Thursday, December 31, 2015

Sabun Montok & Mewangi.....

Assalamualaikum…..

Hai Uolss…

Jen Jen nak share sket pasal sabun homemade yang dihasilkan oleh Kak Suzy Honey.
Ada macam-macam jenis sabun antaranyer
Sabun Sireh,
Sabun Kopi,
Sabun Kunyit,
Sabun Neem,
Sabun Safron,
Sabun Rose Petal,
Sabun Herba,
Sabun Baby,
Sabun Montok,
Sabun Mewangi & terbaru
Sabun Aura.

Tapi arini Jen Jen nak citer sket pasal 2 jenis sabun khas untuk kaum wanita. Memang special Kak Suzy Honey hasilkan untuk kaum wanita only.
Sabun-sabun lain untuk baby, kanak-kanak, kaum lelaki pun boleh guna. 2 jenis sabun yang khusus untuk wanita iaitu Sabun Montok & Sabun Mewangi.

Sabun Montok dengarnyer pasti tahu untuk apa kan.
Sabun Montok dirumuskan khas untuk penjagaan payudara bagi menegangkan & mencantikkan kulit payudara.
Kandungan dalam Sabun Montok adalah Ekstrak Pueraria Mirifica, Aloe Vera Ekstrak, Pegaga, Fennel, Ylang Ylang Essential Oil, Vitamin E, Vitamin C, Olive Oil & Almond Oil.

Cara penggunaan adalah dengan basuh & cuci permukaan payudara dengan Sabun Montok sehingga berbuih. Dan biarkan seketika selama 2 ke 3 minit.
Lakukan urutan dari bawah ke atas payudara dengan lawan arah jam. Kemudian cuci bersih.

Oh ya boleh digunakan jugak untuk punggung.

Lagi satu iaitu Sabun Mewangi.
Sabun Mewangi adalah sesuatu yang teramat istimewa kerana ianyer penyelamat wanita.
Mampu merawat & menghilangkan keputihan & miss V berbau.
Ianyer juga mampu mengetatkan miss V tau. Sangat terbukti berkesan. Pengasasnyer dah  test pakai dulu sebelum dipasarkan. Hehehe.
Kandungan dalam Sabun Mewangi adalah daripada Ekstrak Sireh, Manjakani, Serapat, Mint, Pandan, Rose, Lemon, Vitamin E, Evening Primrose Oil (EPO) & Litsea Cubeba.

Cara penggunaan ialah dengan basuh & cuci kawasan miss V dengan Sabun Mewangi. Biarkan seketika selama 1 ke 2 minit, kemudian cuci bersih.
Boleh digunakan sewaktu haid. Gunakan tanpa was-was!!!

2 jenis sabun dulu yer. Lepas ni Jen Jen story pasal sabun lain plak.
Okeylah….

Nak try, nak order boleh roger Jen Jen 013-6133658


Okeylah nanti sambung story lagi. 
Babaiiiii. 

Tuesday, December 29, 2015

Kenapa Jamu Homemade By Suzy Honey????


Assalamualaikum & salam tengahari. 

Kepada semua gegadis yang masih bujang & single tu, wanita yang sudah berkahwin, yang ingin mencari jamu or herba untuk menjaga kesihatan dalaman @ merawat dalaman @ merawat penyakit/masalah @ nak kekalkan kecantikan, marilah dapatkan produk asli yang dihasilkan khas untuk kita semua. 
Ya, 100% asli & tiada campuran kimia @ bahan-bahan terlarang. 
Aku memang cari produk yang asli. Maksudnyer jika ia manjakani memang manjakani semata, takde la campuran lain. Kadang kita ni nak buat sendiri tapi cuma masa, bahan & kekangan lain menjadikan tak sempat. Suzy Honey memang amalkan makanan herba yang dijadikan untuk kaum wanita. So kalau kita tak jaga sapa lagi kan. Bukan apa, nak jaga diri sendiri, nak jaga keluarga, nak beribadat. 

