Sunday, April 7, 2019

KENA PANTANG KEGUGURAN. PENTING!!!!

Assalamualaikum buat semua.

Hari ini saya mahu menulis mengenai penjagaan pantang Keguguran. 
Ramai yang bertanya saya bagaimanakah cara berpantang keguguran ini ?
Pernahkan anda semua dengar berpantang keguguran ini lebih kena jaga dari berpantang bersalin / melahirkan baby.

Memang benar ! 
Jika berpantang keguguran ini tidak di jaga betul menyebabkan pelbagai akibat / penyakit lain yang bakal timbul kemudian hari.
Seperti contoh rahim yang tidak sihat menyebabkan payah mengandung / juga pelbagai hal penyakit2 dalaman bakal datang seperti contoh rahim lemah / bisa2 otot /masalah ketidak seimbangan hormon / lemah tenaga batin / demam yang tak kebah / mudah seram sejuk .

Perkara yang sangat penting bila berpantang keguguran ialah angin !

Jangan pandang ringan bab2 angin ni...
Silap2 sakit satu badan. Berdenyut2 bisa di ari ari/ sakit pinggang / sakit lutut dan boleh menyebabkan bentan jugak. Sakit bisa2 berdenyut2 sampai ke tulang .

Antara faktor angin terjadi ialah jika terdapat cebisan atau saki baki fetus (bayi ) / atau janin yang belum habis keluar / masih dalam rahim lagi.
Jika cebisan2 ini tidak di keluarkan dengan sempurna boleh menyebabkan jangkitan kuman terjadi. Ini sangat bahaya !

Bagaimana proses keguguran terjadi ?
Kebiasaanya terjadi dengan turun darah yang berketul2 dan keluar janin dengan sendirinya. Ada yang tiada pendarahan tetapi secara tiba2 janin keluar . Dan biasanya doktor akan beri ubat turun darah bagi membersihkan rahim.

Dan yang paling mengerunkan ialah bila doktor terpaksa buat D&C iaitu proses mengeluarkan / membersihkan janin dalam rahim. Di masukkan alat kedalam saluran faraj/ laluan ibu. Ini memang menyakitkan dan biasa di bius dan diberi ubat tahan sakit. Sudah tak sedar apa2..sedar sedar..siap.
Kebanyakan keguguran boleh terjadi tanpa mengira usia kandungan. 

Ada yang berlaku di awal kehamilan , dan bila2 masa boleh terjadi keguguran ini sehinggalah ke 5 , 6 bulan juga.
Kebiasaan tempoh berpantang ini jika awal kehamilan ialah dalam seminggu ke dua minggu sahaja.
Jika tempoh 4bulan seeloknya dalam 30 hari pantang . 

Dan jika 5/ 6 bulan ke atas bagus berpantang sehingga ke 44 hari.
* berpantang makan / cara kegiatan & aktiviti harian / berpantang berjimak .

Biasa aktiviti berjimak terutama selepas buat D&C seeloknya lepas 2minggu .
atau 30hari.

Kebiasaanya berpantang makanan ialah :
Elakkan makanan2 sejuk seperti pucuk ubi /sayur keladi / terung / rebung . Jugak sayuran jenis sejuk / menjalar seperti timun / kacang / kangkung / labu. Buah2an bersifat sejuk tembikai / nangka / duku / machang.
Begitu jugak jenis ikan berbisa seperti ikan tamban / cencaru / sardin makanan lauk seperti sotong / kerang / udang / budu belacan. Kalau boleh elakkan dahulu semua ini.

Bagaimana cara2 berpantang keguguran ini ? Antara yang perlu di lakukan jika berpantang keguguran ialah :
1. Pakai pakaian tebal2 mengelakkan angin masuk. Jangan duduk sebelah atau bawah kipas angin ya. Langsung angin mudah masuk boleh menyebabkan bisa2 badan dan lemah.
2. Boleh menggunakan param dan pilis bagi menggelakkan masuk angin ke urat saraf/ pening2
3. Pakai stokin ya ! Jangan lupa paling mudah angin2 jahat masuk dari ibu jari kaki.
4. Sapukan minyak herba atau minyak serai wangi SuzyHoney seluruh badan .Bagi memberikan kelegaan / kehangatan dan mengelakkan angin badan terutama di kawasan perut / rahim.
5. Seeloknya urut dan Bertungku seluruh
badan bagi melancarkan perjalanan darah / elakkan angin berkumpul .
6.Boleh mandi serum di permulaan keguguran bagi segarkan urat saraf. Dan selepas habis pantang lagi bagus mandi bunga untuk memberi aura dan seri !

