Tuesday, March 17, 2015

Theme Color...Lawa

Assalamualaikum... 

Korang pilih kaler apa untuk Raya tahun ni. hehehe.. Tipikal mak-mak sangat kan. Hahahhha. Tapi tadi Hubby aku yang tanya, tahun ni "nak buat baju raya tak?"... Aku macam ehh... Tepuk dahi. Macam mana aku leh lambat fikir ini,. Kikikiki. Tu la sibuk benda lain. Thanks sayangku. 

Ikutkan Hubby ada belikan kain dari Vietnam. Kaler Kuning uolss. Tapi tu kain untuk kami berdua. tahun ni beraya bertiga. Zaheen kan ada. So nak kaler apa eh? Aku pun g google. So jumpa kaler purple siap ada ton dalam kaler purple lagi. "Lawa" kata Hubbyku. So aku gigih klik jumpa la blog yang citer pasal kaler. Takde image so aku print screen, lalu copy masuk power point, edit jadikan jpeg. Aku fikir-fikir baik aku simpan kat blog ni, lain kali leh refer terus kan. Dah alang-alang gigih tadi. Kikikiki. 

Sebenarnya ada kot tapi aku tak sempat nak godek lama2. hehehe. Macam-macam kaler kan. Cantik. Tapi paling cantik di mata aku pink, purple, green, blue. Sebab tu kaler aku suka. Kaler lain like brown, orange pun cantik jugak. Banyak tone sebenarnyer kan dalam satu kaler. Like black tu. 

Bayangkan jap, pakai sedondon bertiga. Ohh mesti cantik kan... Kikiki... Maklum la kita baru nak rasai. heheheh. 

Okey jom ganti puasa dulu. huhuhu.. 

Black

Blue

Brown

Green

Grey

Orange

Pink

Purple

Red

Tan

White

Yellow

Okeylah babaiiiii

Thanks

#Tips Kewangan : Pembelian & pembayaran ansuran kereta

Assalamualaikum.... 
Morningg semuaaa...
Just nak share dengan korang pasal pembayaran ansurans kereta. Aku dah tersilap dulu. Tak cukup ilmu. Pada yang belum beli kereta boleh guna pakai tips ini yer. 
Pembayaran ansuran bulanan kereta sebaiknya jangan lebih 15% daripada gaji kita tau. Kalau dapat beli kereta cash, kereta 2nd tak salah, itu lebih baik, lebih selamat. Tak banyak hutang. 
..................................................................................................................................
Peraturan 20/4/10 untuk Mengawal Perbelanjaan Kereta
Bagaimana kita hendak mengetahui jika anda mampu kereta baru atau tidak? Gunalah peraturan 20/4/10.
Secara ringkasnya, kaedah itu berkata pembeli perlu:
  • Meletakkan sekurang-kurangnya 20% duit muka (downpayment)
  • Membiayai kenderaan untuk tidak lebih daripada empat tahun
  • Pastikan jumlah perbelanjaan bulanan kenderaan – termasuk prinsipal, faedah, dan insurans – di bawah 10% daripada pendapatan kasar
Mari kita lihat hukum ini satu persatu.
20% Duit Muka
Meletakkan 20% duit muka (atau lebih) memastikan anda tidak membuat pinjaman yang terlalu besar. Bayaran muka yang besar akan mengurangkan jumlah faedah yang anda akan membayar dengan mengurangkan saiz pinjaman anda. Jika anda kurang 20% daripada harga kereta itu (tunai), ia adalah petanda kenderaan tersebut terlalu mahal untuk anda.
Membiayai Tiada Lebih Empat Tahun
Pemberi pinjaman boleh menawarkan lebih lama jangka masa pinjaman, tetapi ia tidak akan memberi manfaat kepada anda. Semakin lama tempoh bayaran balik, semakin tinggilah pinjaman (kerana faedah) dan semakin lama anda menunggu sebelum kereta itu betul-betul menjadi milik anda.
Jumlah Perbelanjaan bawah 10% daripada Pendapatan Kasar
Anda tidak perlu meletakkan lebih daripada 10% daripada pendapatan bulanan anda ke dalam kenderaan. Kurang daripada 10% adalah lebih baik. Malah, kurang daripada kira-kira 30% daripada pendapatan anda perlu pergi ke arah membayar balik semua pinjaman anda. Iya, apa yang dimaksudkan di sini ialah semua pinjaman anda termasuk rumah, pinjaman peribadi, hutang PTPTN dan sebagainya.
Sudah tentu, peraturan 20/4/10 hanyalah garis panduan, bukan satu peraturan yang diwajibkan. Garis panduan lain mengatakan perbelanjaan kereta, termasuk bayaran kereta, insurans, dan pembaikan, tidak boleh melebihi 20% daripada gaji bersih bulanan.
Daripada menggunakan formula sebagai kaedah pengukuran untuk semua benda, ada baiknya anda menggunakannya sebagai panduan dan juga untuk memahami perbelanjaan anda, bercakap dengan bank yang berbeza tentang pilihan pinjaman, dan apa yang paling penting sekali ialah jujur ​​tentang apa yang anda mampu.
......................................................................................................................
Okeylah... Babaiiii
Thanks.. 

