Wednesday, September 9, 2015

Pengalaman Bawak Baby Naik Flight

Assalamualaikum.

Sebelum g Langkawi aritu, aku & Hubby dapatkan info dari kawan-kawan yang pernah bawak anak g bercuti naik flight & google jugak internet. Maklum la 1st time bawak Zaheen naik flight. 

So aku sharekan mengikut pengalaman aku baru-baru ini.

Take-off
  • Masa pergi, masuk jer kapal, Zaheen main-main dengan seat belt. Bagi susu taknak so bagi die puting jer. 
  • By the time, announcement dari pilot nak take-off, Zaheen gosok mata, baringkan die, lena. Alhamdulillah. Puting still bagi die isap. 
  • Masa balik ke KL, die isap susu, main-main buku then tido. Tapi masa balik ni aku pangku peluk die tido. 
Landing 
  • Landing kat Langkawi, Zaheen masih tido lagi. Bila nak angkat die bangun, segar terus. Dapat la lena sejam kan. 
  • Masa landing balik ke KL, die tido lena sangat kat pangku. So aku memang peluk jer. Alhamdulillah. Zaheen behave masa pergi & balik dalam flight. Good boy. Mama Ayah sayang Zaheen.


Stroller @ baby carrier 
  • Zaheen pun baru 11 bulan masa trip ni. So pada aku wajib bawak sebab kalau die nak tido time kita berjalan tu kan, selesa la sket die tido. Kalau berdukung tu cian jugak sebab terdedah dengan cuaca panas or hujan. Plus dengan extra tenaga kita jugak. Nak berjalan jauh lagi. So better bawak stroller.
  • Lagipun Zaheen taknak duduk kat baby carrier or baby wrap tu. Rasanyer die tak selesa. Okey lah duduk dalam stroller, nak minum susu pun selesa. So kita tolak jer. Kalau die tak tido pun, die tengok pemandangan sambil relax2 dalam stroller. Hehehehe. 
  • Stroller tu nanti tolak jer sampai pintu masuk kapal, letak jer tepi tu. Nanti ada crew yang akan ambil.
  • Oh ya, sebelum fly tu kan aku bagi Zaheen main-main. So bila nak take off tu nanti die dah penat, die tido.

Sweater 
  • Kena ada jugak sweater or baju tebal untuk baby pakai sebab aircond kat airport & flight kuat jugak. Lagi-lagi flight aku pagi so memang sejuk. Pakaikan sweater die pun rasa selesa.


Stokin 

  • Ni pun wajib pakaikan untuk baby.


Puting kosong 
  • Aku & hubby belikan puting untuk Zaheen isap. Ikutkan die takde lah jenis isap puting. Seminggu sebelum pergi train die isap puting. Tujuannyer nak elakkan perubahan tekanan udara masa take-off @ landing.


Tukar lampin
  • Aritu ke Langkawi, kitaorang naik dari KLIA 2. So kemudahan toilet & changing room for baby semua ada. So sebelum fly, tukar lampin baby siap-siap.Selesa untuk die juga penumpang lain.

Mainan 
  • Aku bawak jugak mainan untuk Zaheen. Bagi die leka tujuannyer. Alaaa bawak 2 @ 3 jer. Tapi Zaheen belt tu jadi mainan. Tak kisah lah janji die leka. 


Hand carry
  • Satu beg hand carry barang Zaheen like susu, air panas, air, snek biskut, pampers, wet tissue, mainan & tuala kecik. So if apa-apa senang semua dalam 1 beg.

Bisik-bisik & Doa
  • Hahahaha. 2 minggu sebelum travel aku & hubby ada bisik kat Zaheen. Nanti nak travel naik flight, Zaheen behave yer.
  • Doa jugak minta pada Allah, agar segalanyer dipermudahkan Allah. 

Bantal kecik
  • Bawak jer satu bantal kecik bukan apa, if die nak tido tu selesa la sket. 

Tu jer sedikit pengalaman aku bawak Zaheen travel naik flight. 

Thanks for reading 

Day 2 @ Trip Sis Jah Ke Langkawi

Assalamualaikum...

Sambungan dari Day 1.... 

Cable Car & 6D Motion
Aku, hubby & Zaheen naik cable car jer. Lepas turun dari Cable Car, kawan2 yang lain sambung naik 6D Motion.
Tak jadi nak masuk 3D Art Museum.

Laksa Ikan Sekoq
Lepas dari cable car singgah jap solat kat Petronas yang ada tempat kapal-kapal tu.
Then gerak kat belakang Airport untuk makan Laksa Ikan Sekoq, tapi aku tak makan laksa.
Aku makan cucur udang ja.

Pantai Chenang
Setel makan sambil amik angin sepoi-sepoi bahasa, kitaorang terus g lepak pantai. Kat sini ada aktiviti parasailing tapi kitaorang mampu tengok & lari bila diorang nak mendarat. Bagi Zaheen main pasir. Hehehe.

