Showing posts with label sihat. Show all posts
Showing posts with label sihat. Show all posts

Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan ^____^

















Bulan puasa merupakan peluang terbaik untuk mengembalikan tahap kecergasan dan kesihatan tubuh badan. 
Melalui puasa anda belajar mengurus tabiat pemakanan,  mengawal nafsu makan dan lebih berdisiplin. Bulan puasa ibarat waktu rehat untuk sistem penghadaman tubuh, yang mana keadaan ini sebenarnya membantu menyingkirkan toksin dari badan.

Perubahan tubuh ketika berpuasa
 Pada keadaan normal, gula yang disimpan pada hati dan otot adalah sumber tenaga utama tubuh. Kita bergantung kepada simpanan gula ini untuk melakukan aktiviti harian.
 Semasa berpuasa, simpanan gula ini akan digunakan sebagai tenaga terlebih dahulu. Kemudian, apabila simpanan gula ini habis, lemak pula dijadikan sebagai sumber tenaga.
 Hanya jika seseorang berpuasa tanpa henti (tidak berbuka puasa/ makan/minum), tubuh akan menggunakan protin dari otot sebagai sumber tenaga. Jika berlaku, keadaan ini kita sebut sebagai kebuluran dan ia jelas mendatangkan keburukan.
 Berpuasa di bulan ramadhan bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari memberi peluang untuk kita menggantikan tenaga apabila berbuka mahupun ketika bersahur.
 Disyaratkan umat islam berbuka dan bersahur bagi mengelakkan tubuh memecahkan protin / otot sebagai
tenaga.
 Apabila lemak dibakar dan digunakan sebagai sumber tenaga, keadaan ini bukan sahaja membantu menurunkan berat badan malah juga tahap kolesterol.
 Dengan penurunan berat badan, bacaan gula pesakit kencing manis akan lebih terkawal dan tekanan darah juga lebih stabil.
 Proses detoks juga berlaku dimana toksin yang tersimpan di dalam sel lemak dibakar dan disingkirkan dari badan.
 Selepas beberapa hari berpuasa hormone endorphin akan meningkat di dalam tubuh badan, dimana hormone ini dikaitkan dengan peningkatan kepekaan .
 Jika seseorang itu berpuasa dengan maksud sebenar banyak manfaat kesihatan yang akan diperoleh.

TIPS PEMAKANAN KETIKA BERPUASA


Berpuasa secara amnya mampu meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Walaubagaimanpun,  jika pemakanan tidak dijaga dengan teratur, berpuasa boleh menyebabkan gangguankesihatan terutama kepada individu yang mempunyai penyakit seperti gastrik, pedih ulu hati, kencing manis, jantung dan lain-lain.


TIPS KETIKA BERSAHUR


 Bersahur dengan makanan yang tinggi serat seperti oatmeal, nasi perang, sayur , buah-buahan dll.
 Ambil karbohidrat kompleks kerana ia lambat dihadam seperti beras perang, roti gandum, pasta, oats atau kekacang seperti dhal, barli.
 Ambil hidangan protin berasaskan ikan, soya ( tempe, tahu) atau kekacang ( dhal) kerana ia lambat dihadam.
 Minum air masak secukupnya terutama ketika sahur.
 Elakkan makanan masin seperti telur masin dan minuman berkafein seperti kopi, teh semasa bersahur. Kafein dan garam menggangu keseimbangan air dalam badan.
 Bersahur sangat dituntut di dalam agama. Pesakit yang dibenarkan berpuasa disaran untuk memastikan menu sahur adalah lengkap dan seimbang untuk memastikan kesihatan tidak terganggu


TIPS KETIKA BERBUKA

 Mulakan dengan makanan berkabohidrat ringkas seperti buah.
 Karbohidrat ringkas mengembalikan tenaga dengan kadar segera.
 Elakkan makanan yang terlalu berminyak , bergoreng, bersantan.
 Makan dalam kuantiti sederhana dan tidak terlalu mengenyangkan.
 Contoh menu ketika berbuka mengikut sunnah ialah kurma dan air/susu
 Kedua- dua hidangan ini adalah daripada kumpulan karbohidrat ringkas (gula) dan protin. Ia juga mengandungi serat , vitamin serta mineral.
 Berbuka dengan buah-buahan juga digalakkan
 Ketika iftar, hidangan mestilah kecil dan ringan agar badan tidak terasa letih untuk beribadah