Monday, March 16, 2015

Masih lagi belajar jadi.... Mama

Assalamualaikum.... 

Dah petang hari baru nak update. Ngantok wei. Belek-belek nota nak lelap lak. hehehehe. 
Pagi aku sampai kl awal sket dari biasa. Alhamdulillah tak jem kat tol sg besi tu. Selalu tu 6:45 dah sampai KL tapi stuck kat tol Sg Besi. Yalah mana tak jem, sebanyak-banyak lorong kat tol tu, pastu nak jadi 3 lane. Rasanya 10-11 lane kot. nak kena transform jadi 3 lane kan... Lum masuk kalau excident or kete break down. hahahha. Memang nangis woooo. Terus amik phone, "bos saya lambat sket, sangkut kat tol sg besi". Bila dah lepas Sg Besi, sambung kat NPE plak. hahahha. apa nak buat, redah, sabar & tabah serta redha jer. Dah memang camtu kan. 

Haaa pagi aku gerak lewat sket 5:25am. Aku sedar kol 4am dah, awal sket bangun sebab nak kemas barang, Malam tadi melayan & bergolek-golek dengan dia, tak kemas lagi. Hehehe. Macam ofis kat Melaka. Bila la masa tu akan tiba yer. Krik... Krik.... 

Zaheen dah 5 bulan 1 minggu lebih. Maka aku pun baru jer jadi seorang Mama selama 5 bulan. Serius aku still in learning process. Tengok cara & dengar pengalaman ibu-ibu yang terdahulu. Pastu baca lagi. Aku lum dapat lagi nak berikan yang terbaik untuk Zaheen dalam masa yang sama nak jadi seorang Isteri. Seyes sangat mencabar. So lalui saat-saat indah ini. Alhamdulilllah aku diberikan peluang ini, tak semua orang merasainya kan. 

Aku doakan family, sedara & kawan-kawan yang masih belum bertemu jodoh, agar dipermudahkan segala urusannya. 

Perkembangan Zaheen sekarang, dah kemaruk nak meniarap, masih lagi melompat-lompat bila kita pegang dia (angkat badan). Lenguh jugak tangan wooo. Mau ada muscle. Kikikiki. Pastu yang the latest sibuk nak duduk. Alaa cayang mama tu. 

Aku pun try usaha yang terbaik. Kena sentiasa bertenaga ni. Huhuhu. 


Okeylah... babaiiii.

Thanks

Friday, March 13, 2015

Ayah Mama Zaheen Ni...

Assalamualaikum

Haaaa lama pulak tak citer kisah diri sendiri. ahaksss.. 
Sejak bergelar ibu ni, kisah anak jer. hahahhaa. tipikal mak-mak sangat kan. 

Masa tengah preggy lagi aku dok fikir-fikir panggilan apa nak guna bila anak dah lahir nanti. 
Panggilan apa nak bahasakan bila cakap dengan anak. 
Discuss la dengan hubby. Mula-mula macam nak panggil "MAMA-PAPA". 
Pastu tukar "MUMMY-DADDY"... selalu cakap dengan baby dalam perut guna "MUMMY-DADDY" tu... 

So bila lahirnya Zaheen, maka panggil "MUMMY-DADDY" pastu hubby macam rasa tak sesuai. Macam moden nau katanyer. So tukar "BONDA-AYAHANDA" ... So klasik la pulak. Susah plak "AYAHANDA" tu panjang nau... "IBU" hubby aku taknak. 

So lastly, macam selesa dengan MAMA-AYAH... Hahaha... 

Sekarang kan kat handphone banyak pic Zaheen. hahahha. semua mak-mak memang gitu ker? hehehehe. 

