Friday, August 26, 2011

Jumaat Terakhir Ramadhan 1432H


Masya-allah arini 26 Ramadhan... Ramadhan hampir ke penghujungnyer...
Alhamdulillah Ramadhan adalah lebih baik bagi aku berbanding Ramadhan yang lalu... Ramadhan kali ni dapat berpuasa bersama-sama dengan keluarga, rakan2 & mr izan...
Dapat bersama-sama bertadarus & majlis khatam Al-Quran, buat solat sunat tasbih, berbuka pose bersama family d melaka, atok & wan, mak long, pak ngah & pak teh, bersama maksu juga bersama mr izan... kawan2 opis... Alhamdulillah apa yang dihajatkan tercapai...
Biarlah hanya biasa & simple tapi menggembirakan... menenangkan...

Sesungguhnya aku sangat2 bersyukur bila mana kebahagiaan tu bakal menjadi milik aku... bila mana kegembiraan dari lubuk hati bakal aku perolehi... syahdu sangat rasa hati ini.. Allah masih sayangkan aku, selamatkan aku dengan menyedarkan aku dari lena yang panjang serta dari perkara2 yang kurang baik... Syukur aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas segala rezeki yang diberikan....

Aku mengharapkan perubahan yang kecil ni akan berlanjutan & berkekalan sampai bila2.. biarlah aku berubah secara slowly & kekalkan momentum tersebut...

Sekian dulu...

Thursday, August 25, 2011

Alhamdulillah Selesai Majlis Khatam Al-Quran


Hari ni sudah 25 Ramadhan.. terlalu pantas masa berlalu kite sudah menghampiri penghujung Ramadhan...Masya-Allah...

Alhamdulillah semalam selesai Majlis Khatam Al-Quran yang dianjurkan oleh Kak Farah dari level 12 same level dengan cik Yana...tapi semalam Yana tak dapat joint sebab berada di kampung MC dari last week.. kenapa ngan die? demam ciken pop... aku doakan agar liyana cepat sembuh seperti sediakala.. aku tahu die sure pantang abis.. rindu kamu cik yana...


ni goodies sempena majlis semalam....

selepas tu sessi bergambar bersama geng2 tadarus...

sekian...


Wednesday, August 24, 2011

Fadilat Bersedekah..


kita biasanyer lebih suke kalu org memberi atau belanja kita mkn tetapi sebenarnyer tangan yg memberi lebih baik dr menerima.....lg bnyk bnyk kita memberi lg bnyk yg akn kita terima.....trust it....kalu kite memberi semasa kita susah insya'allah lg melimpah ruah Allah bg pd kita asalkan kita ikhlas...kerana rezeki yg kita dpt tu semuanya dtg drpd Allah...so x salah pun kite nk bersedekah pd org lain....kalu kite terlalu berkira or kedekut semakin kurang rezeki n kurang keberkatan yg kita dpt....kalu kite takut harta habis kalu kite share or bg pd org lain....kita silap sbb pepatah pun ader mengatakan what u gives u get back....so renungkan bersama....sekadar berkongsi....

Renungan Bersama.....Petua Murah Rezeki


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.

”

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11 . Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berbaloikah puasa kita???jom renungkan sebentar.....