Untuk perawatan Jamu SuzyHoney saya syorkan seeloknya boleh ambil Rebusan akar kayu / set pemulihan / mandian serum / param pilis / sabun herba sgt bagus ! Minyak serai wangi jangan lupa ya.
Dan elok di ambil jamu jus Kunyit

Okay rasanya itu sahaja sedikit sebanyak yang sy boleh kongsikan.
Semoga memberi manfaat dan ilmu kepada para wanita . 
Maaf jika ada terkurang ya
#catatansuzyhoney
#JamuSuzyHoneyHerbs

Tuesday, April 2, 2019

Mandi songsang????

MANDI SONGSANG????
.
Apa benda tu?? Ni bukan LGBT tau..kan tak pasal CikJen kena kecam berjemaah..hihi..
.
Mandi songsang ni boleh bantu diri korang lebih cergas & positif sepanjang hari tau. korang tahu x mandi songsang macam mana?? Bukan main cebok jekk sampai kembung perut telan air..hihi.
.
Arwah nenek CikJen pernah pesan mandi siram kaki dulu siram badan pastu kepala tujuannyer taknak badan terkejut & psst rahsia awet muda okeyy..

Pastu baru2 ni mentor CikJen pun ada sharekan jugak pasal mandi songsang. Ada kajian mengatakan mandi dari kaki kemudian baru sampai ke kepala..

mula² siram air dari kaki dulu sebab badan kite kan panas, bila kena air takde lah badan terkejut, taknak saraf terkejut. Macam kereta tengah overheat..korang tak boleh letak air terus..nanti terpancut air kena muka.. ☹️
.
Mcm tu la jugak badan kita..Lepas siram kaki, siram badan baru siram kepala. Bila air sampai kepala, slowly kite pun akan rasa jadi fresh..masa tu keadaan diri kita dalam keadaan alpha..kite pun tenang, otak kite dah positif masa tu kite kena berangan-angan, berangan nak umah besar, nak g haji, nak g oversea, nak setel hutang (ikut la apa yang korang angankan) tapi jangan lama sangat tak elok dok dalam bilik air lama sangat.
.
Tapi serious best..sbb tu klau lepas mandi kita rasa fresh tau..sbb body kita tengah positive..tapi ikut la korang nak dengar ke tak yg CikJen amalkan..lain orang lain dia punya amalan okey..
.
Selamat beramal !

#JenMokCun


APRIL is COMING

assalamualaikum

hai semua

alhamdulillah dah masuk April

cepat nau masa berlalu


Tuesday, March 26, 2019

Bau badan hanyir selepas bersalin?

"#BAU BADAN HANYIR LEPAS BERSALIN?"

Bau darah yang berlumuran pada badan waktu bersalin memang tak selesa. Badan masih penat dan rasa tak larat kalau nak mandi lelama bila tinggal di hospital.

Memperkenalkan SABUN HERBA SUZYHONEY yang berkesan untuk menghilangkan bau badan yang #hanyir selepas bersalin. Sabun ni mempunyai aroma yang sangat wangi dan memberikan kesegaran buat si ibu.

Campuran herba-herba dalam sabun ni mampu melancarkan perjalanan darah seluruh badan dan memberi kehangatan pada tubuh badan. Sabun ni juga sangat berkesan tau untuk menghilangkan rasa lenguh-lenguh badan dalam tempoh berpantang.

Kalau badan rasa menyucuk-nyucuk waktu berpantang memang bagus amalkan mandi dengan sabun herba sebab mudah nak keluarkan angin dari badan.

So, lepas ni ibu boleh berpantang dengan hati yang tenang dan sakit badan lagi. Mudah kan bila dah ada sabun herba ni?

Boleh dapatkan sabun ni dalam Set Pantang SuzyHoney. Kalau tak dalam pantang pon boleh guna sabun herba ni untuk buang #angin dalam badan.

