Thursday, January 29, 2015

Imam Muda Zaheen

Assalamualaikum...

Aritu kawan aku msg suh amik ukur kepala & kaki Zaheen. Pelik gak untuk apakah? Rupanya nak orderkan kopiah & kasut sneakers kait untuk Zaheen. Pastu tanya nak warna apa. Fikir punya fikir sudahnyer aku tanya Hubby gak, die cakap kaler merah biru, JDT color. 

Dalam 2-3 minggu gak, maka sampai parcel kat umah. Bila buka tadaaaaa. Comel. Pakaikan kat Zaheen die pun suka jer. Adik cakap cam Ustaz. In shaa Allah. 

Zaheen ni pandai lak die posing kalau guna kamera depan @ selfie kamera. Babab kang.






tengok zaheen beriya berikan pose



Kalau minat nak order boleh jer jenguk-jenguk.
FB : Kopiah Kait Linanuar Online Butik

Okeylah... babaiii

Tuesday, January 27, 2015

Kisah Zaheen & Breastfeed

Assalamualaikum....

Hi uolss.... 3 minggu dah PJJ dengan anak. Rasa rindu, sayu, sedih tak dapat disangkal akan tetapi aku harus kena kuatkan jugak. Harungi hari-hari mendatang supaya tak rasa sunyi & kosong. Zaheen pun alhamdulillah behave bawak diri kat kampung dengan atok nenek & pakcik makcik semua. Anak mama tu.

Haa.. untuk susu Zaheen aku dah campur dengan FM. FM aku belikan Dutch Baby 0-12 bulan itu. Actually untuk FM aku memang tak tahu nak belikan susu apa. Tanya kawan-kawan diorang bagi Frisolac, S26, Dugro, Enflalac, NAN & Anmum. Tanya cousin die bagi Dutch Baby. Setelah aku survey & baca review so aku decide nak bagi FM DUTCH BABY. Maklum la kos susu baby makin meningkat. Harga dutch baby still mampu milik. Bukan apa kalau serasi apa salahnyer kan. Aku pun monitor jugak kalau tak okey kena tukar susu lain. Better belikan susu murah sket dulu, tak sesuai baru tukar. Harga bukan ukuran yang penting serasi or tak dengan anak kita kan. 




Sebab aku campur FM susu aku tak bape meriah sangat. Aku still pump cuma hasil yang dapat tak mencukupi keperluan Zaheen. Lagi-lagi bila PJJ ni still direct feed 3 malam 2 hari jer. So hari lain kena campur FM. Dari biarkan Zaheen nangis lapar, tak sanggup kot. Sebolehnyer dah lah atok nenek yang tolong jaga, taknak menambahkan beban mereka. Zaheen behave, susu cukup, tido lena maka dapatlah atok nenek dia nak menjalankan aktiviti seharian kan. Risau jugak. Tapi doa terus berdoa. Pastu kalau balik tu cakap & story kat Zaheen akan sebab kenapa kita kena PJJ dulu. Anak mama tu memahami. 

Selagi ada susu aku usaha untuk bagi kat Zaheen. Zaheen minum susu 24-28oz sehari. Aku pump bole dapat 16oz paling banyak. So memang tak cukup tampung keperluan, so aku memang spare & standby FM tu. Zaheen plak susu Mama die lagi tapi tak cukup minum jer FM tu. Cuma aku notis kalau FM die memang kena sendawa & mesti muntah jugak. Tapi kalau minum EBM tak muntah if tak sendawa. Sekarang alhamdulillah senang nak sendawa. Masa below 3 month, lama betol nak sendawakan die.  


Mama try the best for you Zaheen. Mama dah order sumthing untuk banyakkan susu. Mama usaha yer. In shaa Allah. 

Tak sabar nak peluk cium dia tu. Best moment bila Zaheen mengempeng. Alahaiii... 

Okey babaiii... 




Thursday, January 22, 2015

Karangan Huruf P

Kreatif yang buat karangan ni.... hahhahahhaha


Puiii!?? Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit. 
Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh! Pedas-Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang. 
Pakngah Pulang Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga! 
Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong. 
Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan ... Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang ..... 
Pengetuk Paku Pulak Patah Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara-Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan Pabila Puasa ... Pup .... Pelita Padam! 
Penamat...Perghhhhh Penattt........

