Showing posts with label pregnant. Show all posts
Showing posts with label pregnant. Show all posts

Wednesday, August 26, 2015

Abang Zaheen???

Assalamualaikum....


Mula-mula dah masuk gambar. Biarlah gambar berbicara. Ahaksss. Boleh gitu. Aku tak tahu nak mulakan camner nak citer. Kikikiki.. 

Rezeki dari Allah yang tidak ku sangka. Aku kini hamil lagi. Gitu statement. Alhamdulillah. Tak lama Zaheen nak jadi Abang. Actually bukan lah aku ingin menidakkan kehadiran baby dalam perut ni. Aku & suami alhamdulillah bersyukur dengan kurniaan Allah. 

Baru nak mula story. Aku datang period balik lepas habis pantang 44 hari. Aku bersalin pada 6 Oct 2014. So dalam November aku dah datang period balik. Agak cepat jugak lah walaupun aku breastfeed baby. Akan tetapi next period pada bulan February. 
So memang lari cycle aku. Sebelum pregnant cycle aku dalam 28-29 hari. Lepas bersalin cycle aku jadi panjang. Kawan aku cakap aku subur tu. 

Lagi satu kan aku nak amik bantuan untuk family planning. Samada nak amik pil ker injection ker implan ker iud ker? Pertama aku tak tahu nak pilih mana satu. Kedua aku takut sangat naik badan. Hahhahaha. Nak masuk alat pun aku seram. Hihihi. Decide mintak advice doctor. Dah jumpa doctor jugak, doctor suggest amik pil sebab aku pun breastfeed baby. Tapi kalau nak start amik kena tunggu 1st day period. Masa datang klinik aku tak period so kena la tunggu. Dalam pada menunggu kami buat la kaedah sendiri. Hihihi. 

Sekali punya tunggu punya tunggu. Eh dah 42 hari still tak datang period. Aku okey lagi. Kawan aku tegur aku makan banyak. Okey lagi. Sampai la satu hari aku pening + muntah. OOhh ni dah lain. So apa lagi, laju-laju pergi farmasi beli UPT. Esoknyer buat 2 line. Berdebar okey. 

Next week aku g klinik. Bila check doctor & scan doctor cakap tak confirm lagi. Ikutkan masa tu kalau ikut date last period dah 8 minggu means 2 bulan delay. Kena datang lagi 2 minggu. Bila datang lagi, okey nampak la baby kecik tu. Oohhh. Speechless. Betol la aku pregnant. Alhamdulillah. 

Tapi masa bulan puasa, 3 July lalu tetiba aku sakit perut. Sebab awal-awal dapat tahu pregnant aku gastrik teruk. So masa tu ngat sebab gastrik tapi lain sangat rasa, sebab pinggang pun sakit sangat. Malam sebelum tido nak g toilet tengok ada darah. Ehh. Aku bleeding. Banyak okey. Fresh blood. 3 hari plak tu. Takkan period masa pregnant kan. So esok pagi g klinik sebab still bleeding. Bila scan doctor cakap jantung baby ada lagi, baby still alive. 

Masa bleeding tu sebab macam ada simpton keguguran so aku tak harap sangat. Jika ada rezeki adik Zaheen alhamdulillah. Jika bukan rezeki, aku & suami redha. Kuasa Allah kan. 6 July aku baru nak buka buku pink. Masa tu aku dah 3 bulan jugak. Pasal bleeding tu klinik mintak refer ke HKL. Dapat date appointment lepas raya, 28 July. 

Masa 28 July tu aku pagi-pagi dah g HKL. Tunggu giliran sampai la ngantok-ngantok. hehehhe. Bila sampai turn aku 1st scan baby okey semua. Tapi doctor tak puas hati, scan balik kat bilik lain. Bila scan balik baru nampak ada 2 kantung. 1 ada baby, 1 lagi kosong. So yang bleeding aritu sebab aku memang gugur 1 baby. Allahuakbar. Seyes tak tahu, twin. 
Takde rezeki. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. 

Doctor cakap kantung yang kosong tu tak ganggu baby yang tinggal so die suruh proceed pregnancy. So ikut date yang doctor bagi due date aku 18 Januari 2016. So now aku dalam 4 bln lebih @ 19 minggu dah. 

