Monday, November 23, 2015

Cinta PJJ Areef & Jen Jen

Assalamualaikum.

Apa itu PJJ?
PJJ singkatan pendidikan jarak jauh. Masa sambung degree aku buat PJJ di USM disebabkan kerja.
Kerja dalam masa yang sama belajar. Sebab kalau nak buat full time ongkosnyer. Hehehehe.

Alhamdulillah aku bertemu jodoh dengan kawan sekelas, kira sekelas sebab husband pun buat PJJ di USM.
Maklum la student PJJ ramai nau. Beratus dalam satu subjek. Hehehe.
Itu jodoh yang telah Allah tentukan. Siapa yang sangka kan.

Bila dah kawen, PJJ tu stand for Perkahwinan Jarak Jauh. Kenapa PJJ? Sebab kekangan kerja.
Aku keje di TM KL, husband di PDKJ, Kulaijaya, Johor. Husband aku kerja di bawah kerajaan Johor.
So kebarangkalian die nak ke KL tu memang takde la. Melainkan die di bawah kerajaan Persekutuan.

Dari awal kawen lagi aku memang dah minta transfer ke Johor. Akan tetapi tiada kekosongan & jawatan yang sesuai.
Ada satu post tapi kat bahagian stor. Biasanya post tu lebih kepada lelaki. Pertama sebab kerja. Kedua sebab deal dengan kontraktor yang majoriti lelaki. Ketiga kalau pergi situ memang tak leh kuar dah.
Bos, husband & abah aku tak advice sebab ada kes kurang sedap.

So apply & terus apply, sampai lah aku pregnant Zaheen. Lagi mencabar bila jauh lepas cuti KL & Johor dah tak sama. Masa Zaheen husband selalu datang KL sebab aku memang tak larat nak drive. Pening sentiasa + muntah-muntah jer. Aku deliver Zaheen Oct 2014. Cuti bersalin 3 bulan so sampai Jan 2015.

Bermula Jan 2015 agak mencabar, bila aku berjauhan dengan suami & anak. Perghhhh tak tahu nak cakap camner. Dengan Zaheen 3 bulan masa tu. Disebabkan aku sorang-sorang di KL, mak abah cakap tinggal Zaheen dengan mak abah. Berat hati. Bincang dengan suami, die pun setuju. Buat sementara waktu. Aku akan terus usaha untuk minta pindah. Husband pernah la sampai kata nak tukar kerja tapi dengan keadaan ekonomi sekarang, dengan komitmen yang ada. Mak die pun tak bagi.

Aku pun dah ada komitmen. Kalau takde komitmen rasa boleh jer cari kerja lain & pindah terus. Tak senang duduk. Bukan senang-senang aku tinggalkan anak kat kampung, jauh dengan die, jauh dengan suami. Orang cakap macam-macam jugak tapi aku kena kuat.

Bulan 9 yang lalu aku hampir pindah ke Johor akan tetapi perpindahan suka sama suka, 3 penjuru dibatalkan atas sebab post aku. Frust la jugak sebab dah gtau umah sewa, bagitau family.
Tapi aku takkan putus asa, putus doa. Kawan-kawan pun banyak bagi kata-kata semangat. Teruskan doa. Teruskan usaha.  Asal dengar ada kekosongan kat JB aku terus kol tanya.

Sebelum cuti deepavali yang lalu, HR aku ada cari bos pasal aku. Aku confirm la nak tahu pasal apa kan. Rupanya HR IT & NT release aku untuk transfer ke JB. Selepas 2 kali pencubaan saat aku tak sangka, HR unit tu release aku. Aku pergi dengan post sekarang. Takpe la yang penting dapat pindah dulu. Nak satukan family dulu. Pasal naik pangkat tu nanti kemudian. Rezeki kan Allah yang bagi, kita yang kena usaha & terus usaha. Alhamdulillah.

2 tahun lebih PJJ dengan husband. 11 bulan dengan Zaheen. Alhamdulillah umur Zaheen nak masuk 1 tahun 2 bulan aku dapat duduk bersama-sama dengan die. Alhamdulillah. Terima kasih Ya-Allah. Ofis baru aku nanti dengan Ibusawat JB. Jarak perjalanan dalam 33km amik masa dalam 40minit. So takpe la, kena la ulang alik jauh sket. As long as boleh duduk sekali dengan anak & suami. Sebab sekarang kan ofis dengan umah sewa 3km jer. Hehehe. Dekat kan tapi sekarang ni kalau jam boleh makan jam okeh. Hehehe.

Apa lagi nak story eh. Tu jer la. Hehehe. Sekarang aku dah start packing. Last week dah bawak barang dari umah sewa + opis separuh. Hurmmm…. 11 bulan jugak aku travel every week KL - Melaka. Orang cakap duit habis atas jalan. Harung jer. Tak sempat kira budget. Yang penting balik tengok anak. Selebihnyer tawakal. Ada kawan tanya aku, ko balik tiap-tiap minggu, duit cukup. Aku jawab alhamdulillah, cukup. tawakal jer. Hubby aku pun balik every week cuma kalau kena kerja jer die tak balik.

Teringat lagi masa awal aku naik kerja lepas cuti bersalin, ada yang cakap, sampai hati tinggal anak, nanti anak ko tak kenal ko, nanti anak ko taknak susu badan & macam-macam lagi lah. Perasaan aku. Sedih. Sebagai insan yang baru bergelar ibu, sensitif la jugak kan. Aku pun ada perasaan. Aku amik positif. Malas nak layan & amik port apa orang cakap sebab diorang takde di tempat aku. Tapi dalam pada yang cakap camtu, alhamdulillah yang lain banyak bagi kata-kata semangat & positif.

Ada seorang akak tu cakap, sabar jer. Allah akan bagi apa yang terbaik untuk kita pada masa yang sesuai. Arini genap 8 bulan adik Zaheen dalam tummy. Alhamdulillah dapat transfer before aku bersalin anak kedua. Ujian aku & suami pada awal perkahwinan kami. Tak sia-sia apa yang Allah bagi. Pasti ada hikmahnyer.

Okeylah tu jer dulu. Lama peram citer pasal PJJ ni. 
Aku tak la kuat mana, kadang-kadang macam tak leh harung jer. Tapi gagahkan jugak demi anak, suami & diri sendiri. 

11 bulan ulang alik. Setiap pagi isnin samada 5 pagi @ lepas Subuh dah gerak lik KL. Penat tak? Ada kawan aku tanya. Aku jawab penat tu penatlah aku pun manusia biasa, tapi harung jer. Korban la sket. 

Bila travel ni kena lah packing kan. Angkut jer la beg tiap-tiap minggu. Bagi aku & husband bila jumpa spend time bersama dengan sehabis baik. Sebab masa kami bersama sangat terhad. 

Mesti tak pernah gaduh kan? Kitakan manusia, ada masa merajuk jugak. Hehehe. Takde la baik sepanjang masa. 

Okeylah..... sambung nanti. 




No comments:

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...