sekadar berkongsi.. untuk renungan bersama...
Adik,
Jika ibu menyuruhmu berjalan
Sedang engkau baru belajar merangkak
Jangan merungut.......
Kerana dia sedang mendidikmu menjadi juara
Anak,
Jika bapa menyuruhmu berlari
Sedang engkau baru belajar berjalan
Jangan merungut........
Kerana dia sedang melatihmu menjadi juara
Pelajar,
Jika guru menyuruhmu berpidato
Sedang engkau baru belajar membaca
Jangan merungut..........
Kerana dia sedang membimbingmu menjadi juara
Siswa,
Jika pensyarah menguji kepintaranmu
Sedang engkau baru mengenal bijaksana
Jangan merungut.......
Kerana dia sedang membinamu menjadi juara
hasil nukilan
Zulnaidi Yaacob,
USM The Apex University
No comments:
Post a Comment