Lama jugak tak snap pic berdua. Hubby sekarang lagi susah ajak bergambar. 
Cakkk... kami ni dah jadi parent to Zaheen. Alhamdulillah. 

Percaya tak percaya. Semuanya kuasa Allah kan.. Terima kasih Allah bagi aku peluang yang sangat indah ini menjadi seorang isteri, seorang ibu. 





Okeylah babaii... 

Thanks... 

Today is Friday.... Datingggg

Assalamualaikum

Hari ni Hari Jumaat.
Banyak-banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Hari ini hari yang dinantikan oleh aku & rakan-rakan PJJ yang lain.
Alhamdulillah. Bertemu lagi di hari Jumaat yang cukup indah ini.

Semalam masa nak naik umah, ada seorang makcik kat kedai runcit tegur aku. "apa khabar? anak mata?" ... zassssssss berlumba-lumba air mata aku turun. Sebak sket la bila orang tanya, so lepak la kejap, bercerita. Surprisingly, makcik tu dulu pun PJJ jugak. Allahuakbar. Dia pesan kena kuat & bersabar banyak-banyak. Kita ni kerja mencari rezeki. Niat kerana Allah. Niat juga kerna mencari rezeki untuk anak-anak jugak.

Lagi satu cakap dengan anak yang kita ni kerja untuk mereka jugak. Bukan suka-suka tinggal dia jauh. Kalau boleh memang nak bawak ke mana sahaja. Tapi yalah dengan persekitaran & aku sorang-sorang di sini, kesian jugak kat anak.

Makcik tu cakap jangan putus asa, Teruskan usaha, doa. Memang banyak yang kena korban sket sekarang ini. Masa. Duit. Tenaga.

Itulah yang memang aku lakukan & terima. In shaa Allah aku memang takkan putus asa. Memang berdoa agar aku, suami & anak bersatu. Duduk bersama-sama. In shaa Allah.

Thanks pada semua yang memberi kata-kata semangat. Tak kurang jugak, pada mereka-mereka yang hanya tahu berkata-kata & menyalahkan tanpa tahu kisah sebenar.

Thanks sebab anda semua menguatkan aku. Allah sentiasa ada kan.

Okeylah tak sabar tunggu petang hari.

Okey... Babaiiiiiiiiiiiii



***Tahniah kepada Blogger Puan Eka dapat baby gurl yang so comel. Alhamdulillah.



kenangan zaheen masa umur berapa hari ini. Rasanya seminggu. Baju yang sama tapi size berbeza. Aku kan beli baju die besar2. hehehehe. klaka la masa pakai dulu, semangat cantik-cantik die pakai. 

Thursday, March 12, 2015

Excel & Powerpoint

Assalamualaikum....

Hari tu after buat maps, bos cakap suruh aku g training excel & power point.
Bukan la aku tak tahu langsung, just a basic. Masa awal-awal joint TM aku banyak la jugak use excel. Masa tu HSBB Div baru form. Tak banyak lagi staff. So aku banyak la tolong-tolong kerja finance.

Yer sekarang aku mengaku jarang sangat guna excel & power point tu. hahhahaha. So mari kita belajar. Lalalallalalalala


Tuesday, March 10, 2015

Kisah Strawberry Pie Cheese

Assalamualaikum....

Lama sangat tak menjengah2 di sini kan...
Kejap lagi ada sessi jom bersama Ceo TM. Aku streaming jer.
Last week Friday kawan aku order Pie Strawberry.
Masa dengan tu biasa jer, sebab pertama tak penah makan, kedua tak tahu rupa parasnyer....

Jumaat lepas aku pun ada meeting dengan GCR berkenaan aktiviti untuk 2015. Setel ke pantry sebab aku dah lapar okey. Bila sampai pantry tengok.....


terliur tak??? dapat merasa sepotong..... Alhamdulillah... sedap. tak rasa manis sangat. tak rasa muak. tak rasa cheese sangat. aku ni tak hardcore cheese & manis. strawberry pun sedap & fresh.

Tup2 semalam, ada lagi. Ni kawan lak order & makan bersama2.. rebut2 memang la sedap kan... tambah lagi sedap. yang bestnyer bila potong taknak la terpotong buah2 tu. tu yang jadi eh nak yang ni la.. hehehehe..




seyes sedap okey. 1 box RM60


okeylah, babaiiiiii 

Thankssss... 

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...