Wednesday, January 21, 2015

Aku tanya APA KHABAR SEMUA

Merenung ke luar jendela
Bayu pagi meniup lembut
Lihat bintang di angkasa
Purnama menerangi gelapku
Dan bila fajar menjelma
Itu permulaan hari baru
Dunia gamat bunyinya
Sunyiku hanya Tuhan tahu
Dalam perjalanan banyak persimpangan
Di mana kita bertukar arah
Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan
Di mana kita tersilap langkah
Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua
Mereka kata masa depan kami sungguh cerah
Lirik dan rap kami bak anugerah
Ini semua sebelum semua anugerah
Masa bila lapar semua makan mee segera
Show pertama luar KL di Pulau Pinang
Lapan orang naik dua Kancil tapi semua senang
Dua bilik empat katil jadi empat di lantai
Kalau tidak silap ada yang sampai di tepi pantai
Dan kali pertama kita diserbu peminat
Di Kuching, Sarawak seperti semalam aku ingat
Setiap langkah bersama seakan tidak percaya
Kita berjaya jadikan rap sebagai kerjaya
Permulaan pengembaraan yang berliku
Dan ini mungkin sinopsis hidupku dalam lagu
Kau kembarku hari ini dan semalam
Jadi hari esok itu sendiri boleh faham
Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua
Pada mulanya kita menjajah
Lagu-lagu bahasa penjajah
Dan kita berdua budak belasan
Kau pandai buat percaturan
Industri penuh dengan peraturan
Semua kita bahas dan pidatokan
Sebab ini dua budak bijak
Kita kata ya mereka tidak
Kalau gagal merancang itu merancang untuk gagal
Ku masih ingat pesanmu
Ingat Zal kita Z paling handal Zal
Suntikan semangat untukku
Setiap persembahan phenomenal
Beribu lagi fans luar stadium
Lepas pusing satu Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia
Angan-angan jadi impian impian jadi cita-cita
Kata-kata jadi lagu puisi jalanan tercipta
Siapa kata jangan bermimpi doaku pada Yang Esa
Mungkin permulaan baru di ketika berbeza

Tuesday, January 20, 2015

Masa Berlalu Pantas... Oh Anak

Assalamualaikum... 

Kadang-kadang rasa macam baru bersalin jerk. Tapi Zaheen dah 3bulan 2minggu. Macam tak sangka dah harungi saat getir bersalin, berpantang semua. Alhamdulillah. Haaa masih terbau-bau lagi bau baby masa lahir. Sedap sangat bau die. Sekarang pun masyam susu pun nak cium jer. Hahahaha. Aku ker ibu-ibu lain pun sama. Rasa tak puas nak cium dia.

Naik 2 kg dari masa dia lahir. Alhamdulillah. Rindu Zaheen. 







Monday, January 19, 2015

Congo Bars Trial

Assalamualaikum. 

Haaaaa Congo Bars ni. Aku cam suka lak Congo Bars ni. Hahahaha. 1st time makan masa aku tengah pregnant aritu. Cik Boss kawan aku bawak datang ofis. Aku makan 3 ketui kot. 

Ni lah rupanyer. Sedap sebab tak manis sangat. Hehehe. 

Masa pun berlalu. Pastu kat FB kawan-kawan aku sibuk order Congo Bars dari kawan sekolah kami. Dilla, nama kawan aku tu. Dia memang baking dari umah. Dia pun ada buat jugak Congo Bars. Kebetulan aku pun dah habis pantang & nak buat majlis Aqiqah untuk Zaheen so aku pun order la sekotak. Makan sendiri jer uolss. Sedap. Memang sedap. Hahahhaa

Tu dia, menarik tak? Seyes sedap okehhh. Adik-adik aku pun suka. 

So masa bulan December aku rasa teringin beno nak makan Congo Bars. Kawan aku lak close order sebab cuti sekolah kan. Nak spend time dengan anak-anak dia. So aku pun gigih la google resipi. Memang banyak resipi tapi kan mana satu yang sedap. Hahahaha. So akhirnyer aku buat keputusan nak follow resipi di blog yang satu ni. 



