Assalamualaikum.
Aku doakan semua sahabat2 aku sihat. dah sarapan lum? jangan lupa makan pagi tau. sangat penting. aku pagi2 dah lapar sangat2. so pagi ni menu aku nasi kerabu, lama gila tak makan kot. amik yang biasa + telur masin tapi nasi banyak tu, lupa nak mintak separuh.
haaa aku baru jer dalam 2 minggu start minum teh hijau. maklum la aku ni addict nescafe. so nak try slowly reduce. sebelum ni 1 hari boleh cecah 3 cup tau. now only 1 cup jer. after this is shaa Allah leh kurangkan terus atau minum once a week. bukan apa, nescafe aku minum bukan o, but nescafe tarik. hehehe. tambah buat sendiri kan. cuma sekarang ni kadang2 minum tak habis, sayang la kan... that my target.
sekarang ni pagi2 minum teh hijau dulu. banyak khasiat teh hijau. aku jer yang baru nak mula. heheheh. rasa dia cam kelat2. haaa no sugar tau. kadang2 nak ubah selera teh hijau plus madu. or teh hijau plus lemon. sedap2. kat sini antara khasiat teh hijau. aku tanya pakcik google. hehehe.
Kebaikan Teh
Hijau
1) Khasiat Teh Hijau
Teh Hijau telah diamalkan di Negara China semenjak 4000 tahun dahulu. Orang cina telah menggunakan teh hijau untuk merawat segala macam penyakit dari sakit kepala sehingga kemurungan.
Kesemua jenis teh adalah dari jenis pokok yang sama iaitu Camellia Sinensis. Kaedah pemprosesan sahaja yang membezakannya:
Proses Pembuatan Teh Hijau
Daun teh yang baru dipetik diwapkan untuk satu tempoh pendek dan proses ini menghalang daun bertukar warna atau pun mengalami penapaian. Selepas pengewapan daun ini dikeringkan. Kandungan polyphenols dalam teh hijau tidak terjejas berbanding dengan teh yang lain.
Kini kajian saintifik telah membongkarkan rahsia kebaikan Teh Hijau, antaranya seperti di dalam Journal Of The National Cancer Institute, 1994, mengatakan satu kajian epidemiologi menunjukkan yang meminum Teh Hijau dapat mengurangkan risiko barah esophagus dikalangan lelaki dan wanita Cina sebanyak 60%.
Secara umumnya Teh Hijau didapati menyihatkan apabila diminum semasa rawatan barah, arthritis rheumatoid, aras kolesterol tinggi, penyakit kardiovaskular, jangkitan dan penurunan fungsi imun.
Rahsianya adalah paras catechin polyphenois yang tinggi khususnya epigallocatechin gallate (EGCG). EGCG adalah antioksidan yang hebat. Antioksidan Teh Hijau 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat dari Vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA daripada kerosakan oksidan
Antioksidan yang kuat telah dibuktikan berupaya melawan virus, melambatkan penuaan dan mempunyai kesan baik keatas kesihatan. Radikal bebas adalah molekul yang amat reaktif dan boleh mencederakan sel dalam badan dan seterusnya menjadikan badan terdedah kepada pembentukan barah, penyakit jantung dan penyakit degeneratif dan metabolik.
Catechin memusnahkan radikal bebas dan mempunyai kesan yang menakjubkan ke atas kesihatan seluruh badan.
Selain dari itu ia boleh membantu merencat pertumbuhan sel barah, pengawalan paras kolesterol LDL dan secara tidak langsung mengurangkan gumpalan darah tak normal yang menjadi penyebab utama serangan jantung dan strok.
Antara kebaikan teh hijau adalah:
• menurunkan kadar kolesterol
• anti oksidan / awet muda
• meransang penurunan berat badan dan membakar lemak
• melindungi fungsi ginjal
• mencegah diabetes
• mencegah keracunan
• mencegah bau mulut
• mengurangkan risiko strok
• kaya mineral dan vitamin
• membantu mencegah penyakit menyerang tubuh badan
• mencegah kerosakan gigi
• melancarkan sistem pencernaan
• mencegah hepatitis
• melindungi paru-paru daripada racun rokok
Di beberapa buah negara, amalan meminum teh hijau mampu mengurangkan kadar kematian. mungkin kerana ianya mempunyai khasiat yang cukup banyak dan lebih baik daripada teh hitam (teh berwarna merah yang kita biasa minum). Jadi, sekali sekala tu bolehlah kita selang selikan minum teh hijau juga.
aku beli teh hijau brand BOH jer. bak kata Kevin Zahri, tak kisah brand asalkan teh hijau kan.
Lagi satu, aku jumpa benda ni.
"It is an advice to drink one cup of green tea
every day after every meal. You would gradually notice a big
change in yourself. It would make you slimmer and beautiful. It keeps your
body in shape and this feeling brings an utmost joy and
relaxation"
Tips kat sini: Jangan minum directly lepas makan. Take
time dan bagi sikit masa untuk makanan tu turun dulu. Sebab, kalau tak nanti,
perut cepat buncit.
lagi satu yang amalkan tapi takde la hari2 sebab aku ni ada gastrik salah time minum air masak + lemon ni mau pedih perut seharian. hehehe. lemon baik untuk detoks jugak.