Aku sendiri dah buat list untuk aku amik & makan masa dalam pantang nanti. 
Oh ya, bagi yang nak ala-ala spa bole try sabun yang dihasilkan oleh Suzy Honey. 

Bagi mereka di sekitar Johor boleh dapatkan dengan Jen Jen. Yang mana dekat dengan Jen Jen, boleh COD. Bagi negeri-negeri lain boleh juga Jen Jen poskan. Apa-apa nak tahu, nak tanya, boleh jer whatsapp Jen Jen 013-6133658. 

Okey.... babaiiiii.... 
Terima kasih.

...



Kisah Cuti & Roti Canai Arang

Assalamualaikum. 

Hai uolss. Macam mana cuti ujung tahun uolss? Arini aku baru naik keje lepas cuti panjang sket. Sket jer. Yalah kan cuti dari khamis sampai ahad. Semalam ada checkup, cuti sebab ada something to settle. Hubby pun cuti.

Khamis lepas kan Maulidur Rasul so hubby kena bertugas pagi tu. Lepas setel semua baru kitaorang gerak balik Melaka. Tak jem tapi kereta banyak jugak. Aritu adik beradik aku semua balik umah mak. Tapi kitaorang sampai dah nak Asar. Happy gedik Zaheen dapat jumpa atok nenek dgn acik2 dia. Siap ikut nenek & acik fira & acik fara kuar g duyung tinggalkan Mama Ayah. Happy sokmo die kalau dapat kuar.

So dah Zaheen takde, hubby ajak g pasar malam lepas Asar tu. Aku pun berkurun tak g pasar malam air molek. Maka berdua-duaan kami. Hehehe. Tak cari apa pun, saja jalan, cari mainan Zaheen, beli kopok lekor, jus durian belanda.

Jumaat takde buat apa sangat, lepak kat umah jer. Petang la baru kuar, g MiTc kebetulan ada jualan gudang Pakson. Cari lapik tilam, shopping baju Zaheen & adik Zaheen. Die sekarang kalau dapat jalan memang taknak di pimpin. Jalan laju plak tu.

Comel tak baju adik Zaheen itu. Hehehe. 
Mama die yang excited. Hehehehe. 





Sabtu pagi dah bangun sebab Mak Abah nak gerak g Perak. Ada kenduri kawen kat sebelah umah, so dalam tengahari memang g situ, wakil mak abah. Petang sket hubby ajak g tgk event dekat masjid al-azim. Pastu ada taman arnab. Bawak lah Zaheen kat situ.




Ahad pagi g cari bekpes. Hubby ajak try makan kat Bachang Roti Canai Arang. Prrghhh tu dia ramai giler orang. Kena sabar sket. Hubby order Roti Tampal Dangdut. Special sebab guna arang untuk masak roti canai. Menu lain ada jugak. Petang tu buat Biskut Roti. alaaa roti sapu marjerin bubuh gula pastu bakar. Hubby suka. Zaheen pun suka gak. Makan sket-sket kan. 





Hubby aku kalau balik Melaka mesti akan beli air tebu kat Duyung tu. Sedap & fresh. Tak batuk bila minum. Dia siap buat aiskrim Malaysia lagi. Buat bekal balik Kulai. 


Okeylah tu jer nak story dulu. Babaii.. 

Tuesday, December 22, 2015

Hello....

Assalamualaikum….

Hai semua. Lama tak update story kat blog kan.
Bersawang berhabuk. Hehehe.
Minggu ke 4 aku aku kerja kat JB.
Alhamdulillah dah boleh manage perjalanan ke ofis.
Kerja masih belajar lagi. Maklum la memang new knowledge bagi aku.
Aku buat teknikal sekarang ni.
Zaheen pun Alhamdulillah dah makin serasi dengan pengasuh.
Badan die pun dah naik tau, makan, susu. Hehehe.

