Thursday, January 2, 2014

Memory Sepanjang Tahun 2013 : Kisah January – February 2013

Assalamualaikum

entry ni berkisarkan kisah yang terjadi sepanjang tahun lepas. Alhamdulillah azam aku selama 5 tahun untuk mendirikan rumahtangga alhamdulillah tercapai & termakbul. dapat memenuhi impian diri serta keluarga, maklum la mak abah risau akan anak dara yang sulung ni, lagi2 bila adik boy no 2 & no 3 mula bertunang pada April & Raya 2012. bila mana ada jer yang ingin berkenalan, mengatakan hasrat ingin berkahwin tapi kesudahannya, sedih, beri harapan & musnahkan. aku boleh lagi terima walau aku kecewa tapi mak abah aku. kesian sangat kat mereka. plsss la. bila mana suatu ketika aku hampir dipaksa berkahwin dengan calon pilihan kawan baik abah aku. ooh tidak. tidak bayangkan jika ia benar2 terjadi. Allah tu maha mengetahui segalanya, yang terbaik buat hambanya. Syukur alhamdulillah. episode di mana bila ada ketidakpuasan hati berlaku, hantar macam2. Aku berubat dengan pertolongan Wan penghujung Disember 2012 yang lalu. sebelum aku berangkat ke USM, beberapa minggu lepas berubat aku terima sms dari insan yang pernah aku kenali suatu masa lalu, "saya minta maaf, harap tiada dendam antara kita" 
terkejut jugak bangun2 tido dapat msg sebab no tak save kan. apa pun aku tak pernah dendam ngan sapa2 pun walau aku kecewa, aku sakit... aku dah maafkan korang semua.

Haaa masuk awal tahun ni nak lupakan semua kisah2 sedih. Hahahah. Yalah buat apa nak kenang2 kan, amik sebagai pengajaran, apa yang berlaku membantu kita menjadi lebih matang dalam berfikir. Yalah umur nak 30 okeh tahun ini. Haaa 3 siries. Tapi umur sekadar angka. Ewaahhh. Hehehe. Kenang kisah2 manis jer.
So azam tahun ini nak siapkan projek paper & do the best in my final year kat USM. Walau pun nak konvo tahun ni. Malas dah nak pikir pasal cinta. Biarlah sampai masa nanti adalah. Kalau ada jodoh semasa hayat di dunia ni, Alhamdulillah. Jika tiada pun aku terima, pasrah & redha. Nak improve diri sendiri jer. More focus to life sendiri, family, kerjaya & sahabat2 jer. Gituuwww. Bulan ni memang kalut sket la dengan projek paper, assignment nak kena siap sebelum g intensif lagi kan. Happy sebab final year dah. Nak jumpa kawan2 USM yeayyy. Hehehe.

Sebelum berangkat ke USM, aku terima berita cousin aku Zakuan eksiden motor otw balik dr UiTM Puncak Alam ke Paya Dalam. Doa agar dia selamat. Aku gerak ke USM dengan Kak Joy & Sharah. Tahun ni kitaorang tak dapat masuk hostel awal. So stay kat umah kawan kat Kamunting Taiping. Final year stay kat Indah Kembara. Tahun ni senior wehh, konon otai la. Heheheh. Maklum la 4 tahun so terror la sket selok belok USM, Penang. Ahakssss. Bermula 21 January hingga 7 February aku berada di USM. Indah Kembara stay kat level 3, so naik turun tangga la kami. Exercise katanyer. Hehehehe. Layan jer. 16 hari di USM. Seminggu pertama aktiviti penuh dengan kelas, PB, library, gathering dengan kawan2, maklum la last year. Poyosss kan. Hampir seminggu aku dikejutkan panggilan dari Norani cousinku, adik2 & abah aku pemergian cousin arwah Zakuan, sedey sebab aku tak dapat jumpa dia buat kali terakhir, terbayang2 wajah beliau. Abah kol cakap bertenang tak bagi balik, doakan dari jauh. Aku akur. Al-fatihah buat Arwah Zakuan. Kawan2 bilik bagi support sama2 menangis dengan aku. Thanks korang.