Aku kira-kira by the time baby baru lahir nanti, umur Zaheen dalam setahun 3bulan. Kalau ikut tahun, diorang akan beza 2 tahun. 

Tapi kan ada kisah masa nak buku pink aritu. Nurse bising-bising. Tapi kan dah ada baby takkan nak buang kot. Kuasa Allah. Aku senyum jer la. 

Untuk kali ni, alahan aku takde la teruk sangat macam masa Zaheen. Tapi still selera makan tu takde la berselera sangat. Muntah-muntah cuma sekali muntah teruk. Masam, lembik. Pening kepala takde sangat, boleh lah nak drive jauh. Cuma masa awal-awal tahu aku kena gastrik. Tapi until angin banyak betol. Huhuhuhu. 

Eh panjang lah kisahnyer. Okeylah sekian dulu. Nanti aku story lagi. 


Tuesday, February 25, 2014

Kes Mengidam Tapi....

Assalamualaikum.....

Haaa mengidam? Tapi bukan aku tau yang mengidam. Kawan-kawan baik aku. Ain, housemate aku. Jaja, nun jauh di Putrajaya.
Cian kat diorang, mengidam nak makan ikan bakar sampai kecur air liur tau. Makan tanpa gagal. Cian kawan-kawan aku. Maybe sebab
mereka yang dekat & rapat dengan aku terkena tempias. Tapi aku tak lalu makan terutama nasi. Tengok nasi pening terus, seriusss korang.
Lapa tapi tak lalu langsung okeh. Paksa makan walau faveret ikan bakar tapi aku lalu 3 suap jer. Haaaa macam korang pernah dengar kes camni????
Hubby aku alhamdulillah takde teringin apa-apa lagi ker belum lagi? Huhuhuhu....

Aku bukan taknak makan, nak makan. Kalau makan habis then muntah balik, aku redha. Sekurang-kurang makanan tu masuk jugak sket. Ni kes tak lalu langsung.
Bukan apa pening dengan lembik la aku. Baby please kerjasama dengan mummy yer. Hehehe. Daddy jauh tau.

So sekarang aku memang standby kurma, biskut, roti krim tu, asam pastu buah-buahan yer. hehehehe. Haaa semalam kan tengahari memang tak lalu okeh,
makan buah dengan roti bakar tu pun selamat kuar jugak. haa ada kawan suggest makan buah cecah garam sket, aku try la boleh la buat alas perut. 

Balik umah aku try la masak, menu apa? alaaa so simple jer. Megi goreng carrot. Masak kering-kering.
Alhamdulillah boleh la makan + tak muntah balik. Malam tu lapar lagi makan sebijik orange. Sedapppppp. Hehehehe.






Last week aku masak sup sayur. Alhamdulillah. Cuma tu la larat tak larat jer la. Balik kerja memang rasa penat. Huwaaa.... kalau malam-malam ada tukang picit maybe okey lagi. Hahahah. Gedik tak? hehehheeh. Sila lempang saya laju-laju.



Haaa aku notice sekarang aku more touching. Isk isk yang ni menjangkit kat kawan aku jugak. Sama-sama touching boleh. Tengok berita yang sedih, terus berair mata. Pendek kata tak leh tengok or dengar yang sedih-sedih. Tengok drama pun sama. Hihihihi.

Lagi satu sekarang sebelum g keje singgah kedai kuih kat bawah rumah beli kuih, otw tu makan kuih. so kat opis nanti dalam kol 8am bekpes geng BFF ofis lak, Nisa & Kak Mala. hehehee. tapi tu la selera dah berubah, kadang makan, kadang tengok diorang makan jer. hehehhee. 

Esok, 26hb ada dating dengan Doc, untuk scan. Kepada anakanda, esok mummy nak tengok awak yer. hehehehe. Nanti Jumaat in shaa Allah nak buat buku pink (walau merah), daddy ada sekali. yeayyyy. 

okeylah, nanti kite story lagi yer. 

daaaaaaaaa..... 








