Tuesday, July 2, 2013

Back From Journey To East

Assalamualaikum.

Hi semua. arini back to work setelah cuti selama 5 hari. 
alhamdulillah selesai sudah majlis nikah + kenduri adik lelaki no 3 di Pasir Mas, Kelantan.
1st time cik bibah ke Kelantan okeh. 1st time jugak aku drive lebih dari 5 jam one shoot. agak penat jugak + sangat mencabar dengan keadaan jalan. tu semualah mood nak lari tapi under control. 
maklum aku ni nampak cam brutal, kasar tapi manja jugak.. hehehehe.. caya ker tak? lalalalala. tapi sebenarnya aku banyak belajar dari journey. nampak simple tapi its about life.
banyak pengajaran di sebalik sesuatu yang berlaku. kenapa ia begitu. apapun kena harus lebih sabar & redha. semuanya kerna Allah. 
alhamdulillah selamat pergi + balik walau berlaku sedikit kemalangan yang menimpa kete adik walau apa pun semuanya selamat. 

sebelum pergi tukar 4 biji tayar cik bibah + brek pad. alhamdulillah tayar + brek pad tahan 3 tahun, umur cik bibah nak 3 tahun dah. alhamdulillah. 27June 2013 - tukar tayar + brek pad. 
bape???? memang nangis jugak nak bayar tapi memang patut tukar pun. 


okeylah. to be continue nanti 



Wednesday, June 26, 2013

Atok Pergi Tanpa Pesan - Al-Fatihah

Assalamualaikum.

Dalam kesibukan menyiapkan persiapan, aku & keluarga dikejutkan dengan permergian atok aku. belah mak aku. ahad malam 23 June lebih kurang kol 9 malam, aku dapat panggilan dari Maksu. dengar Maksu menangis aku dah agak ada sesuatu yang berlaku tapi masih tak tahu apa dia. dan bila maksu cakap "atok", "atok dah takde". deras mengalir air mata nih. seyes blur jap. seyes aku terkejut. atok sihat jer. atok tak sakit pun. masa tu terus masuk bilik untuk packing apa yang patut. abah pun kol gtau. mak kat kg dah menangis2. 

Ya-Allah, ternyata kau lebih sayangkan atok lebih dari kami. perjalanan dari pantai dalam ke labu hilir amik masa dalam 30 minit @ 45- 50km jgak. dalam keadaan jerebu sambil menangis sambil drive. kena kuatkan semangat jugak. terus teringat macam manalah wan kat kg. 

atok pergi selepas berbuka puasa tapi tanpa sempat menjamah makanan pun. 
air tak sempat minum habis. nasi pun tak sempat diusik lagi. atok pergi semasa nak g amik wuduk untuk solat magrib. malam nifsu syaaban. 

masih lagi sayu. masih lagi sedih. hiba tapi sesungguhnya aku & family redha dengan pemergian atok. sebab atok pergi dalam keadaan mengejut. tapi sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya.


pic bersama ngan atok, bila atok siap2 nak bergambar, 
rupanya nilah permintaan terakhir. tak penah atok nak bergambar. 

apapun aku harus lebih kuat untuk sabarkan wan, mak, maksu, serta makcik & pakcik aku. 
yalah siapa yang tak sedih bila kehilangan orang yang tersayang. tapi kena ingat mereka semua hanya pinjaman dari Allah buat kita. hargailah semasa mereka ada kelak bila tiada pasti akan rindu. 

tidak kesampaian hasrat aku nak mintak atok masakkan nasi minyak untuk majlis kenduri aku nanti. tak sempat lagi aku nak mahirkan buat lemang dengan atok. tak sempat atok nak tengok cucu sulung dia kawin tahun ni. tiada lagi pisang, kelapa. tiada lagi teh tarik. 

al-fatihah, semoga atok ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

sekian. 





