Assalamualaikum.
Apa
itu PJJ?
PJJ
singkatan pendidikan jarak jauh. Masa sambung degree aku buat PJJ di USM
disebabkan kerja.
Kerja
dalam masa yang sama belajar. Sebab kalau nak buat full time ongkosnyer.
Hehehehe.
Alhamdulillah
aku bertemu jodoh dengan kawan sekelas, kira sekelas sebab husband pun buat PJJ
di USM.
Maklum
la student PJJ ramai nau. Beratus dalam satu subjek. Hehehe.
Itu
jodoh yang telah Allah tentukan. Siapa yang sangka kan.
Bila
dah kawen, PJJ tu stand for Perkahwinan Jarak Jauh. Kenapa PJJ? Sebab kekangan
kerja.
Aku keje
di TM KL, husband di PDKJ, Kulaijaya, Johor. Husband aku kerja di bawah
kerajaan Johor.
So
kebarangkalian die nak ke KL tu memang takde la. Melainkan die di bawah kerajaan
Persekutuan.
Dari
awal kawen lagi aku memang dah minta transfer ke Johor. Akan tetapi tiada
kekosongan & jawatan yang sesuai.
Ada
satu post tapi kat bahagian stor. Biasanya post tu lebih kepada lelaki. Pertama
sebab kerja. Kedua sebab deal dengan kontraktor yang majoriti lelaki. Ketiga
kalau pergi situ memang tak leh kuar dah.
Bos,
husband & abah aku tak advice sebab ada kes kurang sedap.
So
apply & terus apply, sampai lah aku pregnant Zaheen. Lagi mencabar bila
jauh lepas cuti KL & Johor dah tak sama. Masa Zaheen husband selalu datang
KL sebab aku memang tak larat nak drive. Pening sentiasa + muntah-muntah jer. Aku
deliver Zaheen Oct 2014. Cuti bersalin 3 bulan so sampai Jan 2015.
Bermula
Jan 2015 agak mencabar, bila aku berjauhan dengan suami & anak. Perghhhh
tak tahu nak cakap camner. Dengan Zaheen 3 bulan masa tu. Disebabkan aku
sorang-sorang di KL, mak abah cakap tinggal Zaheen dengan mak abah. Berat hati.
Bincang dengan suami, die pun setuju. Buat sementara waktu. Aku akan terus
usaha untuk minta pindah. Husband pernah la sampai kata nak tukar kerja tapi
dengan keadaan ekonomi sekarang, dengan komitmen yang ada. Mak die pun tak
bagi.
Aku
pun dah ada komitmen. Kalau takde komitmen rasa boleh jer cari kerja lain &
pindah terus. Tak senang duduk. Bukan senang-senang aku tinggalkan anak kat
kampung, jauh dengan die, jauh dengan suami. Orang cakap macam-macam jugak tapi
aku kena kuat.
Bulan
9 yang lalu aku hampir pindah ke Johor akan tetapi perpindahan suka sama suka,
3 penjuru dibatalkan atas sebab post aku. Frust la jugak sebab dah gtau umah
sewa, bagitau family.
Tapi
aku takkan putus asa, putus doa. Kawan-kawan pun banyak bagi kata-kata
semangat. Teruskan doa. Teruskan usaha. Asal
dengar ada kekosongan kat JB aku terus kol tanya.
Sebelum
cuti deepavali yang lalu, HR aku ada cari bos pasal aku. Aku confirm la nak
tahu pasal apa kan. Rupanya HR IT & NT release aku untuk transfer ke JB. Selepas
2 kali pencubaan saat aku tak sangka, HR unit tu release aku. Aku pergi dengan
post sekarang. Takpe la yang penting dapat pindah dulu. Nak satukan family
dulu. Pasal naik pangkat tu nanti kemudian. Rezeki kan Allah yang bagi, kita
yang kena usaha & terus usaha. Alhamdulillah.
2
tahun lebih PJJ dengan husband. 11 bulan dengan Zaheen. Alhamdulillah umur
Zaheen nak masuk 1 tahun 2 bulan aku dapat duduk bersama-sama dengan die.
Alhamdulillah. Terima kasih Ya-Allah. Ofis baru aku nanti dengan Ibusawat JB. Jarak
perjalanan dalam 33km amik masa dalam 40minit. So takpe la, kena la ulang alik
jauh sket. As long as boleh duduk sekali dengan anak & suami. Sebab
sekarang kan ofis dengan umah sewa 3km jer. Hehehe. Dekat kan tapi sekarang ni
kalau jam boleh makan jam okeh. Hehehe.
Apa
lagi nak story eh. Tu jer la. Hehehe. Sekarang aku dah start packing. Last week
dah bawak barang dari umah sewa + opis separuh. Hurmmm…. 11 bulan jugak aku
travel every week KL - Melaka. Orang cakap duit habis atas jalan. Harung jer.
Tak sempat kira budget. Yang penting balik tengok anak. Selebihnyer tawakal.
Ada kawan tanya aku, ko balik tiap-tiap minggu, duit cukup. Aku jawab alhamdulillah,
cukup. tawakal jer. Hubby aku pun balik every week cuma kalau kena kerja jer
die tak balik.
Teringat
lagi masa awal aku naik kerja lepas cuti bersalin, ada yang cakap, sampai hati
tinggal anak, nanti anak ko tak kenal ko, nanti anak ko taknak susu badan &
macam-macam lagi lah. Perasaan aku. Sedih. Sebagai insan yang baru bergelar ibu,
sensitif la jugak kan. Aku pun ada perasaan. Aku amik positif. Malas nak layan
& amik port apa orang cakap sebab diorang takde di tempat aku. Tapi dalam
pada yang cakap camtu, alhamdulillah yang lain banyak bagi kata-kata semangat
& positif.
Ada
seorang akak tu cakap, sabar jer. Allah akan bagi apa yang terbaik untuk kita
pada masa yang sesuai. Arini genap 8 bulan adik Zaheen dalam tummy. Alhamdulillah
dapat transfer before aku bersalin anak kedua. Ujian aku & suami pada awal
perkahwinan kami. Tak sia-sia apa yang Allah bagi. Pasti ada hikmahnyer.
Okeylah
tu jer dulu. Lama peram citer pasal PJJ ni.
Aku tak la kuat mana, kadang-kadang macam tak leh harung jer. Tapi gagahkan jugak demi anak, suami & diri sendiri.
11 bulan ulang alik. Setiap pagi isnin samada 5 pagi @ lepas Subuh dah gerak lik KL. Penat tak? Ada kawan aku tanya. Aku jawab penat tu penatlah aku pun manusia biasa, tapi harung jer. Korban la sket.
Bila travel ni kena lah packing kan. Angkut jer la beg tiap-tiap minggu. Bagi aku & husband bila jumpa spend time bersama dengan sehabis baik. Sebab masa kami bersama sangat terhad.
Mesti tak pernah gaduh kan? Kitakan manusia, ada masa merajuk jugak. Hehehe. Takde la baik sepanjang masa.
Okeylah..... sambung nanti.