Hah, berminat? Klik jer link bawah ⬇️

▶️ www.wasap.my/60136133658/sabun_herba
▶️ www.wasap.my/60136133658/sabun_herba

#SuzyHoneyHerbs
#SabunHerbaSuzyHoney
#SetPantangSuzyHoney
#JenMokCun


Sunday, March 24, 2019

Inilah kehidupan

Hidup ini..kekadang kita boleh bertolak ansur dengan orang tetapi ada masanya orang tak boleh nak bertolak ansur dengan kita.
.
.
Jika permudahkan urusan orang lain , Allah mudahkan urusan kita.  Jika merancang sebaiknya tetapi kekadang ada juga cacat celanya tak dapat kita elakkan.
.
.
Apa boleh buat ....takde hidup yang akan indah seindahnya. Ada masa perlu jugak merasa sakit.  Tetapi disitu perlu belajar erti redha dan jangan menyerah !

Itulah kehidupan. Tiada yang sempurna.


Wednesday, March 20, 2019

Jika Gugur! Wajib berpantang

KEGUGURAN PERLU BERURUT DAN BERJAMU

Dalam amalan berpantang orang Melayu mengikut cara tradisional tak kira berpantang bersalin mahu pun keguguran kedua-duanya perlu berpantang

Terutama mengurut badan bertujuan memulihkan semula urat saraf yang dimasuki angin serta lemah, melancarkan perjalanan darah agar wajah tidak kelihatan pucat.

CikJen pun pernah dapat nasihat dari makbidan. Beliau sangat mengalakkan selepas berurut minum air pati kunyit bagi membersih kembali rahim dinding rahim melancarkan darah juga otot rahim akan mengecut kembali wajah kelihatan berseri

Ramai yang tidak tahu ape itu pati kunyit dan khasiatnya. Ada juga yang tak pernah minum. Ada juga nengatakan jika minum akan kering darah. Ini adalah kuno belaka kerana kita bukannya minum setiap hari.

Tujuan minum ada sebab dan asbabnya perlu tahu bertanya kepada yang lebih arif bab-bab ini. Ada juga yang berkata keguguran tidak boleh berurut. Lebih baik bertanya kepada yang lebih tahu & pakar

Ada kes yang beliau dapat customer keguguran tapi langsung tak pantang, tak berurut. Badan nyer dah masuk angin. Datang mengadu.

Nasihat CikJen jika ada sesiapa yang mengalami keguguran lebih baik bertanya kepada yang lebih pakar/mak bidan.
Sama ada boleh @ tidak.

Ingat yer badan kite nak pakai lama perlu servis yang bagus cantik dalaman bonus buat suami anda.

Nak jaga anak², nak jaga suami, nak jaga diri sendiri. Banyak keje nak kena setelkan. Kang sakit sapa yang tanggung. Diri sendiri Kan!

#makbidanzie
#suzyhoneyherbs
#JenMokCun
#berpantang
#keguguran
#PerawatanWanita

LAST DAY PROMO!!!!

《PERHATIAN》 PROMOSI BELI 1 #CHENTA OIL #FREE 1 REMPAH #TANGAS AKAN TAMAT TEPAT JAM 11.59 MALAM INI!! 🎉

Isteri-isteri kat luar sana yang ada masalah rahim kembang, miss v longgar dan berair. Kurang "grip" bila bersama suami memang wajib guna 2 gabungan produk terbaik dari SUZYHONEY ni.

Bagus untuk mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim pada kedudukan asal kalau sebelum ni pernah rahim jatuh. Otot-otot dalaman miss v akan jadi semakin kencang dan anjal. Segala lendiran dan keputihan juga boleh hilang tau! Hasilnya boleh memberikan kenikmatan hubungan intim suami isteri.

Bahagia ke bahagia?

Siapa nak?

Dapatkan segera sebelum terlambat. Cepat wasap admin sekarang juga sebab stok memang semakin surut dah kat HQ. Pasni jangan tanya Kak Suzy bila lagi nak ada promosi macam ni yer..kalau abis jangan menyesal pula

Wasap cepat ⬇️

www.wasap.my/60136133658/chenta.oil_promo

#SuzyHoneyHerbs
#ChentaOilSuzyHoney
#RempahTangasSuzyHoney


Kebaikan MERUANG

Suzyhoney Herbs:
💘 KEBAIKAN MERUANG UNTUK MISS V💘

Meruang miss v adalah proses mengeluarkan sisa kotoran dari dalam miss v dengan menggunakan jari telunjuk. Orang lama memang mengamalkan meruang ini bagi memastikan miss v sentiasa sihat.

