Thursday, September 17, 2015

Baiki Solat Kita....

Assalamualaikum.... 

Aku copy paste dari blog seseorang untuk aku jadikan rujukan & panduan aku jer. 

Memang umur dah makin meningkat tapi kadang dengan keadaan buat kita lalai, leka, lupa, ambil mudah sangat. Patutnyer makin meningkat usia makin bertambah ibadah kita kan. 

Allahuakbar. Kadang-kadang bila sesuatu perkara berlaku baru kita tersentak, tersedar ada perkara yang mungkin kita terlepas pandang atau amik sambil lewa. 


Allah selalu bagi kita ingatan. Cuma kita la kadang-kadang tak perasan. 

Banyak silap yang kita tak perasan kita dah buat. 

Ingatan buat diri aku. 


Solat (bahasa Arab: صلاة‎; pl. ṣalawāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.
Baiki cara solat khas untuk perempuan.

Ingatlah, pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.

Kaum lelaki tolong forwardkan pada kawan-kawan perempuan dan isteri.

Ilmu yang terlalu bernilai, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab-adab solat.Apabila pergi solat di tempat awam, terdapat bermacam gaya orang mendirikan solat, baru kini timbul kesedaran untuk kongsi cara-cara yang betul solat bagi muslimah agar solat kita berkualiti.


Adakah solat yang tidak berkualiti mahu diterima Allah?. Umur telahm pun lanjut tetapi solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh dikategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, kita dicadangkan mengambil masa 2 minit untuk "menyediakan diri" sebelum menghadap Yang Maha Esa.

Dua perkara yang elok dilakukan sebelum berniat untuk solat sewaktu kita berdiri tegak sebelum lafaz niat adalah:

Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dalam diri kita.
Kenangkan kembali siapa kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah-olah tidak layak untuk diberi peluang menghadap yang Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUAN. Betapa kita diciptakan oleh yang Esa untuk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sebagai seorang Islam, mempunyai Allah yangEsa begitu menyayangi hamba-hambaNya yang hina ini lebih daripada seorang ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua-dua perkara ini, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dalam keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus.

Cara-cara solat yang betul, penuh adab dan sopan, sesuai dengan keperibadian kita sebagai wanita dan selayak-layaknya adab semasa menghadap Allah.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :

i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkatkedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua-dua lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan-syaitanyang berupa kambing hitam gemar bergayut dicelah-celah lengan(bawah ketiak) untuk mengganggu solat kita, jadi dengan kedua-dua lengan dirapatkan, tiada ruang untuk mereka.


2) Qiyyam - cara qiyyam yang betul ialah memposisikan tangan kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri agak-agak selesa. Pastikan kedua-dua lengan adalah rapat mendekati badan.


3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dengan penuh tertib dan sopan. Kedua-dua tangan melurut peha dengan perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud daripada segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua-dua lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua-dua tangan dirapatkan di bahagian bawah sedikit daripada ibu jari, yang mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua-dua tangan dan di situlah dahi diletakkan. Jangan sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yang 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari sahaja).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :

i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki 
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dalam keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan untuk bangun, gunalah tangan kanan untuk membantu kita bangun atau kedua-dua tangan.


8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh.
." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.


9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.


10) Berdoa sesudah solat - seelok-eloknya duduk ialah dengan melapikkan papan punggung dengan kedua-dua kaki. Tangan diangkat separas dada dan berdoalah dalam keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dengan tangan yang tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yang Esa.

Perlu diingatkan bahawa kain yg digunakan untuk solat juga perlu menepati ciri-ciri yang tertentu. Antaranya:


1) Tidak jarang. Rata-rata kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yang jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok-eloknya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dengan berbaju sleeveless dlm telekung, pastikan bahu dan tangan tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.


2) Kadang-kadang sewaktu musafir, ada muslimah yang tidak mahu membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja.
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan sahaja digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) jika dibimbangi, terdedah aurat kita ketika itu dengan itu tidak sah solat tersebut. Sebaik-baiknya pakai stokin yang tebal ataupun jika tiada dipakaikan 2 lapis.


3) Ada kain telekung yang indah bersulam dan berkerawang.
Ada yg berlubang-lubang sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut panjang, jika tidak ditutup betul-betul dengan serkup/anak telekung, rambut-rambut ini akan terkeluar di celah-celah kerawang telekung. Oleh itu, berhati-hatilah. Sama-samalah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yang akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. 
Mudah- mudahan hasil daripadanya dapat jadikan pedoman dalam memperbaiki diri insha ALLAH 

Artikel ini telah diubah sedikit sebanyak daripada editor asal. Sumber daripada editor asal tidak dapat dikenal pasti. Apa pun sesuatu yang baik dan berfaedah lebih baik dikongsi sesuai dengan seruan Rasulullah saw 'Sampaikan walaupun sepatah ayat'.


Terima kasih pada yang share info ini. 

No comments:

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...