MAKAN MALAM

 Menu makan malam boleh diambil seusai solat magrib.
 Hendaklah diambil dalam kuantiti yang sederhana.
 Saiz hidangan yang besar akan menyebabkan kenaikan gula darah naik mendadak setelah seharian berpuasa.
 Pemilihan jenis makanan juga penting, namun godaan pelbagai hidangan dan masakan di bazaar Ramadan sangat mencabar.
 Oleh itu fokuslah pada kuantiti. Anda masih boleh menikmati hidangan enak tetapi harus tahu hadnya.

Thursday, July 12, 2012

Jom Mulakan - 10 kg dalam 3 Bulan -


Assalamualaikum... 



  • Hope semuanya sihat-sihat jer.... aku nak mulakan diet secara sihat untuk turunkan berat... kekal cergas, keep fit & feel healthy.....
  • kenapa? berat aku naik balik la... huhuhu.... bukan apa, aku pasan jenis aku ini kena buat senaman baru leh nak maintain....
  • start May last year memang aku joint aerobik tapi start January tahun ini aku stop wat sementara waktu sebab Doktor pesan tak leh aktif sangat.... jaga makan jugak tapi maklum la nafsu ni kadang-kadang tak leh kawal jugak... tergoda saja.... hehehehe.....
  • Dir pun ada tegur cakap nampak aku berisi, sebab die pernah tengok pic kurus sebelum ni... bukan leh aku ini... isk isk...
  • Maka, dengan rasa ketidakselesaan yang makin terasa.... peha dah mula berlaga balik, maknanya memang berat aku naik okeh....tak leh nak biarkan lagik, nak sihat, cergas cam orang lain gak.......
  • So nak mulakan arini.... tadi timbang berat alamak.... naik 4 ker 5 kg la dalam masa 3 bulan yang lepas.... ohhh no....waduh waduh..... aku nak buat untuk 3 bulan dulu start 12 July sampai 11 October ... aku nak turunkan 10kg dalam masa 3 bulan ini...
  • Insya-Allah aku boleh lakukan nak turunkan berat untuk kekal fit dan sihat.
  • macam mana caranya? Takde la nak amik Herbalife ker Dr Rozmey ker....tak bape nak mampu okeh...nak simpan duit nak tawen la... hihihihi...  
  • Just gunakan panduan dari seorang kawan yang kerja di PLKN dan tips-tips from KevinZahri.... 
  • Caranya dengan kawal setiap makanan yang di ambil, pastikan makanan yang di ambil sehari-hari tu bukan bergoreng kira contoh kena makan sup ker yang direbus, dikukus, dibakar, di grill, buat senaman seperti jalan kaki laju, jogging, g gym, main badminton, futsal, netball or apa jerk aktiviti yang dapat dilakukan dengan happy dan yang penting tak rasa bosan bila lakukan so haruslah tukar-tukar kan... 
  • Apa pun dalam plan ini akan ada 1 hari dalam seminggu di panggil "cheat day" di mana hari tu kite leh makan apa jerk yang kite nak then cover balik pada hari berikutnya.... contoh leh la nak makan nasi lemak ker kefci ker mekdi ker kan... 

Stage 1 : 12 July 2012 : 62.2kg




* buat ukuran berat seminggu sekali untuk tengok perubahan

*** kurangkan makan berminyak & bergoreng
*** kurangkan makan manis & bergula
*** kurangkan makan bersantan
*** kurangkan makan buah yang manis + kalori tinggi seperti mangga
*** wajib bersenam 30 minit 3 kali seminggu (Isnin, Rabu & Jumaat )  
*** makan nasi sesenduk
*** lebihkan makan sayur-sayuran
*** lebihkan makan buah-buahan 
*** minum air masak min 1.5 liter @ lebih untuk nyah toksin

p/s :: slowly start... takde la nak extreme sangat pung..... wish me luck...  ^__^


BerAURA dengan SABUN AURA SUZYHONEY

Muka rasa berseri lepas cuci dengan Sabun Aura ni. Takde la kusam tak bermaya! Baunya harum sungguh. Bila ditelek patut lah wangi. Ada bunga...