Day 2

Subuh tu hujan, sedap la tido. Lepas subuh sambung lagi tido.
Pagi tu Jaja masak bekpes cucur & bihun goreng. Then masing-masing mandi & bersiap untuk destinasi seterusnyer.

Telaga Air Hangat
Bila dah siap semua, kitaorang terus ke Telaga Air Hangat dulu. Memang hangat air dari telaga tu. Dapat la rendam kaki memasing.















Beras Terbakar
Lepas tu, kitaorang terus menuju ke Beras Terbakar. One of tempat sejarah di Langkawi. Anim & Ain nak sangat g sini. Hihihi.
Ada banyak kedai sepanjang perjalanan ke Beras Terbakar. Kawasan umah orang.





Laman Padi
Dah selesai berjalan 2 tempat tu, perut pun dah lapar. So terus kena Laman Padi. Kawasan Chenang jugak Laman Padi tu. Semalam decide nak lunch kat Laman Padi.
Masa ni Zaheen tido. Masa sebelum masuk nampak penuh pondok tu. Sedang elok sampai ada kosong 1 pondok. Dapat la makan sambil menikmati keindahan serta kehijauan di Laman Padi tu.









Coco Valley & The Zone
Dah makan kenyang so sambung ke Coco Valley, tengok barang yang ada kat The Zone jugak. Kat sini barang-barang like perfume, luggage bag, coklat, handbag murah berbanding tempat lain. Coco Valley dekat dengan Underwaterworld tapi kitaorang tak masuk. Hihihi. Lepas tu g masjid solat, handbeg aku putus tali plak. Handbeg masa hantaran kawen aritu. Tapi kira oklah kan, lepas 2 tahun pakai.



Pantai Chenang
Petang hari lepak lagi kat Pantai Chenang tapi bukan tempat semalam. Yang ni dekat belakang Sandy Beach Resort. Parking jauh sket & jalan kaki sket. Sampai kawasan pantai Zaheen lena dah. Lepak sampai la Zaheen bangun, sempat la bagi die main pasir kejap & amik gambar untuk kenangan.










Pasar Malam Pekan Kuah

Lepas magrib kitaorang singgah ke pasar malam yang terletak dekat Pekan Kuah. So malam tu dinner beli dari pasar malam jer. Ada ayam goreng RM1, apam balik mini & macam-macam lagi. Setel masing-masing membeli so kitaorang balik kat homestay. 

Sambung untuk Day 3.


Thanks for reading. 

Tuesday, September 8, 2015

Day 1 @ Trip Sis Jah ke Langkawi

Assalamualaikum.... 

Hari ni baru naik balik keje lepas balik holiday. Hehehe. Holiday kat Malaysia jer. Tapi lama aku tak g holiday. Tapi aku tak g dengan family aku jer. G sekali dengan geng BFF. Diorang yang plan so ajak aku sekeluarga. Tanya Hubby die okey so proceed. So kebetulan bulan 3 Air Asia buat promo, so decide nak g Langkawi. Tambah-tambah ada 2 geng aku tak penah jejak lagi kat Langkawi. Hihihi. Abes la kalau diorang baca. Ampun.

Sebelum ni nak aku agak nervous, yelah pertama kali nak bawak Zaheen naik flight. Jalan jauh plak tu. Yalah selalu naik kete balik Kulai jer pun. Ni naik flight. Tanya kawan-kawan yang dah pernah bawak anak naik flight. Google jugak tips kat Internet. 

Prepare la sket untuk bawak Zaheen. Stroller memang aku bawak sebab kalau tengah jalan die nak tido kan, so dalam stroller selesa la sket. Kalau dukung sian plak die. Baby carrier tu die tak bape selesa dalam tu. 

Pastu masa nak take off & landing sebab perbezaan tekanan kan. Risau kalau Zaheen mengamuk ker meragam masa tu. So aku beli la puting untuk die isap. Yang bagusnyer masa naik flight biar die tido or bagi susu, so takde la rasa sangat tekanan tu. 

Oh ya trip ke Langkawi 4-6 Sept 2015. Awal-awal eh jauh lagi. Bila sampai masa, kalut jugak packing. Baju aku & hubby takde masalah sangat. Barang Zaheen la. Cukup ker tak? Baju, susu, pampers die semua. Risau la jugak kan. Lagi satu aku, hubby & Zaheen kan tak tinggal sekali. Fikir camner nak make it easy. 

Flight kol 8am. Boarding time 6:50am. Hubby balik Melaka & aku pun balik Melaka Khamis lepas keje. Setel barang semua, kitaorang gerak g Putrajaya kol 10malam, tido umah kawan aku kat Presint 9. Sebab nak kena bangun pagi-pagi gerak g Klia 2. Park kete kat Putrajaya Sentral naik ERL. Malam tu pulak Zaheen tido lewat kol 1 baru nak lelap. So kol 4am aku dah tersedar terus bangun mandi, kejut Hubby. Tunggu yang lain siap-siap. Kol 4:45am gerak ke Putrajaya Sentral. Zaheen pun bila angkat jer dah sedar. 

