Thursday, March 22, 2012

Cerita Tentang JODOH


Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.
Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.
Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.
“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.
“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”
“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.
“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?” gurau saya.
“Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain…”
 Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.
“Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,” jelasnya dengan tenang.
“Habis mengapa putus?”
“Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta.”
Wah, ini kisah cinta yang  dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.
 Isteri Amanah
“Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?” kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.
“Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta.”
“Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?”
“Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa.”
“Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?”
“Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya.”
Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, “Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga.”
Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.
“Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi…”
Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, “Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”
 Cantik Itu Relatif dan Subjektif
“Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er… er… kita masih manusia bukan?” saya menduga hatinya.
Dia ketawa tiba-tiba.
“Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya.”
“Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?”
“Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?”
“Bukan yang cantik?” jolok saya lagi.
“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,” balasnya dengan yakin.
“Maksud abang?”
Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.
“Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.”
Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, “Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.”
“Oh, betul juga tu!” kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, “Sedap di mata tetapi sakit di hati…”
 Wasilah Memilih Jodoh
“Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?” ujar saya dengan soalan nakal.
“Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja.”
“Maksudnya yang dulu lebih cantik?”
“Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?”
Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.
“Apa kaitannya dengan hati?” layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.
Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!”
‘Ah, tentu dia bahagia kini!’ bisik hati saya sendiri.
“Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?”
“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”
 Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik
“Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik.”
“Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik.”
“Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum.”
Abang tersenyum lantas berkata, “Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?”
Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.
“Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!”
Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.
“Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?”
“Kerana mereka bukan orang baik,” jawabnya pendek.
“Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?”
Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w.”
“Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?”
“Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?”
Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.
 Jodoh Urusan Allah
“Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat.”
“Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?” tanya saya inginkan penjelasan muktamad.
“Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan ‘orang baik’ lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!”
Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!
“Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.”
“Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?”
“Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi.”
“Hikmah untuk kita?”
“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya  pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”
Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak “abang bayangan” saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?
Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: “Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”
P/S
Nota hati: Pulang dari Kelantan hujung minggu lalu dengan badan yang sarat dengan keletihan. Namun hati dan fikiran sarat dengan iktibar dan pengajaran.
Berlegar di sekitar kuliah Hari Jumaat di bandar KB, mendengar. merasa dan melihat. Yang indah, bukan tanahnya, tetapi manusia yang menegakkan hukum Allah di atasnya.
Mungkin sesuatu yang kelihatan sederhana pada pandangan mata, tetapi sangat cantik bila dipandang dengan mata hati. Begitulah rasa hati… semoga kita semua kembali kepada Ilahi, kerana di sana ada keindahan yang hakiki dan abadi.
Berfikir tentang jodoh anak-anak, adalah satu cabaran yang dipenuhi pelbagai misteri. Ia sukar ditebak dan diduga. Namun, pesan saya cuma satu… untuk anak sendiri dan anak-anak di luar sana, ikutlah syariat, pasti selamat. Islam itu sejahtera. Tidak ada kebahagiaan tanpanya.
Ya, kesalahan dan kesilapan boleh berlaku -  ada ampun, maaf dan taubat di situ. Namun mukmin sebenar tidak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali. Cukup hanya sekali… pertama, kerana kejahilan. Maka belajarlah. Kalau kedua, itu kerana kedegilan. Hubaya-hubaya, kekadang harga yang ditagih untuk ‘membetulkannya’ terlalu pedih dan menyakitkan.
Belajarlah melakukan yang benar dan betul buat pertama kali. Itu yang terbaik. Tetapi jika tidak, cubalah membetulkannya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Jangan jemu untuk cuba melakukan yang terbaik, kerana kata bijak pandai: Kebaikan itu perlu dimulakan berkali-kali!


-credit to ustaz pahrol juoi-

Monday, March 19, 2012

Al Kisah Weekend

Assalamualaikum semua... hope semuanya sihat & ceria hendaknyer... Jen2 pun sihat alhamdulillah....

Bukan apa this week baru 17 Mac - 18 Mac banyak lak kisah... yang tak terduga & sewaktu dengannya... 