Aku plak dah masuk 36w minggu ni. Dah masuk 9 bulan.
Maknanyer tak lama lagi nak jumpa adik Zaheen.
Masa scan aritu doctor cakap nampak mostly like gurl.
So aku & hubby prepare dah nama cuma tak decide nama mana satu.
Tapi aku prepare 1,2 nama baby boy jugak.
Untuk barang adik Zaheen takde la beli banyak sangat terutama baju.
Nanti die dah 2 bulan boleh la shopping baju lagi kan. Sekarang beli yang penting jer dulu.
Beg baju baby dah ready kat dalam kereta.

Oh ya, aku sekarang agent bagi kawasan Johor untuk Jamu Suzy Honey. In shaa Allah, kali ni berpantang nak guna set bersalin jamu dari Suzy Honey.
Nak merawat masalah yang ada. Tukang urut dah mintak adik bookkan.
Bersalin kat mana tak tahu nak cakap. Kalau dapat cuti awal aku balik Melaka. So bersalin kat Melaka.
Kalau kata bersalin kat JB pun, aku akan berpantang kat Melaka jugak. Hehehe. Sebab tukang urut kat sana.

Okeylah tu jer story kali ni.  


Thursday, December 10, 2015

Jamu Homemade Suzy Honey



Assalamualaikum
Hai..Saya Jen Jen Konsultan Jamu Suzyhoney

Terima kaseh kerana berminat utk mencuba Jamu Homemade By SuzyHoney. 

Jamu kami terbukti telah  membantu ramai wanita yg mempunyai masalah2 dalaman kembali normal,mantap dan sihat luar dan dalam, malah mampu menikmati malam seperti malam pertama!

Kebaikan #JamuHomemadeBySuzyHoney :

Mengecutkan rahim
Mengetatkan faraj
Merawat masalah becak
Mewangikan miss dan air mani
Merawat Keputihan
Memantapkan payudara dan punggung
Memejalkan badan
Menaikkan seri wajah
Memulihkan nafsu suami dan isteri

Misi kami >>> Biar sampai yang memberi tak terberi!

Antara produk yg kami ada:

Set superqmut (pemulihan ) Suzyhoney
RM55 shj

Set superqmut (awet muda) suzyhoney
RM55 shj

Set kesuburan
RM55
 **di ambil selepas  set pemulihan

Miss VQmut
RM15 sepeket  20grm

Insert Pill Qmut
RM15/ 15biji sepeket

Masker manjakani
RM20 sepeket

Masker Melor
RM20 sepeket

Mewangi
RM25

Jamu Kempis / Buang angin
RM40
** lelaki perempuan boleh makan

Kapsul bawang putih
RM25
**lelaki  perempuan boleh makan.

Rebusan akar kayu campuran RM25

Teh kacip Fatimah
RM40

Bust serum oil
RM60 / 20ML

Roses Body Scrub
RM30

Sabun Roses Petal
RM25

Sabun neem
RM18

Sabun sireh
RM18

Sabun kunyit
RM18

Sabun Kopi
RM18

Sabun Baby
RM20

Sabun Herba
RM25

Semenanjung RM6

Sabah / Sarawak RM10

Boleh Whatsapp Jen Jen 013-6133658 

Salam Siaran Dari JB

Salam siaran dari Johor Bahru.

Alhamdulillah, kisah PJJ Jen Jen & Ipin telah pun berakhir.
Minggu masuk minggu kedua aku kat tempat baru.
Still adopt new life. Bukan la new life cuma perjalanan rutin harian yang baru sahaja berubah.

Last week, 1st Dec aku start lapor diri kat opis baru. Agak mencabar sebab nak tahu jarak perjalanan dari umah ke opis.Umah ke opis amik masa dalam 30-45 minit jugak. Jarak dalam 33km. Tempuh jem.

Tu jer dulu... Nanti kita update lagi. Kisah rutin harian yang baru. Hehehehe. 

