Tuesday, November 17, 2015

Besday Kita yang ke 32.... Surprise


Alhamdulillah.... 2 Nov yang lalu genap umur aku 32 tahun. 
Alhamdulillah... Allah masih beri peluang untuk aku lihat dunia ini. 
Alhamdulillah... Dikurniakan kesihatan yang baik. 
Alhamdulillah... Dikurniakan suami, anak & bakal anak yang kedua. 
Alhamdulillah... Bergelar seorang anak, isteri & ibu. 
Alhamdulillah... Dikurniakan family & family yang baik.
Alhamdulillah... Dikelilingi sedara mara yang baik.
Alhamdulillah... Dikurniakan bos & rakan sahabat yang baik.

Pada date besday aku, aku training 3 hari di TMTC Jalan Gurney. 
Alhamdulillah dapat ucapan dari semua kesayangan. Senyum jer hari tu. 
Geng BFF ada ajak makan, sudahnyer final hari Khamis baru dinner dengan diorang. 
Sebab aritu tekak teringin western. So makan lah kat Szilling Steak Bangsar. 
Kedai tu memang sedap kalau nak makan western. Serious. 

Masa sampai tu aku, Ain & Anim. Sebab Anim la beriya ajak makan. 
Aku tertanya Oya, Jaja & Kak Ida tak joint ker, diorang kata sibuk. Ok faham. 
Tetiba nampak ada 3 orang gadis berbaju kurung dari arah tepi, tapi cara jalan aku macam cam jer. 
Rupanyer yes, that Oya, Jaja & Kak Ida. Surpriseeeeeeeeeeeee...

Allah. Aku tak sangka umur dah banyak ni ada surprise. Tapi memang surprise. Sebab aku tengok status FB Jaja tengah tengok TV kat umah. Diorang bertiga dari Putrajaya. 

Thanks sangat Jaja sudi buatkan cheese tart. 2 biji lagi. Thanks korang semua for the surprise. Aku sentiasa doakan korang semua dipermudahkan urusan dalam segalanyer. 












Okey tu jer nak story. Hehhehe. 


Wedding Cousin & Cuti Deepavali

Assalamualaikum.

Salam siaran. Last week cuti panjang. Hehehehe.
Kisahnyer bukan cuti panjang pun, cuti tinggal ciput jer.

7 Nov lalu ada wedding cousin buat kat Dewan Majlis Perbandaran Nilai.
Anak mak long, kak mak aku. Kitaorang gerak g nilai dalam kol 10 lebih.  
Sebelum tu kemas barang sebab lepas habis kenduri nak terus balik JB.
Pak Long aku alhamdulillah beransur pulih tapi die takde kat majlis, rest kat umah.
Zaheen sangat suka sebab bebas jalan-jalan. Aku standby stroller gak kot la die penat nak tido.Masa otw tu die dah tido so sampai tu memang tengah cergas. Otw balik Melaka die tido.









Setel kenduri sampai Melaka dalam kol 6pm sebab adik-adik naik dengan aku sekali.
Rest jap then lepas Magrib & ujan stop baru gerak ke JB. Plus ada eksiden semua so dalam 1am kitaorang sampai Kulai.
Tu pun ada stop berenti kat RnR Machap, hubby aku ngantok.

Esoknyer Ahad tapi biasalah, Johor kan keje. So aku berdua kat umah dengan Zaheen sebab hubby keje, MIL keje. Spend time dengan Zaheen. Best tambah sekarang die dah mula berjalan, dah banyak keletah. Kadang gelak sendiri. Feeling housewife jap. Tapi biasalah time nak mandi or masuk toilet la mencabar sket bila berdua dengan die. Hehehe. 
Petang tu bawak la Zaheen jalan-jalan depan umah. 

Isnin pun Hubby keje tapi half day so petang tu jalan-jalan. Yeay. G angsana jer pun. Hehehe. Lepaskan die berjalan kat mall, boleh tahan jugak. Dengan kasut bunyi-bunyi lagi. Hehehhe. Seronok tempat lapang kan. Lagipun weekday orang tak ramai sangat. 







Balik Kulai, ada 2 orang sepupu Zaheen, Iris & Cira. Kalau diorg tido umah, pagi lepas Subuh dah datang panggil Zaheen. Zaheen plak bila sepupu tu sebut nama terus bangun. Terus keluar g main. 

Tapi yalah masa cepat berjalan kan bila happy time ni. hehehe. Deepavali tu lepas breakfast ramai-ramai, masa untuk pulang. Yalah Rabu nak keje dah. 




Kitaorang gerak balik Melaka dalam 11 lebih. Pastu stop kat Rnr Pagoh makan icecream calong. Hehehe. Sementara tunggu Ayah beli ice cream, lepak kat pondok tu. Tapi cuaca memang panas aritu. 

Nak sampai umah, Zaheen baru lena. Petang cam biasa lah antar Hubby ke Melaka Sentral naik bus balik Kulai. 