Kebiasaannya meruang ini dilakukan setiap kali selepas habis berpantang bersalin. Wanita terdahulu memang melakukan kaedah meruang ni untuk:

💘  Mengelakkan keluarnya bau bangkai dari faraj akibat kotoran darah nifas yang tertinggal.
💘  Mencegah dari keputihan
💘  Salah satu usaha mencegah dari penyakit kelamin kerana jangkitan atau penyakit puan seperti cyst, fibroid, polip mahupun kanser pangkal rahim.
💘 Memantapkan lubang faraj kenikmatan suami isteri.
💘 Kesihatan rahim dapat dipelihara jika kebersihan dijaga rapi

Meruang dilakukan setiap kali hadas besar. Ia boleh dilakukan dengan 3 posisi.

1. Duduk di atas toilet bowl
2. Mencangkung dengan 1 lutut ke bawah
3. Berdiri dengan 1 kaki di angkat atas toilet bowl

CARA MERUANG MENGGUNAKAN CHENTA OIL💘

1. Cuci bersih jari tangan dan faraj anda.
( boleh digunakan Feminine Wash SuzyHoney)
2. Di korek dengan jari secara perlahan keluarkan saki baki ( seperti mandi hadas) kekotoran darah , lendir , keputihan atau air mani.
3. Pastikan benar bersih barulah di titik 2 ke 3 Chenta Oil ke jari yang bersih kemudian masukkan oles kedalam lubang faraj sehingga ke bebola dalam faraj.
4. Di sapukan juga 1 ke 2 titik di bibir faraj jika mahu efek kelembapan / tegang.

Apabila mengamalkan kaedah meruang, setiap wanita akan dapat merasa lubang faraj kembali mantap.

Jika bahagian dinding dalam terasa keras menggerutu seperti gigi, maka ia bermaksud faraj anda sangat-sangat memuaskan hati suami. Jika faraj anda terasa longgar, tiada gigi dan berlecak, maksudnya faraj anda masih tidak rapi.

SELAMAT MENCUBA!

#ChentaOil
#suzyhoneyherbs
#JenMokCun
#DeejaTrooper



Tuesday, March 12, 2019

MINYAK APA NI?? CALIT SEKALI JEK DEKAT LUKA TERUS KERING WEH..........

MINYAK APA NI?? CALIT SEKALI JEK DEKAT LUKA TERUS KERING WEH..........

Tahu tak aritu lutut Amoi luka, maklum la budak2 tengah melasak.
Pastu nangis2, “mama, nuha sakitttt” (sambil nangis)

Tengah kemas2 umah memang stop la kejap, mama ni panic, terus masuk bilik amik minyak,
Amoi dah ready singsing suar, hehehe. Pandai kan die

mama pun sapu kat lutut die yang luka tu, lepas tu eh tepuk dahi, laaaa sapu dengan chenta oil, Takpe la kite cuba
Lepas calit setitik, selawat & pesan kat die cepat sembuh yer. Petang nanti mama sapu lagi yer
Esok mama nak sapu lagi, eh dah kering

Allahuakbar, Alhamdulillah

#tips
#chentaoil
#SuzyHoneyHerbs
#JenMokCun
#DeejaTrooper

WA 013-6133658

Thursday, March 7, 2019

JERAGAT!!!!!

JERAGAT!!! APA NAK BUAT NI??? 😭

CikJen nak share petua rawat jeragat 

Kalau dah nampak bintik2 hitam mula menjengah Kat muka tu. Jangan biarkan.
Maka..sebelum ianya merebak sebaiknya rawat.

✔ Minum air kosong 2 liter @ ikut berat memasing, bagus utk glowing kulit wajah. Minum hari² tau. Bukan arini minum, esok Tak payah. 🙃

✔ Pakai Sunblock / BBCreamCentella yg ada SPF lindung pancaran uv matahari. Cari yang sesuai dgn kulit wajah korang Tau!

✔ Boleh amalkan petua dibawah ini. Merawat secara semulajadi. Biasa agak payah utk hilangkan jeragat ini. Harus bersabar dan perlukan kerajinan.

Selamat Mencuba !

#tipscantik
#petuasuzyhoney
#JenMokCun
#DeejaTrooper


Tuesday, March 5, 2019

Anak Dara Pun Kena Jaga

Anak dara perlu menjaga cara pemakanan . Jangan terlalu suka akan  junk food atau fast foods

Dan mereka akan melayan kehendaknya tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang  kononnya tidak berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan.