Awal la die bangun. Die pelik gak eh nak g mana pagi2 ni. Tapi 2 minggu sebelum pergi aku dah bisik-bisik kita nak g jalan-jalan kat Langkawi. Tepat kol 6pagi setel semua check in so tunggu time nak boarding. Klia 2 tu kan besar. So kalau kata terlewat jenuh nak berlari ke gate. Biarlah awal leh relax-relax. Solat subuh dulu. Pastu tukar pampers Zaheen. Tak mandikan die sebab pagi sangat, lagipun die wangi. Hehehe. Sementara tunggu bagi die main-main. 

Masa nak naik flight tu, tolak jer stroller sampai pintu masuk. Nanti crew akan amik stroller tu. Bila naik flight die sambung main belt, before take off lagi dia dah tido. Alhamdulillah. 






Lepas selamat landing, baru Zaheen bangun. Aku yang terkejut masa landing. Hehehehe. 
Sampai terus g amik stroller kat bagasi. Pastu kereta sewa dah menunggu. 

Homestay
Oh ya, penginapan pada awalnyer Jaja nak book rumah persekutuan tapi malangnyer fully book plak untuk date kitaorang nak g. Aku pun tengok jugak TM Resort pun full. So gigih la cari yang lain sampai jumpa Eylizar Homestay. Pakej homestay + kereta. 
Kitaorang amik rumah 3 bilik + kereta Avanza selama 3 hari 2 malam. So far rumah cantik & bersih. Mesin basuh ada. Dapur ada. 2 bilik ekon. 1 kipas. Iron & board iron ada. Tuala 3 helai. TV astro channel. Puas hati. Alhamdulillah. 


Lepas dapat kereta terus g homestay sebab nak amik kunci & letak barang. Mandikan Zaheen. Pastu nak g lunch. Best gak lunch kat kedai Mak Timah tu. Tak dan snap pic. Lauk macam2, harga murah gak. Rasa sedap. Puas hati la. Lepas tu terus ke Sky Cab. Naik cable car. Aku & Hubby naik cable car jer. Yang lain sambung naik 6D motion. Ada 3d Art Museum tapi kitaorang semua tak masuk. Hihihi. 








Banyak moment atas ni. Kelakar pun ada. Gelagat kawan2 aku yang takut naik cable car. Masa otw naik hujan so bila sampai atas tu kabus. Lagi satu bridge sky tu dah kena bayar. 
Zaheen behave. Suka jer die. 


Petang hari dalam kol 4pm rasanyer kitaorang g makan laksa ikan sekoq dekat belakang airport. Makan tepi pantai. Syok woo. Zaheen pun lena masa ni. Lepas minum susu. 



Geng BFF aka Rombongan Kak Jah. Jaja, Oya, Ain, Anim & Kak Ida. hihihi. 

Petang lepas makan laksa ikan sekoq, cucuq udang, awal lagi nak balik homestay. Jalan-jalan kat tepi Pantai Chenang, tengok kedai. Then lepak pantai sambil tengok orang main parasailing. Masing-masing nak naik tak berani, so tukang tengok, tukang lari. Bagi Zaheen main pasir. 




Sambung for next day... 

Thursday, September 3, 2015

Bila teringinnnn.... Laksa Penang

Assalamualaikum...

Last weekend kan lama sket cuti sebab Merdeka. So aku macam biasalah. Petang Sabtu dah balik JB. Sebab Ahad kan keje pastu ada event untuk Merdeka. Keje la kan. So aku lepak dengan Zaheen jer kat Melaka. So puas la bergolek, berwrestling dengan dia. 

Sabtu petang dok tengok tv tetiba menu laksa terlintas di fikiran. Terus google resipi sebab lama gila babas tak buat laksa. Aku ni bukan boleh bila dah nak sangat. Pagi ahad lepas mandi, g kedai runcit kat depan jap. Beli bahan-bahan untuk buat laksa. Tengok ikan sardin ada so on.

Beli la laksa kering, ikan sardin, daun kesum, telur, cili besar, limau kasturi, salad. Alaaa bunga kantan takde. Takpe pi singgah umah Wak Mar mintak bunga kantan. Rezeki ada 3 batang. Done. 


Masa ni tengah tunggu Wak Mar g amik bunga kantan, tak berani nak follow. hahahahaha. Best jer kan dok kampung. Tetiba..... 


Tadaaaa.... Check balik bahan. Okey, mari kita mulakan. 

Siang ikan la renyah sket, sebab aku pun lama tak siang ikan. Kecik lak tu. Hihihihi. Lama jugak kot tak masak kan. Hahhahaha. Tapi kerna teringin ku gagahkan jua. 


Gigih kan asingkan tulang ikan dengan isi ikan. 




Tadaaaa. Siap.... Okey boleh makan. Makan semangkuk jer. Tapi aku puas dapat masak & tengok family makan. Mission done. 


Sekian kisah masak-masak. heheheh. 



BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...