Tuesday, March 4, 2014

Tips Kahwin Free Wooo.... Pelabur Underground... Ahoiiiiii


Assalamualaikum

Last weekend 1hb & 2hb Mac aku & Ipin pergi ke Kolokium Underground 2014. 
Tujuan utama nak menimba ilmu dengan insan-insan yang telah berjaya. 
Haippp mereka ni jutawan senyap okeh. Kolokium ni bermaksud perhimpuan. 
Aku & Ipin ingat dalam 100+++ jer peserta sekali masa datang pendaftaran amik kaawwww.. ramai woooo...
Rupanya peserta 600++ okeh... seyes ramai woooo.. cer tengok pic kat bawah ni & cuba cari aku... hahhaha.. gurau jer. lempang kang. 


Banyak la jumpa sifu yang berjaya dalam bidang masing-masing. Tujuan mereka adalah untuk membanyakkan lagi golongan Melayu berjaya di bumi sendiri. sekarang paham-paham kaum apa yang menguasai pasaran. so tujuan mereka ni baik, nak lihat golongan Melayu berjaya. Bak kata Tuan Zaidi "kemiskinan bukanlah satu pilihan" 

Salah satu yang menarik yang dikongsikan oleh Tuan Zaidi Ismail ialah berkenaan macam mana nak manupulasi wang. itupun die share berdasarkan pengalaman beliau sendiri. tapi yang menarik aku nak share ialah pasal isu kahwin. ialah kite ni kan kalau nak kahwin persiapan amboi bukan main. pastu lak sibuk nak ikut orang, semua orang buat macam ni, kita pun buat. apa yang Tuan Zaidi tekan ialah jangan ikut orang. Contoh ada yang kahwin sebab nak nampak gah buat pinjaman peribadi sampai 20k ker 30k, sudahnya anak dah 3 pun hutang tak setel lagi. sebab niat nak kenduri besar gah macam orang lain. so tak mahu la camtu kan. maksud die buat ikut kemampuan. yang penting nikah kan, pastu kenduri kan sebab nak bagitau orang tentang perkahwinan kita. 
haaa lagi satu berkenaan jemputan kadang-kadang tak logik menjemput, jemputan 1000orang, padahal yang betol kenal antara sama lain dalam 200++ orang jer. tak ker membazir tu. gitu lah maksud die. 
pasal kahwin free tu bukan free pasal kena tangkap ker apa? free di sini bermaksud pihak hampir tidak mengeluarkan wang hantaran yang berjumlah 5k ker 10k ker atau yang mencecah hingga 30k. no no. keluarkan hanya yang penting jer. 

meh kita pantun dulu..... 

"Tanam pinang rapat-rapat
Biar senang puyuh berlari
Ku pinang--pinang, tak dapat-dapat
Ku pujuk-pujuk, ku bawa lari"

  1. Nikah dulu, kenduri kemudian. Setiap tahun, boleh buat wedding anniversary. 
  2. Kos kahwin: (1) mas kahwin, (2) upah kadi, (3) upah saksi
  3. Untuk hantaran: (a) beli rumah yang semurah-murahnya atas nama bakal isteri di Sales & Purchase Agreement. Photocopy muka depan S&P dan framekan (Baca: beli rumah supaya boleh keluarkan wang simpanan KWSP akaun 2), (b) kereta bakal suami jual kepada bakal isteri, (c) gunakan duit simpanan sedia ada beli sijil simpanan premium/sijil ASB, buat colored photocopy atas kertas berkualiti dan framekan salinan photocopy.
  4. Mas kahwin boleh diberikan dalam bentuk dinar & dirham.
  5. Pergi jumpa wali bakal isteri, dan rundingkan perihal (3).
Pesanan Tuan Zaidi jangan ikut orang tapi buatlah ikut kemampuan kita sendiri. bukan apa duit lagi banyak nak pakai lepas kahwin. so jimat-jimat masa buat majlis kahwin tu yer. haaa lagi satu sila asingkan "emosi dengan matlamat" 
maksud di sini kadang-kadang kena hati kering, bukan apa kalau terlalu pikirkan nanti apa orang cakap, nanti apa orang fikir... so sampai bila nak habis. apa pun niat kahwin ikhlas hanya kerana Allah. Dahulukan Allah dalam segalanya. ikut sunnah & pedoman yang telah diberikan. ikut syariat Islam yang sebenar. 


p/s: "Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari maskawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya." (Quran, 4:4)

semoga bermanfaat. Maaf andai ada kata-kata yang salah. saya pun masih lagi belajar. 
nanti aku akan update lagi di entry yang lain. 

Thanks for reading 



No comments:

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...