Assalamualaikum.
hi semua, hope semua dah bekpes.
mode nak tengok laut, maknanya aku ngah merajuk la. hehehe. apa kena mengena laut time merajuk ntah. tapi itulah aku. tak kiralah kalau aku merajuk dengan orang yang aku sayang iaitu family dan yang terbaru ET (ET stand for Encik Tunang) mesti rasa nak g tengok laut. tapi kat KL ni mana nak cari laut or pantai kan, jadi tengoklah awan.
kenapa? bukanlah time merajuk baru nak tengok laut & awan cuma bila time merajuk dan2 tu jugak nak tengok. sebabnyer bila merajuk @ bersedih tu lah tempat untuk mendapatkan kembali rasa tenang. damai. pujuk hati ini. lagi satu masjid. tu lah tempat bakal aku tuju bila hati rasa tak best.
aku ni kadang nampak jer kasar tapi bila kena marah lagi-lagi dengan orang-orang tersayang cepat nau nak terjelepuk. hehehe. tak macho sungguh kan. bak kata ET baru kena marah dah merajuk. tapi die pujuk balik okeylah sket. yalah tahu salah sendiri tapi kita hanya insan biasa kan try to be the best, buat yang terbaik tapi kadang2 terlepas pandang, bukan tak serius. tu sebabnyer aku perlukan teman di sisi. untuk ngatkan bila masa aku terlupa. tu sebab Allah menjadikan kite berpasangan.
ET marah pun sebab sayang, marah-marah manja. try to understand someone it takes time kan. slowly know & understand more each other. bukan senang nak senang gitu. eh salah peribahasa ker?
teringat kisah 9 June yang lalu, masa week final exam kitaorang seminggu selepas aku bertunang, bila mana line celcom aku takde. bayangkan dari kol 3pm camtu sampai la 9pm ker nak dekat 10pm jugak la. aku memang tak dapat nak contact sesiapa. maka dok la kat umah diam2. masak, makan, tengok tv, gosok baju stok seminggu still line takde jugak. nak g public phone kat bawah tak leh guna lak, nak kuar kang susah nak contact orang sebab hp takde line. housemate, roommate semua kuar takde yang balik lagi. once roommate balik terus lah pinjam phone untuk kol ET. apa lagi soalan bertalu-talu dengan sebab sebab risaukan aku. seyes aku takde niat nak risaukan ET tapi line takde. ET risau apa2 jadi kat aku. sebab die kol tak dapat2 dari petang lagik. lebih 5 jam aku tak dapat dhubungi. aku lak tak terpikir nak g cc or cari no baru untuk contact. sangat tak terpikir. aku dah risaukan ET, sampai die tak study. masa tu baru aku realize yang aku dah jadi tunangan orang. ET kol kawan2 aku yang lain untuk cari aku kat mana. kalau lah dekat mau die dah cari aku kat umah kan. lepas dari tu 2 orang BFF aku kol. sori korang dah jadi polis cari aku. mana nak tahu line celcom lama takde. memang majuk ngan celcom. malam tu jugak mengalir jugak airmata ni sebab dengar luahan ET. bila wujud rasa sayang maka........
ada hikmahnyer jugak bila perkara itu berlaku, ia sebenarnya menguji sejauh rasa sayang antara satu sama lain. terima kasih Ya-Allah kerna beri rasa sayang ini untuk aku menyayangi seorang insan bergelar lelaki. terima kasih kerna buka pintu hati ini untuk seorang lelaki yang bergelar Tunang bakal menjadi suamiku. in shaa Allah.
oppsss sayu lak rasa.
sambung lagi. okey babai.
No comments:
Post a Comment