Monday, February 17, 2014

Tahniah... Alhamdulillah Melangkah ke Fasa Baru

Assalamualaikum... good morning... 

Lama tak bersiaran di sini. Harap korang semua sihat. Aku bukan apa keadaan tak bape sihat sangat. 
Haaa nak share ngan korang ni.  Bukan apa, aku riso 2 minggu period delay pastu kan badan rasa lain macam sangat-sangat. Panas semua. biasanya kalau dah kawen tak period, adalah pregnant. jika sah pregnant alhamdulillah, jika belum rezeki lagi, so kena la find the solution. aku pun nak msuk 31 tahun ni. heheheh. 

so 1 weeks delay aku dah g klinik, doc cakap cannot confirm samada u pregnant or tak. oklah, so baliklah ofis, inform kat hubby. kawan2 opis yang rapat riso sebab tengok aku lain beno. sabar jer dulu sambil jaga makan. Badan panas waktu malam jer memang panas tau. aku sendiri rasa pun eh panasnyer. haaa berbalik appointment Doc yang patut jumpa 18hb kan. disebabkan kepanasan badan yang agak panas, ditambah dengan rasa loya + muntah lepas makan. 

so aku gagahkan jua g klinik pada 11hb. yalah period pun still delay. once again, urine test. the result.... jeng jengggg.... tapi kali ni jumpa doc lain d klinik yang sama. 
Confirm. Tahniah Puan Pregnant. cam mimpi tapi tengok result. rasa sebak sangat. alhamdulillah. its almost 6 weeks. so masih kecil lagi. Doc cakap 26hb nanti datang semula untuk scan dengan pundi kencing penuh tau. haaaaaa? camner tu. Doc cakap kalau dah buang, minum lagi baru datang klinik. ooo baiklah... saya menurut perintah. hehehehe... 

alhamdulillah. terus call husband gtau dia. pastu bgtau family & kawan2 yang rapat. buat masa ni takde update kat FB or IG. baru jer share kat blog ni jer. kat FB tu nantilah. so sekarang bertahan & bersedia hadapi simpton-simpton pregnant. setiap dari kita tak sama kan. aku kena kuat sebab hubby jauh dari sisi. sayu jugak tapi kena hadapi jugak. Hubby pun banyak bagi kata-kata semangat. terus google info-info berkaitan pregnant. simpan & forward bagi aku baca. 

In shaa Allah cari masa untuk menaip & mood untuk hilangkan rasa pening + loya. maaf la entry ni mungkin huru hara kan. hahhahaha. tuan die pun cam pening-pening lagi. hahahah...haaaa nak story ni, last month on November aku ada amik GLA Shaklee dari BFF, Cik Puan Yana. Gla tu supplement & merawat kesuburan dalaman jugak. juga membantu jika ada masalah cyst. so aku try la makan, tapi masa tu try makan 1 biji jer. after 1 month makan, aku ada terbaca yang makan GLA jika ada masalah, alhamdulillah masalah tu makin pulih tapi makan dengan 2 biji sehari. lepas tu pulak Maksu promote untuk makan Harum Malam more untuk dalaman wanita, aku lak ada keputihan. so usaha nak kasi pulih la. tapi sebenarnya aku sempat makan tak habis sebotol pun, lepas tahu pregnant terus stop. selain itu Kopi Elvyra tu pun minum tak sempat habis sebotol. hehehe. 

GLA tu lak aku stop jap sebab nak ubah cara makan untuk merancang kehamilan (masa ni tak tahu lagi pregnant) so tunggu date period datang. tapi sekarang dah stop terus. hehehehe. so ada lagi dalam 15 biji tak sempat makan. 

Alhamdulillah, rezeki dari Allah. bila sampai saat + masanya. Ia tetap berlaku. Kita sebagai manusia hanya usaha yang terbaik, segala yang  berlaku dengan izinNYA. 

doakan buat aku, suami & bakal baby yer. aku + hubby still PJJ lagi. lum rezeki duduk sama. mungkin lepas ni hubby akan selalu datang sini, sebab awal-awal ni aku pun tak leh travel jauh2. 

okeylah... sampai sini dulu.. 

babaiiiii. 




BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...