Dalam kesibukan ke kuliah, jumpa kawan snap gambar kenangan katanyer. Ada sorang member dr JB, F cakap ada orang nak kenal ngan aku, kawan die jugak. Aku kan masa tu rasa cam malas nak kenal2 ngan orang baru. Cam penat jer. Hahahaha. Tak bagus betol kan. Hihihi. Sebenarnya aku memang takde mood nak berkenalan dengan lelaki. Kawan aku yang degil tu cakap alaa kawan2 jer, kawan study. Aku pun malas nak die bising, kira setuju lah sebab alaa kawan study jer pun. 1 hari tu sebab assignment segera & must be done masa tu jugak so kena 1 group 3 orang, group aku baru 2 orang, mintak tolong member yang 4 orang, mintak ahli die sorang, minimum 3 orang. Huhuhu. Bahan dah ada, tak payah present aku leh present. Kawan aku si F tu takpe aku bagi ko sorang ahli. Rupanya ahli yang dia cakap adalah orang yg sama ngan kenal ngan. Ipin. Aku masa tu arghh tak kisah janji cukup korum. Takde la interest sangat nak kenal & amik tahu pun. Berlagak ko eh. Hahahaha. So aku pun kenal la seorang yang bernama Ipin. Tak tahu pun nama sebenar. 24 Jan 1st time Ipin msg aku sebab nak tanya pasal assignment. Dari whatsap membawa ke emel semuanya berkaitan tugasan. Pastu kat kelas saja elak2 nak jumpa. Padahal nak tengok orangnya. Hahahaha. Rupanya Ipin pun sama tapi masing2 tengok dari jauh. Tak clear sangat pun. Lepas tu time free sebab takde kelas, so study jer la kat bilik. Ipin msg kata nak jumpa sebab nak minta nota. Aku takde hal sebab ngah free. So 25 Jan 1st time aku jumpa live, bertentang mata dengan Ipin. Tapi tak tengok sangat, segannnn. Mula2 ngat salah orang, memang Nampak cina betol. Hahahaha.

1st time jumpa biasa jer, discuss, amik nota, g makan, balik. Beberapa hari kemudian, kebetulan cuti Thaipusam aku & kak joy lepak bilik jer sebab malam tu ada gathering dengan lecturer so malas nak makan berat. Kira sekali makan malam yang special la. Msg2 ngan Ipin die ajak kuar makan & teman die g cari seluar kat Queensbay. Mula cam malas sebab eh ajak kuar lagik ni. Ajak kak joy malas katanyer, die cakap alaaa ko single g jer lah kuar. So 2nd time jumpa di Queensbay. Ada insiden yang aku & Ipin tak leh lupakan sampai sekarang. Masa tu makan kat McD. Ntah kenapa tiba-tiba Ipin suap fries, aku lak cam tergamam lalu makan jer sebab tengok orang dah pandang2. Hahahaha. Lepas tu eh kenapa ngan die ek. F cakap Ipin ni berdiam tapi kan 2nd time jumpa aku rasa aku yang terdiam. Aku banyak jadi pendengar. Banyak story yang aku dengar dari dia. Pelik tapi benar. [lepas 3 bulan Ipin admit masa kes suap fries tu die mula suka aku]. Aku rasa aku mula rasa sesuatu kat dia masa kali 3rd time jumpa. Aku rasa die cam ada chemistry ngan aku tapi aku banyak kali ingatkan diri sendiri agar tidak cepat jatuh sayang, jatuh cinta sebab tidak mahu pisang berbuah 18 kali. Hahhahaa. Maklum la pengalaman lalu kan.

Eh eh tengok dah kisah lain ni. Lepas jumpa Ipin extra busy aku ke sana sini dengan ketua uruskan FB USM PJJ. Luangkan masa dengan kawan2. Arrange dinner dengan kawan2 & lecturer. Masa di USM berlalu dengan pantas sehingga aku tak sedar yang aku mula buka pintu hati aku untuk insan yang bergelar lelaki. Tidak mengharapkan yang luar biasa. Cuma jika ada jodoh Alhamdulillah. Persepsi aku ubah. Biasa2 jer sebab taknak kecewa lagi. Just follow the flow. Maklum la dah makin dewasa ni kan, ahaksss. Satu la nampak yang Ipin seorang yang caring, soft spoken. Tengoklah lepas balik USM macam mana nanti. Dalam tak sedar aku & Ipin makin close selalu la berhubung. Sehinggalah 24 February bila mana luahan hati di luahkan. Apa pun kita hanya manusia biasa, usahakan yang terbaik. segalanya tawakal pada Allah. 

balik USM maksu buat kenduri kesyukuran sempena kelahiran anak kedua, Sofia yang comel. eee geram. berkumpul semua sanak saudara.

panjang karangan aku. hahahahaa. so layan jer la picas. 











akan bersambung.....

thanks for reading

_RZ25_

No comments:

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...