KHASIAT
Sebiji lemon mampu menghasilkan kira-kira tiga sudu besar pati jus berkuantiti 50ml. Bagi memudahkan ia diperah, lemon perlu disimpan dalam suhu bilik agar jusnya lebih mudah dikeluarkan. Ia mengandungi manfaat karbohidrat, lemak, protein, thiamine (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid panthothenic (vitamin B5), vitamin B6, folat (vitamin B9), vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, potassium dan zink.
Bagi anda yang masih baru mengenali buah ini,
menikmati lemon boleh dilakukan melalui beberapa gaya masakan seperti
mencuba resipi ayam bersos lemon. Untuk menggalakkan si cilik turut
mencubanya, anda mungkin boleh mengolah sendiri aiskrim lemon sorbet,
agar-agar lemon, kek lemon atau perah sahaja untuk dijadikan lemonade
yang segar! Sambil itu, terangkan kepada yang tersayang beberapa
khasiat lemon:
·
Lemon kaya dengan antioksidan yang
menyahaktifkan radikal bebas dan menghalang pelbagai penyakit berbahaya
seperti strok, penyakit kardiovaskular dan kanser.
·
Jus buah ini membantu menurunkan
tekanan darah dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).
·
Titisan pati lemon pekat di dalam air
panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati.
·
Pengambilan jus sitrus ini membantu
meningkatkan produksi antibodi di dalam darah untuk menentang pelbagai
jangkitan dan serangan mikroorganisma.
·
Kajian menemui khasiat
anti-karsinogenik di dalam lemon untuk merendahkan risiko kanser kolon,
prostat dan payudara. Ia turut mencegah kerosakan metabolisme dalam sel
yang akan menukarnya menjadi karsinogenik.
·
Pesakit jangkitan salur kencing atau
genorrhea juga boleh mengambil jus lemon sebagai langkah pencegahan.
·
Amalan menikmati jus lemon setiap hari
membantu mengurangkan masalah sakit colic dan gastrik.
·
Amalkan sesudu sirap lemon pekat sehari
untuk mengubati asma.
·
Jus lemon amat sesuai diminum untuk
mencegah dehidrasi dan kesan diarea. Ia juga membantu memberikan cahaya
keserian wajah.
·
Mengalami inflamasi lidah, stomatitis
atau gingivitis di dalam mulut? Amalkan meminum jus lemon untuk
mengatasinya.
·
Berkumur dengan jus lemon juga dapat
menyingkirkan plak, memutihkan dan menguatkan enamel gigi. Ia juga
mengubati jangkitan tekak dan bagus untuk rawatan diphtheria.
·
Kebiasaannya, pati jus lemon digunakan
untuk memerap makanan laut atau daging untuk membunuh bakteria dan
organisma yang terdapat di dalamnya.
target untuk sihat, ceria, happy, kurus, fit, dapat berat ideal. maklum la aku ni kan tak bape tinggi so kena la berat tu dalam terkawal. at least baju yang leh pakai lama. hehehe. kalau ikut ideal berat lagi 5 kg nak turun. tu kira capai berat ideal yang max. yalah macam aku tinggi 150cm. berat ideal range 48-55kg kan... so dapat 55kg pun dah okey. hehehe. lagi satu ukuran pinggang tu taknak lebih 35inci. sekarang 33inci tau. nak dapat 29 inci.
slowly reduce. slowly loss weight. jaga makan. amalkan senaman. jalan kaki merupakan senaman yang baik. mari sama2 jaga kesihatan.
sekian dulu. babai...
8 comments:
samalah kita.. tgh amalkan both ni.. gudluck!
Kalau nak cuba teh hijau brand Ahmad Tea London boleh order dekat blog saya. [ Menjual Teh Hijau/ Green Tea Ahmad Tea London]
Green tea organik terbaik dari banjaran himalaya nk order pm sy 01122177726, wan.aziz62@gmail.com
Green tea organik terbaik dari banjaran himalaya nk order pm sy 01122177726, wan.aziz62@gmail.com
teh hijau yang dijual di genting pun best jugak..ni tips saya,kalau nak rasa tubuh tu selalu ringan campur la dengan halia dan madu.
Klik sini jika anda ingin mengetahui tentang manfaat teh hijau yang dikongsi oleh Oh kiji.
Terima kasih admin..memang bermanfaat.
Assalam...saya skrg ni tngah amalkan tea hijau..utk lebih elok dtmbahkan dngan lemon or limau nipis kan?sy nk tnya klau nk msukan lemon or limau nipis kena perahkan ke dalam tea hijau ke?harap dapat membantu..tq so much
Eh sama laa...kita pun minum teh hijau brand Boh. Hehe.
salam,teh hijau tu tambah air perasan limau nipis ok ker,sye baru jer amal kan minum teh hijau,tolong bantu ye,untuk dapat kan berat ideal,tq so much
Post a Comment