sekadar berkongsi.... untuk renungan bersama
Sebelum bersua kalian,
Jauh ku mengembara,
Takdir tertulis….aku seketika di sini
Bertemu kalian semua
Menjalin hubungan persaudaraan
Bersama sekujur diri Ini
Ku bawa segenap pengalaman
Yang ku kutip sepanjang perjalananku
Sebelum ke sini
Pengalamanku bertambah lagi
Di daerah ini….bersama kalian
Pengalaman lepas mendidik aku
Membentuk cara aku berfikir
Aku hanya di sini seketika
Ada pengalaman untuk dicerita
Tapi yang sempat cuma sedikit
Bukan kerana aku tidak ingin memberi
Tapi kalian berat menerima
Selepas destinasi ini, aku akan melangkah lagi
Cuma arahnya belum pasti
Apakah destinasi itu
Sementara jua...atau destinasi kekal
Kerana aku seorang pengembara
Tiada kesedihan untuk perpisahan
Aku tak mungkin kekal di sini
Yang akan terus kusemadi
Doa ku agar kalian berjaya
hasil nukilan...
Zulnaidi Yaacob
Pulau Pinang
No comments:
Post a Comment