Showing posts with label langkawi. Show all posts
Showing posts with label langkawi. Show all posts

Wednesday, September 9, 2015

Pengalaman Bawak Baby Naik Flight

Assalamualaikum.

Sebelum g Langkawi aritu, aku & Hubby dapatkan info dari kawan-kawan yang pernah bawak anak g bercuti naik flight & google jugak internet. Maklum la 1st time bawak Zaheen naik flight. 

So aku sharekan mengikut pengalaman aku baru-baru ini.

Take-off
  • Masa pergi, masuk jer kapal, Zaheen main-main dengan seat belt. Bagi susu taknak so bagi die puting jer. 
  • By the time, announcement dari pilot nak take-off, Zaheen gosok mata, baringkan die, lena. Alhamdulillah. Puting still bagi die isap. 
  • Masa balik ke KL, die isap susu, main-main buku then tido. Tapi masa balik ni aku pangku peluk die tido. 
Landing 
  • Landing kat Langkawi, Zaheen masih tido lagi. Bila nak angkat die bangun, segar terus. Dapat la lena sejam kan. 
  • Masa landing balik ke KL, die tido lena sangat kat pangku. So aku memang peluk jer. Alhamdulillah. Zaheen behave masa pergi & balik dalam flight. Good boy. Mama Ayah sayang Zaheen.


Stroller @ baby carrier 
  • Zaheen pun baru 11 bulan masa trip ni. So pada aku wajib bawak sebab kalau die nak tido time kita berjalan tu kan, selesa la sket die tido. Kalau berdukung tu cian jugak sebab terdedah dengan cuaca panas or hujan. Plus dengan extra tenaga kita jugak. Nak berjalan jauh lagi. So better bawak stroller.
  • Lagipun Zaheen taknak duduk kat baby carrier or baby wrap tu. Rasanyer die tak selesa. Okey lah duduk dalam stroller, nak minum susu pun selesa. So kita tolak jer. Kalau die tak tido pun, die tengok pemandangan sambil relax2 dalam stroller. Hehehehe. 
  • Stroller tu nanti tolak jer sampai pintu masuk kapal, letak jer tepi tu. Nanti ada crew yang akan ambil.
  • Oh ya, sebelum fly tu kan aku bagi Zaheen main-main. So bila nak take off tu nanti die dah penat, die tido.

Sweater 
  • Kena ada jugak sweater or baju tebal untuk baby pakai sebab aircond kat airport & flight kuat jugak. Lagi-lagi flight aku pagi so memang sejuk. Pakaikan sweater die pun rasa selesa.


Stokin 

  • Ni pun wajib pakaikan untuk baby.


Puting kosong 
  • Aku & hubby belikan puting untuk Zaheen isap. Ikutkan die takde lah jenis isap puting. Seminggu sebelum pergi train die isap puting. Tujuannyer nak elakkan perubahan tekanan udara masa take-off @ landing.


Tukar lampin
  • Aritu ke Langkawi, kitaorang naik dari KLIA 2. So kemudahan toilet & changing room for baby semua ada. So sebelum fly, tukar lampin baby siap-siap.Selesa untuk die juga penumpang lain.

Mainan 
  • Aku bawak jugak mainan untuk Zaheen. Bagi die leka tujuannyer. Alaaa bawak 2 @ 3 jer. Tapi Zaheen belt tu jadi mainan. Tak kisah lah janji die leka. 


Hand carry
  • Satu beg hand carry barang Zaheen like susu, air panas, air, snek biskut, pampers, wet tissue, mainan & tuala kecik. So if apa-apa senang semua dalam 1 beg.

Bisik-bisik & Doa
  • Hahahaha. 2 minggu sebelum travel aku & hubby ada bisik kat Zaheen. Nanti nak travel naik flight, Zaheen behave yer.
  • Doa jugak minta pada Allah, agar segalanyer dipermudahkan Allah. 

Bantal kecik
  • Bawak jer satu bantal kecik bukan apa, if die nak tido tu selesa la sket. 

Tu jer sedikit pengalaman aku bawak Zaheen travel naik flight. 

Thanks for reading 

Day 2 @ Trip Sis Jah Ke Langkawi

Assalamualaikum...

Sambungan dari Day 1.... 

Cable Car & 6D Motion
Aku, hubby & Zaheen naik cable car jer. Lepas turun dari Cable Car, kawan2 yang lain sambung naik 6D Motion.
Tak jadi nak masuk 3D Art Museum.

Laksa Ikan Sekoq
Lepas dari cable car singgah jap solat kat Petronas yang ada tempat kapal-kapal tu.
Then gerak kat belakang Airport untuk makan Laksa Ikan Sekoq, tapi aku tak makan laksa.
Aku makan cucur udang ja.

Pantai Chenang
Setel makan sambil amik angin sepoi-sepoi bahasa, kitaorang terus g lepak pantai. Kat sini ada aktiviti parasailing tapi kitaorang mampu tengok & lari bila diorang nak mendarat. Bagi Zaheen main pasir. Hehehe.