Oh ya..... Jumaat lepas aku ada buat scan alhamdulillah ada reduce 2 cm... aritu scan 12cm, baru ni scan 10cm... alhamdulillah ada pengurangan walaupun sedikit. Aku akan terus berusaha yang sebaik mungkin... Insya-Allah semoga Allah sembuhkan penyakit yang aku hadapi ini.. Amin...

Sabtu aku ada kelas start kol 9 pagi sambung 11 pagi sambung 5 petang lastly malam kol 8 malam tapi malam aku tak g kelas sebab rakaman jer... so 3 subjek jer aku g.... oklah g ngan bro bad, bro hamzah & bro ayub... geng2 lain streaming jer... maklum la aku ni agak malas so g kelas amik aura semangat katanyer & dapat jumpa kawan2.... ada gap masa tu aku g lepak2 kat tasik permaisuri... lord ranger jer... huhuhu...

Ni masa lepak2 kat tasik permaisuri sementara tunggu kelas seterusnyer... maklum la sorang2 kan... best jer duk sini, hijau tenang jer... sungguh cantik ciptaan Allah.... alhamdulillah dapat la aku menulis di sini... 

This week start 15 Mac sampai 18 Mac ada pesta belon panas di Putrajaya.. geng2 aku g sana anim, jaja, shahidah dari Muar beriya benor nak datang... aku redha jer sebab ada kelas kan so kalau dapat nak g pun esok jer la... after kelas roger diorang rupanya tak jadi g sebab shahidah tak dapat datang lak.. last minute.... oleh sebab 3 bulan tak jumpa diorang semua so aku turun jugak shah alam jumpa anim then ke putrajaya g umah jaja... lepak umah jaja jer malam tu...

malam tu lapau bebeno so pegi la food court terdekat... so lepas makan round la tempat ni... ada swimming pool bagai... posing waj

esoknyer plan nak g la jugak belon panas tu kan... tapi sebab kitaorang dah ada kat putrajaya so relax2 jer la... pagi2 tu dapat kol dari mak yang adik boy aku no 3 nak risik &bertunang pada 7 Apr @ Sabtu next month.... dengan orang kelate... waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... alhamdulillah aku tumpang happy adikku... jodoh adik aku sampai dulu kan... aku redha..... first dalam family aku nak bertunang so adalah excited... aku nak ikut la ikut g kelate nanti... lalalallaalalaala.... orang kota bahru... nak tengok jugak bakal adik ipar aku ni.. ahakssssssss

dalam kol 9 aku dapat msg dari calon yang cousin aku kenalkan... oklah nama die lanz.... lanz msg kata nak mai tengok belon.... haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... seyes terkejut... alamakkkkk ... aku kan mula nervous la... apa la.... but relax & cool jen2.... lanz nak datang jumpa jer.. so aku pun gtau anim & jaja tanya diorang camner... diorang jer so aku mintak diorang follow sekali... segan + nervous + kekok beb... maklum la tak pernah jumpa lagi... hanya berfesbuk sebelum ni.... so kitaorang plan jumpa kat alamanda then g pesta belon... naik kete die jer... MYVI SE PUTIH.... 
sama dengan Al Al laaaaaaaa.... huhuhu.. layannnnnn.... 

Lanz sampai dulu... kitaorang dekat tapi yalah saja nak tengok tahap kesabaran die camner kan... die dok tunggu kat MPH.. aku usha dulu sebelum tegur die.. oh sama lam fesbuk ngan live... hehhehe... bukan apa tatuttttttt kan.... 





tapi kan sedey sebab masa kitaorang sampai of coz la takde belon lagi satu cuaca kurang cantik, tapi tanya orang kat situ die kata dalam kol 3pm @ 5pm... maklum la pertama kali katanyer nak tengok belon panas... kol 1pm sebab masing2 lapau so g lah makan dulu kat Taman Pertanian Warisan.... kol 5.30pm lalu pun still tkde lagi.. da balik umah... kol 6pm baru ada belon panas.. takde rezeki kan... 