Persiapan Demi Persiapan - Bride To Be

Ahakss... gituww... 

sekarang ni after selesai final exam, aku menyambung kebizian membuat persiapan untuk weeding yang tak lama lagik. hehehe. actually dari sebelum exam lagi dah mulakan sket2. bukan apa, tak mau kelam kabut nanti kan. tu semua nak pening la, mengamuk la, apa lah bagai kan. sebab maklum la maybe akan stress, maybe akan serabut dengan kekangan masa yang agak terhad. sebab aku & ET bukanlah duduk di tempat yang sama. Central vs Southern. 

so pergorbanan dari segi masa, tenaga dan sewaktu dengannya. Thanks ET. HACKS. 

persiapan yang perlu atau yang dibuat bukan sahaja pada kewangan juga pada mental fizikal juga emosi dan banyak lagik. antara sedar atau tidak. antara perasan atau tidak. ewahhhh...

yang pertama, kami decide untuk buat proposal paper, means paper work yang mengandungi info serta buat checklist supaya tiada barang atau perkara yang penting tertinggal atau lupa. 
apa lagi banyak la tanya pakcik google dalam mencari info dan bertanya pada mereka yang berpengalaman. 

yang kedua, walau apa pun jaga kesihatan, jaga pemakanan. yang ni bukan masa nak kahwin jer yer. all the time. huhuhu. aku nak kata diet sangat pun idak lah, try to makan yang seimbang. senaman pun sangat membantu tapi kan dah beberapa minggu ni tak sempat buat proper exercise. lagi satu yang paling penting nak kena jaga emosi. bukan sahaja emosi diri sendiri, emosi ET jer, emosi family juga. macam family aku ni merupakan 1st majlis besar so tiada pengalaman. apa pun discussion dari masa ke semasa. 
oh ya majlis nanti bukan sahaja majlis aku sorang malah majlis menyambut menantu untuk 2 orang adik lelaki aku jugak. so ada 3 pasang perantin tau. hehehe. 

yang ketiga, pastilah badget kewangan. orang kata ukur baju di badan sendiri. buatlah ikut kemampuan. so majlis kami nanti sederhana jer. yang penting akad nikah & kenduri, concern aku lebih kepada tetamu yang datang iaitu concern pada makanan. nak tetamu kenyang. 
In Shaa Allah try buat yang terbaik. 

setakat ini dulu citer kite. ok baiiii

Checklist Kahwin - Bride To Be

Assalamualaikum

Masa pun tinggal tak bape lama lagi. checklist keseluruhan ni bukan apa just to check or pastikan ada tak benda yang tertinggal or patut buat kan. bukan apa 1st time buat majlis besar. ada lagi checklist with the bajet. 
tapi kat sini aku share yang the overall checklist jer dulu. 
jom tengok checklist yang tidak seberapa ini. 

Dokumen Pernikahan


Kursus Perkahwinan [ done ]
HIV Test [ done ]
Surat Akuan Bujang [done] 
Borang Kebenaran Berkahwin [ done, tinggal summit to IMAM ] 

Majlis Akad Nikah

Tok Kadi 
Upah Kadi & Saksi 
Mas Kahwin/barang kemas [ done ]
Cincin L & P 
Bride
  • Baju Nikah [hantar tempah] 
  • Veil
  • Tudung
  • Kasut
  • Make up [done book , fotocun] 
Groom
  • Baju Melayu [ hantar tempah ]
  • Butang Baju 
  • Sampin [done ] 
  • Songkok [done] 
  • Kasut [done]
Bantal Nikah 
Pelamin Nikah [ DIY] -
Makan

Majlis Kenduri, Melaka 
Kenduri [ done booking ] 
  • Khemah/Kanopi
  • Kerusi / Meja
  • Pinggan/ Gelas
  • 2 Set Buffet
  • Makanan Tetamu
  • Makanan Pengantin - 3 set 
Pelamin [ diy ]
Meja Beradap [ caterer sediakan] 
Make Up [fotocun] 
Bride 

  • Baju Sanding
  • Veil
  • Tudung
  • Aksesori
  • Kasut
Groom 
  • Baju Melayu
  • Sampin, Tanjak
  • Aksesori
  • Kasut
Guestbook - DIY 
PA system / Home theater
Door Gift Tetamu [decide brg] 
Bilik Tido

  • Cadar [ done ]
  • Hiasan 
  • Langsir
  • Katil
Hantaran
  • barang [in progress]  9 dulang berbalas 11 dulang 
  • hiasan
Majli Bertandang, Kulaijaya 
Kenduri 
  • Kanopi 
  • Caterer
OP [done book -fotocun] 
Meja Beradap 
Make up [ done book - fotocun ]
Bride

