Thursday, January 2, 2014

Memory Sepanjang Tahun 2013 : May - June 2013

Assalamualaikum

Cakkk mari sambung story lagi. hahahaha. dalam 2 bulan ni banyak surprise yang aku terima. hikhikhik. 

Bulan May, cuti Hari Pekerja 1st time sampai ke GM Klang dengan BFF, tawaf 1 GM Klang. Rambang mata woooo. hahahah. 

lagi satu bulan May ni masing2 busy yalah sebab nak PRU13. Ipin pun sangat busy sebab kena bertugas. ehhh tetiba. lepas selesai PRU13 dengan izin mak abah aku jumpa Mak Ipin pertama kali. nervous sangat. nasib baik jumpa jap jer. 1st gurl yang diperkenalkan dengan Mak die. Lepas dari tu, Ipin cakap nak cari cincin. boleh lak aku tanya soalan bodoh. cincin untuk siapa? heheheh. kerja siang malam untuk kumpul duit beli cincin. ouchh terharu jap. hihihi. yalah tanya sebab taknak perasan. dah tanya confirm barulah rasa cam lega, syukur alhamdulillah. 

Pastu lak adik aku, Ifah konvo Master die UiTM Shah Alam. Tahniah dik. alhamdulillah bawak mak abah meraikan ifah. aku ngan edan stay kat luar jer. 

bulan ni jugak kena summit projek pengurusan aku, kacau bilau hidup jap. busy weh. apa pun alhamdulillah selamat hantar. 

tetiba Ipin minta aku survey kursus kawen di KL untuk 18 & 19 May. huhuhu. macam tanda2 nak kawen ni. doa selalu yang baik2 ajer. so kami pergilah kursus pra perkahwinan di Setiawangsa. hihihi. aku kol untuk booking on the spot. dan bermulanya persiapan sedikit demi sedikit. 21 May aku buat HIV test. Ipin pun dah siap2 buat. 

seminggu lepas kursus kawen sekali lagi aku terkejut. bila mana Ipin amik keputusan untuk bertunang. "kita bertunang 1 June la" hambikkk berpeluh2 aku. hehehee. dengan lajunyer kol gtau mak abah. gigil2 macam mimpi. hehehe. mula lah kalut buat persiapan. decide bape dulang, then gubah sendiri, mintak tolong adik. kek tunang aku buat sendiri. simple jer. baju pun tempah kurung moden. thanks semua family. thanks geng BFF sudi datang. preparation buat sehabis baik, yang penting & perlu. 

akhirnya tanggal 2 June aku mengikat pertunangan dengan MOHD ARIFFIN. 



belum lega sebab lepas majlis tunang kami berperang plak, perang di final exam USM PJJ. huhuhu. lepas tunang takde nak feeling sangat masing2 busy dengan exam. study, study & study. hehehee. 1st day exam terharu sebab dapat ucapan dari tunang yang jauh di mata. ahaksss. semangat nihhh. setelkan exam dulu, lepas tu terus nak kena buat preparation kawen, pihak Ipin setuju untuk buat majlis sekali dengan adik2 lelaki aku. majlis sambut menantu adik2 adalah pada 24 Ogos. so aku ada masa kurang dari 3 bulan untuk buat persiapan. tolak time exam. amik borang2 untuk nikah, tempah katering, tempah kameraman, make up semua la. beli barang2 untuk hantaran. 

selesai final exam, sekali lagi aku terima kejutan berita panggilan dari maksu, arwah atok pergi buat selamanya pada 23 June 2013. dapat jer kol terus siap2 balik Labu. atok pergi lepas Magrib. Al-Fatihah. 

Penghujung bulan June, adik boy aku no 3 lak nikah. ni lagi jauh dapat orang Pasir Mas, Kelantan. so tak semua pergi sebab adik2 ngah exam. so 3 kereta jer kami anak beranak termasuk makcik aku gerak ke Kelantan. pakcik aku, Cik Mujab sekeluarga dah memang ada kat sana sebab diorang balik kampung. 

nanti kita sambung lagi. 

thanks for reading

_RZ25_






No comments:

BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...