Showing posts with label bride to be. Show all posts
Showing posts with label bride to be. Show all posts

Wednesday, June 26, 2013

Persiapan Demi Persiapan - Bride To Be

Ahakss... gituww... 

sekarang ni after selesai final exam, aku menyambung kebizian membuat persiapan untuk weeding yang tak lama lagik. hehehe. actually dari sebelum exam lagi dah mulakan sket2. bukan apa, tak mau kelam kabut nanti kan. tu semua nak pening la, mengamuk la, apa lah bagai kan. sebab maklum la maybe akan stress, maybe akan serabut dengan kekangan masa yang agak terhad. sebab aku & ET bukanlah duduk di tempat yang sama. Central vs Southern. 

so pergorbanan dari segi masa, tenaga dan sewaktu dengannya. Thanks ET. HACKS. 

persiapan yang perlu atau yang dibuat bukan sahaja pada kewangan juga pada mental fizikal juga emosi dan banyak lagik. antara sedar atau tidak. antara perasan atau tidak. ewahhhh...

yang pertama, kami decide untuk buat proposal paper, means paper work yang mengandungi info serta buat checklist supaya tiada barang atau perkara yang penting tertinggal atau lupa. 
apa lagi banyak la tanya pakcik google dalam mencari info dan bertanya pada mereka yang berpengalaman. 

yang kedua, walau apa pun jaga kesihatan, jaga pemakanan. yang ni bukan masa nak kahwin jer yer. all the time. huhuhu. aku nak kata diet sangat pun idak lah, try to makan yang seimbang. senaman pun sangat membantu tapi kan dah beberapa minggu ni tak sempat buat proper exercise. lagi satu yang paling penting nak kena jaga emosi. bukan sahaja emosi diri sendiri, emosi ET jer, emosi family juga. macam family aku ni merupakan 1st majlis besar so tiada pengalaman. apa pun discussion dari masa ke semasa. 
oh ya majlis nanti bukan sahaja majlis aku sorang malah majlis menyambut menantu untuk 2 orang adik lelaki aku jugak. so ada 3 pasang perantin tau. hehehe. 

yang ketiga, pastilah badget kewangan. orang kata ukur baju di badan sendiri. buatlah ikut kemampuan. so majlis kami nanti sederhana jer. yang penting akad nikah & kenduri, concern aku lebih kepada tetamu yang datang iaitu concern pada makanan. nak tetamu kenyang. 
In Shaa Allah try buat yang terbaik. 

setakat ini dulu citer kite. ok baiiii

Checklist Kahwin - Bride To Be

Assalamualaikum

Masa pun tinggal tak bape lama lagi. checklist keseluruhan ni bukan apa just to check or pastikan ada tak benda yang tertinggal or patut buat kan. bukan apa 1st time buat majlis besar. ada lagi checklist with the bajet. 
tapi kat sini aku share yang the overall checklist jer dulu. 
jom tengok checklist yang tidak seberapa ini. 

Dokumen Pernikahan


Kursus Perkahwinan [ done ]
HIV Test [ done ]
Surat Akuan Bujang [done] 
Borang Kebenaran Berkahwin [ done, tinggal summit to IMAM ] 

Majlis Akad Nikah

Tok Kadi 
Upah Kadi & Saksi 
Mas Kahwin/barang kemas [ done ]
Cincin L & P 
Bride
  • Baju Nikah [hantar tempah] 
  • Veil
  • Tudung
  • Kasut
  • Make up [done book , fotocun] 
Groom
  • Baju Melayu [ hantar tempah ]
  • Butang Baju 
  • Sampin [done ] 
  • Songkok [done] 
  • Kasut [done]
Bantal Nikah 
Pelamin Nikah [ DIY] -
Makan

Majlis Kenduri, Melaka 
Kenduri [ done booking ] 
  • Khemah/Kanopi
  • Kerusi / Meja
  • Pinggan/ Gelas
  • 2 Set Buffet
  • Makanan Tetamu
  • Makanan Pengantin - 3 set 
Pelamin [ diy ]
Meja Beradap [ caterer sediakan] 
Make Up [fotocun] 
Bride 

  • Baju Sanding
  • Veil
  • Tudung
  • Aksesori
  • Kasut
Groom 
  • Baju Melayu
  • Sampin, Tanjak
  • Aksesori
  • Kasut
Guestbook - DIY 
PA system / Home theater
Door Gift Tetamu [decide brg] 
Bilik Tido

  • Cadar [ done ]
  • Hiasan 
  • Langsir
  • Katil
Hantaran
  • barang [in progress]  9 dulang berbalas 11 dulang 
  • hiasan
Majli Bertandang, Kulaijaya 
Kenduri 
  • Kanopi 
  • Caterer
OP [done book -fotocun] 
Meja Beradap 
Make up [ done book - fotocun ]
Bride

  • Kebaya/Dress
  • Tudung
  • Aksesori 
  • Kasut
Groom
  • Baju Kemeja
  • Kasut
Door Gift Tetamu 
Bilik Tido

  • Cadar 
  • Hiasan
  • Langsir 
Lain -Lain

Kad [ done tempah utk 2 belah pihak ] 
Bunga Pahar 
Bunga Manggar - DIY 
Penunjuk Arah [done tempah, kadlawo]
TQ tag [ done tempah, kadlawo] 

* untuk majlis nikah tu tak decide lagi samada nikah hari yang sama dengan majlis or awal sehari. still fikir lagik, 



BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...