Tu jer sekian. 

Babaiiii... 






Thursday, November 5, 2015

Training MS Visio 2010

Assalamualaikum... 

Back to office lepas 3 hari training kat TMTC Jalan Gurney. Aritu admin emel tanya sapa nak g training MS Visio, so aku pun apply nak joint. Timba ilmu baru kan. Banyak lagi tak tahu, so banyak lagi perlu belajar. Untuk tahun ni, last g training masa April lalu. Masa tu aku g training MS Excel. Bunyi macam Excel jer pun. Tapi ni yang the latest. Masa g baru tahu banyak function @ ribbon tu tak tahu apa guna. 

So kali ni pasal Visio. Baru aku tahu rupanyer orang yang buat maps, organization chart, diagram yang super canggih tu guna Visio. Lebih memudahkan kerja. Kalau aku yang tak tahu ni, guna manual jer la. Patut la kadang-kadang eh macam mana die boleh camtu, nampak canggih sangat. Rupanyer memang ada application khas yang digunakan. 

3 hari training, 2 Nov until 4 Nov. 2 Nov tu besday aku. 32 tahun dah aku tahun ni. Alhamdulillah. Birthday girl g timba ilmu. Hehhehee. 

Haaaaa.... best tau g training sebab parking tak gaduh, free lagi, makan pun murah tapi sedap. Hahahhaa. Kalau g training kat situ, merasalah makan sedap tapi murah. Kikiki. 

Okeylah itu ajer nak story. 

Tuesday, October 27, 2015

Boleh makan apa dalam pantang eh???

Assalamualaikum...

Aku pun tak cukup ilmu lagi pasal tempoh berpantang, jadi ibu. Banyak lagi yang perlu dibaca, dipelajari, dikuasai. Gitu. Hehehehe. Banyak lagi tak tahu kan. 

So kali ni agak lebih bersedia sket. So tadi baca-baca la balik apa yang boleh di makan semasa berpantang. Bukan apa, orang kata masa lepas bersalin dalam pantang la kena jaga badan elok-elok. Sebabnyer taknak la sakit di masa akan datang. Tak kira bersalin normal @ secara czer. Yalah kita bersalin bukan kuarkan guli, keluarkan baby. 

Dalam tempoh berpantang, banyak yang perlu jaga terutama pasal makan & minum. Belajar dari yang pertama so kali ni ada option sket nak makan apa. Plus nanti nak susukan baby lagi & jaga anak yang lagi sorang. Macam mana la nanti kan. Tunggu jer la masanyer. Harung & laluinyer dengan tabah dan sabar. Sekarang ni tak tahu nak cakap macam mana kan. 

So oleh sebab nanti senang aku nak refer balik, so aku sumbat masuk dalam blog. Mana la tahu kot busy ker terlupa ker? Boleh tahan pelupa jugak aku ni. Hehehe. 

Oh ya, korang kalau ada apa-apa lagi makanan yang boleh or tak boleh amik semasa berpantang, meh la share-share dengan aku. Hihihi... 










Okeylah. Byeee.. 


Monday, October 26, 2015

Hari ni 7 bulan dah..... Fuhhh..

Assalamualaikum....

Fuhh... arini genap 7 bulan adik Zaheen dalam tummy Mama. Kejap jer rasa. Perut dah makin membesar. Rabu ni aku checkup & minum air gula yang sangat sedap tu. Aduhai... Setiap kali nak minum air gula, aduhai... Harap-harap tak muntah la gamaknyer. Hehehe. 

Last month berat aku dah 69kg.. Yeah... membesar bagai johan. hehehehe. Adik Zaheen pun sangat aktif sekarang. Kadang-kadang tersepit. Maaf yer nak. Hehehe. 

Pagi tadi dapat news kawan blogger kite aka kawan ofis, Puan Yana dah bersalin baby boy kat hospital Kuala Pilah. Alhamdulillah. Her 2nd baby. Tetiba rasa cuak. hehehehe. 

Aku due 18 January 2016. Nampak macam jauh lagi kan. Tapi tinggal beberapa bulan jer lagi. Hukhuk. 

Okeylah tu jer update arini. 

Blogger sendu.

Thursday, October 22, 2015

My Breastfeeding Journey

Assalamualaikum...

Bersempena October ni kan sempena Pink October, aku pun nak citer perjalanan penyusuan Zaheen. Wahhh gitu. Apa pun aku support 100% for breastfeeding. Bagus sebenarnyer bila kite menyusukan anak dengan susu ibu. Sebab susu ibu banyak kebaikannyer. Aku masih lagi baru, masih lagi menimba ilmu dalam penyusuan ini. 

Masa aku baru bersalinkan Zaheen kat hospital memang nurse suruh bagi susu badan, pada awalnyer memang kekok sangat. Yalah, bila baca buku & baca kat blog macam senang, bila baby nangis, maknanyer die lapar, bila lapar so bagi susu. Suakan jer kat mulut. That the theory. 

