entri ni berkisarkan kenangan aku g kursus intensif kat USM..
apa ea kursus intensif??? mesti nak tahu kan.. kursus ni wajib untuk dihadiri oleh semua pelajar USM Jarak Jauh... masa nilah nak jumpa lecturer secara live, belajar dalam kuliah, pegi library masa ni rasa la as a student... kat universiti... ada exam jugak masa ni.. so kena study.... kalau tak hadir untuk kursus intensif maka tak dapatlah nak amik final exam dalam April tahun berikutnyer..
aku daftar USM PJJ pada 26 may 2008 hingga 30 may 2008... hampir seminggu gak la minggu orintasi tersebut.. masa tu stay kat desasiswa bakti permai... rasalah aku dok hostel [aku tak pernah rasa beb dok hostel dari sekolah menengah sampai poli dulu] alhamdulillah merasa la aku selama 4 tahun dok hostel... penghujung november 2008 aku akan menghadiri kursus intensif tapi tahun tersebut aku tak dapat mengikuti disebabkan aku terpaksa tangguh kerana dapat kerja baru...
tahun pertama aku mengikuti kursus intensif di USM Pulau Pinang selama 3 minggu [30.11.2009 hingga 20.12.2009] stay kat Bakti Permai... 3 minggu beb [unpaid leave] tapi takpa demi masa depan aku sendiri... kenalah berkorban... masa tahun 2009 aku datang USM naik bus... bawak beg tarik besar baju + buku2 la dalam tu.. berat seh... g kelas jalan kaki jer.. demam .... tapi ada memory sebab ada kawan yang prihatin bawak g cari ubat kat farmasi... gerimis lak masa tu.. aku demam agak lama jugak la... dalam 4, 5 hari gak la... ada jugak kawan kelas yang baik hati tumpangkan aku g kelas... alhamdulillah.., terima kasih kepada kawan2 yang caring padaku...
masa tahun 2009 takde la berjalan sangat... maklum lah junior pack dengan kelas, exam dan tugasan... skema la sket... ada la berjalan ke bukit bendera, komtar dengan kawan2 kelas.... ke kulim membawa diri.... ia dah jadi kenangan dan sejarah... baik dijadikan teladan... buruk as pengajaran....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY
Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...
-
Assalamualaikum... Aku pun tak cukup ilmu lagi pasal tempoh berpantang, jadi ibu. Banyak lagi yang perlu dibaca, dipelajari, dikuasai. Gi...
-
Assalamualaikum. Alhamdulillah akhirnya aku tamat juga pengajian di USM. Lepas dapat surat konvo, alhamdulillah lega sket. Date 21 Septe...
-
Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini....
No comments:
Post a Comment