Monday, April 21, 2014

Urgent Demi Selamatkan Baby & HKL

Assalamualaikum.... 
Morning all... Ada masa & kekuatan untuk menaip. Nak sambung kisah yang berlaku dalam hidup aku. 
Pengalaman aku di admit di hospital. 

3April - Hari Khamis lepas bekpes dengan Nisa & Kak Mala, aku dapat satu panggilan dari HKL. Serious aku sangat terkejut bila mana nurse tu inform semalam doktor-doktor dah meeting so kes aku agak urgent so kena admit arini jugak sebab esok, 4 April nak buat operation. Aku memang menangis. Terkejut sangat. Macam tak percaya. Tak tahu nak cakap apa perasaan masa tu. Takut semua ada la. Terus kol Hubby, Family, kol mak mertua inform bos & kawan2 ofis. Airmata tak berhenti masa ni. Nurse tu cakap kena masuk pagi ni jugak. Masa dapat kol 9:00am. Aku cakap la baju tak kemas, apa pun tak ready. Hubby jauh. Mind aku dah ready untuk 15April nanti. 

Ikutkan minggu 6-7 April aku & Hubby dah plan nak relax kat KL. Nak jalan2 & tengok wayang sama2. nak spend time together. So abes semua plan.

Hubby sampai kol 1:00pm amik flight dari JB. sampai jer terus ke HKL untuk serah diri tapi seyes mind aku tak stabil masa tu. Aku tak tenang. Selawat zikir tapi aku rasa takut. Doctor bius datang, bagi briefing. Apa jenis bius nak bagi. Risikonyer. Soalan aku bape lama leh keluar. Masa tu aku fikir nak keluar hospital cepat jer. 

Lepas dah pakai baju hospital aku rasa macam pressure. Petang tu lepas habis waktu melawat Hubby balik, aku rasa badan panas. Jantung aku laju sangat. Aku tak tahu nape, walaupun aku try to be calm tapi aku tak tenang sebenarnya. Malam tu doctor pakar, Nisha datang. Dr Nisha u demam ni macam mana nak operate esok? You are not ready mental kan. Yes. that the answer. Thanks doctor to understand. tu lah jawapan sebenar. Masa check up 1 April tu pun aku memang dah batuk masa 2 hari. so memang tak baik lagi batuk tu. dah inform Doctor Bius. 

Suhu badan 38. Nurse bagi ubat batuk, demam, antibiotik semua. Ada doktor nak jugak aku buat OT esok. kes aku no 3. Aku skip jugak makan ubat, sebab aku rasa aku memang tak ready. Malam tido kat hospital tak lena pun, tengok katil depan baru kuar dari bilik OT. katil belah sana plak. Aku memang rasa takut. So esoknyer after Jumaat aku discharge kansel OT. Nak bagi baik demam so dapat date baru. Still bukan date asal. Aku kena admit balik 7April & OT akan buat 8April. 

Loya muntah aku tak okey lagi so memang lembik la badan. petang lepas kuar spital tu Hubby jom lah ikut lik Kulai, pastu lik Melaka sebab kalau aku stay KL pun tak buat apa. Baik lik kampung cari ketenangan. Jumaat malam tu tido KL, masa nak solat Magrib badan aku megigil & mengeletar sangat2. malam tu tido awal. Maaf Hubby tak larat sangat nak temankan die kuar makan. 

Esoknyer lepas bekpes kat Kampung Baru, tempat faveret Hubby, tapau kuih lopez zasss terus gerak lik Kulai. Lama tak balik Kulai, 3 bulan ada. rindu kat Family mertua. So lepak dengan Mak Mertua, adik2 ipar biras datang tanya2 kaba. Aku kumpulkan ketenangan juga kekuatan dengan melihat insan tersayang. 

Ahad tu Hubby keje sebab ada audit. lepak umah sorang-sorang. Time lunch mak balik masak. hehehe. Lepas Magrib baru lik Melaka plak. Jumpa mak abah & adik2. esok nak g HKL dah. Alhamdulillah aku rasa ready. Apa pun aku kena buat jugak. Aku kena harung jugak. 

To be continue.... 

1 comment:

Mimy Hamid said...

dugaan buat jen..pengorban menjadi ibu,..cepat citer

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...