Masa tunggu turn beli makanan borak2 la ngan Lanz.... oklah orangnyer for first time jumpa... leh nak borak ngan kwn2 aku.. thanks korang sebab temankan aku kalau tak seyes aku kaku.... hehehehe



Aku & Lanz ni bukan apa kitaorang takde bercakap lam fon... nak jumpa baru ni ada la cakap jap kat fon.... oklah orangnyer... pembersih... leh la nak bercakap... tahu la sket2 pasal die.. 

tkpe just slow2 kan.... take it easy... follow the flow kan... kawan jer dulu.... ikutkan die yalah da 37 kan... da layak sangat... sekarang die dah ada cucu okeh.... hehehe.... 3.30pm die mintak diri sebab kol 6pm kena keje... ada OPS.... 

** Lanz, thanks sudi datang jumpa saya yer... TQ

Friday, March 16, 2012

Cipta @ Susun????


Motippp??? ayat kat bawah aku kunun cipta bukanlah cipta tapi more kepada susun so jadilah begitu... tapi maybe dah ada kot sebab aku pun bukanlah creative & inovatif.... maybe aku tak pasan ada ayat camni kot... ikut suka aku jer kan... layannnnn.... zassssssss

kurang lebih di mana aku nak sampaikan aku suka berkongsi apa yang aku dapat tahu & aku suka orang juga berkongsi dengan aku apa yang mereka tahu... bukan apa nak untuk kebaikan bersama... kite semua kan masih dalam proses pembelajaran so maka dengan itu tak mau lokek ilmu.... tujuan kita berkongsi dengan family & kawan2 kite sebab kita amik berat sebab kita amik berat pada mereka kerana kite sayangakan mereka...

I Share because I Care

I Care because I Love

Thursday, March 15, 2012

Ceramah Perdana di MPH


“Membudayakan Pemakanan Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW”

Penceramah :  Mohd Zaini Bin Zainal Abidin ( Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia )

***Intipati semasa ceramah semasa siri pertama & kedua… jika ada ayat2 @ info kurang tepat mintak di betolkan… TQ

Amalan yang baik diamalkan :

1.      Menjaga silaturrahim
2.      Sedekah walaupun sedikit yg penting ikhlas – istiqamah
3.      Baca Al-Quran selalu
4.      Doa – di penuhi dengan selawat ke atas nabi
5.      Puasa – 2 kali seminggu puasa sunat etc Isnin & Khamis

Semua amalan di atas jika di amalkan secara istiqamah boleh mendapat keberkatan hidup juga dipanjangkan umur.

>>>>>Bagi yang pregnant, amalkan makan kurma 7 biji setiap hari, pastikan takde pengawet setakat yang telah diperiksa (Prof Diraja Ungku Aziz) kurma nabi ajwa & kurma maryami… selain dari tu jika dapatkan pastikan takde pengawet boleh jer makan….
Bagi yang hendak dekat saat melahirkan makanlah 7 biji kurma rotab sahaja (tujuan nak banyakkan susu nanti ) sebelum tempoh bersalin….
Bila sudah melahirkan sebelum baby diberi susu ibu tahnidkan atau pecah mulut dulu di mulut baby kurma @ madu asli….. selepas dibersihkan sekiranya ada air zamzam boleh di mandikan dengan air zamzam…
Jika bayi yang lahir lelaki walaupun sudah diberi nama contohnyer Adam ker Daniel ker 7 hari pertama panggil dengan nama MUHAMMAD.   Begitu juga dengan bayi perempuan 7 hari pertama panggil dengan nama FATIMAH.

Amalan permakanan yang baik & elok diamalkan…..