Wednesday, November 25, 2015

Skin Care Apa eh???

Assalamualaikum....

Aku tengah survey skin care. Sekarang kan guna SYMA BEAUTY tapi kan sebab pencuci die dalam bentuk sabun, lama-lama aku rasa cam leceh plak. heheheh. Plus die macam cepat cair. 


Tujuan pakai skincare nak jaga kulit. Nak kulit bersih. Maklum la kulit tak la cantik mulus mana kan. Lagi satu takde la nampak pucat sangat. Huhuhu. 

So aku ada la tengok SEQY BEAUTY & ELLFIE BEAUTY tapi sekarang bajetnyer. hehehe. 
Macam berkenan nak pakai SEQY BEAUTY tu. 



Dalam dilema plak. Kikikiki. Sebelum kawen aku ada guna SAFI RANIA GOLD. Lepas aku pakai lupa lak sebab kawan aku kenalkan sebab die 2 item jer. Pastu sebab stock susah nak dapat tu aku tukar syma. 


Masih lagi survey apa yang sesuai untuk kulit aku. Hihihi. 

Okeylah, tu jer nak citer. 


Monday, November 23, 2015

Jamu Kempis Perut

Assalamualaikum….

Citer pasal jamu ni. Aku memang mencari jamu yang aku tahu apa kandungan bahan-bahan dalam jamu tu.
Sebab aku ni jenis yang susah nak makan supplement walau orang cakap baik. Sebab curious.
At least aku nak tahu khasiat @ kebaikan apa yang kita amik & makan kan. Tujuan kita amik supplement untuk membantu menjaga kesihatan badan.
Salah satunyer jamu. Allah dah jadikan herba yang boleh dijadikan amalan untuk menjaga kesihatan.
Sebab aku memang tak boleh nak makan kolagen. Nak something yang boleh bantu aku dalam menjaga kesihatan luaran serta dalaman.

Alhamdulillah dalam bulan Sept lalu aku berkenalan dengan seorang kakak cantik Suzy Honey kat facebook. Dia banyak share pasal jamu & kelebihan jamu. Share pasal jamu homemade & amalan yang dia buat menggunakan herba yang selalu kita nampak @ guna dalam masakan. Macam air rebusan yang punya khasiat tersendiri untuk perempuan. Ilmu baru yang aku pelajari. Masih banyak lagi yang perlu belajar & amik tahu, bukan apa untuk kebaikan diri sendiri & share dengan mereka yang tersayang.

Jom tengok salah satu jamu homemade di panggil jamu kempis perut.



This is my special homemade jamu yang diamalkan.

Petua untuk kempiskan berut buncit yg berangin.
1. 3 sudu halba direndamkan halba dlm air dlm 2minit dan toskan seketika.
2. 3cm halia muda diparut2
3. 4 Ulas bawang putih
4. 15biji lada hitam.

Semua bahan2 diatas.
Ditumbuk halba sehingga halus hancur dan kemudian dicampur halia,bawang putih last masukkan lada hitam. 
Tumbuk sampai hancur. 
Kemudian bahan2 tersebut digentel kecil seperti maajun. 
Boleh disimpan dalam peti sejuk letak satu bekas. 
Jamu ini boleh di ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. 
Berterusan diamalkan. 
Perut akan kempis.

* tips cara makan ini : selepas menelan jamu ini, sy standby kan roti atau apa2 kuih utk alas perut. Minum dgn air suam.
*badan akan ringan dan angin akan keluar mengempiskan perut.
*perempuan mengandung tidak sesuai diamalkan.
* bagi ibu breastfeed boleh makan jamu ini (kalau baby jaundis jangan amik dulu)

**** kalau taknak buat boleh jer order, 56 biji RM40. Kalau order jamu ni dalam bentuk kapsul. 

sumber : FB Suzy Honey 

Okeylah nanti kita story lagi pasal jamu. 
Babaiii.... 