Bila praktikal, harus ada tunjuk ajar & teknik yang betol. Yalah kalau tak betol cara lekapan baby tak betol isap susu pun tak kuar. Masalah aku masa mula-mula sebab nipple aku tenggelam, so berhempas pulas jugak, eh macam mana eh nak bagi anak susu. Awal tu susu tak banyak jugak. So memang Zaheen nangis la. Bila nangis kuat-kuat aku panik. Hahhahaha. Nasib baik la akak sebelah katil tu ada ajar. 

Balik rumah bila dah berurut, baru la susu mula kuar. Tapi awal-awal tu aku memang pump every 2 hours sediakan stock untuk Zaheen. Lepas 2 minggu baru bagi direct feed. Bukan apa, sebab nipple tu la. Lepas dah selalu pump, baru nipple tu kuar. Aku pernah kena bengkak susu, woooo sakit. Nak demam okeh. 

Cuti panjang 3 bulan, memang bagi direct, pastu buat stock. Cuma tak berapa banyak sangat. Paling banyak aku pump 7oz. Lepas tu dapat la 3-4oz jer. Tapi gigih pump jugak. Sebab aku baca nak kan naik keje tak dapat bagi direct so kena la pump. 

Sebolehnyer nak menyusukan Zaheen selama 2 tahun, akan tetapi tak berjaya. Aku ada amik milkbooster tapi tak sesuai. Sekarang Zaheen dah 1 tahun, now susu aku pun dah takde. Aku perasan susu aku drop masa bulan 4, 5 aritu. Pelik jugak. Nak dapat 1oz pun susah. Rupanyer aku dah pregnant. Hehehehe. Masa awal pregnant bila bagi direct susu kuar jugak walau sket. Tapi sekarang takde dah. Kadang Zaheen nak mengempeng jugak tapi mengempeng kosong la. 

Sangat jeles dengan ibu yang dapat menyusukan anak sampai 2 tahun. Tahniah. Jeles bukan dengki. Tapi untung anak-anak diorang kan. In shaa Allah, for my 2nd baby aku nak menyusukan die sampai 2 tahun. Alhamdulillah husband pun breastfeed cumanyer takde rezeki nak menyusukan Zaheen 2 tahun, Zaheen nak jadi Abang dah. huhuhu. 

Okeylah, babaiii. 



Tuesday, October 20, 2015

Fuhhh nak masuk 3rd Trimester dah

Assalamualaikum....

Diam tak diam, sedar tak sedar. Aku preggy nak masuk 7 bulan dah. Maknanyer nak masuk fasa last trimester. Oohh... Tapi kan kalau aku kira patut minggu ni dah 7 bulan, kalau ikut app pregnant, baru 6 bln +++. Minggu depan baru 7 bulan. Tak kisah lah. Yang pasti tak lama dah nak bersalin. Macam tak percaya. 

Kali ni pregnant, agak strong sket berbanding masa Zaheen. Tapi masih lagi berjauhan dengan Hubby & anak. Ermmm... Macam-macam fikir tapi takpe la biarlah ia tersimpan di benak sanubariku. Hehehehe. 

Kali ni mabuk muntah still ada lagi sampai sekarang. Dugaan masa pregnant setiap orang kan tak sama. Macam mana kena harung, kena lawan, kena kuat jugak walau kadang-kadang tak kuat. Huhuhu..

Bila perut dah besar selalu cakap kat Zaheen, Zaheen ni adik Zaheen. Nanti jaga adik elok2 tau. Main sama2 dengan adik tau. Hehehehe. Walau Zaheen tak faham tak kira nak cakap jugak. Biar die tahu tak lama lagi die nak ada adik. 

Alhamdulillah Zaheen dah jalan. Aku kan tak sabar nak jalan pimpin tangan dia. Ohhh....

Preparation barang adik Zaheen takde la kelam kabut sangat. Ada yang tak perlu beli. Sebab jarak Zaheen & adik Zaheen tak jauh sangat. So ada benda boleh share & guna pakai bersama. Ada beberapa barang memang kena beli. Bukan tak excited, cuma taknak membazir. Barang Zaheen masih baru & elok lagi kan. 

Oh ya, gender baby aku tak tahu lagi. Minggu depan baru nak scan. Tak kisah la kalau dapat baby girl, alhamdulillah. Kalau dapat baby boy pun alhamdulillah, as long as baby sihat, sempurna sifat semua kan. Baby pun aktif. Hehehe. Kadang tersepit die. Sorry baby. 

Preparation nama pun masih dalam proses, sama macam masa Zaheen. Standby 2 nama. Hihihi. Tapi banyak cari nama gurl. ehhh. 

Okey cukup dulu. hahhahaa. Okey babaiii. 


BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...