Monday, January 12, 2015

2014 dengan 1001 kenangan terindah

Assalamualaikum...

Dah masuk minggu kedua di tahun 2015. Aku pun baru sampai dari Melaka pagi tadi. Gerak kol 5:30am dari Melaka sampai KL dalam 7:15am tapi sebab jem sket lepas tol Sg. Besi & Highway NPE so sampai parking ofis dalam 7:45am. Alhamdulillah leh masuk parking lagi. Zaheen tadi masa aku bangun die pun sedar jap. Tapi dah bisik kat dia, Mama g work. Ayah dah g work dulu. Jumaat Mama & Ayah balik. Tadi kol 8 lebih Abah msg Zaheen bangun senyum, Alhamdulillah. Malam tadi awal gak lepak bilik, Zaheen ajak golek2, borak2. Kol 12 baru Zaheen tido lena. Baru aku sempat kemas barang & tido. Thanks cyg Mama ni memahami.

2014 dah berlalu dengan 1001 kenangan. Yalah time tu aku pregnant dengan mabuk pening, selera makan hilang. Allah tarik nikmat makan sementara. Pastu bersalin & berpantang. Bila dah berlalu masa-masa tu, Allahuakbar. Aku berjaya harungi saat getir bersalin. Kalau dulu aku rasa takut sangat. Macam tak boleh jer sebab dengar kawan-kawan citer pengalaman. Kuasa Allah & Allah beri aku kekuatan aku berjaya mengharungi, merasainyer.

2014 kisah pregnant & bersalin. 9 bulan pregnant, 3 bulan berpantang. Fuhhh cukup setahun kan.

2014 1st year beraya as suami isteri. Masa pregnant dah 7 bulan lebih. Baby dah kick kick. Baju raya beli jer sepasang sedondon dengan Hubby. Selalu aku memang tempah. Size tukar sementara macam takde mood & takde masa sebab pening mabuk tak hilang. Apa orang kata bahagian masing-masing kan. Aku redha, terima & redah jer. Hehehe.

Lepas bersalin aku dapat rasai menghargai lebih lagi kebesaran & kekuasaan Allah. Betapa cantik aturan & ciptaan Allah. Betapa hebatnyer ciptaan Allah. Satu nyawa yang hidup dalam rahim seorang wanita. Betapa hebat seorang wanita yang dapat menanggung sakit bersalin tak kiralah secara normal atau pembedahan. Dua-dua sakit & pengorbanan seorang insan bergelar Ibu, Mama, Mak, Mummy, Ummi. Betol tak?Anak tu anugerah & rezeki yang Allah buat kita. Begitulah pengorbanan Mak kite kan. Sayang Mak. 

2014 juga menguji kasih sayang antara aku & Hubby. Yalah masa awal-awal preggy dengan muntah loya teruk. Pastu aku OT untuk remove cyst di HKL. Sebab pening loya muntah yang panjang, Hubby aku korban masa & wang untuk datang jumpa aku, bawak aku balik kg. Menemani saat aku melahirkan walaupun dia mabuk darah. Sama-sama membantu jaga anak dalam pantang. Jaga aku. Terima kasih sayang. Semuanya lebih membuatkan kita saling mengenali, mendalami perasaan antara satu sama lain. 

Oh ya aku perasan lepas ada anak ni aku cepat sensitif & touching. Hehehe. Normal kan. 

Okeylah kita sambung cerita lagi. Babaiii.

Thanks for reading

No comments:

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...