Day 2

Subuh tu hujan, sedap la tido. Lepas subuh sambung lagi tido.
Pagi tu Jaja masak bekpes cucur & bihun goreng. Then masing-masing mandi & bersiap untuk destinasi seterusnyer.

Telaga Air Hangat
Bila dah siap semua, kitaorang terus ke Telaga Air Hangat dulu. Memang hangat air dari telaga tu. Dapat la rendam kaki memasing.















Beras Terbakar
Lepas tu, kitaorang terus menuju ke Beras Terbakar. One of tempat sejarah di Langkawi. Anim & Ain nak sangat g sini. Hihihi.
Ada banyak kedai sepanjang perjalanan ke Beras Terbakar. Kawasan umah orang.





Laman Padi
Dah selesai berjalan 2 tempat tu, perut pun dah lapar. So terus kena Laman Padi. Kawasan Chenang jugak Laman Padi tu. Semalam decide nak lunch kat Laman Padi.
Masa ni Zaheen tido. Masa sebelum masuk nampak penuh pondok tu. Sedang elok sampai ada kosong 1 pondok. Dapat la makan sambil menikmati keindahan serta kehijauan di Laman Padi tu.









Coco Valley & The Zone
Dah makan kenyang so sambung ke Coco Valley, tengok barang yang ada kat The Zone jugak. Kat sini barang-barang like perfume, luggage bag, coklat, handbag murah berbanding tempat lain. Coco Valley dekat dengan Underwaterworld tapi kitaorang tak masuk. Hihihi. Lepas tu g masjid solat, handbeg aku putus tali plak. Handbeg masa hantaran kawen aritu. Tapi kira oklah kan, lepas 2 tahun pakai.



Pantai Chenang
Petang hari lepak lagi kat Pantai Chenang tapi bukan tempat semalam. Yang ni dekat belakang Sandy Beach Resort. Parking jauh sket & jalan kaki sket. Sampai kawasan pantai Zaheen lena dah. Lepak sampai la Zaheen bangun, sempat la bagi die main pasir kejap & amik gambar untuk kenangan.










Pasar Malam Pekan Kuah

Lepas magrib kitaorang singgah ke pasar malam yang terletak dekat Pekan Kuah. So malam tu dinner beli dari pasar malam jer. Ada ayam goreng RM1, apam balik mini & macam-macam lagi. Setel masing-masing membeli so kitaorang balik kat homestay. 

Sambung untuk Day 3.


Thanks for reading. 

Thursday, May 10, 2012

Holiday Ke Utara [2009]


Waahhhh holiday gitu..... [edisi menguatkan daya ingatan + entry tak pernah story lagik kat blog kot...hehehe]  
Sebenarnya trip ini lama dah, in 2009 .... masa nih takde blog lagik....huhuhu.... masa ni ada kenduri kawan poli aku kat Alor Setar Kedah so dah alang-alang ke Kedah makanya panjang lah langkahnyer kan.... so plan ke Langkawi terus.... aku g 6 June 2009 hingga 8 June 2009.... 


Aku gerak naik bus ke Kedah pada 5 June, so g kenduri kawen dulu pada 6 June... [mana lak pic masa kenduri tu ntah] ... di sebabkan umah kawan aku tuh dekat ngan Muzium Padi so dengan sopan santun pergi melawat dengan baju kurung... nak tahu jugak apa lah yang ada dalam Muzium Padi ni kan.... korang perasan tak lukisan tu.... nampak sangat real okeh.... seyes aku teruja.... selain dari tu pameran berkenaan cara proses padi & sejarah2 pasal padi.... antara pic yang sempat disnap... sebenarnya banyak kali kang bosan lak tapi ni jer la yer buat tatapan semua... ahaks.... 





Selepas melawat Muzium Padi maka aku meneruskan perjalanan ke Langkawi.... naik feri dari Kuala Kedah... petang dah masa tu, so kitaorang sampai dah malam jugak la kat Langkawi... sampai jugak... 
So keesokannya hari terus ke Underwater World.... suka tengok hidupan laut... 
After that menaiki kereta kabel ... seyes gayat okeh.... tinggi nyer tempat nih.... pastu dok terpikir macam manalah diorang leh bina tempat tu kan.... 
Dah abes sessi gayat-mengayat, maka pergi lak ke Galeri Tun Mahadhir....esoknyer gerak pulang ke Kedah semula... 


Dah alang-alang berada di Utara nih maka singgah la sebentar ke Padang Besar Perlis tak jauh pun dari Kedah dah.... takde la shopping sangat.... saja jalan-jalan tengok apa yang ada kat situ,.... bukanlah pertama kali aku sampai kat Padang Besar sebab masa aku belajar kat Penang dulu penah sampai jugak .. lepas balik dari Padang Besar singgah sebentar kat Ladang Ostrich nih... teruja okeh..... 

sekian.... daaaaaaaaaaa ^___^





BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...