Monday, January 6, 2014

Permulaan Tahun Baru, Status Bertukar Kepada

Assalamualaikum... 

Hari ini hari ke 6 dalam tahun 2014. Kalau ikut tahun Islam pulak dah masuk R'Awal kan. pantas sungguh masa berlalu. tahun ni agak berbeza eeeh memang sangat beza kerana tahun ni aku sebagai isteri. oh yaker. dah ada suami. opsss. tapi mungkin bila jauh ni tak rasa sangat sebab yalah kami masih berjauhan lagi, so tak dapat lagi menjalankan tanggungjawab sepenuhnya pada keluarga kecik. ahaksss. bila jauh ni bujang la.. hehehe. tapi takde la leh sesuka hati macam bujang2 dulu. 

yalah beza la sket kan, if nak g mana2 pun mintak izin dulu. mengajar kite untuk lebih menghormati. ya memang jauh. boleh jer nak buat apa2 pun. tapi akan menjurus ke arah gejala kurang elok, sket2 nanti jadi buruk & bahaya. 

contoh situasi , katalah ada kawan lelaki ajak kuar berdua jer. alasan saja jer. pastu pandai lak cakap kuar ngan kawan gurl. sebab nanti hubby tahu confirm kena marah, jeles pastu macam2 lagi la yang kurang elok. kalau buat camtu kan dah mengundang masalah. so better berterus terang. walau apa pun as wifey dah tahu kan batas-batas pergaulan. so kalau seorang suami @ isteri yang baik, sayang antara sama lain, pasti takkan buat camtu. confirm kalau kuar tanpa izin jadi tak tentu arah kot. 

aku rasa tu lah bezanya. kena jaga hati. haaaaaa dengar Ustaz Kazem cakap & mungkin ustaz2 lain tapi benda ni pun memang dah tertulis pun dalam Al Quran. seorang isteri ni senang jer nak masuk Syurga tapi dengan syarat jaga solat, puasa Ramadhan, jaga maruah, taat pada suami & beberapa perkara lagi. tapi yang susah no 4 taat pada suami. kenapa??? 
salah satu la yang aku nampak & ini terjadi pada kawan aku la. die luahkan pada aku. apa salah die, die tanya komen aku. kisahnyer die seorang kira pangkat pengawai bank yang glamer kat Malaysia ni. kawan2 die perli sebab pakaian die. tak update to la sebab salah satu tak pakai SELUAR JEANS. tapi die diamkan jer. aku pun tanya jugak kenapa? kawan aku cakap, suami die bagi die pakai apa sahaja yang menutup aurat kecuali pakai SELUAR JEANS, so salah ker dia ikut cakap suami die. see, bagi aku tahniah + kagum sebab akak tu taat cakap suami dia walaupun kawan2 die dok perli die tak update. die jaga hati suami, jaga aurat die + taat pada suami die. masya-Allah. 

bayangkan jika die nak ikut fesyen, nak jaga hati kawan2, apa jadi. sah2 la bergaduh kan. sebab suami die dah mention so bagusnyer die taat. that the simple situation. maaf la aku pun bukan arif sangat, baru lagi menempuh fasa baru dalam rumahtangga, aku pun masih belajar. jaga nama suami, keluarga, jaga diri sendiri. apa pun kisah tu sangat2 terkesan & bagi aku pengajaran. 

sebenarnya tak kisah pun tapi yang pasti jangan kita hanyut dengan arus kemodenan. lagi satu sebagai orang luar yang tak tahu apa2 jangan cepat tuduh, perli kerna setiap dari kita tak sama perjalanan hidup, tak sama prinsipnya. kalau kita nakkan hidup yang urban, jangan la ingat semua orang inginkan hidup begitu. tu contoh kan. lagi2 kita sebagai umat Islam yang telah ada acuannyer sendiri, jangan sampai terlalu agung-agung barat sampai lupa buadaya adab Islam kite. ingatan buat aku juga. kadang-kadang jangan peduli sangat kata2 orang. sebab hanya kita yang lalui & harung jer faham. sebaiknyer jika insan tu sahabat & kawan yang baik, die tak patut takde hak pun nak mempersoalkan. sebaiknyer mendoakan yang sebaiknyer. tapi jika terang-terangan memang salah @ menyimpang kita ada hak untuk menegur, tapi menegur pun dengan cara yang berhemah. 

haaa azam aku selepas aku bergelar seorang isteri, yang pertama nak jadi hamba ALLAH yang solehah, jadi isteri yang solehah, anak yang baik, bakal ibu yang mithali, pekerja yang dedikasi. banyak kepada dalaman & mendalami Islam. banyak lagi yang aku jahil, Masya-Allah. banyak sangat yang perlu dibaiki. lagi satu impian nak berniaga dengan cemerlang.

aku rasa korang semua pun macam tu kan. semua pasti ada azam tersendiri. azam yang baik2 kan. in shaa Allah ada rezeki dapat zuriat mesti lagi challenge kan. sampai masa aku akan merasainyer jugak pengalaman seperti mak & cousin & kawan2 aku yang lain. sekarang more focus untuk diri + suami dulu. 

in shaa Allah dipermudahkan untuk pindah keje di TM JB & stay bersama dengan suami. sekarang masing2 jaga diri sendiri & jaga dari jauh & tawakal pada Allah. sesungguhnyer Allah yang maha mengetahui & memahami yang mana lebih baik untuk hambanya. 

apa pun azam nak dapat berat ideal masih lagi diteruskan. maklum la tak bape nak tinggi kan. lagi satu kena jaga untuk maintain nanti sayang baju2 tak leh nak pakai. so dapat berjimat. hehehe. nak sihat. nak cergas untuk mudah melakukan ibadah. dikurniakan nikmat kesihatan yang baik. 

apa pun mari sama2 buat yang terbaik, bagi yang terbaik, untuk dapat hasil yang terbaik. jangan lupa utamakan yang penting. Cinta kepada Allah. Cinta kepada Rasul, baru lah cinta pada suami, mak abah & lain2. 

okeylah, sampai sini sahaja karangan aku. hehehe

thanks for reading

_RZ25_

2 comments:

Mimy Hamid said...

mcm akak la...husben x bg ada FB so akak tutup

Jen Jen Areff said...

@Mimy Hamid : ooh tu sbb tutup yer. bagus la tu, is better.

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...