Cinta PJJ Areef & Jen Jen

Assalamualaikum.

Apa itu PJJ?
PJJ singkatan pendidikan jarak jauh. Masa sambung degree aku buat PJJ di USM disebabkan kerja.
Kerja dalam masa yang sama belajar. Sebab kalau nak buat full time ongkosnyer. Hehehehe.

Alhamdulillah aku bertemu jodoh dengan kawan sekelas, kira sekelas sebab husband pun buat PJJ di USM.
Maklum la student PJJ ramai nau. Beratus dalam satu subjek. Hehehe.
Itu jodoh yang telah Allah tentukan. Siapa yang sangka kan.

Bila dah kawen, PJJ tu stand for Perkahwinan Jarak Jauh. Kenapa PJJ? Sebab kekangan kerja.
Aku keje di TM KL, husband di PDKJ, Kulaijaya, Johor. Husband aku kerja di bawah kerajaan Johor.
So kebarangkalian die nak ke KL tu memang takde la. Melainkan die di bawah kerajaan Persekutuan.

Dari awal kawen lagi aku memang dah minta transfer ke Johor. Akan tetapi tiada kekosongan & jawatan yang sesuai.
Ada satu post tapi kat bahagian stor. Biasanya post tu lebih kepada lelaki. Pertama sebab kerja. Kedua sebab deal dengan kontraktor yang majoriti lelaki. Ketiga kalau pergi situ memang tak leh kuar dah.
Bos, husband & abah aku tak advice sebab ada kes kurang sedap.

So apply & terus apply, sampai lah aku pregnant Zaheen. Lagi mencabar bila jauh lepas cuti KL & Johor dah tak sama. Masa Zaheen husband selalu datang KL sebab aku memang tak larat nak drive. Pening sentiasa + muntah-muntah jer. Aku deliver Zaheen Oct 2014. Cuti bersalin 3 bulan so sampai Jan 2015.

Bermula Jan 2015 agak mencabar, bila aku berjauhan dengan suami & anak. Perghhhh tak tahu nak cakap camner. Dengan Zaheen 3 bulan masa tu. Disebabkan aku sorang-sorang di KL, mak abah cakap tinggal Zaheen dengan mak abah. Berat hati. Bincang dengan suami, die pun setuju. Buat sementara waktu. Aku akan terus usaha untuk minta pindah. Husband pernah la sampai kata nak tukar kerja tapi dengan keadaan ekonomi sekarang, dengan komitmen yang ada. Mak die pun tak bagi.

Aku pun dah ada komitmen. Kalau takde komitmen rasa boleh jer cari kerja lain & pindah terus. Tak senang duduk. Bukan senang-senang aku tinggalkan anak kat kampung, jauh dengan die, jauh dengan suami. Orang cakap macam-macam jugak tapi aku kena kuat.

Bulan 9 yang lalu aku hampir pindah ke Johor akan tetapi perpindahan suka sama suka, 3 penjuru dibatalkan atas sebab post aku. Frust la jugak sebab dah gtau umah sewa, bagitau family.
Tapi aku takkan putus asa, putus doa. Kawan-kawan pun banyak bagi kata-kata semangat. Teruskan doa. Teruskan usaha.  Asal dengar ada kekosongan kat JB aku terus kol tanya.

Sebelum cuti deepavali yang lalu, HR aku ada cari bos pasal aku. Aku confirm la nak tahu pasal apa kan. Rupanya HR IT & NT release aku untuk transfer ke JB. Selepas 2 kali pencubaan saat aku tak sangka, HR unit tu release aku. Aku pergi dengan post sekarang. Takpe la yang penting dapat pindah dulu. Nak satukan family dulu. Pasal naik pangkat tu nanti kemudian. Rezeki kan Allah yang bagi, kita yang kena usaha & terus usaha. Alhamdulillah.