Bermula disini gangguan haid berlaku ,sama ada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan.

Kesemua itu adalah petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan hormon wanita dan akhirnya merosakkan rahim.

#JenMokCun

Sunday, February 24, 2019

PENJAGAAN CIK BUNGA

10 CARA PENJAGAAN #MISSV YANG BETUL

Wanita seharusnya sedar,produk sekadar membantu tetapi amalan harian lebih penting untuk memastikan vagina 'sihat dan cantik' . Disini admin kongsikan tips penjagaan asas agar aset intim tersebut terpelihara.

1. Setiap kali membuang air kecil atau besar bersihkan bahgian luar dengan menggunakan air.  Penggunaan tisu basah tidak digalakkan keran dikhuatiri bahagian tersebut tidak benar-benar bersih dan boleh menyebabkan jangkitan kuman.

2.  Ketika haid, tukar tuala wanita sekerap mungkin.  Amalan ini bukan sahaja membuatkan anda merasa selesa malah ia juga dapat mencegah pembiakan kuman yang mudah tersebar menerusi darah. Pada hari-hari yang darah keluar dengan banyak anda juga digalakan menukar seluar dalam mengikut keperluan.

3. Begitu juga dengan wanita yang gemar memakai pelapik seluar dalam (panty liner) ia harus ditukar denag lebih kerap bagi udara yang bersih untuk vagina.

4.  Jangan mengamalkan douching iaitu memasukkan pancutan air kedalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj.  perbuatan ini kan menyingkirkan sejenis bakteria loctobacili dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh menyebabkan intasi kulit.

5.  Elakkan mengunakan sabun atau mandian untk membersihkan alat sulit. Ia di khuatiri akan menyebabkan kekeringan dan iritasi pada kulit.  Selain itu, perbuatan tersebut kan menyebabkan rasa kurang selesa pada vagina seperti gatal.

6.  Bersihkan vagina dengan air bersih tanpa pencuci bahagian intim kerana bahagian ini sangat sensitif.  Kita harus ketahui ada wanita yang alah pada pewangi dalam buku sabun.

7.  Tukar seluar dalam pada setiap kali mandi .  Bagi wanita yang mengalami keputihan, anda disarankan memakai pelapik seluar dalam agar keputihan tidak melekat pada seluar dalam dan menyebabkan anda tidak selesa.

8.  Khusus untuk anda yang sudah berkahwin bersihkan alat sulit anda sebelum dan selepas bersama pasangan.  Amalkan buang air kecil selepas lebih kurang setengah jam anda bersama untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kecil.

9.  Jangan berkongsi alat pencukur kerana ia boleh menyebabkan penyakit berjangkit seperti Hipetitis B . Jaga kebersihan alat cukur kerana bisul sering terjadi kepada wanita yang gemar mencukur bahagian intim.

10.  Peka dengan perubahan  bahagian intim . Jika berlaku bengkak nanah,segera berjumpa doktor .  Begitu juga dengan lelehan bahagian faraj , jika berwarna kuning , hijau atau berdarah ia adalah petanda bahagian intim anda dijangkiti kuman.

Semoga Bermanfaat! 🍃

Silakan #SHARE 🕊

#SuzyHoneyHerbs
#TipsKesihatanSuzyHoney
#ChentaOilSuzyHoney
#JenMokCun

Friday, February 22, 2019

Wanita Bertudung Tapi Rambut Wangi

WANITA BERTUDUNG  YANG MASIH MENCARI SYAMPU YANG MAMPU MENGEKALKAN KESEGARAN DAN KEHARUMAN  RAMBUT WPUN BERLITUP SEHARIAN ?
.
.
Cik adik / kakak manis yang sentiasa aktif sepanjang hari dari pagi sampai malam.
Menghantar anak sekolah, berkerja dan berzumba tidak perlu risau  lagi kerana dengan Syampu dan Perapi ROSE SuzyHoney anda mampu wangi2 setiap masa.
.
.
Sudah mencuba banyak syampu? Dan masih belum dapat yang boleh  segarkan rambut kekal
Wangi sepanjang masa ? Oooh..tak perlu risau lagi.  Syampu dan Perapi SuzyHoney memang yg terbaik .
.
.
Antara kebaikannyer
.
.
1. Berkesan untuk memberi kelembutan dan kelembapan rambut.

