer tengok. Aku
syak die macam cepat bosan @ lum jumpa apa minat die. Hahhaaha.
Zaheen pun close dengan Ayah die. Kenal Ayah Mama die. Sebelum pergi mesti kena dukung dulu, yalah lagi pun bukan selalu dapat camtu kan.
Konon besday Husband aku nak masak la something tapi sebab bahan takde, tak sempat g beli so tak jadi nak masak apa2. Sorry yer yang.
Besday Husband 5 Oct. Besday Zaheen 6 Oct. Selang sehari jer.
Okeylah Babaiiii.
1 comment:
Takyah dok pusing2 pasal anak ni. Memang ade je orang yang suke nak banding2kan anak. Yang penting Zaheen sehat ok lah. Perkembangan setiap anak berbeza. Setiap kite pun ade kelemahan dan kekurangan tersendiri kan. So, Ok jelah!
Happy Belated birthday Zaheen!
Post a Comment