Diam x diam kita dh sampai ke penghujung bulan ramadhan,namun adakah kita benar-benar mengisi bulan ini dengan amalan-amalan yang sepatutnya atau sekadar menghadapi bulan yang penuh dengan barakah ini dengan amalan-amalan yg sama seperti bulan-bulan sebelumnya.....alangkah ruginya kita,kalu bulan ini lebih teruk pengisiannya drpd bulan sebelumnya.....Seolah-olah menjadi satu budaya,bulan ramadhan hanya sekadar bulan untuk menambah pendapatan bukan bulan menambah saham di akhirat yg lebih utama......terawih pun cuma pergi di awal2 puasa sahaja,kalu pergi pun kalu boleh hendak pulang ke rumah secepat yg mungkin...yg lebih teruk lg langsung x menunaikan terawih atas alasan penat,sibuk nk buat kuih,sibuk nak cantikkan rumah,sibuk dengan hal-hal keduniaan yg bersifat semenatra.....Ya Allah ampunkan kami,bukalah pintu hati kami,jauhkan kami dr kesesatan dan terlalu mencintai dunia......tapi makin banyak Allah bg rezeki makin kita lupa padanya...kita semakin sibuk dengan hal-hal dunia sahaja.....kita sanggup bangaun pagi seawal 2,3 pagi tp bukan untuk bertahajjud padanya,tapi nak siapkan kerjalah,nak siapakn tempahan bajulah,nak siapkan tempahan kuih raya...tu semua keduniaaan kan...alangkah ruginya kita.....Baca Qur'an pun kadang-kadang baca kadang x...yg paling teruk x baca langsung...kalu berdoa lepas solat kalu boleh nk cepat je..kalu nk g shopping moping amboi dr pagi samapi mlm pun sanggup tu,sampai terawih pun culas....yang penting keperluan untuk beraya kena beli dulu.....betapa lemahnya kita sebagai manusia.....Bila dapat rezeki melimpah ruah berapa ramai yg nak bersedekah atau menginfakkan harta pada keluarga pun payah apatah lg pada orang lain sedangkan rezeki dr siapa...semua datang dr Allah....kalu boleh nk simpan je bawak mati....Nauzubillah betapa jahilnya kita.....mati tu x penah bgtau kita bile dier akn datang,tapi apakah persiapan kita untuk menghadapi mati ?jawapannya wallahualam......sepatutnya dalam bulan nilah kita merebut peluang yg datang cuma sekali setahun ni...tahun depan pun belum tentu kita akn menemui bulan yg sangat mulia dan penuh dengan keberkatan ini.....pada bulan inilah doa kita akan diangkat ke langit....tapi berapa ramai antara kita yg memohon pada Allah untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat......sekadar renungan semata,kerana bila kita bersendirian sepatutnya kita perlu bermuhasabah diri agar hidup kita diberkati dan sentiasa selamat dunia dan akhirat....wallahualam....

Jom Mulakan Solat Sunat Dhuha


Assalam..kali ni saya nak berkongsi sedikit panduan untuk mengerjakan solat sunat duha yg sgt2 bnyk kelebihan dan fadilatnyer ini...dalam masyarakat sekarang mmg x ramai yg melakukan solat sunat duha ini walaupun sebenarnyer solat ini sgt mudah n ringkas n x perlu amik masa yg lama untuk melakukannya...tp masih ramai yg x mampu melakukannyer...apa kata mulai hari ini kite cube budayakan solat sunat ini moga2 Allah akn mengangkat darjat kita di sisinya,menguatkan keimanan kita di samping mengurniakan rezeki dan nikmat yg lebih melimpah ruah.....amin

Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan selepas solat sunat duha

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


Selamat beramal pd semua...

Monday, August 15, 2011

Berbuka Pose Wif Family Part 2-Labu Hilir, Negeri Sembilan

Cak Cak.... Tanjat boboi.... Hahahahaha

Entry kali ni lah.. kisah aku balik kg mak yang berada di batu 13, kg labu hilir, negeri sembilan.... selesai kemas mengemas lalu gerak kuar umah kol 12:30pm tapi tak direct balik labu terus.. aku ke klang dulu amik adik aku, ifah.. then ke balakong hantar air vitagen kak ina....pastu baru gtg ke labu.... sampai labu dekat kol 4:00pm jugak...

ngatkan sampai awal sket nak tolong menolong la wan masak2 juadah berbuka.. tu die sudahnyer siap okey.... tinggal nak masak nasi & sayur jerk... apa menu die??? sangat hebat okey....
kali ni berbuka bersama atok, wan, mak abah... sekali ramai gak yang joint... mak long, pak long, arul... mak teh pak teh... zira anak pak ngah... meriah la kan ramai2.... bukan salu pung kan kan...

so menu aritu sangat la hebat.... antaranya

menu : wan masak : gulai rusa, hati masak nenas, sayur campur kubis + buncis, bubur kacang, bubur lambok [wan dapat dari masjid sebab wat tadarus al-quran]
mak : apam tepung beras, apam polka dot dot, sambal udang
mak teh : popiah, karipap, pulut panggang
mak long : kari daging, bubur kacang, sayur campur, ikan masak taucu, satay ayam

hebat tak??? bila da berkumpul tu die banyak gilesssss da macam bazaar ramadhan.. panjang jerk susun... so untuk puaskan hati semua makan la semua tapi dalam kuantiti yang sedikit tapi alhamdulillah sangat kenyang.......

end dulu


BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...