2. Mengelakkan keguguran rambut.

3. Sesuai untuk masalah kelemumur.

4. Mengatasi masalah kegatalan kulit kepala.

5. Memberi haruman bauan Bunga Rose yang menyegarkan dan sekaligus mengelakkan bau hapak.

6. Sesuai untuk rambut nipis dan kering.
.
.
Kandungan Syampu dan Perapi Rambut Bunga Rose ini mengandungi Virgin Coconut Oil, Roseship Oil, Peppermint Oil, Kaffirlime EO, Rosemary EO.

.
Formula gabungan Minyak Pati Bunga Rose Bulgarian yang terbaik keharumanan dan bahan semulajadi Minyak Kelapa Dara mampu menjadikan rambut kekal lembut beralun.
.
.
Jangan terkejut jika anda menggunakan Set Syampu ini akan terpesona dan risau jika kehabisan Penjagaan rambut ini.!




#SuzyHoneyHerbs
#JenMokCun
#ShampooRoseOrganik

Wednesday, February 20, 2019

7 Tips menjaga rambut bagi wanita bertudung :

7 Tips menjaga rambut bagi wanita bertudung :
 
  1. Pastikan anda memakai tudung yang bersesuaian dan elakkan memakai anak tudung yang terlalu ketat menekup kepala dan seeloknya pilih yang diperbuat daripada kapas. 
     
  2. Jangan gunakan anak tudung yang sudah dipakai berulang kali tanpa dibasuh. Kemungkinan peluh / bakteria berkumpul menjadikan rambut tidak sihat berbau hapak.
     
  3. Tak perlu nak cuci rambut setiap hari. Selang sehari adalah yang disarankan atau sebaiknya jika anda terasa kulit kepala berminyak atau gatal. Sambil cuci, gosok dan urut kulit kepala secara perlahan-lahan.
     
  4. Elakkan mencuci rambut dengan menggunakan air suam kerana ia akan menjadikan rambut kasar, kering dan susah untuk diurus. Membilas rambut dengan air sejuk adalah lebih baik untuk melembutkan kutikel rambut.
     
  5. Apabila anda pulang kerumah setelah seharian bertudung  , dibuka tudung hijab, berehat seketika  bagi memberi ruang udara  kepada rambut dan mengeringkan peluh . Barulah sesudah itu mandi basahkan rambut.
     
  6. Pastikan guna syampu yang bersesuaian dengan rambut yang bebas dari chemical tinggi. Dan jika menggunakan perapi tidak mengena pada kulit kepala kerana ianya boleh menyebabkan kulit kepala menjadi berminyak.
     
  7. Untuk perawatan secara tradisional, boleh digunakan petua amalan ini :
     
    • Ambil  perahan air limau nipis 1 atau 2biji.
    • Sebelum itu dibasahkan rambut terlebih dahulu dan perahan air limau nipis tadi di gosok gosok kebahagian kulit kepala sehingga habis sekepala.
    • Dan biarkan seketika selama 15 ke 20 minit.
    • Selepas itu bilaskan.

      Limau nipis berkuasa merawat masalah rambut kerana kaya dengan sumber vitamin A dan C.  Ianya membersihkan kulit kepala dan menghilangkan kelemumur.  Juga melebatkan dan menyegarkan rambut secara semula jadi. 

      Boleh di amalkan seminggu 2 kali.
 
#suzyhoney
#suzyhoneyherbs
#JenMokCun

Tuesday, February 19, 2019

Macam mana nak dapat kesihatan dalaman dgn bagus?

MACAM MANA NAK DAPAT KESIHATAN DALAMAN YANG BAGUS?

Ada banyak petua orang dulu-dulu yang boleh di amalkan. 

Jom baca tips-tips di bawah. .

