Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Tuesday, November 17, 2015

Besday Kita yang ke 32.... Surprise


Alhamdulillah.... 2 Nov yang lalu genap umur aku 32 tahun. 
Alhamdulillah... Allah masih beri peluang untuk aku lihat dunia ini. 
Alhamdulillah... Dikurniakan kesihatan yang baik. 
Alhamdulillah... Dikurniakan suami, anak & bakal anak yang kedua. 
Alhamdulillah... Bergelar seorang anak, isteri & ibu. 
Alhamdulillah... Dikurniakan family & family yang baik.
Alhamdulillah... Dikelilingi sedara mara yang baik.
Alhamdulillah... Dikurniakan bos & rakan sahabat yang baik.

Pada date besday aku, aku training 3 hari di TMTC Jalan Gurney. 
Alhamdulillah dapat ucapan dari semua kesayangan. Senyum jer hari tu. 
Geng BFF ada ajak makan, sudahnyer final hari Khamis baru dinner dengan diorang. 
Sebab aritu tekak teringin western. So makan lah kat Szilling Steak Bangsar. 
Kedai tu memang sedap kalau nak makan western. Serious. 

Masa sampai tu aku, Ain & Anim. Sebab Anim la beriya ajak makan. 
Aku tertanya Oya, Jaja & Kak Ida tak joint ker, diorang kata sibuk. Ok faham. 
Tetiba nampak ada 3 orang gadis berbaju kurung dari arah tepi, tapi cara jalan aku macam cam jer. 
Rupanyer yes, that Oya, Jaja & Kak Ida. Surpriseeeeeeeeeeeee...

Allah. Aku tak sangka umur dah banyak ni ada surprise. Tapi memang surprise. Sebab aku tengok status FB Jaja tengah tengok TV kat umah. Diorang bertiga dari Putrajaya. 

Thanks sangat Jaja sudi buatkan cheese tart. 2 biji lagi. Thanks korang semua for the surprise. Aku sentiasa doakan korang semua dipermudahkan urusan dalam segalanyer. 












Okey tu jer nak story. Hehhehe. 


Monday, November 25, 2013

Sahabat. Suka. Duka. Putus Cinta?

Assalamualaikum. 

Harap semuanya sihat hendaknya. lama kan tak sembang-sembang. 
Hari ini alhamdulillah genap 3 bulan aku & Ipin as husband & wife. jap Ipin, jap Areff, hehehe. jangan mare hahahaha. yang pasti orang yang sama. haaa tak percaya lagi ker??? macam mimpi lagi ker??? yer aku sekarang punya husband, punya 2 keluarga. alhamdulillah. anak? belum rezeki lagi. masih PJJ lagi. kalau ikutkan memang la penat tapi kan kalau kita asyik penat jer, maka penat jer dapat kan... so apa pun kena berkorban. takde benda datang bergolek. takde benda dapat dengan sekelip mata kan. 

oh ya nak citer pasal sahabat. sahabat tu seseorang yang sangat ngan kita, yang sentiasa ada tika suka duka tika selain dari keluarga kita punya sahabat. sahabat orang kedua yang rapat dengan kita selepas family kite sendiri. macam aku jugak memang punya sahabat. sebagai sahabat yang baik apa yang perlu kita buat jika dia mengalami rasa sedih, kecewa lebih-lebih lagi bila mengalami masalah cinta. heyy sapa yang nak jika cinta putus di tengah jalan. takde siapa pun nak tak. teringat aku dulu, usaha tapi kebanyakan harapan tidak kesampaian, kecewa, sedih. apa yer nak buat. nak cakap kat family, memang tak la. sebab aku taknak family rasa sedih jugak. no no. time saat ini sahabat lah yang kite perlukan bukan nak apa pun, kadang tu nak luahkan apa yang kita rasa. yer mana tahu ada nasihat or kata-kata semangat dari dia. or mungkin jalan penyelesaian, kita ni kalau saat kecewa kalau ikutkan hati & perasaaan, memang ntah apa-apa perkara yang mungkin nampak bodoh @ perkara yang kita tak mungkin lakukan, mungkin kita akan lakukan. mungkin masa tu minda kita berada di paras separuh sedar. dan jika kita dalam keadaan normal kita takkan buat perkara tersebut la. mesti ada yang camtu kan. aku tak nafikan aku kadang ada jugak camtu. hehehe. 

aku bukan nak tuding jari nak cari salah siapa. as manusia, siapa yang tak pernah buat silap. angkat tangan. setiap dari kita mesti nak lakukan yang terbaik. untuk diri sendiri. untuk keluarga, untuk sahabat kite. betol tak? cuma kadang-kadang kita mungkin kurang sensitif dalam menjaga hati orang lain. maybe segelintir.

setiap dari kita tak sama. betol tak? setiap kisah yang kita lalui pun takkan sama. apa yang kita rasa, harung pun takkan sama. mungkin arini kita happy, semuanya happy tapi kan belum tentu esok lusa kita akan happy jugak. mana tahu esok ada di antara yang akan bersedih. tapi kita tahu ker apa yang bakal terjadi kat dia. apa yang sebabkan dia sedih. dia mintak ker? pasti takkan kan. macam kita, kita ni kalau leh nak happy selalu kan. 