Dah setel beli bahan-bahan, so mari mulakan operasi. Zaheen pun tido. Maka terhasillah Congo Bars dari hasil tangan aku. Kikikiki. Nervous nak tengok hasilnyer. Siap jer masak terus potong bagi Mak & Adik-adik rasa. Komen, sedappp. Yeayyyyy. Walaupun tak chewy mengikut spek Congo Bars sebenar. Tapi diterima. Yeahhh. Licin okeh. 




Tadaaaa my Congo Bars


Aku lagi semangat masak bila makanan tu diterima oleh insan tersayang. Ahakss. Bagi aku simple jer resipi Congo Bars ni cuma teknik nak buat tu penting. Kalau tak memang tak bape jadi sangat. Lagi satu kos bahan tu agak mahal. 

Okeylah... Babaiiiii. 




Masak Pizza Uolss

Assalamualaikum. 

APA KHABAR SEMUA? hehehe. Malam tadi AJL 29 kat TV3, tapi aku tak tengok sangat. Layan Zaheen, malam tadi die macam tadi dok bersin-bersin. Selsema sudahnyer. Cian die. Tak selesa la tu. Bukan orang-orang sekeliling dah demam. Musim kan. Aku pun dah mula bersin-bersin gak. 

Aku baru sampai pagi tadi. Terlewat sket gerak. Bangun sejam sekali, cian tengok Zaheen. dah kol 4 pagi baru die lena. Aku lak ting tong. So taknak paksa diri so aku tidur la kejap & decide gerak lepas Subuh. Last week aku gerak sebelum Subuh. 

PJJ dengan anak ni kena lah berkorban. Korban masa, tenaga, wang & macam-macam lagi. Boleh jer aku nak balik petang Ahad tapi masa dengan Zaheen tu singkat la. Lagipun kalau aku balik apa aku nak belek kan. hehehehe. Baik belek si kecik tu. Dah makin tegap berdiri. Mandi berdiri dah. 

Haaa cuti weekend baru ni aku buat Pizza. Dinner & Breakfast. Mat Salleh sangat kan. Hahhaaha. Aritu adik ipar aku buat & bawak balik kg. Sedap. So apa lagi mintak recipe. Dah mintak recipe kan, so haruslah cuba buat plak kan... Hehehe. 

Rupanya tak la susah sangat buat Pizza ni. Yang penting doh tu kena sedap. Nak gebu or nipis macam Dominos. Takde hal. Kita buat kan. Hahahaha. 

Tadaaa mempersembahkan... Pizza in the house. Buat simple jer, letak sosej, isi ayam. 







Nah resipi dari blog green strawberry. 
Aku olah sket jer. Adik aku yang uli doh. 

Bahan2 :
Untuk DOH
1. 250 gm tepung gandum
2. 1/2 paket yis / mauripan
3. 3/4 cawan air suam
4. 1 sudu teh garam
5. 1 sudu teh gula

Inti pizza :
1. sos spegetthi (Kimball) / sos cili untuk pedas (taknak letak pun takpe) / sos pasta Adabi
2. lada benggala hijau / merah / kuning
3. Cendawan butang (optional)
4. sosej ayam / daging
5. isi ayam (perap & masak sekejap)
6. bawang besar Holland
7. parutan keju mozzarella / kepingan cheesedale

Cara2
1. Panaskan oven 200 - 220 darjah celcius
2. Buat adunan doh pizza - yis di campurkan dengan air suam dan tuangkan ke dalam tepung serta masukkan garam dan gula.
3. uli tepung tersebut sehingga sebati , lembut dan tidak melekit
4. biarkan adunan naik jadi 2x ganda
5.Apabila doh sudah kembang, tepek doh tadi ke dalam pan pizza(  aku guna dulang pembakar oven tu yang empatsegi pizza. hehehehe ) Jika nak kulit tebal, lebih kan doh semasa tepek.jika nak nipis, pizza akan jad rangup seperti Domino pizza... 
6. sapukan sos pasta & lapiskan dengan sos cili
7. susun lada benggala, cendawan, sosej, isi ayam dan bawang besar (ikut suka nak susun macam mana pun)
8. taburkan parutan mozarella (koyak kepingan cheesedale)  diatas lapisan terakhir. Ikut suka klu nak letak lebih
9. Bakar dalam over dalam 20 minit
10. Sedia dihidang. Boleh makannnn. hehehhe. 


si kecik ni khusyuk tengok orang buat Pizza

Okeylah itu jer nak citer. hehehee. Byeee

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...