💠Kurangkan makan sayur-sayuran bersifat sejuk. Tahu tak sayur apa? Kangkung, timun, labu air tu antara sayur yang sejuk.
Kalau makan buah pula kurangkan pengambilan buah-buahan yang menghasilkan banyak air macam tembikai.
Jus lobak merah yang dicampur dengan madu elok untuk kesihatan dalaman. Lobak pun bagus untuk kesihatan mata.
.
.
💠Jangan buang air kecil dan besar serentak, cuba lakukan satu per satu.
Dan jangan buang air kecil masa berada dalam air (kolam renang, tab mandi, sungai, laut) kerana boleh melemahkan kemantapan Cik Miss V.
.
.
💠Bersihkan Cik Miss V selepas hubungan intim. Cik Miss V yang bersih amat penting bagi semua wanita kerana sifat Cik Miss V yang senang dijangkiti kuman.
.
.
💠Amalkan jamu. Ramai wanita yang salah faham, ingatkan jamu diambil selepas melahirkan. 
Sebenarnya elok amalkan makan jamu selepas kedatangan haid yang pertama, maknanya elok amalkan sejak usia remaja lagi.
Jaga dari muda lagi bagus, bantu hindarkan dari penyakit di kemudian hari
.
.
💠Berpantang dengan baik. Ni masa lepas bersalin yer.
Ikut semua rutin ketika berpantang seperti berurut,  bertungku, berpilis, pakai bengkung, jaga pemakanan dan rehat secukupnya. 
.
.
Ini bukan saja elok untuk kesihatan dalaman, tetapi juga untuk mengelakkan mendapat masalah meroyan & tombong.
Sangat penting tau, yalah baru melahirkan anak. 9 bulan semuanyer kembang. Masa dalam pantang time badan rest & nak kembali kepada keadaan asal.
.
.
💠Minum air rebusan herba. Sudah diketahui sejak zaman berzaman herba mengandungi khasiat untuk tubuh badan kita.

Antaranya, air kunyit untuk kecutkan rahim. 
Air rebusan halia untuk buang angin dalam badan.
Jus kurma untuk tenaga.
Jus herba campuran untuk pulihkan & wangikan Cik Miss V
.
.
Boleh amik Rebusan Akar Kayu SuzyHoney. Bagus untuk rawat Rahim & hormon wanita.
Ada hari kena minum, bukanlah minum hari2.
Tu yang kena dapatkan consultation & guide dari pakar.
Cik Jen bole bantu
.
.
#suzyhoneyherbs
#JenMokCun

Wanita kena jaga

WANITA PENTING JAGA KESIHATAN!!!!
.
.
Kesihatan dalaman sangat penting bagi seseorang wanita. Kita tentu tak mahu wajah cantik tapi badan tak sihat. Kalau boleh kita nak dua-dua, kan?  Setuju x dengan Cik Jen?
.
.
Wajah yang cantik dan tubuh yang sihat.
Sihat luar dan sihat dalam. Sebab bila kedua-dua kesihatan luaran dan dalaman terjaga, dengan sendirinya akan terserlah kecantikan seseorang wanita.
.
.
Nantikan lepas ni Cik Jen akan sharekan tips & petua untuk jaga kesihatan & kecantikan
.
.
#suzyhoneyherbs
#JenMokCun

Monday, February 18, 2019

Penting Untuk Tulis Apa Yang Kite Target


Assalamualaikum & salam Sejahtera

hidup mesti kena ada planning
Kenapa?

Sebab baru kite tahu ke mana hala tuju kite
Penting sebenarnyer Cuma kite ni selalu lupa benda tu

Lagi satu kite kena tulis apa yang kite nak buat
Penting jugak sebab nanti kite akan cek balik sebab kenapa kite tak capai apa kite nak

Jangan takut untuk tulis

Bila kite dah tulis, kite kena tengok hari2
Selama 40 hari secara konsisten

Supaya minda & otak kite  terprogram dengan apa yang kite inginkan

Mari ubah bersama2

#JenMokCun

Saturday, February 16, 2019

Weekend With Little Family

Assalamualaikum.

Hai hai.
Semalam Jumaat & arini Sabtu.
This week decide to stay Kat umah.
Husband cakap nak tengok movie & lepak umah jer. Ok yunk. Hihihi.

Malam tadi die ajak lipat Kain baju yang gunung tu. Alhamdulillah. Yeah! Of coz I like.

Tahu x nak lipat Kain baju Ni kena Ada mood. Hehehe. Lagi² sblm dah tertunggak. Ayoo. Banyak seh.

Apa pun dah setel.

Semalam Jen masak nasi ayam tapi versi lain sket. Sebab sup tu add on lobak, jagung & bunga kobis. My anak Dara suka lobak .

Ayam panggang, salad & tomato 🍅 still Ada. Selesai lunch Tu jugak.