  • Kebaya/Dress
  • Tudung
  • Aksesori 
  • Kasut
Groom
  • Baju Kemeja
  • Kasut
Door Gift Tetamu 
Bilik Tido

  • Cadar 
  • Hiasan
  • Langsir 
Lain -Lain

Kad [ done tempah utk 2 belah pihak ] 
Bunga Pahar 
Bunga Manggar - DIY 
Penunjuk Arah [done tempah, kadlawo]
TQ tag [ done tempah, kadlawo] 

* untuk majlis nikah tu tak decide lagi samada nikah hari yang sama dengan majlis or awal sehari. still fikir lagik, 



OOhh Pantas Masa Berlalu. 59 Days Only

Assalamualaikum.
Hai semua. Alhamdulillah hujan malam tadi. Hopefully jerebu yang melanda semakin kurang & kadar IPU juga semakin baik. Amin

Oh arini dah 26 June. Jumaat ni, 28 June aku & family akan bergerak ke Kelantan. Malam itu adik boy saya nikah. huhuhu. 

Dan hanya tinggal hampir 2 bulan lagik oh tak bape nak sampai 2 bulan pun. mengikut kiraan hari hanya tinggal 58 hari saja lagik. cuti aku pun makin susut. nanti mau silap2 kena cover dengan U/L. 
MC masih belum terusik. Alhamdulillah. kalau tahun lepa MC abes. terima kasih YA-ALLAH. 

persiapan? in progress lagik. nanti aku review pasal checklist kami. 

ok sampai sini dulu. Baiii

Tuesday, June 25, 2013

Final Exam - Final Year - USM PJJ


Assalamualaikum.... 

hai semua. 19 June yang lalu merupakan hari terakhir exam di USM. 
mode kali ini walau memang nak cepat2 habiskan belajar tapi sayu. 
sayu bukan kerana apa, tapi sayu kerna rindukan saat bekejar-kejar study. 
buat study group sesama, saat susah senang, bergaduh, berselisih pendapat. 
bakal rindu akan suasana kelas, lecturer, study kat USM, g PW sama2. 
bergurau bermanja. 

4 tahun itu memang bukan satu jangkamasa yang singkat. 
akan tetapi bila ianya bakal berkakhir eh sekejap jer masa berlalu. 

aku mendaftarkan diri di USM pada tahun 2008. ngat lagik masa tu datang ke USM seorang diri, 
dengan sebuah cita-cita ingin menyambung pengajian & seterusnya mendapatkan segulung ijazah 
demi untuk menambah ilmu serta membaiki kualiti diri serta kemahiran.

akan tetapi pengajian pada sessi 2008/2009 terpaksa ditangguhkan atas sebab baru sahaja
dapat kerja di TM. oleh kerana baru 3 minggu masuk keje maka tak lepas untuk cuti kursus 
intensif selama 3 minggu. 

selama tempoh penangguhan itu, aku meriki jugak UiTM dengan hasrat ingin menukar tempat 
pengajian pada mulanya. tetapi tidak kesampaian 

semasa sidang 2009/2010 aku memulakan kembali cita-cita dengan semangat yang baru. 
ingin tamatkan dalam masa 4 tahun, makna 2012/2013 mesti dah habis belajar walau apa pun. 
itu impian & harapan. 

Dan pada tanggal 19 June 2013, saat hari teakhir exam. seyes eh aku dah abes belajar.
syukur Alhamdulillah. terima kasih Ya-Allah dengan izinMU. 

So kurang lebih sebulan result akan keluar. In Shaa Allah semoga lulus dengan baik untuk semua paper termasuk projek paper. dan membolehkan aku berkonvo pada September ini jugak. 
doakan saya yer kawan2. 

nanti kite sambung lagik.

daaaa... ok bai... 

I'm Back With JEN JEN IZAICUN

Assalamualaikum.... 

Rasanya nick Jen Jen Izaicun ni better with me than Cik Yaya kan.

In Shaa Allah come back utk berceloteh... ahaksss.. 
banyak ni nak story mory tau... hehehehe

Daaaaa

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...