1.      Gunakan garam bukit kerana kurang sodium – cth produk garam bukit Halalgel. Garam laut mengandungi banyak sodium yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang & darah tinggi.  Ujian ke atas garam laut : sedikit garam laut + air panas = akan ada lapisan minyak yang terapung.
2.      Buah Tin – bagus untuk mengurang pesakit yang menghadapi kencing manis kerana mengandungi fiber/serat yang tinggi.
3.      Labu merah bagus untuk kesihatan kerana mengandungi anti oksiden berbanding labu kuning kerana menyebabkan angin.
4.      Resipi sarapan yang bagus : campurkan labu merah + kurma + buah tin + madu + minyak zaiton + susu kambing + delima= dimasak untuk dijadikan sup / pengat / bubur.  Tak bubuh semua pun takpe leh tukar2 la depends pada bahan.
5.      Ikan & susu merupakan lemak yang baik akan tetapi kite tak boleh makan ikan serentak dengan susu boleh jadi asid.  Jika makan ikan 2 @ 3 jam selepas itu baru boleh minum susu.
6.      Sotong, kerang, siput, udang kurang elok kerana mengandungi kolesterol yang tinggi.
7.      Ikan yang tidak bersisik seperti ikan keli mempunyai kandungan merkuri yang tinggi yang boleh menyebabkan anak down sindrom.
8.      Soya bean telah dinobatkan tidak elok untuk kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Israel kerana boleh menyebabkan kanser. Kajian telah dijalankan seorang lelaki minum air soya secawan sehari dalam masa 3 bulan telah didapati kandungan sperma rosak sebanyak 50%.  Selain itu, kesan jangka panjang sekiranya meminum soya boleh menyebabkan kecelaruan hormon.   Contohnyer : lelaki ingin menjadi wanita & sebaliknyer.  Produk soya seperti kicap, tauhu, minyak tidak bagus untuk kesihatan, akan tetapi tempe elok di makan.
9.      Susu yang terbaik selepas susu ibu adalah susu kambing
10. Daging yang terbaik adalah daging kambing.
11. Minyak zaiton (boleh tengok dalam surah An-Nur ayat 35) kebaikan sangat banyak antaranya boleh mengelakkan sakit jantung,semua jenis barah/kanser, kencing manis, darah tinggi, elak @ hilangkan sirih dengan amalkan dengan makan 1 sudu pagi & 1 sudu malam setiap hari.  Bagi wanita yang mengalami keputihan boleh menggunakan tampon yang telah disapu dengan minyak zaiton dimasukkan ke dalam vagina.  Amalkan selama 3 hari insya-allah masalah tersebut dapat di atasi.  Bagi pasangan yang telah berumahtangga, ambil dalam 2 sudu minyak zaiton, semasa ingin bersama sapukan minyak zaiton pada lelaki semasa bersama boleh mengelakkan kanser payudara & pangkal Rahim.  Selain itu, minyak zaiton boleh disapukan pada luka & digunakan sebagai minyak urut.  Untuk mendapat raut wajah yang cantik campurkan 3 sudu minyak zaiton + 3 sudu minyak habattus sauda sambil membaca selawat, simpan semalam, lepas tu boleh digunakan sebagai masker pada wajah, hasilnyer insya-allah wajah akan cantik. 
12. Minyak zaiton merupakan minyak paling baik, boleh digunakan sebanyak 5 kali jika digunakan untuk menggoreng.  Simpan dalam bekas kaca.  Kedua terbaik ialah minyak kelapa kampung.  Kesan menggunakan minyak kelapa boleh menurunkan kadar darah tinggi & sakit jantung. Ketiga terbaik minyak bunga matahari tapi semasa beli pastikan tengok label & pastikan 100% minyak bunga matahari sebab ada yang campur 30% minyak bunga matahari + 70% minyak sayuran di mana terdiri dari minyak kacang soya @ minyak kacang tanah… so be carefull.
13. Cili boh juga tak elok kerana mengadungi 60% bahan pengawet.
14. 7 biji kurma sehari + 2 sudu madu (1 sudu pagi & 1 sudu malam) boleh menggantikan segala multivitamin yang kita amik.. kesan multivitamin boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit & memendekkan umur so mari kite tukar & amalkan apa yang elok.
15. Buah kurma dari US agak besar sebab mengandungi GM (Gen Modified ).
16. Minyak jagung juga kurang sebab mengandugi GM (Gen Modified ).
17. Panau boleh disebabkan cicak.  Haaaaaaaa… sila pastikan bekas menyimpan garam ditutup dengan rapat jika tidak cicak akan mandi dalam garam…. Cicak sangat suka mandi dalam garam. Jaga2 yer…
18. Jika mengalami tonsil @ tirod – elakkan terus makanan berunsurkan soya.
19. Mendapatkan penglihatan yang terang, colekkan cotton bud dalam minyak zaiton & sapukan pada bawah mata seperti kite memakai celak mata.  Boleh bersihkan telinga dengan minyak zaiton jugak.
20. Seeloknyer makan buah-buahan yang segar.  Jika susah hati makan buah anggur.  Makan buah delima jika terdengar suara halus.  Leukemia makanlah buah zaiton.  ** jika makan buah delima pastikan jangan buang walau seulas, boleh dikongsi, kulit buah delima mengandungi khasiat, kulitnyer dikeringkan, direbus & diminum.
21. Air Mustofa yang mengandungi zafran @ saffron boleh menjadikan daya ingatan kite luar biasa.
22. Minyak kelapa sawit kurang elok kerana mengandungi solvan yang digunakan untuk mencairkan minyak kelapa sawit yang beku seperti apa yang kite lihat seperti yang dijual.  Solvan boleh menyebabkan jantung kite rosak.
23. Gamat @ mentimun laut tidak bagus kerana mengandungi merkuri yang tinggi.  Baik makan atau digunakan untuk sapu cth minyak gamat sama sekali tidak elok. Sekiranya luka boleh menggunakan madu @ minyak zaitun, sapukan pada luka tersebut.


