Assalamualaikum..
Aduh tadi nak buka emel ofis, bole
lak lupa password. dah 3 hari buka, semua tak betol password ni. oh noo.. camno
la ni. aduhai... meh la dok story kat sini dulu. hehehe. harap aku ada tulis la
password desktop kat mana-mana.
Alhamdulillah arini masuk 16minggu
bersamaan 4 bulan. sekarang ni aku dah masuk 2nd trimester. Alhamdulillah 1st
trimester 1 bulan sehingga 3 bulan yang berlalu ku harungi jua. Memang mabuk
& muntah serta tak lalu makan sahaja. Walau apa pun its a kenangan pahit
manis bagi aku pertama kali pregnant. Alhamdulillah.
Kalau ikut due date doktor pagi, in
Shaa Allah aku bakal bersalin pada 8 October 2014. 40 minggu tu. Oleh kerana
sekarang dah rasa nak makan, okey alhamdulillah tapi kena jaga-jaga berat
taknak la naik melampau-lampau kan. hihihi. yang penting sesuai & sihat,
baby pun sihat.
Terkenang masa 1st trimester yang
lalu, saat nak makan la sedih. huhuhu. bukan sedih apa, punyalah pelbagai jenis
makanan satu pun aku tak terasa or teringin, Allahuakbar. Allah tarik sekejap
nikmat makan tu. Sangat bersyukur bila mana ada 1,2 makanan yang aku leh makan
& diterima. Apa yang aku suka nasi, bihun, ayam, ikan, buah, sayur, susu,
air semuanya tak leh terima, makan & lepas tu kuar balik semuanya. Biskut
kraker hup seng tu jer leh terima. dapat makan 2 keping jer pun, bukan banyak
mana sangat. Tapi bersyukur.
Yalah setiap orang tak sama dugaan
& rezekinya. Apa yang Allah aturkan pasti ada hikmahnya. Pasti ada manisnya
kan. Cian jugak kat Hubby kalau ajak makan tu, tapi aku gagahkan teman dia g
makan. Aku kalau sampai kedai makan, pening tengok orang ramai, tengok makanan,
belum makan lagi tu. Lagi satu bila dalam perjalanan, aku yang duduk kat
sebelah tu memang rasa tak selesa, rasa serba tak kena. Rasa perjalanan tu jauh
jer. 3 bulan tu memang tak balik kg sebab doctor tak bagi travel jauh lagi satu
tak kasi angkat berat. tambah lak masa tu ada cyst. So more care. Memang doa
banyak-banyak agar baby selamat & sihat.
Cuma sekarang dah mula rasa nak makan tapi tak leh nak makan semua sebab aku masih lagi pantang. Telur & ayam terutama tak leh makan sebab gatal nanti. walaupun bau telur dadar tu salu menggoda baunyer terutama bila gorengkan untuk Hubby. hehehe.
2nd trimester sudah bermula sehingga 6 bulan, kira sampai bulan June la. huhuhu. In Shaa Allah hujung bulan June start Puasa Ramadhan. In Shaa Allah dapat lah puasa penuh nanti. Mohon Allah berikan kekuatan untuk berpuasa nanti cuma kena sahur nasi la.
Haaa sekarang tengahari kena makan nasi walau sesenduk. Kalau tak angin satu badan. Kira time makan tak leh nak skip, memang kena jaga. Lepas ni nak masak pun alhamdulillah dah boleh masak. Nak temankan Hubby pun dah okey. Alhamdulillah. Syukur sangat.
Okeylah... babaiiiiii.
2 comments:
sekejap je kan. dah 16 weeks.
Semoga selamat melahirkan
Salam...mcm mana mom to be? hehe..byk alahan tak? xlama lagi masuk bulan puasa..klu xlarat boleh berbuka..klu okey teruskan.. :-)
Post a Comment