macam tu jugak orang lain. haaa macam mana jika tetiba dapat tahu sahabat kita ni putus cinta. apa yer nak cakap kat dia? apa yer yang boleh aku buat untuk tenangkan dia? kalau kita insan yang dia pilih untuk dia share apa yang dia rasa. takkan masa dia sedih tu kita nak ketawa. maksud aku macam ni, as sahabat kita pasti taknak dia terus sedih. ya kita tahu dia memang ngan sakit, kecewa sedih. cuba kita letakkan diri kita sekejappp jer dalam situasi dia. cuba dengar dulu apa dia nak luahkan. kalau selalu kita tengok dia happy go luckly tetiba arini dia menangis. agak2 dia nak ker rasa camtu? mesti takkan. 

apa perasaan kita bila dia cakap, aku tak punya kawan yang ramai, aku ada korang jer. aku taknak susahkan korang. aku taknak rasa macam ni. cuma aku rasa time ni aku perlukan korang sebab aku ada korang. kalau aku berdepan dengan situasi macam tu, aku jadi kelu sebab aku takut aku salah cakap ker, salah nasihat ker kan. orang yang tengah sedih ni dia sangat2 sensitif. betol tak? diorang yang tengah sedih ni sangat2 perlukan masa, ruang juga kekuatan dari orang2 yang terdekat dengan dia selain dari family. betol tak?

sebolehnyer bila dah coolkan dia, selitkan unsur rohani or Agama, di mana sebenarnya Allah nak uji dia sebab Allah pada dia. maybe ini ujian & ada hikmah yang pasti kita tak tahu. dia tidak pernah berseorangan pun sebab Allah sentiasa. that contoh ayat maybe korang ada ayat @ kata2 lagi bagus dari tu. silakan. lepas dah dengar baru kita slowly talk. mintak dia relax, bertenang. jika putus cinta bukanlah berakhir segalanya. 

kita kena ingat hidup bagai roda. adakala kita di atas, adakala kita di bawah. kalau kita tak tahu nak cakap apa baik kite berdiam jer. yalah dari sakitkan hati orang baik diam jer kan. aku try menjadi sahabat yang baik buat husband, family juga sahabat2 aku. sekurang-kurangnya kalau kita tak leh nak tolong dia apa salahnyer kita menjadi pendengar yang setia @ mungkin boleh buatkan dia tersenyum. tak la susah mana kan. apa orang cakap, kita mudahkan sedikit bagi mereka yang tengah serabut, yang tengah dalam kesusahan. tak salah kan. tak perlu kuar modal wang ringgit pun. 

ingatan buat diri sendiri. 

sekian... babaiiii. 

_RZ25_




Tuesday, July 10, 2012

Penghijrahan Kepada Yang Lebih Baik

my office mate yang jugak bff yang juga my twin.. ika



Alhamdulillah
Itu yang mampu aku ucapkan tatkala melihat perubahan yang baik buat sahabatku ini
Sebagai teman hanya doa mampu ku berikan supaya semua orang-orang yang aku sayang , bahagia, gembira 
Ika atau Nur Safikah Razak merupakan kawan ofis aku juga sahabat baik aku
aku & dia punya personaliti yang jauh berbeza tapi tu suatu masa dahulu
antara aku & dia ramai yang selalu tersilap pandang & sukar membezakan kami berdua kerna nampak aku tapi ngat die, nampak die tapi ngat aku.... ada yang mengelarkan kami ni kembar... maybe ada persamaan antara kami berdua yang kami sendiri pun tak perasan.... tapi bukan seorang dua yang tersilap... 
kadang-kadang terkejut jugak bila ada yang tanya aku "awak memang pakai tudung kan" 
aku lak muka agak konpius, rupanya diorang silap orang ingatkan Ika
tak kisah pung, cuma kadang kala rasa lucu lak... takkan aku jap pakai tudung, jap buka tudung lak kan g opis.... 

Bermula Nifsu Syaaban yang lalu, aku dapat rasakan sesuatu perubahan yang baik akan berlaku dalam dirinya.. 
sebak masa pertama kali nampak die berhijab ke opis... 
tahniah awak
aku panjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana berikan hidayah dan bukakan pintu hatinya untuk lebih dekat dengan-MU.... 


p/s : awak nampak sangat comel, more sopan lagi.... buat safikah teruskan apa yang baik.... saya sentiasa doakan awak.... tiada manusia yang sempurna & baik dalam dunia ini.. cuma kite semua berusaha ke arah menjadi seorang yang baik... sayangilah diri sendiri sebelum menyayangi orang lain... jaga hubungan kite dengan Allah (pesanan buat diri saya jugak).. barang yang lepas jadikan pengajaran untuk kite jadi lebih baik pada masa akan datang... kuatkan diri... saya sayang awak... 

sekian  ^___^





BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...