2 tahun lebih PJJ dengan husband. 11 bulan dengan Zaheen. Alhamdulillah umur Zaheen nak masuk 1 tahun 2 bulan aku dapat duduk bersama-sama dengan die. Alhamdulillah. Terima kasih Ya-Allah. Ofis baru aku nanti dengan Ibusawat JB. Jarak perjalanan dalam 33km amik masa dalam 40minit. So takpe la, kena la ulang alik jauh sket. As long as boleh duduk sekali dengan anak & suami. Sebab sekarang kan ofis dengan umah sewa 3km jer. Hehehe. Dekat kan tapi sekarang ni kalau jam boleh makan jam okeh. Hehehe.

Apa lagi nak story eh. Tu jer la. Hehehe. Sekarang aku dah start packing. Last week dah bawak barang dari umah sewa + opis separuh. Hurmmm…. 11 bulan jugak aku travel every week KL - Melaka. Orang cakap duit habis atas jalan. Harung jer. Tak sempat kira budget. Yang penting balik tengok anak. Selebihnyer tawakal. Ada kawan tanya aku, ko balik tiap-tiap minggu, duit cukup. Aku jawab alhamdulillah, cukup. tawakal jer. Hubby aku pun balik every week cuma kalau kena kerja jer die tak balik.

Teringat lagi masa awal aku naik kerja lepas cuti bersalin, ada yang cakap, sampai hati tinggal anak, nanti anak ko tak kenal ko, nanti anak ko taknak susu badan & macam-macam lagi lah. Perasaan aku. Sedih. Sebagai insan yang baru bergelar ibu, sensitif la jugak kan. Aku pun ada perasaan. Aku amik positif. Malas nak layan & amik port apa orang cakap sebab diorang takde di tempat aku. Tapi dalam pada yang cakap camtu, alhamdulillah yang lain banyak bagi kata-kata semangat & positif.

Ada seorang akak tu cakap, sabar jer. Allah akan bagi apa yang terbaik untuk kita pada masa yang sesuai. Arini genap 8 bulan adik Zaheen dalam tummy. Alhamdulillah dapat transfer before aku bersalin anak kedua. Ujian aku & suami pada awal perkahwinan kami. Tak sia-sia apa yang Allah bagi. Pasti ada hikmahnyer.

Okeylah tu jer dulu. Lama peram citer pasal PJJ ni. 
Aku tak la kuat mana, kadang-kadang macam tak leh harung jer. Tapi gagahkan jugak demi anak, suami & diri sendiri. 

11 bulan ulang alik. Setiap pagi isnin samada 5 pagi @ lepas Subuh dah gerak lik KL. Penat tak? Ada kawan aku tanya. Aku jawab penat tu penatlah aku pun manusia biasa, tapi harung jer. Korban la sket. 

Bila travel ni kena lah packing kan. Angkut jer la beg tiap-tiap minggu. Bagi aku & husband bila jumpa spend time bersama dengan sehabis baik. Sebab masa kami bersama sangat terhad. 

Mesti tak pernah gaduh kan? Kitakan manusia, ada masa merajuk jugak. Hehehe. Takde la baik sepanjang masa. 

Okeylah..... sambung nanti. 




Friday, November 20, 2015

Kisah Sakit Gigi & Nasi Ambeng Kenduri Aqiqah Cousin

Assalamualaikum...

Last week masa cuti deepavali, aku sakit gigi. Tampalan gigi lama tu terbuka pulak. Perghh sakitnyer sampai naik kepala. Apa pun tak larat sangat jadinyer. Dah lah time cuti. Pastu takde nak mood. Nak makan pun tak lalu. Nak tido tak boleh. Zaheen ajak main pun macam takde mood. Tapi layan jugak die main. Rasa tak sabar nak tunggu esok hari klinik buka. 