Smile Always
Siti Zainab Binti Amir
Secretary, PPP Management & Compliance, Group Strategy
03-2240 8253 (DL), 013-613 3658 (HP)
03-2240 8637 (FAX)

Wednesday, March 14, 2012

Journal & Template :: Due 30 March 2012


Lalalalala... ada lagi assignment kena summit sebelum 30 March 2012 ni..... 


Ni subjek untuk Kaedah penyelidikan perniagaan.... Dr mintak aku cari 30 Journal sebab aku amik major kewangan so biarlah tajuk tu related ngan major kite amik... bukan apa mudah nak refer kan... so aku pun buat tajuk "behaviour in Islamic banking"


30 Journal 2011 - Done cari
30 Template - dalam usaha menyetelkannyer bukan apa journal panjang2 woooo.... semua in English tu lambat sket kan... hehehehe


Kenalan Dari Cousin


Maklum lah sebabkan aku ni masih single & bujang kan maka masa kenduri cukur jambul anak cousin aku masa raya cina Januari lepas, salah seorang akak sepupu tanya la kat mak aku biler aku nak kawen... atas sebab tu die nak kenalkan ngan sepupu die.... actually aku sepupu ngan husband die.... so ni cousin dari belah wife die lah... faham ker ayat aku tu??? hehehhe... camner ntah nak cakap.... 


Kira nama akak tu Kak Nor.... Kak Nor mintak persetujuan aku untuk kenalkan aku dengan cousin die.... aku just fikir sebab aku single lagi so aku setuju, just kenal & kawan kan so tak salah.... kira salah satu usaha kan.... katanyer cousin die pun masih single lagi tapi umo banyak dah.. 37 tahun ni.... Setelah setuju untuk tukar no tel so Kak Nor cakap esok cousin die akan contact aku...... aku takde nak fikir sangat... pasrah & redha jer... ikut jer.. follow the flow katanyerrr


Nama guy itu Mazlan @ Lanz.... Asal PD ..... 


So now still kawan ngan die... tak penah jumpa lagi... sekali jer penah bercakap kat fon.... 


Die ada cakap ada masa yang sesuai nanti nak jumpa aku... biler? tunggu jer la.... 


***aku no komen sebab tak kenal die sangat setakat msg & chat kat fesbuk okey jer la... tapi seorang yang sangat bz.... 

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...