Minum petang husband request cucur udang. Beli udang Kat aeon Ada less 50% .
Apa lagi



Tu la anak2 Jen. Zaheen & Nuha 

Tak sabar nak makan. 
Cucur udang xsempat nak snap. Hehehe. 

Okeylah. 

Happy weekend semua. 

#JenMokCun

Friday, February 15, 2019

JENIS MAKANAN BANTU WANITA HAMIL!

[JENIS MAKANAN YANG MEMBANTU WANITA #HAMIL DENGAN #CEPAT]

Selain usaha melakukan rawatan perubatan membantu wanita yang sukar hamil, jenis makanan yang dimakan juga sebenarnya membantu meningkatkan kesuburan sehingga boleh mempengaruhi potensi untuk mengandung.


Jadi, kepada yang wanita yang masih belum berjaya mengandung selepas beberapa bulan atau tahun berkahwin apa kata amalkan makanan ini. Mana tahu lepas ini rezeki anda berjaya mengandung.


🍃 Banyakkan Makan #Buah-buahan dan #Sayur-sayuran Organik yang Segar

Kalau boleh elakkan makan makanan segera kerana ia mengandungi bahan yang tidak diperlukan badan. Sayur dan buah organik mengandungi vitamin, protein dan enzim sempurna yang mudah diserap badan.


🍃 Makanan Tinggi #Serat

Jenis makanan ini membantu pergerakan usus lebih aktif dan melancarkan pembuangan racun dari badan. Antara makanan tersebut adalah bijirin, tembikai, beras merah, roti gandum, kekacang.


🍃 #Sayuran Berdaun Hijau

Semua jenis sayuran berdaun hijau seperti bayam sangat membantu wanita yang ingin cepat hamil. Ini kerana sayuran ini mengandungi zat antioksidan, zat besi dan asid folik untuk mempertahankan dan menjaga fungsi organ reproduksi supaya tetap stabil.


🍃 Makanan yang Membantu Kitaran #Haid Lancar

Salah satu sebab wanita sukar hamil adalah kerana mempunyai kitaran haid yang tidak lancar. Jadi untuk mudah hamil, kitaran haid dan ovulasi mesti lancar setiap bulan. Lobak merah, keledek dan oren adalah jenis makanan yang membantu wanita mendapat kitaran haid yang tepat.

🍃 Makanan Tinggi #Asid #Folik

Asid folik meningkatkan pengeluaran sel telur dalam sistem reproduksi wanita sehingga memudahkan untuk mengandung. Produk kacang soya, kuning telur, kentang, tepung ubi, kobis, asparagus, ubi bit, pisang, brokoli antara yang tinggi asid folik.


🍃 Makanan Kaya #Vitamin C

Rajinlah makan jenis makanan ini untuk memudahkan anda cepat hamil. Antara makanan ini seperti oren, strawberi, brokoli, kobis Brussel dan lain-lain.

🍃 #Kekacang

Jenis kekacang sangat tinggi kandaunga asid lemak omega 3 dan sangat baik membantu menjaga sistem reproduksi wanita. Antara kekacang ini adalah almond, walnut dan aprikot.

🍃 Produk Tenusu

Susu bukan hanya kaya dengan kalsium tetapi juga mampu menghasilkan hormon kesuburan. Selain yogurt, susu dan telur, masukkan juga ikan dalam menu  anda kerana ikan mengandungi khasiat baik untuk kesuburan dan membantu meningkatkan peluang kehamilan dengan lebih cepat.

Jadi, jangan lupa ya masukkan jenis makanan tersebut dalam menu harian anda supaya cepat hamil!

Semoga Bermanfaat! 🍃

Silakan #LIKE & #SHARE 🕊

#SuzyHoneyHerbs
#TipsKesihatanSuzyHoney
#JenMokCun
#JenGeulisEmpire



Thursday, February 14, 2019

It's Me JenJen

Hai hai. Lama sungguh xupdate sini.

Jen sekarang. Hehehe. Dah Makin mengembang. Hihihi. 

Alhamdulillah now Jen as mummy kepada 2 orang. Zaheen & Nuha. Nanti Jen story pasal anak2 Jen yer. 

Stay tune. 

Hello 2019... JenJen is back

Assalamualaikum

Ya Allah lama sungguh tinggalkan blog ni
Gila banyak bersawang
adoiii

Arini dah 14 Feb 2019

Harap semua sihat & okey

Jen akan aktifkan balik blog ni


BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...