Rabu tu patut aku gerak pagi-pagi balik keje kat KL. Konon nak g klinik kat KL tapi disebabkan sakit gigi aku tak leh nak fokus driving okeh. So kol 8 lebih dah gerak g bandar Melaka sebab klinik gigi buka kol 9. Aku g Klinik Pergigian Persona kat bangunan Giat Mara. 

Sampai turn aku, doctor check cakap lubang aku tu besar sangat, nak tampal pun no point. Memang kena cabut. Aku kan pregnant. So aku tanya doctor, pregnant boleh cabut gigi ker? Doctor cakap sebab aku dah 30w++ so boleh cabut. So cabutlah gigi aku tu. Bukan 1 tapi 2 sebab ada 2 gigi yang berlubang. Alhamdulillah. Lega 1 part. Doctor bagi MC 2 hari. 

Dapatlah balik tu main dengan Zaheen. Manja anak Mama tu. Bila Mama ada taknak tido buai, ajak aku tido masuk bilik. Yalah bila masuk bilik, tido sebelah die. Die nak tido nak pegang tangan. Dapatlah spend time dengan anak. Ada hikmahnyer. Pastu Khamis malam husband aku balik. Jumaat tu aku g balik klinik gigi sebab bengkak sket so doctor check & bagi ubat so tambah la MC 1 hari lagi. So straight seminggu aku tak balik KL. Lama sket spend time dengan anak. Dengan hubby pun dapat la spend time lama sket. 

Esoknyer Sabtu, makcik aku buat kenduri aqiqah cucu barunyer. Anak Farid & Shima. Buat nasi ambeng. Jawa style. Side abah kan jawa. So pagi tu rewang la. Tapi hero aku Zaheen pun sangat rajin. Hahhahaha. Orang potong kacang die amik kacang, orang siang petai die amik petai. hehehhe. 

Pastu preparation buat kertas untuk bungkus nasi ambeng. Lama kan tak melipat kertas. Layan la pic kat bawah ni yea.  

Kertas dah siap lipat, selitkan sekali plastik 

Daun pisang buat lapik masa bungkus nasi ambeng nanti 

ni lauk untuk 1 dulang.
lauk yang ada, bawah sekali kacang, pastu mee goreng, pastu serunding, ayam, ikan masin, pajeri nenas, timun. 

ginilah rupanyer. Bawah nasi pastu lapik daun pisang baru letak pinggan lauk, 

sebab aqiqah so dalam plastik tu lauk kari kambing 

ni dah siap semua. 

ni cara bahagikan sebelum dibungkus. 1 dulang boleh bahagi 4. 

Setel semua siapkan nasi ambeng, lepas hujan redha aku bawak la Zaheen jalan-jalan kat luar umah. Suka la die. Pakaikan kasut. Tengok la die bebas bergerak kan. Suka la. 




Okeylah itu ajer story kite. babai... Baby dalam perut aktif sangat. Buat apa lah tu. 



Tuesday, November 17, 2015

Besday Kita yang ke 32.... Surprise


Alhamdulillah.... 2 Nov yang lalu genap umur aku 32 tahun. 
Alhamdulillah... Allah masih beri peluang untuk aku lihat dunia ini. 
Alhamdulillah... Dikurniakan kesihatan yang baik. 
Alhamdulillah... Dikurniakan suami, anak & bakal anak yang kedua. 
Alhamdulillah... Bergelar seorang anak, isteri & ibu. 
Alhamdulillah... Dikurniakan family & family yang baik.
Alhamdulillah... Dikelilingi sedara mara yang baik.
Alhamdulillah... Dikurniakan bos & rakan sahabat yang baik.

Pada date besday aku, aku training 3 hari di TMTC Jalan Gurney. 
Alhamdulillah dapat ucapan dari semua kesayangan. Senyum jer hari tu. 
Geng BFF ada ajak makan, sudahnyer final hari Khamis baru dinner dengan diorang. 
Sebab aritu tekak teringin western. So makan lah kat Szilling Steak Bangsar. 
Kedai tu memang sedap kalau nak makan western. Serious. 

Masa sampai tu aku, Ain & Anim. Sebab Anim la beriya ajak makan. 
Aku tertanya Oya, Jaja & Kak Ida tak joint ker, diorang kata sibuk. Ok faham. 
Tetiba nampak ada 3 orang gadis berbaju kurung dari arah tepi, tapi cara jalan aku macam cam jer. 
Rupanyer yes, that Oya, Jaja & Kak Ida. Surpriseeeeeeeeeeeee...

Allah. Aku tak sangka umur dah banyak ni ada surprise. Tapi memang surprise. Sebab aku tengok status FB Jaja tengah tengok TV kat umah. Diorang bertiga dari Putrajaya. 

Thanks sangat Jaja sudi buatkan cheese tart. 2 biji lagi. Thanks korang semua for the surprise. Aku sentiasa doakan korang semua dipermudahkan urusan dalam segalanyer. 












Okey tu jer nak story. Hehhehe. 


Wedding Cousin & Cuti Deepavali

Assalamualaikum.

Salam siaran. Last week cuti panjang. Hehehehe.
Kisahnyer bukan cuti panjang pun, cuti tinggal ciput jer.

7 Nov lalu ada wedding cousin buat kat Dewan Majlis Perbandaran Nilai.
Anak mak long, kak mak aku. Kitaorang gerak g nilai dalam kol 10 lebih.  
Sebelum tu kemas barang sebab lepas habis kenduri nak terus balik JB.
Pak Long aku alhamdulillah beransur pulih tapi die takde kat majlis, rest kat umah.
Zaheen sangat suka sebab bebas jalan-jalan. Aku standby stroller gak kot la die penat nak tido.Masa otw tu die dah tido so sampai tu memang tengah cergas. Otw balik Melaka die tido.









Setel kenduri sampai Melaka dalam kol 6pm sebab adik-adik naik dengan aku sekali.
Rest jap then lepas Magrib & ujan stop baru gerak ke JB. Plus ada eksiden semua so dalam 1am kitaorang sampai Kulai.
Tu pun ada stop berenti kat RnR Machap, hubby aku ngantok.

Esoknyer Ahad tapi biasalah, Johor kan keje. So aku berdua kat umah dengan Zaheen sebab hubby keje, MIL keje. Spend time dengan Zaheen. Best tambah sekarang die dah mula berjalan, dah banyak keletah. Kadang gelak sendiri. Feeling housewife jap. Tapi biasalah time nak mandi or masuk toilet la mencabar sket bila berdua dengan die. Hehehe. 
Petang tu bawak la Zaheen jalan-jalan depan umah. 

Isnin pun Hubby keje tapi half day so petang tu jalan-jalan. Yeay. G angsana jer pun. Hehehe. Lepaskan die berjalan kat mall, boleh tahan jugak. Dengan kasut bunyi-bunyi lagi. Hehehhe. Seronok tempat lapang kan. Lagipun weekday orang tak ramai sangat. 







Balik Kulai, ada 2 orang sepupu Zaheen, Iris & Cira. Kalau diorg tido umah, pagi lepas Subuh dah datang panggil Zaheen. Zaheen plak bila sepupu tu sebut nama terus bangun. Terus keluar g main. 

Tapi yalah masa cepat berjalan kan bila happy time ni. hehehe. Deepavali tu lepas breakfast ramai-ramai, masa untuk pulang. Yalah Rabu nak keje dah. 




Kitaorang gerak balik Melaka dalam 11 lebih. Pastu stop kat Rnr Pagoh makan icecream calong. Hehehe. Sementara tunggu Ayah beli ice cream, lepak kat pondok tu. Tapi cuaca memang panas aritu. 

Nak sampai umah, Zaheen baru lena. Petang cam biasa lah antar Hubby ke Melaka Sentral naik bus balik Kulai. 

Tu jer sekian. 

Babaiiii... 






BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...